Baru-baru ini kecoh pasal video seorang staf di KPJ Klang yang kacau Hiasan Perayaan Deepavali dengan memijak hiasan tersebut dengan kasut. Tak lama selepas video tersebut ditularkan, pihak KPJ Klang terus keluarkan kenyataan bahawa tindakan akan diambil terhadap pekerja tersebut.
Persoalan menarik yang boleh kita lihat di sini adalah, bolehkah seorang pekerja dibuang kerja atas kesalahan yang dilakukan di luar kerjanya?
Pembuangan kerja atas faktor kesalahan disiplin adalah suatu yang biasa berlaku. Memang berlambak kes serupa ini di Mahkamah Perusahaan.
Pembuangan kerja atas faktor kesalahan disiplin adalah suatu yang biasa berlaku. Memang berlambak kes serupa ini di Mahkamah Perusahaan.
Kebiasaannya, pembuangan kerja disebabkan masalah disiplin adalah melibatkan kesalahan yang berlaku dalam melaksanakan kerja itu sendiri.
Contoh kesalahan disiplin:
1. Gangguan seksual
2. Tidur di tempat kerja
3. Bergaduh atau keluarkan kata-kata kesat
4. Mencuri
Kalau perkara-perkara di atas berlaku di tempat kerja, sudah pasti majikan kita mempunyai kuasa untuk kenakan tindakan disiplin terhadap kita sebagai pekerja.
Tapi macam mana pula kalau kesalahan tersebut berlaku di luar waktu dan luar tempat kerja? Adakah majikan berhak untuk ambil tindakan terhadap pekerja?
Kita tengok satu contoh kes di bawah:
Pada tahun 2011, seorang pengurus di Bank Muamalat telah ditangkap khalwat. Majikannya telah memulakan siasatan dalaman dan mendapati beliau melakukan salahlaku dan kemudiannya memecat pengurus tersebut.
Mahkamah Perusahaan putuskan bahawa pengurus tersebut dibuang kerja secara tidak adil. Majikan buat Semakan Kehakiman ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi ketepikan award Mahkamah Perusahaan dengan mengambil kira alasan-alasan berikut:
a. Bank Mualamat adalah bank Islamik jadi tertakluk kepada rukun Islam.
b. Lokasi bank tersebut di sebuah pekan kecil.
c. Pengurus tersebut ditangkap dalam operasi besar-besaran
d. Majikan telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pekerja.
SAMA ADA REPUTASI MAJIKAN TERKESAN ATAU TIDAK
Antara perkara utama yang akan dilihat oleh majikan sama ada perlu ambil tindakan terhadap salah laku yang dibuat oleh seseorang pekerja adalah sama ada salah laku tersebut akan menjejaskan reputasi majikan atau tidak.
Apatah lagi sekarang zaman semua benda mudah jadi viral. Dalam sekelip mata, video tersebar ke seantero dunia internet sampai beratus ribu tontonan dan berpuluh ribu RT.
Jika dilihat dalam kes pekerja KPJ Klang tersebut, situasi nampaknya memang tidak memihak kepadanya.
Sebab?
1. Perbuatan dilakukan di premis syarikat
2. Perbuatan mungkin dilakukan semasa waktu kerja
3. Ada unsur-unsur jenayah (laporan polis dibuat)
4. Perbuatan telah mewujudkan ketegangan antara kaum
5. Menjatuhkan reputasi dan imej syarikat (viral)
Entah apa agaknya dalam fikiran dia masa buat benda tu. Kalau memang sampai kena buang kerja, rekod disiplin tu akan ikut sampai bila-bila. Jangan main-main. Boleh rosak karier nanti.
Jadi, untuk majikan, sebagai persediaan kepada perkara-perkara ini kelak, pastikan:
1. Buat polisi atau peraturan syarikat secara bertulis yang menyatakan dengan jelas perkara-perkara yang boleh jadi suatu salah laku
2. Maklumkan kepada pekerja pasal polisi tersebut dengan sebaik mungkin
3. Jika berlaku kesalahan disiplin, ikut prosedur dengan betul sebelum kenakan hukuman kepada pekerja.
Semoga bermanfaat.
kalau dibuang kerja sebab didapati bersalah adakah akan dibayar pampasan