Sebenarnya kan, ramai je yang tak puas hati bila diorang kena buang kerja tapi ramai juga yang tak ambil tindakan.
Sebabnya?
Masih ramai yang tak tahu macam mana caranya!
Jadi sekarang saya nak share A to Z:
CARA SAMAN MAJIKAN KALAU KENA BUANG KERJA TIDAK ADIL
Pertama sekali, kita kenalpasti dulu apa jenis-jenis buang kerja yang selalu berlaku:
1. Kena buang dengan alasan masalah disiplin
2. Kena buang dengan alasan prestasi kerja
3. Pemberhentian kerja (retrenchment)
4. Tenaga kerja berlebihan (redundancy)

5. Syarikat/cawangan tutup
6. Dipaksa letak jawatan
7. Pembuangan kerja secara konstruktif
8. Dibuang tanpa alasan langsung
Macam mana kita nak tahu kalau pembuangan kerja kita tu dibuat dengan tak betul?

1. Kita sendiri rasa ada sesuatu yang tak kena.
2. Apa yang majikan cakap tak sama dengan apa yang terjadi.
Contoh:
Dalam surat sebut kena diberhentikan sebab syarikat nak tutup, tapi lepas kena berhenti, syarikat masih kekal beroperasi.
3. Kalau alasan masalah disiplin, kita dituduh tanpa sebab.
4. Kalau alasan prestasi kerja, tak pernah diberikan surat amaran langsung.
5. Kalau retrenchment, majikan tak ikut prinsip Last In First Out (LIFO).
Bila kita rasa kena buang kerja secara tak betul macam ni, jangan ambil masa lama sangat untuk bersedih. Kena bertindak cepat!
1) BUAT ADUAN KE JPP
Langkah pertama ini paling penting.
Mana-mana pekerja yang tak puas hati dengan cara pembuangan kerja perlu aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam masa 60 hari dari tarikh pembuangan kerja atau tarikh akhir kerja.
Apa jadi kalau sudah lebih 60 hari?
Terlepas peluang untuk saman majikan. Kereta api sudah berlalu pergi. JPP tak akan layan.
Tak kira la kita rasa kes kita ni kuat ke tak kuat ke, buat sahaja aduan ke JPP dahulu. Nak tarik balik kes bila-bila masa pun boleh. Tiada masalah. Nak mulakan kes yang kena ikut tempoh masa. Maka, perlu lebih berhati-hati dan cakna.
Tapi buat aduan ke JPP hanya untuk bekerja semula, saya dah taknak kerja balik. Macam mana ni?
Buat sahaja dulu aduan. Memang di bawah akta, aduan ke JPP hanya untuk bekerja semula. Tapi untuk pergi ke Mahkamah Perusahaan, kita kena lalu JPP dahulu.
2) PROSES RUNDING DAMAI
Apabila aduan sudah dibuat, pegawai JPP akan menetapkan tarikh bagi suatu proses Runding Damai.
Semasa Runding Damai, ada 5 scenario yang boleh berlaku:
1. Majikan setuju untuk ambil semula dan pekerja setuju – Kes selesai
2. Majikan setuju untuk ambil semula tapi pekerja tak setuju – Kes selesai
3. Majikan tak setuju untuk ambil semula tapi tawarkan pampasan dan pekerja setuju – Kes selesai
4. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tawar pampasan tapi pekerja tak setuju jumlah pampasan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
5. Majikan tak setuju untuk ambil semula dan tiada pampasan ditawarkan – Kes boleh dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
Kebiasaannya, majikan memang takkan setuju untuk ambil pekerja semula khususnya dalam kes yang hubungan antara majikan dan pekerja sudah tak harmoni atau dalam kes retrenchment.
Tapi tak dinafikan, memang ada juga yang majikan setuju untuk ambil semula, walaupun jumlahnya kecil. Jadi, kalau pekerja setuju, boleh la masuk kerja semula. Kalau tak setuju, kes dikira selesai.
3) KES DIRUJUK KEPADA MAHKAMAH PERUSAHAAN OLEH JPP
Bila majikan tak setuju untuk ambil bekerja semula, pekerja boleh meminta pegawai JPP untuk rujuk kes ke Mahkamah Perusahaan.
Biasanya, Pekerja akan dimaklumkan melalui emel sebanyak 2 kali iaitu:
– Kes sudah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan
– Kes sudah sampai di Mahkamah Perusahaan
Bila dah dapat emel yang kes sudah didaftarkan di Mahkamah Perusahaan, ini adalah masa terbaik untuk lantik peguam, jika mahu.
Dalam emel akan dinyatakan tarikh sebutan pertama.
4) PROSIDING DI MAHKAMAH PERUSAHAAN

Sekarang, sebutan kes pertama kali akan dibuat secara online sahaja. Dalam emel dari Mahkamah Perusahaan, akan ada link untuk sebutan kes.
Kalau pekerja nak lantik peguam untuk wakilkan, ini dokumen asas yang peguam akan perlukan:
– surat perlantikan kerja/kontrak kerja
– surat penamatan kerja
– slip gaji
– dokumen-dokumen lain yang relevan ikut kes masing-masing
Kalau dah lantik peguam masa ni, peguam yang akan hadir dalam sebutan kes tu bagi pihak pekerja. Tapi kalau masih belum lantik, kena hadir sendiri.
Biasanya dalam sebutan kes pertama, mahkamah akan tetapkan terus tarikh-tarikh bagi pemfailan Pernyataan Kes, Pernyataan Jawapan, Rejoinder, Ikatan Dokumen dan juga tarikh bicara.
Oleh itu, secara ringkasnya, begini:-
Penyata Kes (pihak Pekerja) -> Penyata Jawapan (pihak Majikan) -> Rejoinder (pihak Pekerja)
Semasa sebutan kes sehingga sebelum bicara, mana-mana pihak boleh mengusulkan supaya proses Mediasi dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya masih tiada sebarang persetujuan, barulah mahkamah teruskan dengan bicara penuh.
5) PERBICARAAN KES
Biasanya beberapa minggu sebelum tarikh bicara penuh, pihak-pihak perlu failkan dokumen-dokumen berikut:
– Ikatan Dokumen
– Pernyataan Saksi
Majikan akan mulakan kes dahulu dengan memanggil saksi-saksi majikan. Selepas itu, barulah kes pekerja dan saksi-saksi bagi pihak pekerja pula kecuali jika kes melibatkan pembuangan kerja secara konstruktif ataupun pemberhentian kerja secara paksaan.
Dalam kes sebegini, pekerja yang akan mulakan dahulu.
Perbicaraan biasanya akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada bilangan saksi dan hari bicara tidak semestinya berterusan kerana bergantung kepada jadual Mahkamah.
6) HUJAHAN BERTULIS DAN AWARD
Selepas bicara penuh selesai, Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak-pihak failkan:
– Hujahan Bertulis dan Ikatan Otoriti
– Hujahan Balas dan Ikatan Otoriti
Keputusan atau Award kes akan diberikan dalam masa 3 bulan dari tarikh Hujahan Balas difailkan ataupun mungkin lebih cepat.
Award akan dihantar melalui pos ataupun boleh disemak dalam laman sesawang Mahkamah Perusahaan Malaysia:
Dalam kes yang mana pekerja menang, majikan perlu bayar pampasan yang diberikan dalam masa 30 hari dari tarikh Award.
7) RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Perusahaan, boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 14 hari dari tarikh terima Award.
PENUTUP
Harapan saya adalah supaya lebih ramai pekerja di Malaysia yang tahu dan cakna tentang hak masing-masing sebagai pekerja. Khususnya dalam isu dipecat atau ditamatkan perkhidmatan.
Jangan lepas 5, 6 bulan kena buang kerja baru nak ambil tindakan. Masa ni memang dah tak boleh la. Satu kerugian yang besar.
Nak lantik peguam atau tak itu hal kedua. Boleh putuskan nanti bila kes sampai di mahkamah. Yang penting buat langkah pertama tu dulu.
Semoga bermanfaat.
Salam Tuan, saya ingin mendapat pendapat apa yg saya harus lakukan. Pada hari khamis 2/6/2022, saya menghadiri mesyuarat pagi dan semasa meeting sedang berjalan, saya ada menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pengurus saya. Sambil memegang pembaris besi dia telah menhentak pembaris atas meja dan menjerit ke arah saya supaya keluar dari mesyuarat. Saya tidak melawan dan tidak meninggi suara dan sy keluar dari bilik mesyuarat walapun hati saya macam mahu menumbuk muka dia. Keesokan hari waktu petang dia panggil sy bersemuka. Dan saya nyatakan cara dia menghina, marah dan menghalau mcm ada perkara yg berdendam. Dia akui dan kata saya kurang ajar masa mesyuarat dan saya bercakap elok dan mohon pada dia nyatakan waktu atau bila yg saya kurang ajar. Dan dia kata dia x mo nyatakan. Dan akhir sekali ayat terakhir dia beritahu, menyuruh saya resign pada hari selasa ni kalau tak boleh terima cara dia meeting hempas pembaris atas meja. Saya jadi pelik dan minta pandangan Tuan apa yg harus saya lakukan. Tidak keharmonian dalam tempat bekerja dan saya dalam keadaan tertekan.
Terima kasih
Asaalammualaikum. Tolong Saya.
Kronologi kes saya.
Bermula 2017 saya menghidap Anxiety Major Depression mendapat rawatan di Hospital dan Mempunyai Laporan Doktor.
Saya sering tidak hadir bertugas kerana rawatan dan kadang kala saya akan ditahab di wad. Saya memberikan laporan doktor kepada majikan.
Tapi sekembali saya bertugas, tempat saya bertugas sering kali berpindah-pindah. Menyebabkan saya tidak menerima gaji bulanan agak lama. Sehinggakan saya mufls akibat pemotongan pinjaman yang ada di slip gaji saya.
Semasa pihak PPD memantau masalah saya, majikan diarahkan untuk memanggil saya berkerja semula kerana saya berada dalam POOL-MENTAL. Saya hadir bertugas di tempt asal tetapi semasa Status POOL, KPM memantau saya dan gaji saya dibayar oleh KPM.
Dalam proses untuk keluar status POOL, majikan telah meminta saya mendapatkan laporan doktor. Doktor bersetuju memberikan laporan dan saya masih sehingga sekarang dibawah pemantauan hospital. ( Isi laporan saya tidak ketahui kerana pihak hospital menghantar terus ke majikan )
Dalam proses ini, bermula beberapa perkara sehingga menyebabkan saya di tahan polis.
Sekarang saya dalam tindakan tatatertib. Pada mulanya saya dijatuhkan tamat perkhidmatan. Tetapi KPM menghubungi saya dan mengambil tindakan tatatertib. Majikan sering kali megugut dan tidak membayar gaji sesuka hati. Saya makin tertekan dengan tindakan majikan yang tanpa notis tidak membayar gaji. Majikan juga sering menghubungi ibu saya dengan memaki apabila saya tidak hadir bertugas. Untuk pengetahuan tuan saya sudah berkahwin dan nombor telefon saya dan suami ada dengan majikan. Saya sudah mengadu perkara ini kepada pihak PPD tapi tiada tindakan di ambil.
Asaalammualaikum. Tolong Saya.
Kronologi kes saya.
Bermula 2017 saya menghidap Anxiety Major Depression mendapat rawatan di Hospital dan Mempunyai Laporan Doktor.
Saya sering tidak hadir bertugas kerana rawatan dan kadang kala saya akan ditahab di wad. Saya memberikan laporan doktor kepada majikan.
Tapi sekembali saya bertugas, tempat saya bertugas sering kali berpindah-pindah. Menyebabkan saya tidak menerima gaji bulanan agak lama. Sehinggakan saya mufls akibat pemotongan pinjaman yang ada di slip gaji saya.
Semasa pihak PPD memantau masalah saya, majikan diarahkan untuk memanggil saya berkerja semula kerana saya berada dalam POOL-MENTAL. Saya hadir bertugas di tempt asal tetapi semasa Status POOL, KPM memantau saya dan gaji saya dibayar oleh KPM.
Dalam proses untuk keluar status POOL, majikan telah meminta saya mendapatkan laporan doktor. Doktor bersetuju memberikan laporan dan saya masih sehingga sekarang dibawah pemantauan hospital. ( Isi laporan saya tidak ketahui kerana pihak hospital menghantar terus ke majikan )
Dalam proses ini, bermula beberapa perkara sehingga menyebabkan saya di tahan polis.
Sekarang saya dalam tindakan tatatertib. Pada mulanya saya dijatuhkan tamat perkhidmatan. Tetapi KPM menghubungi saya dan mengambil tindakan tatatertib. Majikan sering kali megugut dan tidak membayar gaji sesuka hati. Saya makin tertekan dengan tindakan majikan yang tanpa notis tidak membayar gaji. Majikan juga sering menghubungi ibu saya dengan memaki apabila saya tidak hadir bertugas. Untuk pengetahuan tuan saya sudah berkahwin dan nombor telefon saya dan suami ada dengan majikan. Saya sudah mengadu perkara ini kepada pihak PPD tapi tiada tindakan di ambil.
Assalamualaikum tuan. selamat pagi. saya merupakan seorang kakitangan kerajaan yang tidak mengambil vaksin ujikaji Covid 19. Jadi saya ada mendengar bahawa PGB saya ingin mencalonkan saya sebagai “staf yang tidak berfungsi”. Sedangkan waktu kerja saya adalah mencukupi serta menjalanka kerja buat saya seperti yang termaktub dalam fail meja saya.
saya didiskriminasi dengan diasingkan dari murid-murid semasa keberadaan murid di dalam kelas. Jadi adakah saya boleh membuat “Letter Of Demand” untuk meminta bukti tersebut.
Saya mohon pencerahan tuan peguam dan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Haii saya nak tanya .. saya bekerja sebagai pengasuh di taska .. saya mula bekerja pada 4/10/2020 dan pada tarikh 14/3/2022 majikan whatsapp saya bagitahu untuk saya last berkhidmat ditaska sehingga hujung bulan march ini .. dengan tiada sebarang notis atau apa apa bincang dari pihak majikan.. alasan yang dibagi oleh majikan adalah tidak dapat membayar gaji pekerja bila sudah mula minimum gaji rm1500 .. dan sepanjang saya bekerja saya tidak pernah menerima slip gaji dari majikan kecuali saya meminta beliau untuk berikan slip gaji atas urusan penting saya sahaja .. selain dari itu gaji yang saya terima tiap bulan tidak sama dalam slip gaji yang disediakan.. sepanjang dari mulanya bekerja OKTOBER 2020 sehingga JANUARI 2021 saya menerima gaji penuh iaitu Rm1200 kerana tidak ada pemotongan epf socso kata majikan .. mula bulan FEBRUARI 2021 saya menerima gaji bersih selepas pemotongan Rm1050 sehingga tarikh bayaran gaji sehingga saya menamatkan tempoh saya bekerja march 2022 gaji masih sama Rm1050 tetapi dislip gaji sepatutnya majikan membayar rm1083.95 jika dikira majikan telah kurang membayar gaji saya 14 bulan berturut dan tidak memberitahu apa apa kerana saya tidak menerima slip gaji dari majikan ..
Dalam kes saya macam nie .. apa yang boleh saya report atau cara macam mana untuk tindakan yang saya perlu lakukan dan apa yang terjadi nanti ?
Assalamualaikum, saya ada perkara yg urgent utk bertanya adakah Majikan berhak utk check MySejahtera pekerja untuk tau kemana pekerja pergi sewaktu pekerja di beri cuti sakit. Saya disuruh buat surat tnjuk sebab berdasarkan History MySejahtera & kenapa saya keluar pd waktu2 yg tercatit dlm MySejahtera.Apa pula hak saya sebagai pekerja? Reply saya .. tolong sya plse.
Pertanyaan… saya bekerja di cawangan, dgn penggajian RM2500.. cawangan saya bekerja ditutup, main office masih lagi ada.. adakah saya layak utk faedah penamatan kerja seperti yg di suggest JTK iaitu mengikut perkiraan pampasan..
