Situasi:-
Ahmad baru sahaja menikahi isteri mudanya, Esah dua bulan yang lalu. Ahmad telah mengahwini isteri pertamanya, Senah selama 11 tahun dan tidak mempunyai niat untuk menceraikannya. Senah khuatir sekiranya Esah mengahwini Ahmad kerana harta mereka. Senah mangambil keputusan untuk berjumpa peguam bagi merungkai kekusutan beliau.
Penerangan:-
- Harta Sepencarian adalah harta-harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang tempoh perkahwinan.Kiraan adalah berdasarkan harta yang diperolehi secara bersendirian atau bersama-sama sepanjang tempoh perkahwinan.
2. Selain itu, kiraan hendaklah berdasarkan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.
– Sumbangan Secara Langsung
Contohnya: Ahmad beli rumah secara bersama-sama dengan Senah di mana perjanjian jual beli (S&P) rumah kelamin tersebut terdapat nama Ahmad dan Senah. Contoh lain, rumah dibeli oleh Ahmad, loan atas nama Ahmad,S&P rumah tersebut nama Ahmad seorang tetapi ansuran bulanan dibayar oleh Senah, kos renovasi rumah Senah yang bayar, pembelian perabot pun dibayar oleh Senah.
– Sumbangan Secara Tidak Langsung
Contohnya: Senah tidak bekerja/suri rumah. Rumah dibeli dan ditanggung sepenuhnya oleh Ahmad. Dalam senario ini, peranan Senah sebagai caretaker rumah tangga mereka adalah dikira. Selain itu, pengorbanan melahirkan dan membesarkan anak2 dan dengan pengorbanan itu membolehkan Ahmad fokus kepada karier dan boleh mendapat pendapatan yang tinggi. Wanita yang bekerja juga boleh menuntut Harta Sepencarian atas kiraan Sumbangan Secara Tidak Langsung.
– Kiraan Sumbangan Langsung dan Tidak Langsung boleh dipakai untuk harta-harta lain seperti kenderaan, tanah dan sebagainya.
BILA PASANGAN BOLEH TUNTUT HARTA SEPENCARIAN?
– Selain berpoligami, Harta Sepencarian boleh dituntut sekiranya pasangan berpisah atau salah seorang pasangan meninggal dunia.
Oleh:-
Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin