A.KESAN PENCEROBOHAN BERDASARKAN UNDANG-UNDANG KANUN TANAH NEGERA 1965
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan hak ekslusif kepada seorang pemilik hartanah ke atas Hartanahnya. Hak asasi ini kemudiannya diterjemahkan didalam Seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) bahawa pihak Pemilik yang berdaftar ke atas Hartanah tesebut tidak boleh disangkal hak dan ketuanpunyaannya dan seterusnya menjaga hak sebagai Pemilik yang berkuasa ke atas Hartanah tersebut sepenuhnya.
Di bawah Seksyen 44(1) KTN juga selanjutnya memberikan hak dan kepentingan eksklusif pemilik Hartanah tersebut untuk menikmati penggunaan hartanah tersebut tanpa boleh diganggu oleh mana mana orang tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang.
Sekiranya terdapat apa jua pencerobohan oleh pihak ketiga hatta dari individu asing dan/atau ahli keluarga sekalipun, undang-undang menetapkan suatu pencerobohan itu sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN yang memperuntukkan Penjara tidak lebih satu (1) tahun atau denda tidak melebihi Sepuluh Ribu Ringgit (RM 10,000.00).
Seksyen 426A KTN juga memperuntukkan kuasa pihak Polis, Pendtadbir Tanah, dan Pegawai yang diberi kuasa untuk menahan individu yang menceroboh suatu hartanah dan merampas apa jua kenderaan, traktor dll yang digunakan untuk tujuan pencerobohan tersebut.
HAK PEMILIK-PEMILIK UNTUK TINDAKAN DALAM ISU PENCEROBOHAN
Bergantung kepada fakta semasa, penyataan di atas dan rujukan pihak Pemilik dengan pihak Perundangan yang berkaitan, antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak Pemilik Hartanah tersebut dalam isu pencerobohan tidak kira, memasuki, mengorek struktur tanah, menyebabkan harta benda si penceroboh memasuki Hartanah Pemilik adalah:-
- Menfailkan suatu laporan Polis di Balai Polis terdekat.
Dengan menfailkan suatu laporan polis terhadap penceroboh dan/atau pekerja penceroboh, pihak Polis dapat memulakan satu kertas siasatan dan tindakan awal seperti membuat lawatan tapak dan memanggil Penceroboh untuk diambil keterangan. Pihak Polis juga dapat mengguna kuasa sedia ada untuk memberi amaran ringan kepada pihak Penceroboh untuk menghentikan tindakan pencerobohan dengan segera.
Pada masa yang sama, sekiranya pihak Polis selepas siasatan mendapati Penceroboh masih enggan atau enggan memberi kerjasama, boleh membuat permohonan untuk membawa kes ke peringkat pertuduhan oleh Bahagian Pendakwaan yang kemudiannya membuka satu kes pertuduhan ke atas Penceroboh di Mahkamah di bawah kes Jenayah.
2. Melantik Peguam untuk Mengeluarkan Notis Segera kepada Penceroboh untuk menghentikan pencerobohan dan menuntut ganti rugi
Pihak Pemilik juga boleh dengan segera melantik mana-mana Peguam yang sesuai untuk Peguam tersebut mengeluarkan suatu Notis dan/atau Notis Tuntutan kepada si Penceroboh agar Penceroboh keluar dari Hartanah tersebut, membayar ganti rugi atas pencerobohan tersebut, menjadikan keadaan Hartanah tersebut dalam keadaan asal sebelum diceroboh dan apa jua kerugian akibat pencerobohan tersebut,.
3. Menfailkan Suatu Saman dan/atau Permohonan di Mahkamah bagi suatu perintah Deklarasi, Injuksi, Kebenaran spesifik, dan Perintah Ganti Rugi.
Sekiranya tindakan 1 dan 2 di atas tidak memberi kesan drastik, pihak Pemilik adalah disarankan untuk melantik pihak Peguam mewakili Pemilik untuk Saman dan/atau Permohonan di Mahkamah yang mana adalah berkesan dan menyeluruh untuk menghentikan tindakan pencerobohan Penceroboh. Di dalam Permohonan tersebut antara lain memohon Mahkamah untuk:-
- Memutuskan bahawa tindakan Penceroboh adalah suatu Pencerobohan atas kesalahan Tort: Trespass;
- Memutuskan bahawa tindakan Penceroboh mendatangkan kerugian kepada pihak Pemilik;
- Memberi kebenaran Pemilik untuk sama ada mengekalkan bangunan sedia ada atau memusnahkan bangunan sedia ada di atas Hartanah tersebut;
- Memberi kebenaran kepada pihak Polis dan/atau pihak berkuasa untuk memasuki Hartanah tersebut, menangkap Penceroboh, dan merampas secara sah apa jua jentera yang digunakan untuk pencerobohan di atas Hartanah tersebut;
- Memberi kebenaran kepada Pegawai Mahkamah untuk memasuki Hartanah tersebut untuk melaksanakan Writ Pemilikan Hartanah tersebut bagi pihak Pemilik;
- Menuntut pihak Penceroboh untuk mengembalikan Hartanah tersebut dalam keadaan asal; dan/atau
- Menuntut pihak Penceroboh untuk menjelaskan ganti rugi akibat kerosakan yang dilakukan dan menjelaskan ganti rugi atas Tort of Conversion and Deteniu yang menyebabkan transaksi Jual Beli dengan pihak Pembeli tergendala.
SEMOGA BERMANFAAT, JIKA ADA SOALAN BOLEH AJUKAN DI BAHAGIAN KOMEN DAN/ATAU DI FB KAMI DI CARIAN “JOM TANYA PEGUAM”.
Penyataan di atas hanyanya penyataan secara asas semata-mata dan berubah bergantung kepada fakta sebenar kes. Penyataan di atas juga tidak bertindak sebagai nasihat guaman yang mengikat liabiliti pihak-pihak selaku Peguam – anakguam.
Gambar yang dirujuk hanyanya contoh semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Terima kasih.
Cable. TNB untuk support post elektrik di tanam dalam lot tanah kami dan kami telah memohon pihak TNB untuk membuat pengalihan memandangkan cable tersebut telah menghalang laluan bg kami untuk menjalankan aktiviti terhadap tanah tersebut. Walaubagaimanapun pihak TNB memaklumkan bahawa pihak kami perlu menanggung semua oengalihan tersebut yg jelas2 salah TNB
tuan, tanah mak sy diceroboh. Dah report pej tanah – respons pej tanah kata itu tanah persendirian, perlu serah kes kepada polis. (luar bidangkuasa pej tanah) betul ke mcm tu.
Sekiranya perlu membuat lapuran polis dan mengupah peguam untuk tanah, boleh kah hanya salah seorang dari pemilik tanah yang membuat lapuran? (Tanah tersebut ada dua nama)
Terima kasih maklumat bermanfaat untuk semua
Salam. Nak minta pendapat. Bapa saya ada membina rumah di atas tanahnya sendiri tetapi apabila lihat geran tanah bapa saya dah termakan tanah pakcik saya sikit. Bapa saya menulis surat meminta pakcik saya jualkan tanah yang termakan tu. Pakcik saya menjawab melalui surat juga dan mengatakan boleh jual tapi ada syaratnya iaitu tukarkan nama pemegang tanah amanah yang bapa saya jaga kepada nama syarikat. Tetapi bapa saya tak nak ikut syarat tu. Jadi sudahnya pakcik tak nak jual walaupun kami beberapa kali pujuk pakcik. Patut kah biar saja pakcik saya robohkan dengan kos dia tanggung sendiri? Atau ada cara lain tak untuk selamatkan rumah tu. Rumah tu ibubapa saya duduk. Tanah pakcik saya pula yang keluasan tiga court badminton hanya ada lalang.
Salam tuan, saya ada sewa sebidang tanah ketika saya mulai nak masuk melaksanakan kerja kerja di tanah tersebut, didapati ada orang lain sudah menduduki di atas tanah tersebut sudah sekian lama sebelum saya ikat perjanjian sewaan . Lantas saya buat laporan polis dan maklumkan kepada pemilik tanah.pemilik tanah tetap kata itu urusan saya sebab mereka dah sewa kepada saya manakala sewaan tetap berjalan seperti biasa.Saya berkeras tidak mahu terima sewaan ke atas saya kerana tanah tersebut ada penghuni lain selain saya.. Bagaimana dan apa yang harus saya lakukan.
Nak minta pendapat…saya ada selisih faham dengan adik beradik masalah kes tanah..tanah atas nama saya sendiri..sekarang ni adik beradik dah ganggu hidup saya hingga nk halau saya dari tanah saya sendiri…apa patut saya buat…boleh tak saya meminta mereka semua bayar sewa pada saya sebagai menumpang atas tanah saya…perlu kah saya pasang peguam untuk menguat kan diri saya…minta penjelasan ..terima kasih
Mohon pencerahan berkenaan sempadan tanah… Ibu mertua saya sering diganggu dan diugut oleh sepupunya akan memgambil tindakan mahkamah kerana mendakwa tanah diduduki masuk tanah mereka sedangkan saya sudah 2 kali menggunakan khidmat penyukat tanah berlesen bagi menentukan sempadan tanah tetapi tetap juga sepupu mak mertua x puas hati dan sering mengganggu isteri dan mak mertua saya… Adakah keperluan membuat report polis tentang gangguan tersebut dan setelah dirujuk dengan pihak jabatan tanah rumah kami masih dalam kawasan tanah bergeran dan mereka masih mengatakan tu hak mereka… Mohon pencerahan
Nak minta pendapat. Saya ada sebidang tanah,ada geran tanah. Tanpa di sedari ada syarikat membuat jalan dalam kawasan tanah saya. Apa harus saya buat. Apa kah kita saman syarikat itu. Berapa harus kita saman syarikat itu.
Tuan, beberapa org yg membuat permohonan tanah tetap melakukan aktiviti perladangan di tanah yg dipohon walaupun tanah tersebut telah digazet sebagai tanah perkampungan. Adakah ini dikira pencerobohan?
Asalamialaikum , nama saya abd lazim, arwah ayah saya ada meninhgalkan tanah seluas 30 ekar, tetapi tanah tersebut masih lagi dalam status PT (permohonan tanah).
Masalahnya , tanah tersebut telah di usahakan oleh sebiah koperasi kampung tanpa penhetahuan kami,
Soalan saya , adakah saya sebagai waris arwah ayah boleh mengenakan tindakan undang2 terhadap pihak koperasi berkenaan , dan boleh kah saya membuat pagar di sempadan kawasan ,
.
Salam Tuan, saya ingin bertanya mengenai tanah persendirian ayah saya yg diceroboh. Sebelum ini rundingan telah dibuat dan ditandatangani oleh syarikat pembinaan dan pihak keluarga saya, persetujuan telah dibuat dimana syarikat terbabit bersetuju membina semula sekiranya terkesan drpd projek itu. Dan dalam rundingan pihak syarikat memberi jaminan bahawa kerja² pembangunan tidak akan memasuki sempadan. Tetapi sekarang berlaku sebaliknya, 1) tanah dikorek memasuki sempadan tanah kami di bahgian dalam iaitu dibawah bilik air, ia menyebabkan struktur rumah bahagian bilik air condong kerana dikorek bahagian dlm tanah yg memasuki sempadan. 2) Tanaman merupakan sebatang pokok yg telah ditanam hampir 5 tahun hanya tunggu berbuah dimusnahkan. Kedudukan tanaman itu berada di dlm kawasan tanah kami. Sebelumnya syarikat memberi jaminan bahawa kerja² pembangunan tidak akan melebihi sempadan tanah kami. Dan tanaman tersebut diberi jaminan tidak akan diapa² kan. Tetapi berlaku sebaliknya.
