10 FILEM DAN SIRI TV UNDANG-UNDANG YANG ANDA PERLU TONTON

Kompilasi filem dan drama tv undang-undang yang paling bagus dan bermanfaat untuk ditonton.

10. A Few Good Men (1992)

Filem berkenaan mahkamah tentera di US. 2 anggota Marine dituduh atas pertuduhan membunuh rakan seanggota. Tom Cruise melakonkan watak military lawyer yang membela 2 anggota tersebut. Babak-babak dalam mahkamah masa soal balas tu memang over-dramatic gila lah haha.

9. Legally Blonde (2001)

Filem ni lebih kepada legal comedy kot sebab banyak scene dia memang tak boleh blah haha. Kalau kat Malaysia memang silap la kalau lawyer pergi court pakai baju pink, memang kena hambur macam tu je dengan judge haha.

8. Dukun (2018)

Aku sendiri pun tak sangka juga Dukun boleh tersenarai. Walaupun ceritanya lebih kepada seram namun bagi aku Dukun tunjukkan babak prosiding mahkamah di Malaysia dengan sangat baik berbanding filem atau drama Malaysia lain. Lakonan Faizal Hussein memang menusuk kalbu.

7. Vincenzo (2021)

Vincenzo satu-satu drama undang-undang Korea yang aku tonton setakat ni jadi sebab itu Vincenzo yang masuk senarai, bukan drama lain yang aku dengar tak kurang sedap juga. Babak dalam mahkamah Vincenzo tak banyak pun tapi bagi aku tetap enjoyable.

6. Runaway Jury (2003)

Filem berdasarkan novel John Grisham dengan tajuk yang sama. Filem ni tunjukkan macam mana pemilihan juri di US dan percubaan untuk manipulasi sistem juri. Di Malaysia kita dah tak pakai sistem juri. Dah lama jugak la sejak aku tengok filem ni.

5. Philadelphia (1993)

Filem ni tackle banyak isu juga terutamanya pasal homosexuality di US pada ketika itu. Peguam muda, Andrew, lakonan Tom Hanks dibuang kerja dan kemudian menyaman firma untuk kes pembuangan kerja secara salah.

4. Suits season 1 – 5

Suits aku memang tengok sampai habis tapi untuk legal issues-wise, aku hanya seronok tengok sampai season 5 je. Seasons selepas tu macam kureng sikit. Taknak bagi spoiler untuk yang belum tengok, siapa yang dah tengok tahulah. Di awal tu kes-kes yang diorang handle memang best dan kita boleh tengok la macam mana kehidupan kerja seorang peguam.

3. To Kill A Mockingbird (1962)

Filem klasik dan paling tua dalam senarai ni. Sebelum tengok filemnya, aku memang dah baca novel dia, tajuk yang sama. Filem ni memang aku syorkan untuk tengok.

2. Erin Brockovich (2000)

Lakonan mantap Julia Roberts. Filem ini sebenarnya kisah benar yang berlaku. Dari ibu tunggal yang hilang pekerja kepada pembantu undang-undang di sebuah firma guaman yang menjatuhkan sebuah syarikat besar dalam satu kes class-action suit. Memang best. Serius.

1. The Trial of Chicago 7 (2020)

Juga filem dari kisah benar dan sangat layak untuk berada di kedudukan nombor 1 dalam senarai ni. Babak akhir tu memang caught me off guard dan aku hampir mengalirkan air mata haha. Rasanya ramai dah tonton di Netflix tapi yang belum, tonton sekarang. Pasti tak menyesal.

Apa filem/drama undang-undang kegemaran anda semua?

Kalau nak baca perkongsian undang-undang lain, like page Jom Tanya Peguam sekarang atau layari laman web www.jomtanyapeguam.com

Kalau ada soalan undang-undang, join dan post soalan di group fb Soal Jawab Masalah Guaman (SJMG) di sini.

Atau subscribe channel Telegram Jom Tanya Peguam di sini

Mohamad Nasruddin Ab Rahman

Mohamad Nasruddin Ab Rahman merupakan peguam di Tetuan Nas Rahman & Co.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *