Skip to content

DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN SIJIL FARAID

Permohonan Faraid seringkali berlaku apabila terdapat kematian dalam kalangan keluarga. Namun, ramai pihak yang tidak tahu apakah dokumen yang mereka perlu kemukakan di Mahkamah Syariah bagi permohonan Faraid.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan:-

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Sijil Kematian Si Mati
  3. Sijil Pernikahan Si Mati
  4. Sijil Pernikahan Ibu/Bapa Si Mati
  5. Kad Pengenalan Waris-waris
  6. Sijil Lahir Waris-waris
  7. Sijil Kematian Waris-waris yang telah meninggal dunia.
  8. Dokumen Harta Si Mati (Geran Tanah, Perjanjian Jual Beli Rumah, KWSP, Penyata Wang Simpanan Si Mati & lain-lain)

Siapakah yang dinamakan waris?

  1. Datuk & Nenek
  2. Ibu & Bapa
  3. Suami/ Isteri
  4. Anak-anak
  5. Saudara Kandung
  6. Saudara Sebapa
  7. Saudara Seibu

Diharapkan maklumat ini dapat membantu anda di luar sana bagi membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah.

(Visited 1,374 times, 1 visits today)
3 Thoughts on DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN SIJIL FARAID
    Nurul
    3 Jul 2023
     11:42am

    As slm..saya ada 2 anak lelaki dan seorg perempuan.. Untuk permohonan sijil faraid perlu sertakan tak dokumen saudara kandung?

    0
    0

Leave A Comment