Skip to content

APA NAK BUAT KALAU PENJUAL BATALKAN PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH DAN TAKNAK PULANGKAN DEPOSIT?

Contoh situasi:

Ali dan Minah merupakan pasangan suami isteri yang sudah berkahwin selama 5 tahun dan sekarang menyewa di sebuah flat kos rendah di kota raya Kuala Lumpur. Memandangkan isi rumah mereka semakin bertambah, maka Ali dan Minah pun membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri.

Setelah membuat carian di internet, akhirnya mereka menemukan sebuah rumah landed di pinggiran kota yang terletak tidak jauh dari tempat kerja Minah. Harganya RM 400,000. Sederhana sahaja namun Ali dan Minah yakin rumah tersebut bakal menjadi ‘mahligai’ keluarga mereka. Mereka terus menghubungi tuan rumah tersebut, iaitu Pak Yakub.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak pun bersetuju untuk penjualan rumah tersebut dari Pak Yakub kepada Ali dan Minah. Deposit 10% daripada harga rumah iaitu sebanyak RM 40,000. “Tak sia-sia aku berlapar waktu lunch hour kat pejabat setiap hari selama 5 tahun ni. Lepas la deposit rumah. Tambah EPF lagi.” getus Ali dalam benaknya.

2 minggu kemudian, Ali dan Minah dengan teruja dan bersemangat, telah membuat pembayaran deposit RM 40,000 tersebut kepada Pak Yakub bagi menunjukkan komitmen mereka dalam perjanjian ini. Namun, kejutan besar kepada Ali dan Minah di mana selepas beberapa hari, Pak Yakub tiba-tiba sahaja menghantar pesanan ‘Whatsapp’ kepada Ali mengatakan beliau ingin batalkan jual beli rumah tersebut. Tersedak Ali ketika itu, hampir tercekik tulang ikan singgang masakan Minah.

Tidak ingin memaksa, maka Ali pun faham dengan keputusan Pak Yakub tersebut dan meminta supaya deposit RM 40,000 tersebut dipulangkan kembali kepada mereka. Pak Yakub hanya membalas ‘OK’ sahaja. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, deposit RM 40,000 masih belum dipulangkan oleh Pak Yakub.Ali sudah semakin risau. Panggilan telefon sudah tidak diangkat. ‘Whatsapp’ pula hanya satu ‘tick’ sahaja. Besar kemungkinan sudah di ‘block’ oleh Pak Yakub. Ali dan Minah buntu memikirkan bagaimana mahu dapatkan kembali RM 40,000 tersebut dari Pak Yakub.

APA YANG ALI DAN MINAH PERLU LAKUKAN?

Pertama sekali, Ali dan Minah perlu memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut.

KAVEAT TU APA?

Kaveat merupakan satu instrumen di dalam Kanun Tanah Negara yang bertindak sebagai notis rasmi bahawa anda mempunyai kepentingan terhadap sesuatu hartanah.

APA FUNGSI KAVEAT?

Antara tujuan kaveat dalam sesuatu hartanah adalah untuk:-

i) Untuk melindungi kepentingan anda ke atas hartanah tersebut

ii) Untuk kekalkan status quo hartanah tersebut sehingga apa-apa prosiding di mahkamah berkenaan hartanah tersebut selesai.

iii) Untuk tunjukkan tuntutan individu yang masukkan kaveat terhadap hartanah tersebut

KENAPA ALI DAN MINAH KENA MASUKKAN KAVEAT? BOLEH KE SEDANGKAN MEREKA TAK BELI LAGI RUMAH TU?

Pada saat Ali dan Minah memindahkan wang RM 40,000 kepada Pak Yakub melalui transaksi perbankan atas talian sebagai deposit pembelian, Ali dan Minah sudah dikira mempunyai kepentingan yang boleh dikaveatkan ke atas hartanah tersebut.

APA YANG AKAN BERLAKU JIKA ALI DAN MINAH TAK MASUKKAN KAVEAT KE ATAS HARTANAH TU?

Dalam situasi begini, sekiranya Ali dan Minah lambat memasukkan kaveat ke atas hartanah tu, Pak Yakub boleh sahaja menjualkan hartanah itu kepada orang lain. Tapi sekiranya kaveat sudah dimasukkan, maka Pak Yakub tidak boleh melakukan apa-apa transaksi melibatkan hartanah tersebut sama ada nak jual ke, nak gadaikan ke. Jadi, nak tak nak, dia kena hadap la Ali dan Minah dulu nanti.

MACAM MANA NAK MASUKKAN KAVEAT?

Untuk daftarkan kaveat, Ali dan Minah perlu isi borang 19B dan serta dokumen-dokumen sokongan contohnya salinan perjanjian jual beli dan paling penting, resit pemindahan wang secara atas talian kepada Pak Yakub tersebut. Sebab itulah penting untuk setiap pembayaran sebaiknya dilakukan secara atas talian, supaya ada rekod, dan bukannya secara tunai. Untuk Selangor, pendaftaran kaveat adalah sebanyak RM 300, di negeri lain mungkin berbeza.

Contoh Borang 19B

Maka, Ali dan Minah pun memasukkan kaveat terhadap hartanah tersebut dan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pak Yakub di mahkamah. Sebelum kes tersebut diteruskan ke Bicara Penuh, Pak Yakub akhirnya mengaku kalah dan memulangkan semula wang RM 40,000 tersebut kepada Ali dan Minah. Gembiralah Ali dan Minah dan dapatlah mereka meneruskan pencarian ‘mahligai’ baru mereka.

Semoga bermanfaat.

*Watak di atas hanyalah rekaan semata mata tanpa merujuk kepada mana mana individu.

*Penulisan di atas ini hanyalah perkongsian secara ringkas semata-mata untuk pemahaman masyarakat awam.

(Visited 923 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
6 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Raffi
1 year ago

Salam .. adakah hukuman /penalti kepada Pak yakub hanya membayar kembali jumlah booking fee kepada pembeli ? Atau pembeli tersebut mendapat apa² pampasan dari Pak yakub kerana membatalkan perjanjian

niaz iarza
niaz iarza
1 year ago

Salam, apa nak buat kalau penjual tiba2 tak jadi jual barang tapi dah buat perjanjian?
cth: A dah janji nak jual dengan B, lepastu datang C tawar harga lebih tinggi dan A pun setuju nak jual dengan C.

fara
fara
1 year ago

situasi di atas hampir sama dengan situasi saya sekarang. saya bayar deposit 2%.. loan dah lulus tunggu nk sign sahaja. tiba2 seller tak jadi jual kepada saya. dia nak refund semula. sebab nk jual dekat buyer lain. boleh saya ambil tindakan seperti kaveat di atas ? dan boleh saya saman owner tersebut ? saya kecewa sangat sangat kerana penat lelah submit loan sana sini tp bila dah lulus owner buat taik pulak

Rahim
Rahim
1 year ago

Salam kalau kita sudah bayar booking kat agent, kita da signnature borang jual beli, pastu tiba2 owner ubah fikiran x nak jual kepada kita and dia tak nak sign jugak.. Ape perlu saya lakukan.. Dia ubah fikiran sebab dia x nk jual sekali furniture yg ade pada iklan dia atau pun mngkin ada orang lain letak harga yg lebih tinggi.. Itu saya kurang pasti

6
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x