Contoh situasi:
Kevin bekerja sebagai seorang ejen jualan. Dalam kontraknya, ada disebut berapa peratus komisyen yang akan diperoleh dari setiap jualan yang dibuat oleh beliau. Namun, syarikat tiba-tiba memotong elaun Kevin tanpa makluman kepada Kevin. Kevin tak puas hati. Apa yang Kevin boleh buat dalam keadaan macam ni?
RUJUK KONTRAK KERJA
Dalam keadaan ini, pekerja perlu lihat klausa-klausa kontrak kerja ataupun surat pelantikan sama ada elaun yang diberikan memang telah dinyatakan dalam kontrak atau tidak.
Jika elaun tersebut adalah polisi syarikat sahaja, maka pihak majikan memang mempunyai hak dan budi bicara untuk ubah dan tukar polisi tersebut.
Tapi, kalau elaun memang dinyatakan dalam kontrak, maksudnya elaun tersebut adalah salah satu terma utama kontrak kerja dan bukannya sekadar polisi.
Oleh itu, jika pihak majikan tiba-tiba ubah ataupun tarik balik elaun tersebut tanpa persetujuan pekerja, pihak majikan sudah dianggap melanggar kontrak kerja yang dimasuki dengan pekerja.
Kontrak kerja memang boleh diubah, dengan syarat mendapat persetujuan daripada pihak pekerja.
Tidak boleh dibuat satu pihak sahaja.
Kalau majikan dah langgar kontrak kerja dengan ubah klausa kontrak tanpa persetujuan pekerja, keadaan ini boleh jatuh di bawah constructive dismissal ataupun pembuangan kerja secara tidak langsung.
CONSTRUCTIVE DISMISSAL
Dalam situasi ini, apa pekerja perlu buat adalah:
1. Buat bantahan secara bertulis dan tidak bersetuju terhadap tindakan majikan tersebut.
2. Dalam surat yang sama, berikan tempoh kepada majikan untuk perbaiki keadaan itu.
Jika majikan tak berikan respons ataupun jawapan yang diberikan adalah negatif, pekerja perlu letak jawatan dengan serta merta dan boleh failkan representasi di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes constructive dismissal.
KENAPA PERLU LETAK JAWATAN?

Sebab jika pekerja tak letak jawatan dengan segera, pekerja seolah-olah bersetuju dengan perubahan kontrak yang dibuat oleh majikan dan ini akan menyebabkan pekerja hilang peluang untuk bawa kes di bawah constructive dismissal.
Dalam surat perletakan jawatan tersebut, pekerja perlu nyatakan bahawa perletakan jawapan dibuat sebab tak setuju dengan tindakan majikan.
Tak boleh buat surat perletakan jawatan biasa. Kena sebut dengan jelas dan terperinci kenapa letak jawatan.
Kalau tak nyatakan sebab ataupun letak jawatan selepas beberapa bulan, tuntutan di bawah constructive dismissal untuk berjaya adalah sangat rendah.
Contoh lain kes constructive dismissal adalah seperti berikut:
1. Majikan tak bayar gaji atau gaji dipotong tanpa persetujuan pekerja
2. Majikan arahkan pekerja berpindah tempat kerja (tidak dinyatakan dalam kontrak)
3. Hukuman tidak setimpal dikenakan selepas tindakan disiplin (diturunkan pangkat)
4. Majikan gagal buat/teruskan siasatan terhadap aduan gangguan seksual
Semoga bermanfaat.
Di buang keja
Nak tanya ..kalau kita dh resign gji dh dibayar tetapi setiap tahun janji bonus dari cmpny akan diagihkan pada setiap tahun ttpi selepas resign cmpny langsung taknak bayar…boleh tahu adakah sya yg silap sama ada compny
Assalammualaikum tuan.. sy ingin bertanya masalah kerja di syarikat. Pertanyaan sy yg pertama, sy sudah bekerja 2 tahun lebih di dlm syarikat sebagai ketua penyelia. Tanpa surat atau sebab sy di turunkan pangkat dari penyelia ke penolong penyelia. Dan skop kerja tetap sama seperti ketua penyelia, boleh ke begitu..?.