Setelah kami sekeluarga berbincang untuk menuntut pampasan atas perlanggaran perjanjian, mereka memberi maklum balas berupakan surat yg menyatakan syarikat hanya akan membina semula seperti dlm perjanjian dan lain² tuntutan tidak akan dibayar sama sekali. Mohon nasihat Tuan untuk kami membuat tindakan seterusnya. Lagi elok sekiranya kami melantik Tuan memproseskan saman atas tuntutan pampasan kami yg dinafikan oleh syarikat terbabit. Mohon jasa baik Tuan.
Assalam tuan, Ada kenderaan buruk diatas tanah saya dan tanah ini akan saya bersihkan untuk tujuan pembangunan. jika saya nak alihkan kenderaan itu, dimana harus saya letakkan? dan apakah patut saya lakukan sebelum mengalih kenderaan itu.
Assalamualaikum saya nak bertanya .. ayah saya ada membeli tanah selama 26tahun yang lalu .. geran ada pada kami.. cukai kami jugak yang membayarnya .. tetapi kami tidak pernah melihat tanah itu.. cuma baru2 ini saya ada upah juru ukur untuk cari tanah kami .. bila jumpa ada orang telah menanam pokok kelapa sawit.. sedang kan apa yang kami tahu tanah itu masih dalam keadaan hutan.. dan kami telah berjumpa dengan orang yang menguruskan tanah itu.. menurutnya dia jugak telah membayar rm40k untuk membeli tanah itu dengan seseorang yang bekerja di pejabat tanah .. pegawai pejabat tanah itu mahu menjual rm70k untuk 2 ekar .. sedang kan tanah itu ada lebih kurang 3 ekar ½.. dan di sini apa tindakan yang saya dan keluarga bole buat ?
Saya ada membeli sebidang tanah milik kerajaan dari sesorang yang telah membayar deposit penuh di pjbt tanah pada tahun 2000Dan hampir keluar geran .pjbt tanah telah menyarankan saya menbayar deposit penuh di pjbt tanah Dan deposit penama telah di tarik balik untuk saya mendaftar semula pada tahun 2012.selama 10 tahun tiada isu tanah tersebut sebenarnya telah di miliki oleh orang lain.dan sekarang orang itu telah dpt perintah mahkamah untuk mengambil semula tanah tersebut.boleh ke saya buat Saman keatas pjbt tanah atas kecuaian membenarkan saya membayar deposit penuh selama 10 th Tanpa pjbt tanah maklum yg tanah tersebut sebenarnya dah milik org.saya mengalami kerugian beratus ribu selama 10 th atas kecuaian pjbt tanah tersebut
Minta pendapat,saya berjiran dgn 1sekuarga ni ditanah pusaka,tanah tu dia buat rumah dari zaman nenek moyang lg,tiba masa tanah tu dlm proses akan ditukar nama semua adik beradik kami n tanah tu dibahagi sama rata utk kami beradik,kami nk halau jiran tu n caranya perlu kah kami buat report polis dahulu kemudian pergi bgtau jiran tu perlu berpindah yg kami bg tempoh yg sewajarnya.
untuk support post elektrik TNB menceroboh dalam lot tanah kami untuk Tainan cable tanpa kebenaran atau notis. Tindakan terse but telah mengganggu tapak rumah yg akak dibina kelak. Bagaimana utk kami mengambil tindakan terhadap perkara tersebut
saya baru beli tanah tapi di atas tanah tersebut ada org lain yang buat rumah sblm sy beli apa yang patut saya buat sedang kan tuan tanah tersebut telah jual kepada saya
Adakah perlu bg pemilik tanah memagar kawasan sekitar (kebun) sebelum tindakan diambil.. walaupun teguran sudah diberi, malahan pemilik yg ditegur kembali.
Arwah ayah dah meninggal dan telah menumpangkan adiknya untuk tinggal ditanah ayah.setelah ayah dan adiknya meninggal,anak2 adik ayah nak tuntut hak tanah rumah yg dibina sedangkan itu tanah ayah dan geran tanah tertera atas hak milik ayah.jadi kami nak bagi adik beradik nak buat pembahagian jadi bermasalah dan kami sedang mencari jalan melalui undang2 untuk menuntut hak tanah yg diduduki mereka.apa perlu kami lakukan mengikut undang2.
Untuk tanah milik bersama, sekira ingin membuat laporan ke pihak polis atau melantik peguam bolehkah dibuat hanya dengan salah orang pemilik. Tanah saya diceroboh. Saya memiliki 3/4 hak pada tanah tersebut dan 1/4 lagi pada abang saya.
Assalamualaikum…sy nak tnya apa lg tindakan saya tanah saya diceroboh pembuangan sampah haram.sy dah buat aduan dekat pjb tanah, mjlis,pjbt persekitaran kesihatan serta laporan polis..skunk ni pjbt tanah sruh sy letak signboard atau pgar..smua tu perlukan modal besar..apabila sy hendak melawat tanah sy.. yg jga projek yg kat situ x bg masuk dlm kwsn tanah sy.kwasan tanah saya dlu ada pkok sawit..sekarang dh rata tambakan tanah n sampah.batu pancang pon dh tidak klihatan.kwsan situ mmang tepat kwsan banjir..ketua kt situ alasannye elak dri bnjir.skunk sy tunggu jwapan dri pnguatkuasa pjbt tanah kol sy..smpai skunk pjbt tanah xkol sy..
Salam saya dah email kan permasalahan tanah saya, di pihak tuan. Nanti balas ya email saya. Terima kasih.
Tn. Pewaris geran telah diberikan oleh mahkamah syariah melalui tuntutan waris. Nama pewaris baru pun telah masuk pada geran. Tetapi ada 1 individu dakwa tanah miliknya sejak 30 tahun lalu melalui surat kuasa dari pemilik asal yg telah meninggal dunia. Jika ambil tindakan sivil. Pewaris boleh menang ke
Semasa Hidup Nenek dan saya pergi ke Pesuruhjaya Sumpah, cap jarinya dan no ic di isi pada borang tersebut,Menyatakan bahawa di berikan Ruang pada saya untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah yg disertakan dengan nombor lot.Surat di cop rasmi pesuruhjaya Sumpah pada tahun 2013.setelah nenek meninggal pada lot tanah tersebut di bahagian kepada 3, kemudian di keluarkan Geran hak milik pada tahun 2022.
Nama saya tidak di isi pada Geran tersebut..Apa yang perlu saya lakukan?!
Kes saya tanah saya diduduki oleh penceroboh dan didirikan rumah. Saya nak amek tindakan undang undang. So kes ni tuan boleh ambil ke. Lokasi di kluang johor.
Assalammualaikum Tuan, bagaimanakah caranya saya ingin membuat tuntutan sewa ke atas pihak syarikat telekomunikasi yang telah menanam kabel dan termasuk di dalam tanah saya?
Apakah cara yang perlu saya buat?
Perlukah saya mengupah seorang juru ukur untuk memastikan berapa jarak kabel tesebut telah termasuk ke dalam tanah saya?
Tanah bergerankami termasuk dalam pengambilan tanah dibawah seksysen 3 akta pengambilan tanah oleh kerajaan, malangnya belum pun pampasan di persetujui oleh pihak pemilik,pihak pemaju yang dilantik oleh kerajaan mengklaim bahawa tanah itu sudah milik mereka dan membuat projek keatas tanah tersebut pada tahun 2022
Untuk pengetahuan tuan,pengambilan tanah diwartakan 30 tahun lalu, dan mendapat bantahan dari penduduk melalui mahkamah namun tidak berjaya.
Pemilik juga masih membayar cukai tanah tersebut.
Pertanyaan saya,adakah kami berhak mendapat pampasan mengikut nilaian semasa?