Skip to content

BAGAIMANA HENDAK HADAPI PEMUNGUT HUTANG (DEBT COLLECTOR) DAN SEMAK KESAHIHAN FAKTA MEREKA

“Tuan, saya ada terima call dari Syarikat A mengatakan mereka wakil dari Bank B dan bagitahu bahawa saya telah dibankrupkan. Mereka minta saya bayar RM 10,000.00 dahulu dari total hutang RM 30,000.00 hari ini juga. Jika tidak mereka kata akan datang rumah dan sita rumah saya”

Berikut adalah cadangan langkah-langkah dari pihak JTP yang perlu/boleh anda lakukan jika menghadapi situasi begini dari Debt Collector.

1. BERTENANG
Sekiranya anda menerima panggilan dari mana-mana syarikat dan meminta anda jelaskan hutang sebut seperti penyataan di atas, pertama sekali bertenang terlebih dahulu dan jangan panik walaupun anda tahu anda ada hutang dengan Bank B. Ini penting untuk memastikan anda tidak terjerumus dengan perangkap emosi, sehingga anda memberi maklumat yang tidak sewajarnya atau membuat pengakuan liabiliti hutang.

2. KAWAL SITUASI
Tekan butang merakam panggilan, dan jangan memberi apa-apa akuan terhadap hutang langsung dan ingat, anda tidak wajib untuk menjawab apa jua soalan dari pihak Debt Collector dari panggilan telefon. Anda boleh memilih untuk berdiam sahaja dan anda juga ada hak untuk bertanya.

3. TANYA SOALAN ASAS
Tanpa memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, nombor kad bank dsb. Anda mulakan dengan soalan seperti berikut:-

a. Encik buat panggilan dari mana ya?

b. Boleh saya tahu nama encik?

c. Ini berkenaan apa ya?

d. Boleh saya tahu nama syarikat encik?

e. Syarikat encik di mana ya?

Ini adalah untuk tujuan pengesahan asas individu yang menghubungi anda dari syarikat mana untuk langkah selanjutnya nanti.

4. TANYA SOALAN PENGESAHAN
Sekiranya, pihak Debt Collector mengatakan bahawa anda telah dibankrupkan dan/atau disaman di mahkamah dan/atau harta anda dalam proses disita dan/atau apa jua tindakan undang-undang sedang dilakukan ke atas anda disebabkan hutang tersebut.

Ingat bahawa semuanya kemungkinan besar hanyalah taktik untuk menakutkan anda semata-mata sahaja, sehinggalah anda semak kesahihan tersebut. Untuk tujuan itu, anda boleh tanya seperti berikut (jika relevan):-

a. Pihak mana ya yang bankrupkan saya?

b. Boleh saya dapatkan nama Firma Guaman bagi pihak yang bankrupkan/saman/
permohonan sita saya/hartanah saya?

c. Boleh saya dapatkan nombor kes yang dikatakan sedang berjalan tersebut?

d. Kes di Mahkamah mana ya?

5. TAMATKAN PANGGILAN
Maklumkan bahawa pihak anda akan buat semakan terlebih dahulu dengan pihak:-

a. Bank B

b. Firma Guaman yang dinyatakan (jika relevan)

c. Sistem Mahkamah (jika relevan)

d. Carian Kebankrapan (jika relevan)

dan kemudian tamatkan panggilan.

6. BUAT SEMAKAN FAKTA

a. Bank B
Buat panggilan telefon ke bahagian cawangan dan minta nombor bagi bahagian recovery Bank tersebut dan buat pengesahan hutang dan jumlah tuntutan hutang dan tindakan yang ada direkodkan.

b. Firma Guaman yang dinyatakan (jika relevan)
Layari https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/ dan semak jika nama Firma Guaman tersebut wujud, benar sebuah Firma Guaman atau rekaan semata-mata.

c. Sistem Mahkamah (jika relevan)
Layari https://efs.kehakiman.gov.my/efsweb/ , pilih Mahkamah dan masukkan nombor kes yang dikatakan sedang berjalan oleh pihak Debt Collector atau call pihak Mahkamah melalui nombor di laman web rasmi.

d. Carian Kebankrapan (jika relevan)
Jika Debt Collector mengatakan anda telah dibankrupkan, pastikan anggaran hutang anda yang anda ketahui adalah RM 100,000.00 ke atas dan lakukan carian kebankrapan di https://e-insolvensi.mdi.gov.my/

7. TINDAKAN LANJUT
Setelah semakan, jika anda mendapati bahawa mana-mana penyataan Debt Collector tersebut adalah palsu dan bersifat mengugut. Anda bolehlah dengan segera lakukan tindakan seperti berikut:-

a. Membuat aduan Polis; atau

b. Membuat aduan ke Bank Negara Malaysia di bnmtelelink@bnm.gov.my

*Posting ini tidak bertindak sebagai nasihat yang mengikat pihak-pihak sebagai Peguam dan anakguam melainkan untuk tujuan perkongsian am secara bersama semata-mata.

