Skip to content

BAGAIMANA MAHU KIRA NAFKAH ANAK?

Dalam Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, jelas memperuntukkan bahawa bapa adalah bertanggungan untuk bayar nafkah anak.

Pada kebiasaannya, isu nafkah anak timbul setelah pihak-pihak berpisah dan anak dijaga sepenuhnya oleh ibu. Tapi bagaimana kiraan nafkah anak?

Nafkah anak hendaklah dikira berdasarkan perbelanjaan keperluan bulanan dan tahunan anak. Perbelanjaan bulanan termasuklah wang saku anak, tempat tinggal, perubatan, insurans bulanan dan lain-lain.

Manakala, perbelanjaan tahunan termasuklah perbelanjaan hari raya, yuran persekolahan, yuran pengajian dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

Kemampuan serta tanggungan bapa juga adalah diambilkira.

Walaubagaimanapun, sekiranya pihak-pihak boleh bersetuju dengan amaun yang ditetapkan bersama, ianya tidak menjadi masalah dan keputusan boleh dibuat berdasarkan budibicara bersama.

(Visited 26,124 times, 12 visits today)
5 4 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
20 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ernie Suraya Bt Mohd Yusof
Ernie Suraya Bt Mohd Yusof
1 year ago

Assalamualaikum tuan
Sy sudah 10 tahun bercerai dan sudah 9 tahun bernikah lain.

Sepanjang nikah baru, bekas suami tidak pernah memberi nafkah kepada 2 anak kandung

Pelbagai cara sy cuba untuk mendapatkan nafkah tapi pasti tidak berjaya. Paling bosan bila bekas suami akan melibatkan polis untuk menahan sy dari berbuat apa apa tindakan untuk file kan saman nafkah anak

Abey
1 year ago

Assalamualaikum tuan/puan..sy mahu bertanya..sy bru je bercerai..sy x pernah pergi mana2 peguam untuk dapatkan pengiraan nafkah ank..cuma berbincang dengan bekas isteri ..ank 2org..sy bg rm1000..adalah dibolehkan?

Azam
Azam
2 years ago

Assalamualaikum puan,
Selepas 5 tahun perceraian, saya telah berkahwin dan baru menimang cahaya mata. komitmen agak tinggi dan isteri tidak bekerja. Bayaran sewa rumah serta kadar harga barang keperluan semakin meningkat. Selain itu, saya sebagai anak lelaki perlu menanggung keperluan perubatan mak saya di kampung. Adakah nafkah anak dapat dikurangkan dari kadar pengiraan di atas sekiranya saya membuat ubah perintah?

Rohaini bt Dakulah
Rohaini bt Dakulah
2 years ago

Assalamualaikum puan… Saya telah berpisah dgn bekas suami dr 2005 dan sah bercerai 2013. Semenjak berpisah bekas suami tidak pernah memberi nafkah untuk anak2 seramai 3 orang yg d bawah jagaan saya. Kini anak2 saya telah berumur 18 tahun ke atas, adakah mereka masih berhak untuk menuntut nafkah kerana mereka sdg menuntut d IPT.

noor
noor
2 years ago

nak tanya rajah yang diberikan tu hanya untuk seorang anak sahaja ke ?

Norhayati
Norhayati
2 years ago

Assalamualaikum

Niesa
Niesa
2 years ago

Assalamualaikum Puan. Sy berkahwin dgn suami sy pada 2018 dan dia berstatus duda anak 1. Mereka bercerai pada 2014 dan usia anak nya belum mencecah 1 tahun. Sepanjang penceraian dan hingga sekrg, suami tidak pernah mengabaikan nafkah dan selalu menjemput anak nya setiap 2 minggu dari Muar, johor ke Putrajaya, dan menghantarnya kembali selepas 3 hari. Sepanjang perkahwinan, kami dikurniakan seorang anak skrg berusia 2 tahun dan ketika ini sy mengandung anak kedua (36 minggu). Persoalannya, bagaimanakah kiraan nafkah utk anak suami dgn bekas isteri dan nafkah utk sy dan anak2 sy? Utk pengetahuan, Kami berdua berkerja dan anak dihantar ke rumah pengasuh. Ketika ini pendapatan bersih suami adalah RM 3600 tanpa OT dan tiada OT. Mohon pencerahan supaya sy dapat menguruskan kewangan anak2 sy dan anak bekas isteri dgn adil. Terima kasih

Zainab
Zainab
1 year ago

Assalamualaikum, saya mmg dari kecik tk pernah jumpa ayah saya dan dia satu sen pun tak pernah bagi nafkah kepada saya. Saya sendiri tak kenal ayah kndung saya tapi diyakini masih hidup dan dah kahwin lain. Ayah saya ni dah murtad. Boleh cadangkan cara untuk cari ayah saya semula dan minta dia beri nafkah pada saya?