Saya diberhentikan kerja sbb ada buat byk salah, tapi sebelum saya buat byk salah dlm kerja saya ada kes langgar lari dan ada report polis namun tidak diambil peduli oleh bekas supervisor bahalol sbb umur hampir sama. Report polis saya turun naik level bangunan utk dptkan salinan cctv namun jawapan dr pihak bangunan mengatakan cctv telah dipadam sbb tidak cukup memory cukup mengecewakan sedangkan cctv bangunan guna system cloud dgn hdd saiz besar. Akibat dr itu saya stress dgn kerja dgn supervisor bahalol namun terpaksa bertahan sbb ada family utk bg makan. Saya nak tanya adakah saya boleh saman bekas company saya walaupun kes saya sudah lama? Saya bekerja dgn risiko tinggi dgn keselamatan yg terabai
Hai selemat petang..bole saya mintak tolong macam mana saya mau selesai Kan kes ini ..saya Di berhenti kn kerja PADA petang 23/07/2022 tanpa sebap ..PADA pagi 25/07/2022..saya mendatangi tempat kerja saya untuk menyanyakn kenapa saya d berhenti kn ..mereka bagi alasan Yang tidak masuk akal …Antara alasan yg diberi saya merokok Dan tidur d Dalam kilang..merokok saya tidak pernah .. tidur pernah sebap saya pening yg teramat pening..Dan kekurang Dara ..dlm masa yg sma .. pendarahan MSA sya tertidur dlm kilang …Lepas Tu HR call sy mintak sy Surat berhenti kerja ..padahal sy masi mau kerja..Dan bukan saya Yang mau berhenti..tapi saya d berhenti kn kerja ..PADA petang 25/07/2022 saya Mengirim pesan kepada HR ..untuk mintak keadilan..tapi tiada jawapan Dan DIA padam mesej yg DIA hantar PADA sy ….
Saya tidak d beri notis berhenti..Dan warning later atau apa2 …
Saya dibuang kerja sebab pregnant. Salah satu sebab kerana saya belum mahir banyak benda dalam melakukan kerja walhal saya baru 2 minggu kerja. Logik la banyak benda yang tak tahu. Lagipun syarat majikan minimum kelayakan adalah spm. Majikan terlalu meletakkan expectation yang tinggi yang pekerja baru boleh belajar semua benda dalam masa yang singkat. Sedangkan semua benda nak belajar perlu makan masa.
Saya kene terminate tanpa warning letter..
Salam tuan. Sekiranya saya ingin membatalkan aduan semasa di Jabatan Tenaga Kerja dan kemudian tukar kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh tak?
Hari tu saya ada buat aduan di JTK mengenai tuntutan gaji notis kerana diberhentikan tanpa notis mencukupi selama 2 bulan dan tuntutan faedah penamatan kerja kerana diberhentikan. Saya cuba berunding dengan majikan untuk tidak memecat saya tetapi majikan tetap juga mahu pecat.
A). Untuk tuntutan gaji notis pihak majikan tidak mahu bayar kerana selama tempoh cuti hospitalisi; gaji saya telah dibayar oleh PERKESO. Kemudian majikan memberitahu saya tidak boleh menuntut gaji notis kerana selama 3 bulan saya hospitalisasi majikan juga ada membayar gaji saya seperti biasa sebagai bayaran gaji ganti (indemnity) untuk notis penamatan perkhidmatan yang tidak mencukupi 2 bulan tersebut.
B).Untuk tuntutan faedah penamatan majikan tidak mahu memberikan pampasan kerana pemecahan kontrak iaitu masalah salah laku; tidak datang bekerja selama 48 jam tanpa memberi tahu majikan. Tetapi pada 48jam tersebut saya tidak dapat hadir bekerja kerana telah mengalami kemalangan dan tidak sedarkan diri sehinggalah hari ke tiga dan mengenai kehadiran kerja; rakan setugas dan penyelia tempat saya bekerja ada memaklumkan kepada jabatan HR melalui wasap pada 6jam pertama tetapi pihak majikan mengatakan mereka tidak ada menerima apa-apa maklum balas dari HR. Kerana ke tidak hadiran tersebut saya telah dibuang kerja dan pihak majikan menjelaskan mereka berhak memberhentikan saya tanpa faedah penamatan kerana saya tidak layak di atas masalah salah laku.