SEMOGA BERMANFAAT DAN JAGA KESIHATAN ANDA
#KITAJAGAKITA

(Visited 5,541 times, 1 visits today)
4 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
RAHIM
RAHIM
1 year ago

sy nak minta pencerahaan.sy beli kereta .penjanjian 7th lepastu kereta x bayar hingga melepasi penjanjian 4.kemudian bank ingin bankrap kan sy. hutang sy hanya 65.000.00

Kushairi ali
Kushairi ali
1 year ago

Assalamualaikum, semoga tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baru² ini saya dihubungi oleh pihak debt collector berkenaan hutang kad kredit AmBank. Untuk makluman, saya telah selesaikan hutang kad kredit AmBank ini sekitar tahun 2016/2017 mengikut perjanjian antara saya dan Express solutions.

Namun begitu, bila dihubungi lagi, saya dikatakan masih berhutang dengan AmBank. Saya masih menyimpan surat tawaran beserta resit² yg sudah pudar. Saya pernah menghubungi pihak debt collector-express solutions, mereka sepertinya tidak pernah menguruskan akaun saya. Apakah saya dianiaya??

Posting ini bertarikh 28/10/2021

Mimie
Mimie
9 months ago

Selamat petang..saya in bertanya smlm sya dpt call dri debit collector yg menyatakn saya kna langsaikn hutang saya yg tetungak kalau x esoknya jam 10 pagi saya akan d bankrupt kn Dan mereka akan dtg rumah saya dlm jam 10 utk sita brg2 umah saya…last opsyen pihak debit menyuruh saya bankin rm5800 Bru buat penstrukturan smula bulanan…adakah cara pihak debit ni btul atau tidak sbb smlm call kna suru buat pmbayaran smlm jgk lpstu bagi last opsyen lagi harini…mohon pencerahan

BOSS TAN
BOSS TAN
5 months ago

SAYA NAK ISUKAN SIKIT MENGENAI COLLECTOR NI MEREKA TAK KAN PERNAH UNTUK MENGUGUT DEBTOR BERLEBIHAN KERANA COLLECTOR PUN ADA HAD-HAD YANG DIBENARKAN. BAGI SAYA PENGHUTANG NI AKAN MEMBERI PELBAGAI ALASAN DAN ADA PULAK YANG MEREKA-REKA CERITA KEPADA COLLECTOR. BILA DIMINTA UNTUK BERHUBUNG DENGAN SYARIKAT YANG MEMBERI PINJAM MEREKA TAK MAHU DIKATANYA SCAMMER KERANA NOMBOR OFFICE TELAH DI SAVE PELBAGAI-BAGAI NAMA BURUK KEPADA SYARIKART YANG MEMBERI HUTANG. INGATLAH HUTANG WAJIB DIBAYAR WALAUPUN ITU HANYA HUTANG BARANG SAHAJA. SAYA BUKAN RASIS TAPI SEDIH SIKAP MASYARAKAT MELAYU 40%, INDIA 40% CINA 10% DAN LAIN-LAIN BANGSA 10% YANG SUKA LARI DARI HUTANG SEDANGKAN PEMBAYARAN ADALAH BAYARAN BULANA N SAHAJA. MINDSET KENA UBAH SEMUA TAK KIRA BANGSA HUTANG WAJIB BAYAR.

BOSS TAN
BOSS TAN
5 months ago

JANGAN AJAR MEREKA UNTUK LARI HUTANG. MCM MANA PUN DEBT COLLECTOR ADALAH COLLECTOR YANG DILANTIK. DEBTOR SELALUNYA AKAN MEMBERI SERIBU SATU ALASAN UNTUK MENGELAK MEMBAYAR HUTANG. DEBTOR TAK KAN PERNAH UNTUK BERBINCANG SECARA BAIK BILA KITA MINTA MEREKA UNTUK BERHUBUNG DENGAN SYARIKAT YANG MEMBERI MEREKA PINJAMAN. DIMANA PULAK HAK COLLECTOR DAN SYARIKAT YANG MEMBERI PINJAM UNTUK MENAGIH HUTANG TERSEBUT SEDANG MEREKA BEBAS LARI DARI HUTANG DAN TAK PERNAH TERFIKIR UNTUK MEMBUAT BAYARAN APATAH LAGI BERBINCANG UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG TERSEBUT. SEPAPTUNYA SI PENGHUTANG PUN HARUS BERTANGGUNGJAWAB ATAS HUTANG-HUTANG MEREKA.

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x