Cuba bayangkan, kita tengah duduk rilek kat rumah tiba-tiba ada orang datang. Bukak pintu, orang tu bagi kita satu surat. Bila baca, surat tu rupanya saman RM 100k ke atas kita.
Apsal tiba-tiba pulak ni?
In case kita hadapi situasi macam ni, jangan panik.
Ini anda patut buat.
Sebelum itu, kita kena tahu contoh-contoh tindakan sivil yang boleh dikenakan terhadap kita:
a. Saman fitnah
b. Kes tuntutan hutang
c. Kes tuntutan sewa rumah
d. Kes kemalangan jalan raya
e. Kes perlanggaran kontrak
LANGKAH PERTAMA: Pastikan dulu sama ada kita dah disaman ataupun bakal disaman.
Macam mana nak tahu?
a. Belum Disaman
Jika kita belum disaman tetapi bakal disaman, biasanya orang yang ingin menyaman kita akan menghantar satu surat yang dipanggil Notis Tuntutan [Letter of Demand] daripada peguam yang dia lantik.
Contoh Notis Tuntutan:
Notis Tuntutan berfungsi sebagai amaran terakhir sebelum saman diteruskan di mahkamah.
Jadi, kalau kita ada diserahkan dengan Notis Tuntutan, jangan panik dan yang penting jangan buat tak tahu.
Apa yang perlu dibuat adalah pergi dapat nasihat guaman. Lagi-lagi kalau kita rasa kandungan Notis Tuntutan tu tak betul dan ada penjelasan lain yang kita nak bagi.
Notis Tuntutan boleh diserahkan sama ada melalui serahan tangan, poslaju, A.R Berdaftar ataupun emel.
b. Sudah Disaman
Kalau nak tahu yang kita memang dah kena saman, instead of Notis Tuntutan, kita akan dapat Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan.
Contoh Writ Saman:
LANGKAH KEDUA: Semak bila dan di mana kita perlu hadir.
Boleh rujuk di cover letter peguam Plaintif yang dilampirkan bersama Writ Saman.
Defendan (Pihak Yang Disaman) perlu memfailkan Memorandum Kehadiran dalam masa 14 hari dari tarikh terima Writ Saman tu.
Macam mana nak failkan Memorandum Kehadiran?
LANGKAH KETIGA; Lantik Peguam
Kalau kita rasa ada pembelaan atau penjelasan yang kuat terhadap saman tu, maka langkah seterusnya adalah untuk melantik peguam bagi mewakili kita dalam tindakan tersebut.
Peguam yang akan failkan Memorandum Kehadiran tu nanti. Boleh juga nak dapatkan nasihat peguam di peringkat notis tuntutan pun. Lebih mudah.
APA YANG AKAN TERJADI KALAU KITA GAGAL HADIR KE MAHKAMAH?
Jika kita tak pedulikan saman yang diterima atau gagal hadir ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan, Plaintif boleh memasukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap kita.
Kesannya?
Kita kalah sebelum masuk gelanggang lagi. Apabila pihak Plaintif sudah ada Penghakiman Ingkar Kehadiran, Plaintif boleh gunakan Penghakiman tersebut untuk laksanakan pelaksanaan Penghakiman terhadap kita.
Contoh pelaksanaan penghakiman:
a. Saman Penghutang Penghakiman (kita boleh dipenjara sebab tak bayar hutang)
b. Tindakan kebankrapan (jika jumlah penghakiman melebihi RM 100,000)
c. Writ Penyitaan dan Penjualan Harta Boleh alih (barang-barang milik kita contohnya perabot rumah boleh dijual untuk selesaikan jumlah penghakiman)
d. Writ Penyitaan dan Penjualan Harta tak alih (apa-apa hartanah mungkin boleh dijual untuk selesaikan jumlah penghakiman)
e. Garnishee Proceedings
f. Writ Penghantaran
Harapnya penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu orang awam dalam memahami prosedur undang-undang sivil dengan lebih jelas.
Supaya kita lebih tahu apa nak buat jika berada dalam situasi ini.
Salam tuan .saya ingin Bertanya suami sy ada beli motor 2008 tapi motor tu dah do sita oleh polis Dan dah dibuat lelongan .minggu lps ada lawyer call wakil Dari kedai tu minta tuntutan sebanyak rm 4900 dalam masa 2 jam kena Sattle .sedangkan sehelai surat pun tak pernah dtg .so apa perlu sy buat macma mna sy nak tahu kes ni sampai ke tahap mana
ASSALAMUALAIKUM TUAN,SAYA ADA MENERIMA SATU SMS BERKENAAN SAMAN SIVIL DAN SAYA TIDAK MENERIMA LAGI DALAM BENTUK SURAT RASMI JADI APAKAH PENDAPAT TUAN?? DIA ADA MEMINTA SAYA UNTUK HUBUNGI SESEORANG UNTUK PROSES BATAL SAMAN TERSEBUT.
assalamualaikum nak tya saya ada terima sms dari num 63839.mengatakan akan menerima serahan waran ingkar tapi masalh saya tak terima apa2 surat . mengenai hutang .macam saya nak tahu ianya bukan scammer
Assalamualaikum,nk mntk pendapat tuan..pada ogos 2019,future suami sya trlibat kemalangn..kemalangn dgn kereta jgk,which kereta Tu yg salah..sbb time Tu lampu hijau,mmmg jln future saya, suddenly dtg 1 kereta dipandu wanita buat pusingn U-turn & lampu merah…wanita Tu agk serious jgk time Tu,future saya xde pape..wanita Tu msuk ICU on that time..tpi skrg dh ok dh sbb dh 2 thn..kereta future saya pun truk jgk time Tu,and time Tu kwn dia yg drive keta dia,dia duk bhagian penumpng..then after almost 2 yrs bnda Tu, suddenly bln nie,future saya dpt Surat ,wanita Tu nk Saman 100K regarding kemalngn Tu..byk yg x betul yg perempuan Tu listkn dlm Surat Tu…future sye skrg tgh ad misi di lubnan,hjung thn bru blik mlysia..skrg lawyer insurance tgh handle …tpi ad bce,klau defendan x naik mahkamah ,Susah kes nk menang.. tpi dia skrg ad dkt lubnan under unifil..jdi ape yg prlu dia buat ye…skrg dia hnya tnggu maklum balas dri lawyer insurance je..keterangan yg lawyer Tu nak dia dh berikan..tpi tulah still takut,sbb prmpuan Tu suddenly up blik kes nie after 2 yrs..and listkn bnda yg X btul dlm Surat Saman Tu..area tmpt Tu ad CCTV,tpi now kes dh lama,tkut CCTV Tu dh xde rekod dia..ape yg prlu future saya buat skrg ye..mhon pandangn tuan..trima kasih tuan
Br terima surat writ.. Boleh tak semua tunggakan byran d selesaikan… Tunggakan 6 bln dgn Bank Rakyat? Atau terpaksa melalui kes saman ini dahulu….
Assalam tuan sya nak tnya.kalu saman sivil singer dan kita gagal buat bayaran mcmana ya
Assalam tuan, sya berhasrat mengemukakan saman fitnah di laman sosial yang mana telah memalukan saya sekeluarga di laman sosial. Dengan bukti yang cukup, menjatuhkan maruah dan menyebabkan isteri kemurungan. Apa peratusan kes ini untuk menang jika diteruskan. Terima kasih.
salam tuan,
sekiranya saya dapat saman atas tunggakan bayaran barang tidak dilunaskan dalam masa yang ditetapkan..
apa perlu saya lakukan tuan lawyer?.
Saya ingin bertanya apa perlu saya buat jika saya terima notis tuntutan hutang dari peguam. Untuk makluman saya ada buat pinjaman melalui agen pinjaman dan mula berurusan pada 1.4.2021 tetapi sehingga 26.6.2021 pinjaman saya tidak diluluskan sebaliknya saya pula dikenakan penalty rm35k (ada perjanjian agen uruskan pinjaman dgn bank) dan tuntutan pinjaman yg diberikan oleh agen kononya sebagai inisiatif agen sementara menunggu pinjaman belum lulus. Akibat rasa tertipu dgn bermacam2 alasan yg diberi saya mendiamkan diri tanpa menjawab apa2 lg sama ada call atay whatsap dari agen. Agen juga mengugut dan memaki saya selepas saya berdiam diri dan menghantar notis peguam kepada saya pada 9.7.2021. Saya telah buat report polis dan apa perlu saya buat sedangkan pinjaman saya tidak diluluskan dan dibatalkan sendiri oleh agen…tetapi saya pula yang dikenakan penalty 35k yg kononnya saya telah langgar syarat agen.
Slm tuan , ayh sy trlibat dlm kemalangn dngn kereta (ayh menaiki motorsikal) dan telah dmasukkn wad. Kereta hendak masuk simpan ,tetapi ayh sy di jalan straight . Ketika di wad ejen insuran telah menawarkn khidmat guaman bg mnyelesaikan tuntutan insuran trsebut dan telah sign surat lantikan guaman .Tetapi setelah kluar dripda hosp ,rmai yg tidk mngesyorkn untuk mngmbil khidmat ejen tersebut atas bebrapa fktor dan kes yg lepas ..Ayh sy membuat kputusn untuk mngganti ejen insurn trsbut kpda ejen yg lain .. tetapi segala surat hospital (Discharge note) dan bil ada pda ejen trsebut (yg asli) .. Ejen trsebut mmberithu bhawa jika hndak menukr guaman prlu membayar rm15k atas fktor kerugian .. Segala bil hosp dan duit yg telah dgunakn akn dibayar oleh ejen insyuran yg baharu .. soalan sy boleh kah ,ejen trsebut membuat tuntutan sama kerugian kerana ayah sy hndak menukar syrikat guaman ?
**Ketika di hosp ejen trsebut tiada memberitahu mengenai saman 15k jika menukar guaman , malah tidk memberi masa untuk meneliti surat perjnjian ..Ejen trsebut hnya membuka helaian yg hendak ditandatangani yg mnyuruh ayh sy turunkn tndatngn.
Salam, berapa kos legal fees utk tuntutan duit dari scammer?
Tuan Lawyer, boleh ke surat lawyer dihantar ke alamat rumah yang bukan tempat tinggal si penama surat itu?
Contoh: si penama surat tinggal di negeri selangor tapi berada di negeri kedah sejak dari sebelum rentas negeri dihentikan. Di kedah si penama surat itu tinggal di alamat yang lain (rumah saudara) tetapi dia diberitahu ada surat dari pos biasa untuk dia di rumah bekas mertua dia. Tetapi dia menolak untuk menerima surat itu.
Soalan – Apakah dia bersalah kerana menolak surat saman itu? Apakah kesan dari surat dihantar ke alamat yang salah?
Terima kasih.
Tuan Lawyer, bagaimana cara saya mahu menuntut hutang dari janji yang telah dilaksanakan tetapi pihak satu lagi masih tidak mahu membayar hutang? Saya telah berusaha untuk meminta pihak satu lagi untuk menandatangani perjanjian sebelum melaksanakan lagi dan selepas perlaksanaan tugas seperti yang dijanjikan tetapi tiada tindakan. Apa yang perlu saya lakukan?
Salam..mahu tanya..Pada januari 2020 saya ada buat pelaburan kepada sebuah homestay.kontrak tersebut adalah selama setahun dan modal akan dipulangkan sepenuhnya 100% selepas tamat kontrak..jadi mengikut kontrak, sepatutnya tamat pada janurai 2021. Dan akibat pandemik sekarang ni,homestay tersebut telah pon ditutup dan owner homestay tu janji dia akan bayar balik modal sepenuhnya..cuma tidak mengikut masa dan jumlah yan dibayar adalah secara berkala..buat masa sekarang. saya baru dibayar sebanyak 3 kali dan tidak sampai 1% daripada jumlah modal asal. Soalan saya kepada tuan, bolehkah saya membuat tuntutan saman kepada owner homestay tersebut atas pelanggaran kontrak? Maksudnya modal tidak dibayar 100% selepas tamat kontrak.
Salam, saya nak tanya kalau jiran selalu ada tetamu (kawan) datang rumah tak putus-putus sehingga buat kita rasa tak selesa dan rasa tak selamat bolehkah kita ambil tindakan dengan menyaman tuan rumah tersebut di atas sebab gangguan? Lagi-lagi di musim pandemik ni, membuatkan kita risau terkena jangkitan.
Terima kasih
Salam. bolehkah saya nak saman pensyarah saya di atas penganiayaan terhadap saya. Apakah prosedur yang perlu saya lakukan.
Salam Tuan peguam. Semalam saya ada terima surat Writ dan Penyata Tuntutan disebabkan oleh kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada Oktober 2020. Saya dah call pihak insurance. Pihak insurance bagitau plaintif ada buat claim dekat pihak insurance tapi status masih pending. Pihak insurance juga maklumkan pada saya ignore sahaja surat mahkamah tersebut. Saya ingin bertanya apa tindakan yang perlu saya buat? Perlukah saya ignore sahaja surat mahkamah tersebut?
Salam… Saya ada satu kereta sudah kena tarik oleh bank Sbb tak mampu bayar. (hutang tu tahun 2010)masa tu jumlah hutang 14,000.sekarang sudah tahun 2021 ,saya mengabaikan hutang itu.. Adakah saya boleh diistihar muflis, berape jumlah Hutang yang boleh diistihar muflis tuan..
Harap ada jawapan dari tuan.. Terima kasih…
Hye saya nak tanya adakah pada bulan September mahkamah dibuka untuk proses pembicaraan kes kemalangan? sebab saya sudah dapat surat utk hadir bagi sebutan kes pada tarikh tersebut tapi ada yang kata pada bulan september mahkamah di melaka tak buka? adakah betul?
Salam saya nak tanya, jika seseorang itu ingin menyaman kita atas aduan palsu padahal kita menggunakan saluran betul dan hanya ingin memastikan sebut harga yang dipaparkan betul dan ingin mendapatkan kepastian dan disuruh oleh staff nya sendiri untuk membuat aduan. Tetapi selepas pemeriksaan, defendant itu tidak dikenakan apa2 kerana mereka layak menjual dengan harga sedemikian. Adakah defendent itu masih boleh untuk saman kita?
As salam Tuan. Jazakallah tuan.
Maaf saya ingin bertanya.
1.Sekiranya berlaku kemalangan kenderaan dan kita disaman, adakah bermakna kita bersalah?
2. Kemalangan disebabkan pergeseran antara kereta dan motor. Saya merasakan sekiranya motor tersebut dipandu dalam keadaan tergesa-gesa ada kemungkinan tidak berlaku kemalangan tersebut. Memandangkan kereta tersebut baru berlepas selepas traffic light hijau.Adakah alasan ini boleh diterima pakai didalam mahkamah tersebut?
Terima kasih tuan atas khidmat nasihat tuan.
Hai assalamualaikum saya ingi bertanyakan sesuatu.saya pada mulanya ingin melakukan pinjaman tetapi saya tidak bekerja jadi saya membuat cagaran sebanyak rm620. Selepas itu saya ingin membatalkan pinjaman itu kerana saya perlu membayar pada mulanya rm1.5k untuk scoring point dan kemudian meminta rm2.5k lagu kerana kekurangan point. Jadi saya berhasrat untuk membatalkannya.pihak tersebut berkata akan menghantarkan surat cancellation dan nama akan di blacklist.apa yang patut saya buat
Salam tuan. Suami baru sahaja menerima saman kerana kes kemalangan pd januari 2020. Salinan writ saman perlu diberikan kpd pihak insuran utk selesaikan tuntutan, namun insuran Kenderaan suami telah tamat tempoh pada november 2020 dan kereta suami sudah tidak digunakan lagi..dan suami perlu hadir ke mahkamah pd hujung september ini. Jadi apa langkah yg perlu suami lakukan setelah menerima writ saman ini
Salam tuan bolehkah pemegang kad unhcr mengemukakan saman tuntutan kemalangan kerana dia mengalami kecederaan semasa kemalangan berlaku?
Salam. Saya telah disaman oleh bank kerana tidak menjelaskan bayaran kad kredit berjumlah RM70,000. Saya telah menghubungi bank untuk mendapatkan penyata bulanan yang tertunggak tapi tiada balasan. Bagaimana saya hendak selesaikan kes ini walhal saya tidak tahu penyata bulanan yang tertunggak. Perlukah saya melantik peguam atau perlukah saya hadir ke mahkamah semasa kes didengar dimahkamah magistret secara e-Review sepertimana dalam surat notis writ saman oleh pihak bank.
Saya ada hutung dgn syarikat peminjam wang dan skg telah terima writ saman…kalau saya xmampu bayar, saya masuk penjara ke?
Sekiranya saya dapat surat saman tapi terlepas tarikh mahkamah dan ada pihak bank call suruh sign surat pembekuan akaun bagaimana ye?
Macam mana sekiranya saya dah berpinda Rumah Dan tidak tahu mengenai lod adakah Mahkamah tetap menjalankan saman tersebut
salam..nak tanya jika kita kena saman dari pihak singer..kalau tidak dapat bayar apakah akan kena penjara..
Selalu nya bila da dpt surat dari mahkamah untuk tuntutan hutang dgn bank,then kita akur dgn hadir. Boleh sy tau ape proses nya? Adakah kita akan Di soal? Kemudian adakah kita kena bayar jumlah hutang tu lump sum apabila sampai peringkat ini?
1 – Adakah kemalangan jalan raya sepenuhnya akan diuruskan oleh insurance.
2. Adakah kita perlu hadir ke mahkamah setelah menerima writ saman atau pehak insurance sahaja yang hadir.
3. Adakah penama dalam insurance dan pemilik kenderaan kena hadir masa perbicaraan- penama dalam insurance yang memandu kereta
Assalamualaikum tuan peguam
Saya ingin bertanya satu pekara di mana berlaku fitnah dan gangguan terhadap saya kerana masalah kecil.
Saya juga kerap menerima kata kata kesat dari kawan alam maya yang menuduh dan memfitnah saya kerana tidak melantik beliau sebagai admin group telegram.
Apakah saya harus buat untuk hentikan tuduhan melampau dari beliau? Perlulah hantar surat amaran atau saman?
saya nak tanya, saya hntr notis berhenti kerja sebulan.. tetapi company mahu 3 bulan.. masalah yg berlaku masa pkp kami dipaksa bekerja tetapi company bukan essential services.. tiada surat miti utk kami bekerja.. tetapi bos ugut tidak kerja tiada gaji walaupun sy sudah mhn WFH.. tetapi bos x benarkan.. bos cuma bayar guna psu 600 masa pkp. skrg bos sudah hire peguam hntr notis saman.. bolehkah 2 bulan gantirugi notis company mnta sy byr ikut amaun terakhir yg sy terima? mhn sgt pencerahan
salam tn peguam, sy nak bertnya company sy hire peguam utk hntr notis tuntutan pada sy disbbkan hntr notis perletakan jawatan hnya sebulan. tetapi company mahu 3 bulan. sy kena byr 2 bulan gj. tp 2 blm gj terakhir yg sy terima hnya half drpd gaji sebenar.. boleh ker sy bayar balik 2 bln ikut gaji terakhir sy terima?
utk mkluman tn peguam, company sy non essential services di mana waktu pkp tidak blh beroperasi. sy ada mhn wfh tp comp hnya memilih bangsa dia shja utk wfh.. bos juga mengugut jika mahu pernuh gaji perlu dtg opis walaupun tidak dibenarkan beroperasi. so blhkan sy hnya membayar berdsrkan jumlah gj terakhir sy terima? perlukah sy hire peguam atau sy blh membalas sendiri tuntutan notis ini? mhn pencerahan
Assalam tuan peguam, sy nk tanya pd 2017 sy ad beli moto dan mempunyai tunggakan sbnyk 1rbu lebih dan Pd 2018 mto dah kna tarik dan dilelong tnpa pengetahuan sy…bru2 ni sy mendpt panggilan dri kedai mto yg menyatakan perlu membayar hampir 8k…Ap yg perlu sy lakukan dan apakah tindkn yg akn dikenakan terhadap sy jika sy tidak mampu untuk menjelaskan byran tuntutan dri pihak kedai mto tersebut… Trima ksih
Sy ingin brtnya.. Sy dan suami dpt panggilan dri no yg brlainan.. Mereka beritahu dri syarikat guaman yg ingin menuntut hutng pihak singer.. Kta nye kes dri thn 2015.. Saya brtnya kpd suami adakh kes ini btl atau tidak.. Tpi dia x pasti.. Jdi sy mtk butirn dokumen pmbelian dgn pihk guaman.. Mereka cakap tak ada dgn pihak mereka.. Macm mn sy nk buat pembyrn klau tidak boleh kluarkn dokumen yg sy minta. Pihak guaman srh kami membyr dgn jumlah RM11000.. Jika kami tdk byr.. Mereka akn kluarkn waran tangkp.. Jika kes ini jdi kes makamah.. Mereka bgitahu kami di kehendaki membyr RM21000.. Apa yang perlu saya buat sekarang ye
assalamualaikkum,saya nak tanya saya ada buat satu pinjaman loan..selepas pihak pinjaman minta dokumen untuk memproses pinjaman saya..saya ada tanya pada pihak loan adakah saya kena bayar deposit apa2..pihak bank cakap cik tak perlu bayar apa2 deposit..selepas pemohonan saya lulus dia mintak saya bayar duit cagaran 400..bank kerajaan minta cagaran 400 .saya cakap kalau awal2 pihak loan cakap kena bayar untuk cagaran..saya tak buat loan pinjaman.saya cakap saya tak ada duit untuk bayaran itu sebab saya sudah bhnti kerja..pihak loan cakap tunggu surat dari lowyer..macm mana saya nak jelaskan..bukti pihak loan cakap tak ada deposit apa2..dia ingin saman saya.
Assalamualaikum. Saya ada 2 pertanya
1. Pada 2019 ada sorang (saya gelar si A) ni berhutang dengan tunang saya (masa tu kami masih berkawan pada 2019), jadi saya tolong tunang saya untuk tuntut hutang dia dengan datang ke rumah si A itu untuk buat tuntutan(ketika tu si A msg tunang saya “kalau berani datang rumah untuk minta hutang). Ikutkan rancangan tunang saya nak pergi ke rumah si A tu dengan abangnya tapi abangnya minta saya temankan. Jadi saya datang bersama tunang saya dengan cara aman tanpa buat rusuhan apa apa pun. Dan ayah penghutang tu siap jemput kami masuk untuk selesaikan hal di dalam rumah. Dan sekarang pada 2021, penghutang tu buat ancaman kat tunang saya yang mengatakan mereka boleh buat report polis dan saman ke atas saya sebab mengganggu privacy dengan main datang ke rumah si A dan familynya. Dan alasan alasan yang lain. Termasuk lah dia mengatakan saya tak ada hak untuk menolong tunang saya sebab saya tidak ada apa apa ikatan ketika itu. Adakah saya boleh dikenakan saman atas dakwaan itu ?
2. Apakah proses undang undang untuk meminta hutang RM5K ke atas. Sampai sekarang si A begitu liat nak bayar hutang hutang kepada tunang saya. Adakah berbaloi jika tunang saya buat tuntutan di mahkamah untuk dapatkan semula duitnya? Dengan tax atau bayaran fee guaman.
Terima kasih.
Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Jika saya bakal dapat saman malu dan fitnah atas dasar share status mengenai rampas suami orang dan komen di status berkenaan apa tindakan yg perlu dibuat? Adakah saya boleh pertahankan diri saya atau tidak sebab saya komen berdasarkan gambar mereka cium pipi? Dan boleh menuntut kos guaman kepada pihak sana sebab melibatkan saya?
Salam Tuan peguam. saya ada terima surat Writ dan Penyata Tuntutan disebabkan oleh kes kemalangan jalan raya yang berlaku last year. Saya contact Pihak insurance and they inform plaintif ada buat claim dekat pihak insurance tapi status still open. Pihak insurance juga maklumkan pada saya ignore sahaja surat mahkamah tersebut. Perlukah saya ignore sahaja surat mahkamah tersebut and let insurance handle walau pun surat tersebut minta apperance / defend to be filled within stipulated time?
Asalammualaikum saya ade buat pinjaman dkt syarikat one ample, mase mula² saya nk pinjam, dye tkde ckp kne byr pendahuluan ,selepas dh lulus dye mintk saya rm 375,dan dye mintk lagi rm1100 untuk naik kn score, saya dah ckp tkde duit, mereke mintk jugk klau tk dye antr surt mahkamah n polis, tpi duitnye saya tak dpt lagi
Saya digigit anjing bertuan dan tuan tidak mahu bayar pampasan. Laporan polis telah dilakukan dan anjing juga telah diangkut oleh pihak veterinar.
Jika disabitkan bersalah untuk seksyen 289, dendanya cuma RM2k sahaja. Kos rawatan saya yang perlu dibedah pun lebih tinggi dari itu dan saya ditahan wad selama 6 hari. Bolehkah saya saman empunya anjing itu dan biasanya berapakah pampasan yang akan dapat ?