Selepas saya selidik pemberhentian tersebut agak tidak adil kerana sebab yang tidak munasabah iaitu di atas masalah salah laku tetapi saya tidak pun melakukan perkara tersebut. Oleh itu, saya ingin saman majikan di atas sebab penamatan yang tidak adil melalui JPP.
Sekiranya majikan mencabar aduan saya dan meminta untuk membuktikan ketidak hadiran kerja. Dapat tak saya menggunakan ini sebagai bukti; 1.)laporan polis pada 24jam pertama yang di laporkan oleh ahli keluarga serta 2.)saya juga ada menyimpan screenshot 6 jam pertama wasap rakan sekerja dan penyelia bahawa mereka ada memaklumkan kepada HR yang saya tidak dapat hadir bekerja untuk 48Jam tersebut.
TERIMA KASIH sudi meluangkan waktu.
Salam Tuan, saya ingin bertanya pendapat jika majikan ada unsur memberi tekanan kerja kepada saya dengan niat untuk saya meletakkan jawatan. Saya telah berkhidmat didalam syarikat selama 14 tahun dan selama ini tiada masalah dalam kerja saya. Secara jujurnya saya memang tak tahan sangat dengan tekanan ini dan mahu meletakkan jawatan. Soalan saya jika saya meletak jawatan, adakah saya masih boleh membuat laporan ke mahkamah perusahaan kerana ada majikan ada niat untuk memberhentikan saya secara memberi tekanan kerja.
salam..sy nk minta pdpt..pd 6/7/23 suami selesai 1kerja..smtara tgu keja yg ke2..team leader dgn sgaje memerli dn mencri salah suami dlm bile brkerja..sdgkn smua kerja sumai yg buat. leader hny buat keja ringan dn lagak bos..blaku ptngkaran antara suami dan leadar .leader suh suami balik.smpai skg diam tiada pgilan ataupn respon sama ada suami msh dperlukan dlm prkhidmtan..seolah2 sgaje mcri pbalahan utk myinkirkn suami..suami tak serasi lg utk bkrja sama dgn leader yg sllu mcrik salah sdgkn die lgsung xlayak utk jd leader sbb tak tahu lgsung buat kerja..die jd leader sbb pdai bodek bos.
Saya kena buang kerja tanpa alasan yang kukuh tu boleh sabit kesalahan kan
salam tuan..mohon pandangan, surat tawaran perkhidmatan nyatakan umur persaraan 60thn tetapi sykt akan menutup operasi sblm capai umur persaraan.
gratuity akan dibayar mengikut perjanjian.
adakah pekerja boleh menuntut faedah penamatan pekerjaan kerana penutupan syarikat?
terima kasih.
Salam Tuan, saya saya hamil dan mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan kehamilan. Saya juga telah memohon cuti tanpa gaji dari majikan tetapi ditolak. Saya ingin bertanya pendapat jika majikan ada unsur memberi tekanan kerja kepada saya dengan niat untuk saya meletakkan jawatan. Saya telah berkhidmat didalam syarikat selama 11 tahun dan selama ini tiada masalah dalam kerja saya. Secara jujurnya saya memang tak tahan sangat dengan tekanan ini dan mahu meletakkan jawatan. Soalan saya jika saya meletak jawatan, adakah saya masih boleh membuat laporan ke mahkamah perusahaan kerana ada majikan ada niat untuk memberhentikan saya secara memberi tekanan kerja.
Sy nk tnya kLau kita baru bekerja slama 3bulan lbih lpastu kene buang boleh buat aduan jugak ke?
assalamualaikum, kronologi saya seperti berikut:
1) CEO company telah mendapat surat pemberhentian oleh Share Holder bertarikh (22 Aug 2023) atas alasan salah laku financial and dlm siasatan pihak atasan. Surat rasmi tersebut telah diedarkan kepada pekerja.