Soalan kedua, kerja lebih masa di bayar fit hari biasa sejam rm10 hari ahad dan public holiday di bayar rm12 sejam. Dan bukan di kira mengikut 1.5 hari biasa ,hari ahad 2.0 dan public holiday 3.0.
Soalan ketiga, sy di beri fainal notis masalah tentang kerja. Notis pertama dan kedua sy tak pernah dapat,tiba terus dapat final notis. Dan pulak notis dihantar dgn email seminggu selepas tarikh surat tu di sing ceo dan manager, baru sy terima. Dan tiada wakil syarikat yg cuba utk menjelaskan tentang notis tersebut,mahu pun berjumpa sy atau pun menjelaskan lebih teperici kesalahan sy. Dalam surat itu hanya beritahu masalah displin,tak bertangunjawab tak beritahu semasa cuti. Dan tak memperjelaskan secara terperici. Setahu sy setiap kali sy cuti,sy akan beritahu executive sy. Sy pun tak faham apa kesalahan yg sy buat masalah displin dan tk bertangujawab dlm kerja. Sy mohon tuan dapat memberi apa yg haru sy lakukan. Terima kasih.
Assalamualaikum Tuan. Boleh bertanya tentang satu isu ini. Majikan tiada beri apa apa kontrak untuk ditanda tangan jadinya apa tindakan yang boleh dilakukan yea ? Sebabnya ada kes yang melibatkan 1 pekerja dah 1 tahun bekerja majikan yang sama tetapi EPF tak tolak dan tiada lagi sign apa apa kontrak dari majikan. Boleh bantu saya dalam hal ini.
Terima kasih 🙂
Majikan saya memberi arahan kerja di luar kontrak asal yang di berikan dan ini telah menambah kerja yang sepatutnya saya lakukan.
Soalan:
1) Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya tidak bersetuju dengan arahan itu?
2) Apakah boleh majikan melanggar perjanjian asal kontrak asal?
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya disini. Saya bekerja di sebuah syarikat. Saya bekerja nk dekat 2 tahun. Saya sudah pon menjadi pekerja tetap (staff permanent). Dkt situ sudah ade gaji asas (basic). Bolehkah syarikat tukarkan saya kepada pekerja kontrak dan menyatakan gaji berasaskan komisen sahaja. Syarikat tersebut tidak mahu bayar gaji asas. Syarikat itu buat kerana mereka hendak menjimatkan kos perbelanjaan company (cut cost). Boleh saya tahu adekah perkara ini dibenarkan atau pon tidak
Assalamualaikum tuan…saya bekerja sebagai pengasuh dan juga tenaga pengajar di salah sebuah taska swasta…dalam sepanjang saya bekerja sudah hampir 2 tahun masih tidak ada lg caruman kwsp mahu pun socso saya dan juga staff yg lain sudah bertanyakan hal demikian pada owner…jwpan yg diberi kan bermula 2022 baru ada pemotongan…tetapi saya telah menghantar notis berhenti dan notis terpaksa di tunda selama 2 bulan oleh owner atas alasan tiada staff ganti…Tnpa perbincangan…dan juga semasa mco baru ni kami staff di beri jadual pengiliran bekerja dan hanya di bayar gaji mengikut jumlah kehadiran pada bulan itu saja…tanpa perbincangan dr staff juga…adakah saya dan juga staff yang lain bole terus berhenti mengikut tarikh yg tertera di notis itu…tanpa perlu rasa takut owner mengambil tindakan kepada kami…
Salam tuan, sy diberi surat pindah tempat kerja di kulim, sekarang bekerja di selangor dan sy tidak bersetuju. Apakah sy perlu buat
Saya kerja kilang, terdapat beberapa rakan saya mengupah (membayar) orang luar untuk membuat kerjanya. Adakah perbuatan itu salah??
saya tanya majikan, majikan pun tak tahun nak buat macamane, nak buang pekerja (takut buruh denda)