Skip to content

BOLEHKAH MAJIKAN ARAHKAN PEKERJA UNTUK AMBIL UNPAID LEAVE ATAUPUN MEMOTONG GAJI PEKERJA?

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, kerajaan telah pun membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020 yang lepas.

Ya, PKP merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang menyebabkan hampir semua sektor perindustrian terjejas teruk. Hal ini membuatkan banyak syarikat melaksanakan langkah-langkah pengurangan kos seperti memotong gaji pekerja, mengarahkan pekerja mengambil unpaid leave dan lebih drastik, memberhentikan pekerja.

Walau bagaimanapun, tindakan majikan mengarahkan pekerja-pekerja untuk mengambil unpaid leave ataupun memotong gaji atas alasan untuk mengurangkan kos bukanlah perkara baru tetapi kerap kali terjadi sebelum ini.

Adakah majikan dibolehkan untuk berbuat demikian?

Jawapannya: Tidak boleh.

Sekurang-kurangnya tanpa alasan yang kukuh dan langkah-langkah yang betul.

PEMOTONGAN GAJI

Akta Kerja 1955 melindungi pekerja yang bergaji bawah RM 2000 dan pekerja manual (labour worker).

Di bawah seksyen 24 Akta Kerja, hanya ada 4 keadaan sahaja di mana majikan dibenarkan untuk memotong gaji pekerja:-

1) Majikan terlebih bayar gaji pekerja

2) Berhenti kerja tanpa notis

3) Gaji yang diberi secara advance

4) Lawful defuctions seperti EPF, SOCSO

Sebarang potongan gaji oleh majikan selain 4 sebab di atas adalah tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan pekerja.

Sekiranya majikan tetap memotong atau tidak membayar gaji pekerja tanpa persetujuan pekerja, keadaan ini boleh jatuh di bawah pembuangan kerja secara konstruktif kerana majikan sudah melanggar perkara utama dalam kontrak kerja iaitu pembayaran gaji.

UNPAID LEAVE

Isu majikan mengarahkan pekerja mengambil unpaid leave ini sebenarnya lebih kurang sama dengan isu majikan paksa pekerja ambil Annual Leave pada hari-hari tertentu. Biasanya majikan mengambil tindakan ini untuk mengurangkan kos dan perbelanjaan syarikat.

Namun, adakah tindakan ini dibolehkan?

Tak boleh.

Majikan tidak berhak untuk memaksa pekerja untuk ambil unpaid leave dan enggan bayar gaji penuh pekerja untuk bulan tersebut.

Banyak kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan dalam isu ini seperti kes PJ Continental Tyre pada tahun 2015, kes Goodyear (M) Bhd tahun 1982 dan kes Dunlop Malaysian Industries tahun1982.

Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa menurut Seksyen 30(4) Akta Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Perusahaan akan membuat keputusan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan industri yang terlibat. Dan macam mana pun kita tak dapat nafikan bahawa ada industri-industri yang sememangnya terjejas teruk akibat penularan Covid-19 ini khususnya industri yang berkaitan pelancongan. Tapi syarikat-syarikat ini perlu tunjukkan bukti-bukti bahawa terdapat kerugian yang memerlukan tindakan memaksa pekerja mengambil unpaid leave ini. Tidak boleh sekadar cakap sahaja.

TINDAKAN PEKERJA

Oleh itu, jika menghadapi situasi di atas, pekerja boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan dengan membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ataupun dapatkan nasihat perundangan daripada mereka yang arif dalam bidang ini.

Ketahui hak anda sebagai pekerja.

Semoga bermanfaat.

(Visited 1,538 times, 1 visits today)
2 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Salman
Salman
2 years ago

Berkenaan annual leave, adakah dibenarkan pekerja di bawah probation period untuk mengambilnya? Bagaimana jika majikan tidak benarkan pekerja ini untuk mengambil annual leave?

Jaafar
Jaafar
2 years ago

Kalau kita pekerja kontrak dan kita kena kerja 6 hari seminggu, daripada selasa sampai ahad. Boleh ke tidak kita ambil annual leave masa hari ahad waktu seharusnya kita bekerja? Dan kalau majikan kita tidak benarkan kita boleh buat aduan ke?

Rendy
Rendy
2 years ago

Berkenaan unpaid leave. Saya ada minta annual leave dan unpaid leave kepada branch manager utk pergi training dibawah syarikat ayah saya untuk sebulan tapi setelah kita hari sebenarnya unpaid leave saya 25 hari saja. Tetapi owner kedai tersebut meminta saya untuk resign atas alasan saya pergi training untuk syarikat sendiri bukan untuk cuti. Boleh saya minta pendapat

tan
tan
1 year ago

hi, mohon tanya, 1) Majikan terlebih bayar gaji pekerja, dan 3) Gaji yang diberi secara advance adakah dimaksudnya incentive dan OT? Sebab dalam perjanjian surat incentive ade tulis **Note:the above overriders overtimes. tetap bos yang sudah resign, pun bagi kami OT claim dgn incentive claim, sekarang disebabkan director sudah tahu perkara ini dan mintak, OT & incentive dibayar balik daripada 2019 hingga sekarang, adakah majikan berhak untuk berbuat demikian?

5
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x