2) CEO akan mengadakan meeting pada 30/8/23 bertujuan utk melakukan retrenchment utk semua staff dgn alasan mahu menutup syarikat akibat masalah kewangan dan mengugut pekerja untuk memberi keputusan segera (hari yang sama) dan akan menarik balik tawaran jika pekerja tidak setuju
3) Tarikh pemberhentian pekerja akan dianjakkan lebih awal ke (15/8/23) tetapi pekerja diminta untuk terus berkhidmat sehingga 31/8/23
4) pampasan yg ditawarkan hanya 3 bulan gaji sahaja (semua pekerja telah bekerja antara 8 – 13 tahun)
Soalan:
1) CEO tidak mengamal kan FIFO, dimana dia telah memberhentikan pekerja yg telah berkhidmat selama 13 tahun atas alasan yg sama iaitu masalah kewangan
2) Adakah valid surat pemberhentian yg dikeluarkan oleh CEO yg telah diberhentikan?
3) Adakah valid tarikh akhir perkhidmatan diawalkan oleh CEO yg telah dipecat?
4) Adakah isu ini boleh dilaporkan kepada JPP?
5) Adakah pekerja masih dapat menuntut faedah penamatan pekerjaan?
salam tuan ,bolehkah kita lawan balik majikan berpandukan handbook syarikat?dimana ada part kes pemecatan seperti tidak adil seperti siasatan dalaman ,dimana pihak syarikat sepatutnya memberikan 7 hari minima notis / 14 hari notis sebelum siasatan dalaman dijalankan .majikan gagal berbuat demikian?sebagai contoh hari ni dapat notis siasatan dalaman.esok terus dibuat siasatan dalaman dan 12 hari selepas siasatan dalaman dapat notis pemecatan serta merta
Hi salam.blh bantu sy..jika pekerja rasa pemecatan tidak berasas dan syarikat beri termination letter 24hrs notice berserta severance package, adakah masih boleh buat aduan ke JPP. Tidak ingin kembali bekerja tapi mahukan keadilan.
salam,
Saya diberhentikan atas alasan tidak mengishtihar hubungan keluarga, Ipar duai bukan adik beradik.Ada beberapa kesalahan yang di tujukan kepada saya dan saya mohon bantuan sekiranya pihak tuan dapat membantu dan apa yang perlu saya lakukan. Atas faktor usia waktu ni pendapatan keluarga saya amat terjejas kerana hanya saya yang bekerja dan ketika pembuangan saya ada merayu pada syarikat atas alasan isteri saya bakal melahirkan anak bongsu kami yang kini berusia 10 bulan.
untuk kenaikkan pangkat saya telah memberi bukti pada panel DI bahawa setiap kenaikkan pangkat perlu melalui process data yang diguna pakai sekian lama pada sesiapa sahaja yang bakal dinaikkan jawatan di departments saya.
Salam tuan, pada 31/10/23 sy tlh bergaduh ditempat kerja. Pada 14/11/23 siasatan dalaman telah dijalankan dan 21/11/23 sy telah diberhentikan kerja.punca pergaduhan bermula drp org tersebut.Sy tidak berpuashati krn sy srg shj diberhentikan kerja manakala org yg bergaduh dgn sy tidak dikenakan tindakan dan bekerja seperti biasa. Apa yg perlu sy lakukan utk mendapat keadilan bg pihak sy..
salam Tuan. Macam mana nak buat dengan staff yg memburuk kan bos menghasut staff lain sekali? ada bukti dari whatsapp dari staff lain yg dia staff ni kaki hasut. Macam mana cara nak pecat dia ni ya?
Assalamualaikum tuan. Saya dipaksa membawa Lori untuk syarikat. Saya tak mahu atau tak ready lagi dan orang atasan tidak mahu simpan saya lagi katanya dan akan ambil orang lain , mungkin nk buang saya la. Apa tindakan yg harus saya buat. Ye saya akui saya kadang2 ada buat kesilapan tapi saya akan perbetulkan kesilapan itu dan Terima teguran tu.
salam tuan, saya telah diberikan surat retrenchment atas sebab penutupan syarikat.
mohon pandangan pihak tuan, terima kasih.