Wawa
Wawa
1 year ago

Assalamualaikum, saya dah 6 tahun bercerai.. dan sebelum ni bekas suami ada beri nafkah kpd anak. Tapi sepanjang tahun 2022, dia langsung tidak bayar nafkah atas alasan sedang dlm tempoh latihan bomba. Tapi selepas setahun, dia tidak tunaikan janjinya & terus abaikan wasap dari anaknya. Hanya bulan december 2022 dia bayar 300 sahaja untuk 4 org anak atas alasan nafkah diberi ikut kemampuan dia. Saya sgt tertekan menanggung beban hutang, apakah yg patut saya buat?

Fatin
Fatin
1 year ago

Suami saya telah berpisah dengan bekas isterinya sebelum kami berkahwin serta bekas isterinya juga telah berkahwin lain selepas mereka bercerai. Saya ingin bertanya berkenaan nafkah, mereka mempunyai 3 org bersama. 2 daripadanya tinggal bersama suami dan sorang lagi tinggal bersama emak bekas isterinya. Sering kali bekas isterinya mengungkit untuk menuntut nafkah beliau dan anak2.. seolah2 teraniaya.. Bekas isterinya tidak menjaga langsung anak2 selepas bercerai. Boleh saya tahu apa yg boleh dituntut oleh pihak bekas isterinya. Anak yang tinggal bersama emak bekas isterinya, selalu diambil oleh suami. Harap pihak tuan/puan dapat membantu kami dari segi apa perlu dilakukan.

Last edited 1 year ago by Fatin
Aisy
Aisy
1 year ago

Assalamualaikum.. sy dh lama bercerai dgn suami . Sy tak penah menuntut apa2 tuntutan sbb suami tak bekerja.. last 2 years dia dh berkahwin lain.. sy cube tuntut nafkah anak2.. dr 3 org.. yg bongsu je sek lg. Tp suami on off bayar. Ape perlu sy buat?.. boleh ke sy tuntut dr eddah .. mutaah dan nafkah semua anak.. atau eddah untuk anak yg bongsu je?

Naz
Naz
1 year ago

Assalamualaikum tuan..saya nak bertanya..mak ayah saya bercerai dari saya berumur bbrp bulan..ayah saya tidak pernah memberi nafkah dan menjenguk saya sepanjang penceraian mereka sehingga la saya berumur 27 tahun..masih bolehkah untuk saya membuat tuntutan nafkah dari ayah saya?

halipa
halipa
1 year ago

assalamualaikum, suami sy ingin bercerai dengan saya kerana dia ada hubungan dengan perempuan lain.selama sy berkahwin dengannya selama 10taun dia jarang memberi nafkah ..persoalannye sekarang sy hanye ingin tau cara pembayaran nafkah anak di bayar dalam purata bagaimana ye? tertakhluk pada gaji suami ke? sy ada anak berumur 5 taun , 4 taun & 2 taun..pada mulanya suami setuju kalau buat fast track dengan syarat yang saya beri tapi sekarang dia tidak setuju di sebabkan amount yg saya berikan…sekarang ni saya nak tau agak2,untuk 3 orang anak anggaran berapa mahkamah akan mntak suami bayar setiap sorang anak ? gaji suami sekarang 1500 .

Mohd Muzzamil Arrozaaq bin Arzemi
Mohd Muzzamil Arrozaaq bin Arzemi
1 year ago

Assalam tuan/puan,
saya nak bertanya, adakah ada satu aplikasi atau apps, untuk memudahkan suami dan anak lelaki seperti saya, untuk memberi nafkah kepada semua yang perlu mengikut kiraan semasa pendapatan saya? saya ada jumpa apps hanya calculator pengiraan faraid sahaja setakat ini. Saya juga berharap ianya wujud dan kiraannya menepati syariat islam.

Aimi daud
Aimi daud
1 year ago

Assalamualaikum, ingin tahu sekiranya berCERAI tahun semasa, adakah isteri Masih layak membuat tuntutan NAFKAH anak² sejak lahir kerana isteri telah bersama² atau lebih banyak menampung NAFKAH berbanding suami. Layakkah buat tuntutan NAFKAH tersebut.

20
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x