Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
BAGAIMANA SAYA NAK BUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL SEBAGAI PEMBELI RUMAH? - Jom Tanya Peguam
Skip to content

BAGAIMANA SAYA NAK BUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL SEBAGAI PEMBELI RUMAH?

RUMAH YANG SAYA BELI DARI PEMAJU GAGAL UNTUK IKUT SPESIFIKASI DAN MUTU KERJANYA YANG SANGAT TERUK,

BAGAIMANA SAYA NAK BUAT TUNTUTAN DI TRIBUNAL SEBAGAI PEMBELI?

Rumah kebanyakannya bukan murah, dan rumah bukannya suatu aset yang dapat dibeli dengan mudah oleh semua orang. Ada yang berhempas pulas hidup di siang dan malamnya demi sebuah tempat berteduh bernama RUMAH.

Papan tanda iklan di jalan raya menunjukkan iklan tawaran rumah oleh Pemaju, serba indah canangannya. Kita pergi ke Pejabat Jualan Pemaju, tandangan surat minat, bayar deposit, uruskan permohonan pinjaman dengan pihak Bank, tandangan Perjanjian Jual Beli, pihak Bank kemudiannya menyerahkan pembayaran kepada Pemaju. Dan kini tiba masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyerahan kunci. Kunci pun segera diambil dan kita terus pergi ke unit rumah kita. Senyuman gembira saat pintu rumah dibuka kemudiannya menjadi duka apabila kita lihat: –

1. Cat rumah yang bercapuk;

2. Siling yang rosak akibat kebocoran paip atas siling;

3. Keluasan rumah tidak mengikut saiz di dalam Perjanjian Jual Beli;

4. Jenama aksesori rumah yang dijanjikan di dalam Perjanjian Jual Beli diganti dengan jenama lebih murah dan rendah kualiti;

5. Dinding/Lantai tidak rata dari pandangan kasar;

6. Dsb

Aduan dan tuntutan telah dilakukan kepada pihak Pemaju namun Pemaju dengan sengaja enggan untuk memenuhi tuntutan kita.

JADI APA YANG KITA SELAKU PEMBELI PERLU BUAT JIKA KITA HENDAK BAWA TUNTUTAN TERSEBUT KE TRIBUNAL PEMBELI RUMAH (TPPR).

*Tuntutan maksima di TPPR adalah sejumlah RM 50,000.00 sahaja

*Hendaklah dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Pengeluaran Siap dan Pematuhan atau dari tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan (defect liability)

1. KENAL PASTI JENIS TUNTUTAN

Terdapat 2 jenis tuntutan yang boleh dilakukan terhadap Pemaju melalui TPPR iaitu: –

a. Tuntutan Teknikal

Tuntutan Teknikal adalah jenis tuntutan Pembeli terhadap Pemaju bagi isu-isu teknikal khusus antaranya kecacatan mutu kerja seperti cat, dinding, lantai tidak rata, rumah tidak ikut spesikasi, keluasan tidak sama seperti di dalam Perjanjian Jual Beli.

b. Tuntutan Bukan Teknikal

Manakala Tuntutan Bukan Teknikal adalah seperti ganti rugi kelewatan pemilikan kosong (lewat serah kunci), deposit tidak diserah semula seperti yang dijanjikan didalam Perjanjian Jual Belia atau Booking Form dan isu-isu berbangkit berkaitan Perjanjian Jual Beli.

2. KUMPULKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN TUNTUTAN

Langkah kedua ini adalah amat penting, bagi memastikan semua dokumen dan rujukan untuk membantu tuntutan kita kelak lebih mudah.

Contoh dokumen bagi Tuntutan Teknikal (spesifik isu lantai tidak rata)

a. Salinan Kad Pengenalan Pembeli

b. Salinan Perjanjian Jual Beli (Jika tiada minta dari Peguam Pemaju atau Pemaju)

c. Salinan Surat Penyerahan Pemilikan Kosong (jika tiada, minta dari Pemaju)

d. Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) (Jika tiada, minta dari Pemaju)

e. Salinan Sebut Harga dari pihak Kontraktor Berdaftar (Lantik mana-mana kontraktor berdaftar yang boleh hadir ke rumah, sanggup hadir ke tribunal kelak sebagai saksi jika perlu)

f. Salinan gambar lantai tidak rata dari beberapa sudut.

g. Salinan surat menyurat pihak pembeli dengan Pemaju (jika ada cubaan aduan dan tuntutan terus dari pihak Pemaju sebelum ini)

Contoh dokumen bagi Tuntutan Bukan Teknikal (spesifik isu Ganti Rugi Lewat Serah)

a. Salinan Kad Pengenalan Pembeli

b. Salinan Perjanjian Jual Beli (Jika tiada minta dari Peguam Pemaju atau Pemaju)

c. Salinan Surat Penyerahan Pemilikan Kosong (jika tiada, minta dari Pemaju)

d. Salinan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) (Jika tiada, minta dari Pemaju)

e. Salinan surat menyurat pihak pembeli dengan Pemaju (jika ada cubaan aduan dan tuntutan terus dari pihak Pemaju sebelum ini)

3. PRINT BORANG TUNTUTAN (BORANG 1) DAN LENGKAPKAN MAKLUMAT

Borang 1 adalah borang Tuntutan yang mana boleh di muat turun di laman web KPKT di link:
https://www.kpkt.gov.my/…/Borang_1_TTPR_(BM)_27042018.pdf

Pembeli/Penuntut hendaklah membuat 4 salinan Borang 1 bersama salinan dokumen-dokumen yang dinyatakan di dalam Langkah 2 di atas.

Di dalam borang 1 tersebut, pihak Pembeli/Penuntut hendaklah mengisi maklumat antara lain seperti berikut: –

a. Nama Penuntut dan maklumat Penuntut yang berkaitan;

b. Nama Pemaju dan maklumat Pemaju yang berkaitan;

c. Jumlah Tuntutan; dan

d. Butir-Butir Tuntutan*

*Bagi tujuan pemahaman dan bantuan secara am, Jom Tanya Peguam mencadangkan untuk pihak Pembeli/Penuntut untuk mengisi Butir-Butir Tuntutan secara lengkap dan baik. Lengkap dan baik bermaksud, mempunyai fakta penuh, ringkas dan relevan.

Sekiranya tuntutan adalah jenis Teknikal (spesifik isu lantai tidak rata), maklumkan antara lain seperti berikut di bahagian “Butir Tuntutan”

“Saya, A (No.KP) adalah Pembeli bagi unit A-A-A, saya telah menandatangani Perjanjian Jual Beli pada X.X.XXXX dengan Pihak Pemaju, A Sdn Bhd. Pada X.X.XXXX, saya telah menerima sesalinan Dokumen CCC bertarikh X.X.XXXX dan serahan kunci pada X.X.XXXX, namun demikian, pada X.X.XXXX saya telah pergi ke rumah yang beralamat/unit di X.X.XXXX, di no geran ……………………………, dan mendapati bahawa terdapat kecacatan kerja pada rumah tersebut iaitu:-

1. Lantai tidak rata di permukaan ruang tamu dan bilik A, seperti mana di lampiran (rujuk lampiran gambar)

Pihak saya telah menghantar notis untuk kerja pembaikan kepada Pemaju pada X.X.XXXX, Pemaju merepresentasikan kepada saya bahawa Pemaju akan menanggung dan menguruskan urusan pembaikan. Namun setelah XX bulan, pihak Pemaju masih gagal untuk menjalankan apa jua kerja pembaikan seperti dijanjikan.

Pihak saya telah pada X.X.XXXX melantik seorang kontraktor dari Syarikat Bina AAAA (No Syarikat: 12345-A) dan menyatakan sebut harga bagi tujuan pecah lantai, levelling, pemasangan semula tile adalah sejumlah RM 40,000.00 seperti mana dilampirkan.

Saya dengan ini menuntut pihak Pemaju untuk menyiapkan tugasan pembaikan dengan kadar segera dalam tempoh 1 bulan dari tarikh perintah Tribunal dan/atau secara alternatif membayar sejumlah RM 40,000.00 bagi tujuan pembaikan tersebut dan kos berkaitan sekiranya terbit dari kerja pembaikan kelak.”

(*Panjang butir-butir tuntutan tidak hanya dihadkan untuk diisi di dalam ruang kotak di dalam Borang 1, pihak Pembeli/Penuntut boleh mengisi butir-butir tuntutan di kertas berasingan dan lampirkan bersama)

(*sila ambil maklum bahawa, ini hanyalah contoh semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.)

4. SERAHKAN BORANG 1 PIHAK TPPR

Semua empat (4) Salinan Borang 1 yang telah lengkap diisi, dilampirkan dokumen berkaitan dan ditandatangan tersebut hendaklah dibawa dan diserahkan kepada unit TPPR mengikut
zon yang disenaraikan di link web berikut:-

https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/423

Pembeli/Penuntut hendaklah menyerahkan 4 Salinan Borang 1 tersebut termasuk fi pemfailan sebanyak RM 10. Pihak TPPR akan memulangkan semula dua (2) salinan Borang 1 yang telah diekstrak (diisi no kes dan dicop meterai) bersama-sama Borang 4 iaitu Notis Pendengaran yang menunjukkan tarikh, masa dan tempat pendengaran.

5. SERAHKAN BORANG 1 YANG TELAH DIEKSTRAK KEPADA PEMAJU

Borang 1 tersebut boleh diserahkan kepada Pemaju dalam 3 cara:-

a. Serahan dengan cara meninggalkan Borang 1 kepada wakil di Pejabat Pemaju (gambar Borang 1 yang ditinggalkan hendaklah diambil); atau

b. Serahan secara kendiri/tangan dengan menyerahkan sendiri Borang 1 kepada wakil di Pejabat Pemaju dan mengambil salinan perakuan terima untuk simpanan Pembeli/Penuntut; atau

c. Secara Pos Berdaftar Prabayar.

6. PIHAK PEMAJU (SELALUNYA) AKAN MENFAILKAN BORANG 2 (PEMBELAAN KEPADA TUNTUTAN)

Selalunya di dalam kes-kes TTPR, pihak Pemaju akan membela diri Pemaju dan menyatakan bahawa pihak Pemaju menafikan tuntutan Pembeli/Penuntut dan seterusnya menyatakan bahawa pihak Pembeli/Penuntut tidak berhak ke atas apa jua tuntutan Pembeli/Penuntut terhadap Pemaju.

*Sekiranya ada isu berbangkit yang menyebabkan pihak Pemaju ingin menuntut suatu gantirugi dsb, pihak Pemaju di dalam Borang 2 juga akan menyatakan Tuntutan Balas kepada pihak Pembeli/Penunut.

7. SEKIRANYA ADA TUNTUTAN BALAS, FAILKAN BORANG 3 (BORANG PEMBELAAN TERHADAP TUNTUTAN BALAS)

Sekiranya pihak Pembeli/Penuntut menerima Borang 2 dan Pemaju menyatakan suatu tuntutan balas terhadap Pembeli/Penuntut. Pembeli/Penuntut hendaklah menfailkan pula Borang 3 (Borang Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas).

Bilangan Salinan, Kaedaah pemfailan dan serahan adalah sama seperti di Langkah 4.

8. SETELAH URUSAN BORANG 1, 2 DAN 3 (JIKA ADA) SELESAI. PIHAK PEMBELI/PENUNTUT HENDAKLAH MENYEMAK STATUS DENGAN PIHAK TPPR SECARA ATAS TALIAN, ATAU BERHUBUNG SECARA TERUS DENGAN PIHAK TPPR UNTUK PENGESAHAN TARIKH PERBICARAAN DSB.

9. SEMASA PERBICARAAN

Kronologi Ringkas Semasa Perbicaraan adalah antara lain seperti berikut:-

a. Kes akan didengar di hadapan Presiden

b. Jurubahasa akan membacakan nombor kes dan nama pihak-pihak

c. Pihak Pembeli/Penuntut akan menerangkan kronologi dari pihak Pembeli/Penuntut

d. Pihak Pembli/Penuntut akan merujuk 1 per 1 dokumen yang relevan di dalam tuntutan

e. Pihak Pembeli/Penuntut akan merujuk juga saksi-saksi yang berkaitan dengan tuntutan seperti saksi dari pihak kontraktor, pembeli bersama dsb.

f. Presiden akan menyoal beberapa perkara yang berkaitan untuk tujuan rekod dan pengesahan.

g. Pihak Pemaju akan menerangkan kronologi versi Pemaju dan menyatakan Pembelaan terhadap Tuntutan pihak Pembeli/Penuntut.

h. Pemaju akan rujuk dokumen dan saksi berkaitan.

i. *Sekiranya Pemaju mempunyai Tuntutan Balas kepada Pembeli/Penuntut. Pihak Pembeli/Penuntut pula akan jelaskan Pembelaan terhadap Tuntutan Balas.

k. Presiden akan tanya beberapa soalan untuk tujuan rekod dan pengesahan.

l. Tamat

*Nota: Kes boleh berlangsung selama beberapa hari (jika perlu)

10. AWARD/KEPUTUSAN

Selepas Perbicaraan, pihak Presiden setelah merujuk kepada keterangan pihak-pihak, dokumen berkaitan dan undang-undang berkaitan, akan memberikan keputusan terhadap kes. Bergantung kepada pihak Presiden, keputusan boleh diberikan oleh Presiden seawal hari yang sama. Award tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk Borang 10 (Award Selepas Pendengaran)

11. SEKIRANYA PIHAK YANG KALAH TIDAK BERPUAS HATI DENGAN AWARD

Pihak yang tidak berpuas hari dengan keputusan TPPR bolehlah menfailkan suatu Permohonan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi di bawah Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

Proses yang nampak seperti panjang dan rumit, tetapi percayalah dengan kesediaan, usaha, dokumen yang lengkap dan keberanian yang baik. Insyaallah urusan akan jauh lebih mudah dan cepat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat yang baik buat kita semua.

*Perkongsian ini hanyalah sekadar perkongsian asas semata-mata, tidak bertindak sebagai suatu nasihat guaman, tidak mewujudkan dan tidak mengikat pihak Jom Tanya Peguam dan pembaca sebagai Peguam dan anakguam.

Sekian, Terima kasih

LIKE & SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

ADA ISU PERUNDANGAN JANGAN DUDUK DIAM, JOM TANYA PEGUAM!!!!!! 

(Visited 6,544 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
17 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Zaki Bin Naser
Mohd Zaki Bin Naser
2 years ago

Saya ada membuat Rumah atas tanah sendiri melalui kontraktor dalam agreement bulan 6 tahun 2022 siap serah kunci tetapi sampai sekarang masih belum selesai dan terlalu banyak defect di rumah tu dinding bergelombang anak tangga tidak rata, lantai tidak rata, tiang table top condong bumbung tidak rendah sebelah paip singki di luar dinding ruang bilik tidak sama besar seperti dalam agreement dan banyak lagi yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam perjanjian bina rumah apa yang perlu saya buat?

Mohd Zaki Bin Naser
Mohd Zaki Bin Naser
2 years ago

018 3642842 wasap&call me jika ada jalan penyelesaian yang terbaik terima kasih

Nur Athira
1 year ago

Hai salam sejahtera, saya athira, saya nak tanya apa perlu saya buat sekirannya rumah yg saya beli, tiada apa² progress sejak lebih 6 bulan lepas, seterusnye, baru² ni projek tu telah diistiharkan sebagai projek sakit, sedangkan saya telah membayar deposit sebnyak 10%. Apa tindakan yg boleh saya lakukan utk berhentikan loan bank seterusnye didenda.

Azam
Azam
1 year ago

Saya ingin bertanya, sekiranya pembeli kalah kes ini di tribunal, adakah pembeli akan dikenakan apa2 bayaran?

Arsad Amran
Arsad Amran
1 year ago

Kalau garisan pembahagi jalan tiada hingga menyebabkan kereta hampir bertembung

Yniee
Yniee
1 year ago

Assalamualaikum..boleh saya bertanya?Sebagai pembeli rumah, Bilakah tuntutan tribunal dibuat sekiranya kontraktor tidak dapat menyiapkan rumah yang dibina dalam tempoh 25bulan?Adakah lepas dapat kunci atau dalam tempoh rumah masih tidak siap dibina untuk buat tuntutan tribunal?Mohon penjelasan.

Siti Noorhakimah Mahmood
Siti Noorhakimah Mahmood
1 year ago

sy terima kunci dan dah sain terima kunci selama 10bulan. tp rumah sy tak duduk lagi sbb kontraktor janji nak baiki kerosakan kecil rumah tu. kerosakan tu mmg dah dikenalpasti lama dh sebelum sain terima kunci lg. tp dia janji akan buat slps sy sain. katanya tempoh warranty adalah setahun. jd dia akan repair dlm tempoh tu. masalahnya sampai skrg, ia hanya janji shj. apa yg harus sy lakukan. sy buntu. sy dah cuba adu pada lawyer. tp lawyer tak pernah jwb call dan bls call sy slps sy sain surat serah kunci rumah.

che ku
che ku
11 months ago

soalan.Jika rumah yg sy beli tidak menyatakn bahawa lot sy ini rendah dari sisi lorong,adakah ini boleh dibuat tuntutan terhadap pemaju?Kerana kita boleh masuk ke kawasan rumah apabila sudah mendapat kunci.Mohon pencerahan yg arif

Amierul Basyar
Amierul Basyar
10 months ago

Saya da dapat kunci. Tapi selepas dapat kunci, sy dapati bekalan elektrik tidak sedia untuk disambung/tiada pendawaian sebelum meter. Penyerahan kunci tu macam cacat, dan pemaju kerap salahkan TNB. Defect check dan report pun kami da buat. Tp saya rasa macam nak tarik balik VP sebab sudah 2 bulan, masin tiada bekalan elektrik sedia untuk disambung.

17
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x