Salam tuan saya nak tanya, berapa lama biasanya masa yg diambil utk memproses surat tuntutan peguam & juga writ saman dari mahkamah.
Sy berhenti kerja dan bgi tau majikan utk berhenti 9 hari sebelum tarikh berhenti melalui whatsapp..majikan ckp ok..lepas tu sy tanya majikan tentang gaji bln lepas bila nak bayar melalui whatsapp tetapi tiada jawapan walaupun dah beberapa hari sy tanya..sy ambil tindakan utk tanya majikan melalui komen fb post (fb company) tentang gaji..lepas tu dia call dan ugut nak saman malu terhadap sy sbb komen tanya psl gaji kt fb dia..soalan: boleh ke dia saman malu terhadap sy sbb sy cume tanya psl gaji?.sy dah try tanya personal melalui whatsapp,tapi dia x reply..bila sy komen kt fb melenting dia ckp sy malukan dia..kalau saman boleh dibuat terhadap sy,apakah tindakan utk sy ambil sedangkan gaji pon dia x bayar lagi
Assalamualaikum en peguam,, kes sy ni kawan satu tempat kerja pkai nma untuk beli motosikal under loan kredit, dia jnji nk byr elok tp skrg dia dh lari n motosikalpn dia bwk skali,sy dh buat report psl kwn yg bwk lari motor so skrg ni phk loan call sy suruh byr payment yg dh tunggk hampir sthn…pihak loan kredit ad call suh byr utk 2bln Klau xbyr nma sy diaorg akn blacklist,sy byr utk 2bln Sbb takot nma blacklist… sy nk tnya ape yg perlu sy buat Sbb skrg diaorg mtk sy bg balik motor tu n setlekn payment,tp sy Xtahu moto tu kt mna….
Salam tuan..nk tnya..kalau seseorang tu status muflis dan rekod insolvensi.. tapi disaman oleh individu untuk kes menuntut hutang, mcmna ye tuan? Boleh kah individu muflis disaman untuk membayar hutang individu tersebut? Sedangkan individu muflis tu dh xde aset, duit dlm acc pun semua insolvensi dh ambil. Boleh minta pendapat. Tq
Salam tuan,saya ada dapat call dari pihak mahkamah dan menyatakan saya telah disaman oleh pihak bank(aeon)sebanyak rm22k(hutang lama yang tak dapat dibayar)kerana telah berhenti kerja,dan pihak berkenaan meminta saya menghubungi peguam yang telah dberikan nomb telefon untuk saya hubungi.apakah yang perlu saya buat,sebab hubungi penguam tak angkat dan hubungi pihak mahkamah tadi yang call pun tak angkat.
Tuan peguam, Abang saya mempunyai hutang (personal loan) daripada sebuah bank yang lama tertunggak (RM 12K). Tidak dapat menyelesaikan disebabkan ketiadaan punca pendapatan.
Bank telah menyerahkan kes kepada pihak peguam dan 2 sms telah diterima.
Pertama: adalah mengenai amaran/peringatan akhir bahawa pembekuan akaun2, sekatan perjalanan antarabangsa dan garnishing order.
Kedua: SMS notis tuntutan.
Apakah yang boleh Abang saya lakukan buat masa ini, lebih2 lagi untuk mengelak akaun bank dibekukan.
Salam tuan, saya menerima kol daripada lawyer atas tunggakan tuntutan pinjaman loan.. jika saya gagal bayar..mereka akan ikhtiar muflis..pd hal saya x menerima ap2 surat amaran or tuntutan sebelum ni.. pinjaman saya 80k… tapi sekarang mereka tuntut 100k+++… mereka beku kan akaun.. apa patut saya buat ye tuan..saya sangat buntu.
Assalammualaikum cik saya nak tanya..klau notis saman kes sivil berbentuk sms..apakah dia sahih atau tidak…sms nya berbentuk seperti ini:RM0 PERHATIAN Tuan/Puan. Berdasarkan rekod terkini anda masih mempunyai hutang tertunggak dengan AIQON AMANAH (dahulu dengan AMBANK). Anda berhadapan notis saman sivil kerana gagal menjelaskan hutang. Hubungi Pn.Danesh 0327898959 bagi pembatalan notis. Rujukan kes: AMBANK