Kes ini berlaku pada tahun 2018 ke atas seorang doktor di sebuah klinik di Shah Alam bernama Dr Lawaniah. Dia bekerja di klinik tersebut sejak Ogos 2016 dengan kontrak setahun. Dalam kenyataan awal, syarikat mendakwa mereka tidak mahu memperbaharui kontrak Dr Lawaniah, tapi…
Ketika kontrak pertama Dr Lawaniah hampir tamat pada 30 Nov 2017, dia masih terus bekerja di situ tapi dibayar secara locum basis dan pada masa yang sama, sudah ada perbincangan untuk kontrak baru dengan Managing Director (MD). MD dia pun doktor jugak. Malah pembantu klinik memang dah bagi kontrak baru kepada Dr Lawaniah pada 30 Jan 2018 dan dia dah siap tandatangan pun. Dr Lawaniah ditawarkan kontrak baru selama 2 tahun iaitu dari Jan 2018 hingga Dis 2019.
Di Mahkamah Perusahaan, pembantu klinik nafikan ada bagi kontrak baru kepada Dr Lawaniah tapi Dr Lawaniah tunjuk emel kontrak tersebut diemelkan oleh syarikat kepada dia. Macam tu je kantoi menipu.
Rupa-rupanya, yang menjadi punca kenapa syarikat tiba-tiba nak tarik balik kontrak baru tu adalah sebab pada 1 Feb 2018, Dr Lawaniah tak sihat dan dirawat oleh MD dia. Masa tu, dia bagitahu MD yang dia sedang mengandung.
Lepas dia balik rumah, tiba-tiba pembantu klinik telefon katanya suruh pulangkan semula kontrak baru yang sudah ditandatangan. Dr Lawaniah pelik tapi katanya ada sedikit pindaan nak dibuat. Jadi, Dr Lawaniah pulangkan semula kontrak baru itu pada keesokan harinya, 2 Feb.
Petang 2 Feb tu, Dr Lawaniah diberitahu oleh MD yang pihak syarikat tak dapat nak tawarkan kontrak 2 tahun sebab cuti bersalin dia dan syarikat tengah nak kurangkan kos perbelanjaan.
Dalam whatsapp Puan Lawaniah dengan pembantu klinik, dia ada tanya kenapa syarikat nak tamatkan perkhidmatan dia. Pembantu klinik tu jawab,
“He say cannot pay for u when delivery time.”
Memang bengang la Dr Lawaniah dengar jawapan macam tu. Padahal kontrak baru memang dah ditawarkan tapi bila dapat tahu dia mengandung, terus syarikat buat pusingan u-turn.
Puan Lawaniah bawa kes ke Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah mendapati ini adalah satu bentuk diskriminasi jantina khususnya kepada wanita yang mengandung.
Mahkamah mengarahkan syarikat untuk membayar pampasan sebanyak RM 82,500.00 kepada Dr Lawaniah.