Skip to content

FAKTA TENTANG UNDANG-UNDANG KERJA DI MALAYSIA YANG ANDA MUNGKIN TAK PERNAH TAHU

  1. Pekerja tidak diwajibkan untuk beri alasan jika ingin letak jawatan namun majikan perlu mempunyai alasan kukuh sebelum menamatkan perkhidmatan pekerja.

2. Undang-undang di Malaysia tidak melarang untuk individu bawah 18 tahun diambil bekerja namun majikan perlu patuhi syarat-syarat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

3. Pekerja yang bergaji tidak lebih dari RM 5,000 juga boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja di bawah Akta Kerja 1955.

4. Kontrak kerja secara lisan tetap sah sebagai kontrak perkhidmatan antara majikan dan pekerja.

5. Terma-terma kontrak pekerjaan tidak boleh diubah tanpa persetujuan kedua-dua pihak.

6. Pekerja separuh masa mempunyai hak yang sama dengan pekerja sepenuh masa di bawah undang-undang buruh di Malaysia.

7. Majikan tidak diwajibkan untuk membayar gaji pekerja sekiranya pekerja tersebut dipenjara atau ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa ataupun menghadiri perbicaraan di mahkamah yang tiada kena mengena dengan majikan.

8. Dalam keadaan syarikat majikan digulungkan, tunggakan gaji pekerja (maksimum 4 bulan) akan mendapat keutamaan berbanding pemiutang lain.

9. Pekerja tidak boleh diberhentikan semasa tempoh maternity leave atas apa-apa sebab kecuali penutupan syarikat.

10. Dalam pelaksanaan pemberhentian (retrenchment), majikan perlu memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu sebelum pekerja tempatan. Foreign Worker First Out (FWFO).

11. Jika seorang pekerja mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari kediaman atau sebaliknya, pekerja tersebut boleh menuntut pampasan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

12. Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan adalah dua entiti yang berbeza.

(Visited 41,178 times, 1 visits today)
611 Thoughts on FAKTA TENTANG UNDANG-UNDANG KERJA DI MALAYSIA YANG ANDA MUNGKIN TAK PERNAH TAHU
    Nana
    22 Jul 2021
     11:33pm

    Hi. Maaf jika menganggu. Saya telah diberhentikan kerja oleh majikan pada 1 Julai 2021 yang lepas serta merta. Pada 1 Julai tersebut, majikan saya telah pecat saya dengan berkata “perkhidmatan awak kami tak perlukan berkuatkuasa sekarang. Nanti bos XXX (bos nombor 2) akan bagi awak notis.” Tapi tiada notis yang diberikan oleh kesemua majikan saya. Untuk makluman Tuan, saya juga tidak diberikan apa apa kontrak bertulis yang boleh dijadikan bukti saya telah berkhidmat untuk mereka. Tapi since dalam post Tuan kata kontrak secara lisan juga dianggap sah, that should be fine to me. Berbalik kepada notis.

    Kini sudah hampir sebulan majikan saya tidak membayar gaji saya pada bulan 6 dan juga yang tertunggak (pada bulan May atas alasan tidak cukup dana untuk membayar gaji saya dan meminta penangguhan pembayaran sebanyak 35%) kerana dia kata saya tidak mengikut syarat notis yang memerlukan saya bekerja sepanjang tarikh notis 7 hari yang mereka keluarkan. Sedangkan saya tidak ada terima apa apa notis dari pihak mereka dan saya anggap perkhidmatan saya memang tidak diperlukan bermula pada hari dia pecat saya. Dia berterusan kata saya tidak layak mendapat gaji kerana tidak patuh pada notis yang “diberikan” (walaupun tiada notis yang diberikan langsung hingga kini, 22 Julai 2021.

    Soalan saya. Apa yang harus saya lakukan? Saya cuma ada bukti ‘screenshot’ kesemua majikan saya mengambil saya bekerja walaupun tiada kontrak hitam putih, dan hampir kesemua perbualan tentang urusan kerja direkodkan dalam aplikasi ‘Whatsapp’. Dan soalan kedua, saya inginkan pencerahan sama ada Notis berhenti dari majikan untuk pecat pekerja itu bermaksud perlu berkhidmat lagi untuk mereka selama notis itu berkuatkuasa atau bagaimana? Saya buntu kerana hingga ke hari ini bekas majikan saya tidak membayar gaji dan tunggakan kepada saya. Wang simpanan saya semakin berkurangan berikutan PKP yang tidak tahu bila akan selesai.

    Mohon bantuan pandangan dari pihak Tuan. Terima kasih.

    0
    0
      ABDUL MOMEN KADIR
      20 Oct 2021
       4:16am

      Salam sejahtera..saya nak tahu sangat kepada siapa saya nak adukan kes saya kerana saya telah di berhentikan kerja TANPA ALASAN LANGSUNG..saya bekerja setahun tanpa cuti walau sehari tp tetiba owned company ckp bahawa saya tak perlu kerja lagi..saya tanya dia tak beritahu apalagi sambut kol Saya..saya cuma terfikir tentang 1oerkara iaitu RASIST..sebab owned company adalah orang SING dan kroni2 company semua adalah berbangsa nepal..
      Siapakah orang yang paling patut untuk saya lapor kan perkara ni..?saya amat2 memerlukan pihak yg berkuasa menangani masalah saya..

      0
      0
      Ana farhana
      5 Apr 2022
       5:33pm

      Salam tuan.
      Saya ingin minta pendapatan dari pihak tuan. Saya serahkan surat notis berhenti kerja pada 2/4 April. Kerana saya dapat kerja di tempat baru. Notis saya berikan tak sampai sebulan. Notis terbabit sehingga 17/4 sahaja. Dah saya nyatakan di notis itu, kekurangan tempoh notis selebihnya saya akan bayar. Kerana 18/4 saya sudah start kerja di tempat baru. Tapi baru tadi pihak majikan kata tak terima notis saya tu. Katanya suruh saya pikir tak kan nak tinggal company macam tu je. Bila saya tanya nak cari pengganti ke? Dia cakap tak rasa nak cari pengganti dalam masa ni.

      Adakah kalau saya nekad berhenti, majikan boleh saman saya?

      0
      0
    Nur
    23 Jul 2021
     11:06pm

    Hi, maaf menganggu, saya dipaksa untuk mengambil unpaid leave pada 15 Julai 2021, bos saya memberitahu saya akan dipanggil semula bekerja pada awal Ogos, dia juga tidak membenarkan saya bekerja dari rumah dan perlu ke pejabat walaupun syarikat adalah dalam sektor non essential. dan hari ni 23 Julai 2021, saya menerima email dari majikan mengatakan mereka menamatkan perkhidmatan saya pada 15 Julai 2021 yang lalu. Surat penamatan kontrak diterima lambat dari tarikh yg sepatutnya. Apakah yang perlu saya lakukan?

    0
    0
    Yob debos
    24 Jul 2021
     12:01pm

    As Salam Tuan
    Sy telah dituduh lakukan dua kesalahan, dlm fakta kes mmg berlaku kejadian tersebut, tetapi majikan salah membuat pertuduhan yg mana kedua dua pertuduhan tersebut tidak merujuk dan menyimpang kpd kejadian fakta kes yg dinyatakan ..mohon pencerahan

    0
    1
    Devi
    29 Jul 2021
     10:40am

    Hi, jika majikan bagi surat tawaran, disebabkan mco dia Minta kita tunggu Sampai dapat approval dari kementerian. Tapi tiba-tiba dia kata tak ada kerja. Dan ambil staff baru. Boleh tak encik tolong saya dalam kes ini.

    0
    0
    Jae
    8 Aug 2021
     8:56pm

    Bole ke majikan x bayar gaji sbb behenti x ckup notis 1bulan.. Sye diberhentikan sblom ckup 1bulan..

    0
    0
    NATASHA
    27 Aug 2021
     9:00am

    Maaf tuan, saya ada soalan. Adakah whatsapp di dalam group whatsapp oleh pihak majikan terpakai/berkuatkuasa/ boleh dianggap sebagai ‘acceptance’? whtsapp tersebut mengatakan jika pekerja berhenti sebelum tempoh 6 bulan, akan dikenakan bayaran ganti rugi sebanyak 6 bulan gaji, harus dibayar kpd majikan sedangkan semasa menandatangani Letter Offer, ianya tidak diletakkan di bawah termination clause. termination clause di dalam surat tawaran hanya menyatakan pekerja dibenarkan berhenti dengan memberi notis satu minggu awal. saya telah mendapat tawaran (kerajaan) tetapi harus menolak kerani takut dituntut ganti rugi tersebut. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasihhh

    1
    0
    Yang ingin tahu
    30 Aug 2021
     2:41pm

    Assalamualaikum tuan.

    Adakah dibolehkan saya menuntut ganti rugi atau pampasan atau meminta majikan untuk menangung jumlah faedah dari moratorium yg di ambil oleh pekerja gara-gara gaji dibayar lambat?

    Untuk makluman tuan pihak syarikat lewat membayar dua bulan gaji dari tarikh sepatutnya dan ini telah menyebabkan saya terpaksa memohon moratorium pinjaman yg sepatutnya tidak akan berlaku sekiranya gaji di bayar on time. Dan pembayaran gaji di lakukan berperingkat dan tidak mencukupi untuk cover setiap hutang yg ada. Pembayaran gaji pula di lakukan apabila telah melebihi tarikh akhir pembayaran di bank.

    Terima kasih tuan.

    0
    0
    Azwan bin Nurhusin
    4 Sep 2021
     3:26am

    Assalamualaikum tuan

    Saya ingin tahu
    Layak kah saya dapat pampasan setelah saya berkerja 2 tahun keatas
    Dan saya telah di buang kerja tanpa notis
    Dan di beri gaji mengikut harian yg telah saya berkerja

    Dan saya berkerja tanpa kontrak

    0
    0
    Nurul Filla
    4 Sep 2021
     10:20pm

    Hi, saya ingin bertanya. Ketika sesi temuduga dan sesi review selepas proses temuduga, syarikat menyatakan waktu kerja adalah 8.45am-4.45pm. Setelah mula kerja sebagai trainee selama 2 minggu dan didalam surat tawaran bahagian waktu bekerja hanya dinyatakan, “waktu bekerja bergantung kepada aturan syarikat” dan waktu sebenar adalah 8.10am-4.450pm. Adakah ini kira 1 manipulasi? Dan apa boleh saya sebagai pekerja buat?

    0
    0
    HAMBA ALLAH
    8 Sep 2021
     5:33pm

    saya ingin bertanya pada pihak tuan. saya ada menerima tawaran berkerja di syarikat A pada tarikh 27/8/2021. Saya diberi surat tawaran dan menanda tangan surat tawaran tersebut pada 30/8/2021.

    Pada 6/9/2021 saya berubah fikiran untuk tidak mahu berkerja di syarikat A. syarikat A memaklumkan kepada saya untuk membuat tuntutan saman ke atas saya di mahkamah disebabkan saya telah setuju dan tanda tangan surat tawaran tersebut.

    Bolehkan syarikat tersebut membuat tuntutan saman ke atas saya disebabkan saya berubah fikiran dan tidak mahu berkerja di syarikat tersebut?

    Harap pihak tuan tapat memberi penjelasan berkaitan kes di atas.

    Terima kasih

    0
    0
    WAN
    10 Sep 2021
     7:32pm

    Saya diberikan show cause letter atas sebab poor perfomance.. Pertuduhan yang dikenakan adalah tidak berasas. HR memberitahu yang bos saya tetap nak proceed terminate saya samaada saya sudah menjawab dan membela diri saya.apa yang harus saya lakukan??

    0
    0
    Mekima
    10 Sep 2021
     9:45pm

    Assalamualaikum…
    Majikan saya telah memberi notis lanjutan kontrak selama tempoh 3 bulan tetapi tidak dinyatakan notis berhenti…
    Tetapi saya telah berhenti kerja tanpa notis sebelum tamat kontrak saya itu..
    Adakah pihak majikan boleh menyaman saya? Adakah saya akn dipenjarakan atas kesalahan ini?

    0
    0
    Aziey imara
    10 Sep 2021
     9:51pm

    Assalamualaikum..

    Majikan saya telah memberi notis lanjutan kontrak selama tempoh 3 bulan tetapi tidak dinyatakan notis berhenti…
    Saya telah berhenti kerja sebelum tamat kontrak tanpa notis.
    Adakah pihak majikan akn menyaman saya apakah bentuk saman itu adakah saya akan dipenjarakan?

    0
    0
    NOR SYAZWANI KHALID
    11 Sep 2021
     5:33am

    Salam tuan. Saya nak tanya, apa tindakan yang saya boleh ambil ke atas majikan/bos atas penderaan mental. Tambahan pula saya tengah mengandung.

    0
    0
    ARMANDO INGKO
    15 Sep 2021
     1:09am

    Salam Tuan, saya dari sarawak . sebelum ini saya bekerja dengan syarikat kayu balak yang beroperasi di luar negara, Papua new guinea ,dan baru balik bercuti pada july 2021 yang lalu.saya bekerja di syarikat itu selama 2 tahun lebih dan ini kali pertama saya dapat balik bercuti . Mendukacitakan saya, syarikat gagal membayar gaji saya setelah saya balik dgn alasan boss/pengurus syarikat kami telah meninggal di luar negara pada march 2021 yang lalu juga. saya cuba mencari waris kepada boss/pengurus saya dan rakan kongsinya yng lain tetapi mereka telah mengupah peguam utk membuat rundingan dgn kami,bukan cuma saya seorang ttp masih ada lebih 10 org lagi tidak dibayar tunggakan gaji tersebut. dan apabila saya berjumpa dgn peguam wakil kpd syarikat tersebut,saya dimaklumkan syarikat tidak mempunyai dana lagi membayar pekerja dgn baki tunggakan penuh dan menawarkan cuma mampu membayar sekitar 20% dari tunggakan tersebut. saya sangat kecewa dgn kenyaataan itu memandangkan jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dgn usaha,titik peluh dan keringat kami sepanjang berkhidmat di sana,kami ada contract of service tetapi tidak ditandatangani oleh mendiang boss kami dgn lengkap. macam mana tindakan sesuai bagi kami utk membuat tuntutan tunggakan ini tuan? terima kasih

    0
    0
    Zulkifli Bin Sharif
    25 Sep 2021
     7:56pm

    Assalamualikum Tuan.. Saya minta pencerahan tentang situasi saya sekarang.. Saya telah berkerja dia syarikat ini sejak bulan April lalu dengan dengan surat tawaran kerja sebagai Technical Manager Dan tawaran gaji saya adalah Rm3500 gaji pokok, eloun kereta RM1000, eloun rumah Rm1000 Dan eloun petrol Rm500.. Tetapi sejak saya masuk, saya langsung tidak diberi peluang menjalanlan tugasan saya sebagai Technical Manager pun.. Pada hari ini sabtu 25 Sept saya telah dipanggil meeting oleh bos syarikat Dan dia menyatakan saya telah gagal untuk jadi Technical Manager Dan dia telah memberi 2 pilihan kepada saya, pilihan pertama dia suruh saya buat surat letak jawatan Dan dia akan bayar sebulan gaji saya Dan pilihan kedua jika saya nak terus berkerja dia akan turunkan jawatan serta gaji saya kepada gaji Supervisor.. Gaji pokok sama cuma eloun yg turun, Rm500 utk kereta dan Rm500 utk rumah.. Bos saya berikan saya tempoh seminggu ini utk saya buat keputusan…mohon pencerahan dari pihak Tuan apa perlu saya buat jika saya tidak setuju dengan kedua dua tawaran tersebut… Apa perlu saya katakan pada bos yang bertindak macam tu.. Mohon pencerahan..

    0
    0
    Muhd shafiq
    27 Sep 2021
     9:37pm

    Assalamualaikum tuan..saya nak tanya kalau majikan paksa kerja walaupun tidak sihat mcm mne ye..dan sy amik keputusan berhnti serta merta 2 hri sblm gaji..adakah sy tidak layak untk menerima gaji sepanjng sy kerja sblm tu

    0
    0
    LEILATUL ZUREIDAH BT SULAIMAN
    29 Sep 2021
     3:52pm

    As Salam
    Mohon pencerahan saya mempunyai seorang pekerja yang menyalahi undang undang iaitu mengambil barang tanpa izin di tempat kerja dan mempunyai masalah displin seperti tidak mematuhi masa oerasi kerja dan tidur ditempat kerja dalam tempoh masa kerja.
    Boleh kah saya menasihatinya utk berhenti bekerja atau memberhentikan pekerja dalam tempoh masa 24 jam kerana pekerja lain berasa tidak selesa dengan kehadirannya.
    Tk

    0
    0
    Haizam
    29 Sep 2021
     8:14pm

    Nak tanye,boleh kah perkerja berkerja di 2 majikan dan mencarum sepenuhnya di kwsp dan parkeso?

    0
    0
    hamba Allah
    29 Sep 2021
     9:17pm

    Assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya. seandainya berkerja start 22.09.2021 sehingga 29.09.2021. dan saya ingin meletak kan jawtan 24 jam. adakah di kenakan apa2 penalti atau tindakan dari majikan saya

    0
    0
    Epah
    30 Sep 2021
     3:28pm

    Hai selamat petang tuan, nak tanya. Betul ka kalau kita berhenti tak ckup 1 tahun bekerja dikena pampasan ganti rugi? 3 bln gaji. Sebab dalam offer letter majikan ada letak cuma tak ada sign dua2 pihak.

    0
    0
    Jina
    30 Sep 2021
     5:03pm

    Hai,saya berkerja Dalam 5 tahun,kemudian timbul sedikit masalah,Dan saya terus berhenti tanpa beri Surat berhenti kerja,20 Hari sebelum saya berhenti itu,adakah akan majikan akan bayar gaji saya Yang 20 Hari itu,atau saya tak boleh tuntut?

    0
    0
    rehar
    1 Oct 2021
     4:48pm

    salam tuan

    ingin bertanya….saya dah bekerja dgn syarikat ini dah 12 tahun…tapi sejak 2 tahun MCO ini dah 2 kali kena potong gaji tapi masih bertahan….tapi bila syarikat suruh saya sign syarikat baru ( katanya sama saja, dia masih monitor ), saya ada minta pampasan dari syarikat saya yg dah kerja 12 tahun tapi syarikat saya cakap kenapa…tak percaya kan saya….so saya ingin bertanya beberapa soalan
    1. kalau saya sign syarikat baru..adakah saya masih terikat dgn pampasan syarikat lama 12 tahun jika apa apa berlaku syarikat baru ini. sbab Letter appoint ment syarikat baru ini tak tulis apa apa berkaitan pampasan dan lebih sebagai fixed contract 1 tahun pula…minta advise ye tuan

    2. jika saya berhenti tanpa sign dLetter appointment syarikat baru ini…bolehkan syarikat lama bagi pampasan kat saya…saya tanya sbab saya nak berhenti bukan diberhentikan…saya berhenti sbab tiada apa jaminan bertulis utk pampasan jika saya sign letter appointment syarikat baru.

    minta pandangan tuan ye

    0
    0
    Hida
    2 Oct 2021
     3:45am

    Assalamualaikum tuan.
    Maaf kerana saya email jomtanyapeguam pada 2 Oktober 2021 @ 3:28 pagi sebelum letak komen di sini.
    Di dalam email tersebut, saya ada menceritakan masalah yang dihadapi di tempat kerja.
    Mohon jasa baik tuan dalam memberi pandangan.
    Terima kasih tuan.

    0
    0
    Hid
    2 Oct 2021
     10:17am

    Assalamualaikum Tuan.
    Saya bekerja sebagai eksekutif dan dibayar gaji secara bulanan. Tangga gaji saya tidak memerlukan untuk buat “overtime” kerana gaji pokok sudah melebihi RM2,000.

    Unit saya sekarang dalam proses menyiapkan bajet tahunan syarikat. Isu saya di sini ialah ketua unit kami seorang pengurus telah mendera emosi dan mental para pekerja. Kami menerima arahan kerja di group whatsapp pada waktu malam walaupun sudah pukul 10.30 malam. Kami juga selalu dapat email kerja pada waktu malam. Ini mengakibatkan kami disuruh untuk buat kerja pada masa tersebut kadang-kadang sehingga pukul 2 pagi. Waktu cuti hujung minggu juga diganggu.

    Alasan yang diberikan oleh ketua unit adalah sekarang tengah buat bajet tahunan dan perlu kerja walaupun telah habis waktu kerja dan hari cuti.
    Ketua unit mengarahkan di dalam group whatsapp untuk kami “standby” berkerja walaupun pada hari rehat (2 hari cuti Sabtu & Ahad) serta cuti “public holiday”.

    Kami akan memastikan kerja sendiri siap pada waktunya. Akan tetapi, whatsapp dan email yang kami terima selepas waktu kerja adalah kerja tambahan yang diminta dari ketua unit.

    Ini mengakibatkan masa kami terganggu untuk diri sendiri serta keluarga. Sehingga mendatangkan masalah rumah tangga para pekerja.

    Di dalam offer letter saya mengatakan kerja dari pukul 8:30 pagi sehingga 5:30 petang, kerja 8 jam sehari, tidak lebih dari 9 jam sehari, serta tidak boleh lebih 48 jam seminggu. Melainkan jika pekerja itu memegang jawatan “managerial level” yang memerlukan kerja lebih dari masa yang dinyatakan di atas.

    Mohon pencerahan dan jasa baik tuan dalam memberi pandangan terhadap masalah yang kami hadapi. Setiap waktu perasaan kami gelisah dan tidak tenang dengan cara kerja yang sebegini. Saya tertekan.

    Terima kasih tuan.

    0
    0
    rehar
    2 Oct 2021
     2:32pm

    salam tuan

    saya ingin meminta pandangan tuan….
    saya telah bekerja syarikat ini selama 12 tahun…pada bulan lepas, dia ada buat satu apointment letter utk semua staff bagi syarikat baru ( management tak pasti sbab dia cakap dia masih memantau )…bila melihat isi kandung letter appointment tu…antara 1 years fixed contract..gaji ikut selepas dipotong oleh syarikat sebelum ini…dan TIADA CLAUSE UTK PAMPASAN dari syarikat lama…saya risau sbab kalau saya sign..dah tentunya saya TIADA peluang utk dapatkan pampasan..saya rasa ini ibaratkan syarikat lama ingin mengelak dari bayar pampasan….saya ada bertanya pada management berkaitan pampasan, then jawapannya..KENAPA KAMU TAK PERCAYA KAN SAYA..maksud dia still nak bayar tapi kena sign dulu…bagi saya tak betul..ini dah macam letak leher dan sedia utk dipancung…

    dan satu lagi..katakanlah saya nak letak jawatan disebabkan perkara ini…boleh ka saya menuntut pampasan utk hak saya di syarikat yg saya dah bekerja selama 12 tahun atau saya boleh membuat aduan utk tuntutan hak saya….saya mengambil jalan nak berhenti sbab dah tak tahan cara management yg nampak berbuat sesuka hati…potong gaji yg pertama alasan project tak dapat payment..staff reda..bila dapat payment..DIAM PULA….potong gaji kedua…cakap projek tak dak….potong lagi sedang kan sebelum tu ..banyak payment dah masuk utk project yg sudah habis…

    harap tuan memberi pandangan utk saya selesaikan dgn elok

    0
    0
    Kayrul
    4 Oct 2021
     9:18am

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya telah bekerja di sesebuah syarikat selama 2 minggu. Saya mula bekerja pada pertengahan bulan. Tetapi, saya tidak menerima bayaran gaji, atau pun mungkin bayaran separuh daripada gaji. Jadi, adakah patut saya menerima bayaran gaji jika telah bekerja selama setengah bulan?

    0
    0
    Shazwan Zulkefli
    4 Oct 2021
     11:50am

    Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

    Nama saya Shazwan. Saya ingin bertanya berkaitan dengan pengesahan tempoh percubaan.

    Saya sudah bekerja di bawah syarikat X sejak 2 Julai 2018. Sehingga Ogos 2021 saya telah memohon untuk ditukarkan ke cawangan lain. Jadi saya perlu menjalani tempoh percubaan seperti yg dinyatakan dalam surat tawaran saya.

    Apa yg berlaku adalah, ada beberapa ketika saya diminta untuk membuat tugasan yg di luar dari skop kerja yg saya tandatangan. Pada mulanya saya tidak kisah kerana ingin membantu pengurus saya dalam bidang dokumentasi & penyiapan laporan.

    Akan tetapi, apabila tugasan yg diberikan itu saya tidak dapat menyiapkan dalam masa yg ditetapkan, saya dilabel “lambat” buat kerja. Kemudian saya membangkang kenyataan tersebut kerana tugasan itu diluar skop kerja saya.

    Keadaan yg terjadi di atas telah membuatkan pengurusan saya memberi kenyataan seperti berikut:

    1. Your work is too slow compared to others.
    2. I will not confirm your probation for this department. I don’t want you to be here.

    Saya kemudian membidas kenyataan yg dikeluarkan oleh pengurus saya dengan berkata “if you asked other staff to do this job, can they do faster than me? Even you yourself cannot do this work. I’m just helping you. It’s actually out of my job scope”. Saya berkata lagi “if you think that I cannot do your work in this department, then just send send to my previous department which I more expert”.

    Dari kenyataan saya di atas, pengurusan saya mengatakan bahawa sebagai ‘pre-opening team’, kita harus bekerjasama, bantu satu sama lain. Jangan ambil kira skop tugasan lagi. Kalau nak ambil kira, buat apa saya sebagai pengurus buat kerja bawahan.

    Saya ringkaskan cerita, isu saya lambat siapkan tugasan & tindakan saya membidas kenyataan pengurusan saya menyebabkan pengurus saya sudah tidak berminat untuk saya bekerja dengan beliau. Dalam masa yg sama, saya juga tidak berminat untuk bekerja dengannya & meminta untuk dipindahkan ke department lain.

    Sehubungan dengan apa yg terjadi di atas, terdapat beberapa persoalan yg bermain di fikiran saya:

    1. Bolehkah pengurus saya menggunakan alasan ‘kita sebagai pre-opening team tak boleh ambil kira skop tugasan selagi belum siap sepenuhnya’? Kalau begitu, apa gunanya staff atasan saya dibayar gaji lebih tinggi kalau saya yg tolong siapkan kerja mereka.

    2. Adakah pengurus atau majikan saya mempunyai hak untuk membuatkan saya berhenti kerja atau memberi tekanan kepada saya dengan tujuan saya akan meletakkan jawatan dengan sendiri?

    3. Adakah tindakan saya membidas / melawan kata2 pengurusan saya boleh dijadikan sebagai alasan untuk memberhentikan saya kerana tidak mengikut arahan pengurus? Setahu saya, jika arahan tersebut di luar skop kerja saya, saya berhak untuk menolak atau membuatnya atas niat untuk membantu.

    Untuk makluman pihak tuan, perbualan antara saya & pengurusan saya telah saya rakam sebagai bahan rujukan sekiranya terdapat maklumat yg kurang tepat dari pihak saya ataupun pihak yg lain.

    Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya & memberi garis panduan bagaimana & apa yg harus saya lakukan.

    Maklum balas pihak tuan amat saya perlukan.

    Sekian, terima kasih.

    0
    0
    Syaari
    4 Oct 2021
     12:15pm

    Assalamualaikum, sayaa nk tnya, saya baru je kerja sebulan, tpi buln depan saya kena smbung belajar, jadinya buln depan saya kerja setengah bulan sahaja. Boleh ke saya mintk gaji dlm tmpoh saya berkerja selama setengah bulan tu?.

    0
    0
    Nurul Najwa Binti Ismail
    4 Oct 2021
     1:44pm

    Assalamualaikum. Saya ada pertanyaan, saya menerima tawaran kerja kedai haiwan, saya terima pada hari sabtu dan akan bermula hari Khamis tetapi belum menandatangani kontrak. Dalam pada yg sama, saya baru mendapat tawaran kerja hotel pada hari isnin iaitu hari ini. Dan saya ambil keputusan utk menolak kerja pet shop, dan menerima kerja di hotel. Adakah saya punya hak utk menolak kerja kedai haiwan yg belum saya tandatangani kontrak?

    0
    0
    Ikin
    4 Oct 2021
     11:08pm

    Assalamualaikum..sy nak tanya sedikit tentang majikan yg menindas pekerja..boleh whatsapp sy tak..
    01133573638..terima kasih

    0
    0
    Mazrizal
    5 Oct 2021
     10:51am

    bole ke tak yer saya nk buat aduan tntang gaji saya yg dibayar tidak penuh sepnjang pkp ni

    0
    0
    Hanim Abdul Rashid
    5 Oct 2021
     6:21pm

    salam…sya nk tnya jika suami sblm ni ada tunggakkn hutang peti ais dgn mesin basuh dgn jumlah keseluruhan 6k lbih dn dye telah menerima pnggilan yg mengatakn suami diminta bayar dlm tempoh 2hari dari tarikh 5/10 dn tarikh akhir adalah esok sblm pkl 10pg..jika gagal mbuat byaran sbnyk 2200 pihak kwsp akn block ke smua akaun bank dn diistiharkn muflis..Disini sya nk tahu blh kn pihak kwsp yg mngambil tindakkan keats sya kerana tunggakkn dri pihak singer??kerana tempoh yg diberikn tidak mncukupi mandngkn suami baru shja mula kje tmpat baru..

    0
    0
    Siti
    6 Oct 2021
     1:01am

    Salam and Selamat Sejahtera Tuan,

    1) Bekas majikan saya tidak memberi surat tawaran (offer letter) semasa saya berkerja. Tetapi bayaran Gaji tetap di bayar sebelum ini (melalui online transfer yang di label sebagai “salary”. Tiada payslip di berikan).

    2) Sebelum saya (dan rakan kerja juga) di bayar gaji, saya di suruh menulis ringkasan kerja saya untuk bulan tersebut and menanda tangani surat itu jika tidak, gaji tidak di bayar.

    3) Apabila saya meletak jawatan, bekas Majikan saya sengaja tidak membayar gaji terakhir sebanyak RM2500 dengan alasan saya tidak sempurnakan semua kerja sebelum notis letak jawatan saya berakhir.

    4) Saya ada memberitahu yang saya akan melaporkan pekara ini kepada pihak pengusasa Jabatan Tenaga Buruh atau menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan gaji saya.

    5) Bekas majikan saya pula menjawab bahawa, saya tidak ada hak untuk melaporkan pekara ini kepada pihak penguasa Jabatan Tenaga Buruh atas sebab saya adalah seorang pemberi khidmat (service provider) bukan perkerja (staff) dan dia menggunakan ringkasan (seperti di point 2) yang saya tulis itu sebagai bukti.

    Soalan saya kepada Tuan:

    1) Adakah kes ini di luar bidang kuasa pihak jabatan buruh Jika benar kami adalah pemberi khidmat (service provider) seperti apa yang dia maksudkan.

    2) Bolehkan bekas majikan melepaskan diri dengan tidak membayar gaji saya (dan rakan lain juga terkena dengan ‘helah’ ini) dengan menggunakan alasan bahawa kami adalah pemberi khidmat (service provider) bukan pekerja (staff).

    2) Saya percaya bekas majikan tahu kami tidak mampu untuk menggunakan khidmat peguam sebab itu dia agak berani dalam pekara ini.

    Saya ucapkan terima kasih atas perhatian di berikan untuk membaca komen saya.

    Sekian Terima Kasih.

    Siti

    0
    0
    Juliana
    7 Oct 2021
     10:01am

    Salam tuan, saya wakil majikan ingin bertanya situasi pekerja belum sign surat renew kontrak dan beliau memberikan surat notis serta merta disebabkan beliau tidak lagi sign kontrak untuk tahun seterusnya. Untuk makluman, kontrak pekerja adalah on renewable basis setiap tahun dan pekerja telah pun bekerja lebih 7 tahun. Berdasarkan polisi syarikat beliau perlu memberikan 1 bulan notis dan beliau adalah pekerja di atas gaji RM2k.
    Soalan saya :
    1. Adakah pekerja boleh berhenti serta merta sekiranya tidak lagi sign kontrak baru walhal gaji berjalan seperti biasa?
    2. Bagaimana status pekerja tersebut adakah dikira staff tetap sekiranya kontrak tidak pernah putus untuk 7 tahun tersebut, dan sentiasa disambung?

    Mohon pencerahan .Terima kasih.

    0
    0
    khairul
    7 Oct 2021
     11:01am

    Assalamulaikum..saya telah bekerja selama 6 tahun.
    untuk appointment letter saya tempoh notis berhenti kerja selama 2 bulan.
    akan tetapi semasa kenaikan gaji tahun ini..majikan telah menukar tempoh notis berhenti kerja selama 6 bulan..

    tempoh notis berhenti kerja mana yang perlu saya ikut .

    saya telah hantar surat behenti kerja pada bulan 9.

    Terima Kasih

    0
    0
    Cima
    11 Oct 2021
     7:51pm

    Salam, saya nak tanya saya ada terima offer kerja tetapi belum sign contract offer letter, cuma baru buka akaun pekerja dibawah syarikat. Saya mendapat offer company lain,boleh ke saya menolak offer yang terdahulu?

    0
    0
    Cima
    11 Oct 2021
     8:14pm

    Salam saya nak tanya, saya terima offer dari company A tapi belum sign offer letter cuma sudah buka akaun dibawah akaun pekerja syarikat. Saya menerima offer dari company B, boleh ka saya menolak tawaran company A?

    0
    0
    Putra Tashmil
    12 Oct 2021
     1:54am

    Aslmlkm nak tanya
    saya freelance graphic designer
    ade client minta design menu
    awal2 dia minta sample design and quotation
    dlm quotation tu saya da bagi harga deposit dan juga syarat deposit kene diselesaikan sebelum ape2 kerja atau perbincangan ttg design
    tetapi client enggan bayar deposit dan suruh saya buat mockup design (printed sample) which kluar duit poket saya sendiri
    selepas da bagi mockup dan berjumpa untuk discussion saya da remind untuk bayar depo for any further discussion (client setuju *dpn saksi), client kata hari isnin 11/10/2021 akan berbincang lagi and akan bagi depo
    tetapi bila sampai tarikh tersebut
    client cancel
    pertanyaan saya boleh ke saya minta pampasan untuk kerja saya yg sebelum ni pada dia? dan jika dia tidak ingin bayar boleh saya report di mana2?

    0
    0
    m helmi
    12 Oct 2021
     3:45am

    Hi
    boleh ke sesebuah syarikat membuat peraturan sendiri tanpa megikuti peraturan akta buruh malaysia.ini di sebab kan pada tahun 2020 hingga 2021 dunia di landa covid19 dan banyak isu tentang covid19,dan nampak cara syarikat atau oang tertentu sedang ambil kesempatan terhadap pekerja bawahan..

    0
    0
    Nordiyana Binti Samiun
    14 Oct 2021
     8:19am

    Assalam encik,saya nak tahu,dlm situasi pandemic sekarang ni, majikan ade hak ke untuk sekat perjalanan rentas negeri pekerja untuk sabtu ahad sedangkan kerajaan telah memberi kebenaran rentas negeri.

    0
    0
    Muhammad Azmi
    14 Oct 2021
     8:47pm

    Assalamualaikum. Saya ada bekerja parttime saya baru2 ni. Kerja start dari 17 aug – 16 sep (29 hari). And then gaji pun kami dapat dlm tempoh 15 hari bekerja atas alasan semakan data. 7 oct kami sudah dpt gaji tersebut. Dah masuk seminggu (harini) selepas gaji then pihak company kami kerja tu call masing2 mengatakan ada error dlm gaji kami semua, suruh kami rujuk payslip dan amaun yg perlu kami pulangkan dalam tempoh 24jam & sekiranya takde pulangan tu akan dikenakan tindakan/blacklist/ctos blacklist. Amaun yg kene pulang tu bukan sikit tapi banyak. Dan itu adalah kesalahan dari pihak mereka, kata 15 hari proses gaji tu kerana semakan data etc. Tapi dah masuk seminggu gaji terima bagitau ada error sejumlah yg besar. Saya & rakan lain perlu jelaskan byk komitmen dgn gaji tu & beli barang kehendak masing2 kerana itu adalah gaji kami. Ada jgk yg dari keluarga susah. Bila suruh pulang balik dan ugut kami mcm tu. Kami rasa mcm dianiayai pulak. Apa pendapat dan cadangan dari pihak tuan?

    0
    0
    rehar
    14 Oct 2021
     10:37pm

    berbalik pada jawapan tuan….ada beberapa kemuskilan disini

    1. gaji saya sudah dibayar melalui company baru ini sejak july 2021….letter appointment company baru ni bertarikh july 2021 dan saya hanya dapat dalam bulan ogos pertengahan.
    2. saya juga dapat wattsap dari pengarah company baru yg menyatakan..jika ada masalah dgn company baru boleh jumpa dia…kalau ada masalah dgn company lama sila jumpa pengarah company lama.dan jika saya tak sign bermaksud saya dah tak minat bekerja di company baru.
    3. saya juga terima wattsap dari pengarah syarikat lama yg menyatakan..saya signlah dulu, nanti saya boleh berhenti kemudian, tunjuk muka sikit dgn pengarah company baru tu

    persoalan saya…
    1. adakah wattsap itu dah boleh consider sebagai constructiv dismissal
    2. adakah gaji yg saya dapat skrg telah pun terikat dgn company baru
    3. syarikat lama masih berjalan operasi. tujuan utama boss syarikat lama utk syarikat baru ini adalah sekiranya syarikat lama ini tutup, saya masih ada bekerja di syarikat baru ini

    minta pandangan tuan..dah caca marba dah keadaan disini..saya takut kalau saya ambil tindakan berhenti notis 1 bulan akan memakan diri saya balik sekiranya tak dapat hak2 saya berkerja disyarikat lama 12 tahun tu

    terima kasih tuan

    0
    0
    NURUL AIN IZYANI BINTI JAWAWI
    15 Oct 2021
     12:30pm

    Salam ,jika company yang kita intervie tu minta payslip , boleh ke kita tak share even selepas dapat offer letter?

    0
    0
    eddy
    15 Oct 2021
     3:39pm

    assalamualaikum,
    kalau di paksa berhenti kerja oleh majikan apa patut saya buat? majikan tak nak keluarkan surat pemberhentian
    tak layak dapat apa-apa pampasan ke? alasan majikan sebab pernah keluarkan warning letter
    majikan minta untuk resign secara suka rela tanpa apa-apa pampasan.

    0
    0
    Nadzreen
    16 Oct 2021
     9:03pm

    Salam..tuan..ada soalan yg saya ingin tanyakan..berkenaan pekerja yg status dia jwatan tetap..tetapi telah ditukarkan kepada jawatan kontrak tanpa persetujuan pekerja tersebut..apakah tindakan dari pihak majikan itu sah ? jika tidak sah..apakah solution yg sesuai untk pekerja tersebut mengambil tindakan..terima kasih

    0
    0
    Nur Alia
    18 Oct 2021
     2:42pm

    Salam Tuan, Saya telah menerima surat tawaran kerja lain yang memerlukan sya bekerja pada bulan hadapan which mean sya hnya dpt bagi notis berhenti 1 bulan sahaja. dalam masa yang sama sya sedang bekerja dalam sebuah syarikat dan ianya memerlukan notis 2bulan sebelum berhenti. Saya sanggup untuk tidak mengambil gaji sebulan sebagai bayaran penalti, tetapi adakah majikan berhak untuk menahan kita daripada berhenti kerja?

    0
    0
    Fikri
    19 Oct 2021
     7:41am

    Assallammualaikum,selamat pagi

    Saya Ada nak Tanya sedikit pasal kaedah pemindahan pekerja ,sebagai contoh sebuah tempat kerja tutup Dan company telah berjanji akan mentransfer pekerja ke tempat kerja Yang berdekatan Dan bila Hari hampir tiba mereka menukar lokasi Yang jauh Dan memberitahu sama Ada pergi atau behenti tu je pilihan apa hak pekerja kerena mereka berkata majikan berhak transfer pekerja dalam redius 30 kilometers Dan Tak perlu bagi pampasan kepada pekerja jika behenti bila kami Tanya Ada bagi pampasan jika behenti mereka bercakap macam 17-24 kilometers seperti Belakang rumah kami saja ,kami pekerja terasa ditipu Dan dipermainkan Dan diugut oleh majikan

    0
    0
    Hazwan
    19 Oct 2021
     3:09pm

    Salam tuan.HR syarikat tempat sy bekerja maklumkan pada sy jika sy nk berhenti perlu notis 1bulan tetapi sy memberikan notis dua minggu dan 2minggu selebihnya sy setuju ditolak semula gaji.tapi HR bagi tahu kena tunggu bos sign release letter dan sy tandatangan baru sy boleh resign.adakah perlu release letter ni?

    0
    0
    Zalisa
    20 Oct 2021
     4:58pm

    Salam tuan, saya kerja brpngkt store mnger dan blrje dalam f&b . Saya telah diberikan surat tunjuk sebab pd 29/9 atas kesalahan cuti tnpa pmbritahuan pada 17/9,18/9,20/9 sbb saya trlalu stress dan kesihatan merudum,bos tau pasal tu,hri hri ws dan siap mntk mangr lain ke rumah untuk tgokkn saya. Dan dalam payroll pun saya sendiri stated upl dan absent sbb saya yg buat payroll untuk outlet, saya tak gunakan al atau cph/mc pun sbb saya cuma prlukn ktngn hati n minda. (Dh prnh apply cuti 7 hari tapi rejected so saya btul btul stress) Tapi saya tk reply surat tnjuk sbb tersebut yg sptutnya due 5/10 kerana mmg dh tkde hati nk kerja. Pd 5/10 saya skali lagi tak msuk kerja kerana penat fullshift selama 6hri brturut turut kerana asst saya mc shift saya kena cover adalah (830pg-11malm) tpi pdh 5/10 saya tk msuk kerja yg sptutnya night shift (230-11pm) asst saya full untuk cover kerja saya. Ttpi malam 5/10 hari trsbut saya dtg bankin duit sales sbb tu kerja mngr. Adakh tu dikira absnt sbb saya msih buat krja saya sbgai mngr .(even cuti mmg mmg kena dtg bukak safe untuk bankin duit sale) dan keeseokan 6/10 tu saya tak msuk kerja lgi kerana mmbuat rawtan akupuntur dan bos saya tau ttng tu dri asst saya. Ttpi saya tak mntk proper leave pada bos,ttpi bos tau saya cuti sbb sakit. adakah itu dikira absent? Pd hri yg sama pkul 8 mlm diberikn surat pnggntungn kerja dri HR untuk pnyiastn. Brmula 6/10-19/10 surat tunjuk sebab kedua adalah brkenaan dgn absent saya pd 5hb dan duit yg hilang keeseokan hri nya, tetapi saya ganti pkai duit sndiri dulu untuk sttlekan isu smntara tggu hbis suspnd baru cari resit tu dekat peti safe & outlet.(suspend tk boleh prgi tmpt kerja utk cri) Kerana saya adalah store in chrge.dan dh explain dlm ws. bos sngaja msukkn dlm show cause letter. Saya telah digantung kerja pada tarikh saya cuti hri kedua 6hb. Dan notis suspnd saya brmula 6/10- 19/10 .Pada 20okt saya diberi notis termination iaitu absent dari tarikh 5&6 hb. Adakah 6hb tu dikira absent? Dan btulke tarikh suspend brmula 6/10 bukan 7/10? Klau dlm notis stated 6/10-19/10 mksudnya 6/10 bukanlh saya absent kan? Hr ckp absent sbb saya tk mntk proper leave.okay. Tapi kenapa notis suspend tak brmula dari 7/10? Bolehka saya fight untuk tu? Dann selepas tamat penggntungn kerja, saya di terminate atas alasan absent 5&6/10 dan prlu mmbayar 1010.90 untuk gnti rugi setelah tolak gaji brkejr dan notis sebulan. Setelh brtnya kepada hr beliau mnjwb spnjng pnggntungn kerja tak dikira gaji melainkn pekerja masuk balik bekerja. Dalam kes saya, saya diterminate selepas pnggntungn atas alasan absent 5&6 hb. Adakah mmg saya tkkn dpat pmbyaran sepnjng penggntungn wlauapun dlm notis dah stated (full payment during investigation). Bila slow talk dgn hr dia kata saya missc bukan psal duit pun, tapi sbb absent on 5/10&6/10 tpi kenapa spnjg pnggntungn kerja tk dpat gaji? Dan kenapa notis brmula 6hb ?

    0
    0
    Puan Afzan
    22 Oct 2021
     1:01pm

    Salam Tuan. Saya bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat construction. Saya telah bekerja selama 1 tahun 4 bulan. Dalam Letter offer saya, saya diperlukan untuk memberi notis 2 bulan sebelum berhenti. Tapi disebabkan hal – hal berkenaan, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dengan notis 24 jam. Saya berhenti kerja pada 16 Oktober 2021 dengan alasan tekanan kerja yang banyak yang perlu diselesaikan dalam tempoh agak tidak munasabah. Ditambah pula dengan keadaan saya yg tengah mengandung 7 bln. Ex bos saya juga ada membuat provokasi yg meminta saya untuk berhenti kerana saya tidak melaksanakan tugasan yang bukan dalam skop kerja sy iaitu membuat penambahbaikan pada lukisan yang sepatutnya dilakukan oleh sub kontraktor berbayar saya sedangkan saya perlu menyiapkan tugasan yang lain dalam tempoh yang terdekat. Disebabkan saya berhenti 24 jam, saya diminta untuk membuat pembayaran sebanyak 3k dalam tempoh 1 minggu slps penolakan segala item seperti kerja dalam tempoh 15 hari. Saya ingin bertanyakan. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Perlukah saya terus membayar kepada company sedangkan saya mengalami stress disebabkan overload kerja dan kerja yang ada juga memerlukan saya turun ke tapak projek ketika saya sedang mengandung. Atau perlukah saya membuat aduan kepada badan berkaitan untuk memfailkan kes? Saya ada bertanyakan kepada Jabatan Buruh berkenaan perkara ini, tetapi jawapan dari pegawai tersebut tidak membantu saya dalam membuat keputusan. Boleh pihak tuan memberi pencerahan berkenaan perkara ini. Terima kasih.

    0
    0
    Ag Hersam Bin Hassan
    22 Oct 2021
     11:01pm

    Assalamualaikum tuan…
    Saya nak tanya sikit…
    Saya berkerja di sebuah syarikat pembinaan sebagai operator. Dari mula berkerja pada awal tahun 2018 sehingga hari ini, saya tidak ada apa-apa kontrak bertulis / lisan…
    Sekiranya saya ingin berhenti, bolehkah saya bagi notis seminggu? Atau perlukah saya bagi notis sebulan?

    #mohon_jawapan_tuan
    #terima_kasih

    0
    0
    Puan Afzan
    23 Oct 2021
     8:54pm

    Salam Tuan. Saya bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat construction. Saya telah bekerja selama 1 tahun 4 bulan. Dalam Letter offer saya, saya diperlukan untuk memberi notis 2 bulan sebelum berhenti. Tapi disebabkan hal – hal berkenaan, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dengan notis 24 jam. Saya berhenti kerja pada 16 Oktober 2021 dengan alasan tekanan kerja yang banyak yang perlu diselesaikan dalam tempoh agak tidak munasabah. Ditambah pula dengan keadaan saya yg tengah mengandung 7 bln. Ex bos saya juga ada membuat provokasi yg meminta saya untuk berhenti kerana saya tidak melaksanakan tugasan yang bukan dalam skop kerja sy iaitu membuat penambahbaikan pada lukisan yang sepatutnya dilakukan oleh sub kontraktor berbayar saya sedangkan saya perlu menyiapkan tugasan yang lain dalam tempoh yang terdekat. Disebabkan saya berhenti 24 jam, saya diminta untuk membuat pembayaran sebanyak 3k dalam tempoh 1 minggu slps penolakan segala item seperti kerja dalam tempoh 15 hari. Saya ingin bertanyakan. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan? Perlukah saya terus membayar kepada company sedangkan saya mengalami stress disebabkan overload kerja dan kerja yang ada juga memerlukan saya turun ke tapak projek ketika saya sedang mengandung. Atau perlukah saya membuat aduan kepada badan berkaitan untuk memfailkan kes? Saya ada bertanyakan kepada Jabatan Buruh berkenaan perkara ini, tetapi jawapan dari pegawai tersebut tidak membantu saya dalam membuat keputusan. Boleh pihak tuan memberi pencerahan berkenaan perkara ini. Terima kasih.

    0
    0
    Khayla
    24 Oct 2021
     5:06pm

    Salam tuan .

    Saya sudah menghantar notis satu bulan berhenti bekerja .saya sudah bekerja selama 10 tahun .dalam perjanjian menyatakan saya hanya perlu notis sebulan. Selepas 2 hari saya menghantar surat perletakan jawatan saya mengalami kemalangan jalan raya semasa menuju ke tempat kerja.
    Perjalanan ke tempat kerja makan masa 1 jam lebih .selepas kemalangan itu saya di beri kan MC selama 8 hari.dari pihak hospital kerana saya sedang hamil 4 bulan .selepas kejadian itu saya memohon untuk kerja dari rumah sahaja kerana repair kereta makan masa yang lama untuk siap . Tapi syarikat menolak permohonan saya dan menyatakan ini kesalahan saya.so saya kena cari penyelesaian untuk pergi ke tmpat kerja.saya cuba Menggunakn grab.tpi terlalu mahal pegi balik hampir rm160 sehari..gaji yang saya terima hanya 130 sehari.so saya decide untuk pendek kan notis yang sy bagi.ade cara tak untuk elak kan saman.klu campur MC saya dah notis 15 hari .ada balance 15 hari lagi untuk lengkap 1 bulan notis.bukan itu shj saya tidak bersedia lagi untuk memandu selepas kejadian kemalangan itu.

    0
    0
    Mohamad ezwan bin abdull razak
    25 Oct 2021
     10:01am

    Salam tuan,saya nak tanya,saya da bagi notis 1bulan berhenti termasuk tolak anual leave saya 8.5hari.Tapi majikan paksa saya untuk tidak ambil anual leave saya & dia bayar anual leave saya.

    Soalan saya,saya ada hak ke untuk tolak permintaan majikan saya tu? Dan majikan ada hak ke untuk hold gaji saya.

    0
    0
    NORLEENA BINTI JAMUNI
    26 Oct 2021
     11:19am

    Salam…saya nak Tanya untuk suami saya…suami saya Mula bekerja di fresh mart 2 bulan lepas..masuk Kerja tiada agreement Kerja..masuk bulan kedua ni…suami saya berhenti Kerja atas masalah dalaman kedai tersebut…majikan tidak mahu membayar gaji suami saya..di sebabkan katanye ada kerugian…boleh saya Tau macam Mana nak buat untuk dapatkan gaji tu?..

    0
    0
    farah
    26 Oct 2021
     8:16pm

    Salam.. saya dapat tawaran kerja tempat baru.. tapi saya hanya boleh bagi notis.2 minggu ja..tetapi majikan mahukan notis sebulan dan tidak puas hati kerana itu. apakah tindakan yang boleh dibuat majikan saya terhadap saya.. bayar notis 2 minggu ka?

    0
    0
    farah
    26 Oct 2021
     8:17pm

    Salam.. saya dapat tawaran kerja tempat baru.. tapi saya hanya boleh bagi notis.2 minggu ja..tetapi majikan mahukan notis sebulan dan tidak puas hati kerana itu. apakah tindakan yang boleh dibuat majikan saya terhadap saya.. bayar notis 2 minggu ka? tolong bagi penjelasan sebab saya memang mahukan kerja baru tu

    0
    0
      Mohammad Hussaini bin ali
      21 Nov 2021
       11:59am

      Salam Tuan , nk tanye pendpt Dan pandangan tuan tindakan majikn(abg kandung) mbhentikan khidmat sye atas alasan discipline. Shingga kni terkesan dn rse kesilapan sgt besar dlm khidupn mbantunya smpi bjaya bkembang pesat syarikat .. ,

      Sye mula bkerja 10.05.2015 dan dberhentikn 3.05.2021.. Gaji yg dberikan Rm2500 tnpa ade kenaikan dan hanya dberikan elaun site Rm300 per day selama 6 tahun.. hanya offer 50k bile nk kawin. lain2 elauns,bonus tkda . 3 tahun elaun site 2015-2018 sye tk claim.Kerje on cll tk tentu mse, perayaan.cuti. ribut Dan mesti siap on time..
      Sye tdk pernah tfikir lgsg dgn komitmen utk mse depn mahupn savings.. fikirkn family business.. prestasi sye merosot 2020 bile nk mdirikn rumah tangga dan juga meminjam majikan 10k pda Mac 2021 utk bkahwin..
      Atas mslh tk dpt dielakn ianya tk menjadi.. sye kesal Dan ingin berubah .. Majikan Pon mberhentikan tanpa ape2 pampasan dan mnganggap sye spt smph..
      Skrg ni sye dh mental , rse khidupn sye mati krna tdk punyai apew2 aset spt Kereta,Moto, mahupun Wang ringgit…
      Sye bgantung pd I citra jee skrg ni.. Jdi ape yg bleh sye lakukan utk diri sye yg teraniaya ni tuan ….?

      0
      0
    Nana
    27 Oct 2021
     12:27am

    Assalam Nana, ktirah nak mintak maaf. Ktirah ada benda nak cakap dengan kamu. Ktirah rasa kamu tak sesuai kerja dekat sini.
    Mungkin sini banyak kerja nak kena buat. Ms Ngo dengan Boss selalu tengok prestasi semua staff. So ktirah rasa better kamu cari kerja lain yg lebih sesuai dengan kamu. Kamu pergi cari kerja lain dulu, dah dapat baru hantar surat resign.

    Diatas ni mesej yg supervisor hntr kepada Sya . Sya ni dah 10 bulan trainer ..dalam surat tawaran keje tu selepas 3 bulan dikira terima sebagai pekerja tetap .tetapi Sya masih menjadi trainer selama 10 bulan .dan akhirnya Sya disuruh cari keje lain .selepas dapat kerja baru resign .boleh ke company buat mcm tu dekt Sya . Kalau saya hantar surat resign adakah gaji saya dibayar selepas Sya dh dapat keje baru ?.ataupun saya akan diberhentikan kerana tk dapat cari keje baru ?

    0
    0
    Nat
    28 Oct 2021
     7:35am

    Salam sir, saya telah sign offer letter dan send through email. After 6 hari saya nak cancel sebab dpt better offer. Bila sya email mereka untuk discontinued dgn merek. Mereka mahu sue saya. Padahal saya belum lg start kerja lg. Apa yg perlu sya lakukan?

    0
    0
    Mohammad
    28 Oct 2021
     2:23pm

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya nk bertanyakn mengenai isu gaji semasa pkp pd bln jun dan julai tidak bekerja .Majikan hnya byr RM300 shj kpd pekerja.Bolehkah sy menuntut baki gaji semasa pkp.Dan sy ada sign surat persetujuan pemotongan gaji.Jika sy buat tuntutan di pjbt buruh utk tunggakan gaji utk 2 bln adakah sy bole tuntut atau tidak kerana telah sign surat tersebut.
    Terima Kasih.

    0
    0
    jay
    29 Oct 2021
     2:28am

    Hai,
    Saya ingin tanya berkenaan surat tunjuk sebab yang diemailkan daripada hr kepada saya. Surat tersebut meminta saya untuk tunjuk sebab kerana dalam satu projek saya terlupa untuk beli suatu barang dan isu ini telah diselesaikan dengan rundingan antara Pengurus Projek di dalam syarikat sama. Tetapi saya tidak memberitahu Team Leader saya. Dan kemudian barang yang telah dibeli terkurang quantitinya dan pada masa ini saya semak adakah betul pembelian itu salah. Dalam pada masa yang sama Pengurus Projek telah memberitahu lebih awal daripada saya berkenaan isu ini kepada Team Leader saya. Adakah ini satu kesalahan? Saya tidak berniat untuk sembunyi isu untuk kedua dua situasi.
    Untuk situati 1 telah buat rundingan dengan Pengurus Project dah telah selesai. Pada situasi kedua pula saya memang nak beritahu Team Leader saya berkenan isu salah beli. Tapi disebabkan Pengurus Project itu yang pertama memberitahu Team Leader. Saya dipersalahkan untuk kedua dua isu. Apakah saya boleh buat?

    0
    0
    Riz
    31 Oct 2021
     12:23am

    Hai… nak tanya , saya baru berkerja pada 01-09-21 (trainee) tetapi pada 20-10-21 HR memaklum kan kepada saya , bahawa saya di BERHINTI KAN kerja, atas arahan manager, dan saya tanya atas sebab kenapa , tapi pihak HR tak tahu,
    soalan saya apakah tuntutan yang boleh saya buat ?

    0
    0
    sofia
    1 Nov 2021
     12:44pm

    salam. saya nak tanya apa patut saya buat untuk claim gaji yang ditolak sebab tak hantar surat berhenti kerja sedangkan saya dah hantar pada pic tempt kerja saya dan dia kata dah hantar pada pihak atasan, tetapi pihak atasan kata tiada sebarang bukti yang dia sudah hantar surat saya…

    0
    0
    Syira
    2 Nov 2021
     1:39am

    Salam sejahtera tuan,

    Saya ingin tanya pada tuan, saya telah berhenti kerja dan telah beri notis seminggu sebelum saya bagi notis saya ade call dan cakap pada boss yg saya hendak berhenti dan saya beritahu dia yg saya telah ditawarkan pekerjaan yg lebih baik. Tetapi saya harus membayar pampasan kepada company sedangkan saya bekerja tiada offer letter dan agreement ape2 hanya percakapan mulut sahaja. Saya dri staff biasa dan supervisor tetapi sesama jadi staff dan supervisor saya ada sign agreement. Tetapi selepas dinaikkan pangkat ke hq saya tak diberikan Offer letter dan agreement ape2.

    0
    0
    Sueraya
    2 Nov 2021
     11:03am

    Salam, saya nak tanya
    saya telah bkerja slama 5 bulan di syarikt tersebut,dalam offer letter ada dinyatakan wktu kerja 8.30 – 5.30, tetapi msuk bulan hdapan majikan ada memberitahu bahawa dia akan mengubah waktu kerja saya, dimana saya akan ada shift malam, boleh ke majikan buat begitu?

    0
    0
    Jerri
    2 Nov 2021
     4:24pm

    Assalam tuan,sy bekerja 28hari keje dan 28hari cuti selama 5 tahun. Sy telah hantar surat berhenti kerja di company A, ikot kontrak notis 3bulan, dimana tarikh akhir bekerja bertarikh 5/10/21. Sy telah lapor diri di company B pada tarikh 20/9/21 sebagai contrak staff, dimana tarikh tersebut adalah offday sy dgn izin dari company A. Sy telah menghantar email di company A untuk menarik semula perletakkan jawatan sy dan dilulus kn, sy diminta bekerja seperti biasa. Sy ingin berhenti di company B, tetapi company B counter offer dengan memberikan sy permanent staff dan sy bersetuju. Bagaimana cara terbaik sy ingin berhenti semula dengan company A. Adakah dengan memberikan notis 24jam dan membayar 3bulan gaji disebabkn sy telah bekerja dengan 2 company pada masa ini. Dan ini tidak dibenarkan oleh company B. Company B juga tidak mengetahui keadaan sy sudah diterima kerja semula dicompany A. Mohon penjelasan. Terima kasih.

    0
    0
    Nurul ain
    2 Nov 2021
     7:11pm

    Hi sy nak tnya, sy hntr notis 24 hours berhenti kerja disebabkan tidak tahan majikan sy melakukan diskriminasi terhdp sy di mana majikan sy menuduh sy membuat sesuatu yg sy tidak buat. Notis berhenti kerja sy dlm offer letter 1 bulan. Adakah sy perlu bayar notis sebulan tu? Dan bolehkah sy buat report polis terhdp diskriminasi yg telah berlaku terhdp sy?

    0
    0
    Syafinaz
    4 Nov 2021
     2:48pm

    Saya nak tanya boleh ke , majikan ctoskan nama sya sekira nya saya bagi notis berhenti kerja dan kontrak belum tamat?

    0
    0
    Noor suraya
    6 Nov 2021
     7:46pm

    Salam, saya nk tanya. saya telah bkerja normal working hour selama 2 bulan, dan msuk bulan ini, majikan hendak mngubah waktu bkerja sya pada shift mlm, saya nyatakan kepada majikan bahawa saya tidak bersetuju, majikan berkata jika tidak bersetuju saya perlu ditukar ke department lain. boleh kah majikan buat begitu?

    0
    0
    afiqa abdullah
    8 Nov 2021
     1:13pm

    Assalam, saya nak tanya. saya intern di sebuah syarikat. syarat nak intern kt situ adalah perlu kerja full time selepas intern. boleh ke saya tknak kerja full time lepas intern sbb dlm offer letter msa intern elaun 500 tapi dpat 300 sja taksperti yang tulis dlm offer letter
    internship. boleh ke saya taknak commit full
    time sbb company tak ikut syarat yg betul smasa intern sperti elaun yg sya kata tu

    0
    0
    Kev
    9 Nov 2021
     11:46pm

    Hi tuan, Saya nak tahu agreement letter ada valid date tak? Atau kalaupun ada,majikan perlu menyatakan dalam agreement letter? Agreement letter sepatutnya diberikan setiap tahun ke atau macam Mana ye? Sebab first agreement sy dapat on 2018 after completed probation, lepas tu 2019 dapat lagi, tapi sejak 2020 sy Tak dapat lagi agreement sampai 2021. Saya nak Tau adakah agreement 2019 Masih valid Tanpa majikan menyatakan valid date dalam letter?

    0
    0
    afiqa abdullah
    13 Nov 2021
     10:25am

    Assalam, saya nak tanya. saya intern di sebuah syarikat. syarat nak intern kt situ adalah perlu kerja full time selepas intern. boleh ke saya tknak kerja full time lepas intern sbb dlm offer letter msa intern elaun 500 tapi dpat 300 sja taksperti yang tulis dlm offer letter
    internship. boleh ke saya taknak commit full
    time sbb company tak ikut syarat yg betul smasa intern sperti elaun yg sya kata tu. sya perlukan jawapan

    0
    0
    Nabila
    15 Nov 2021
     5:32pm

    Salam tuan nak tanya. Sy bekerja hotel line. Saya diarahkan oleh majikan utk cuti tanpa gaji selama 1 tahun 7 bulan akibat pandemic covid dari March 2020 hingga 0ctober 2021. Pada bulan october majikan suruh pekerja sign transfer letter kepda Hotel lain under group yg sama tapi masih disuruh cuti tanpa gaji until further notice. Pada 9 November, majikan hantar short notice suruh sy kembali bertugas asap pada 12 November. Atas masalah keluarga dan sy berada di luar negeri, sy tidak dpt bertugas pd tarikh ditetapkan, sy menghantar resign letter 24jam notice. Majikan tak terima notis 24jam kerana ikut kontrak notis 1bulan atau sy kena bayar ganti rugi 1bulan gaji pada majikan. sedangkan dekat 2 tahun sy diarahkan cuti tanpa gaji. Adakah sy akan didenda juga dn bayar pada majikan?

    0
    0
    mina alisya
    17 Nov 2021
     8:24pm

    salam tuan saya nak tanya, kawan saya cakap saya boleh kena sama 3k kalau saya dh terima satu kerja tapi cari kerja tempat lain. betul ke tuan

    0
    0
    Patrous Allen
    18 Nov 2021
     3:05pm

    Salam,saya telah bekerja selama 9 tahun di sebuah Syarikat Perladangan Kelapa Sawit sebagai Field Executive. Selama bekerja saya tidak pernah menerima surat amaran. Pada Nov 2021,saya memohon untuk bercuti kepada majikan tetapi tidak dibenarkan kerana dia memaksa saya untuk melakukan kerja spray rumput yang bukan bidang tugas saya. Majikan sering membuli kami untuk melakukan kerja berat tanpa dibayar lebih. Saya bercuti pada hari tersebut dan majikan telah menolak gaji saya dan telah menyebabkan saya diberi tindakan misconduct tanpa memberitahu saya ataupun memberi sebarang notis dan surat. Disebabkan itu,appraisal saya telah rosak dan Bonus selama 5 tahun sebanyak 30 ribu ditarik balik bersama bonus tahunan sebanyak 2 kali saya tidak dapat. Saya tidak pernah diberi sebarang surat amaran dan dipanggil oleh HR department. Saya mengetahui bahawa saya dikenakan tindakan misconduct pun selepas 8 bulan setelah saya tidak menerima apa2 bonus. Saya rasa saya telah dibuli dan disabotaj oleh majikan sehingga menyebabkan appraisal saya rosak dan kerugian puluhan ribu ringgit. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

    0
    0
    Merah
    18 Nov 2021
     10:22pm

    Salam tuan,saya ingin bertanya boleh kah majikan menyuruh pekerja menandatangani surat pemotogan gaji sebanyak 50% sekiranya syarikat di tutup sementara disebab kan kes covid sekiranya menular di syarikat sepanjang tempoh itu?
    Yang kedua,dalam notis itu juga pemotongan gaji sebanyak 50% dikenakan kepada pekerja yang dalam tempoh kuarantin akibat covid di rumah atau pun di pusat kuarantin..perlu atau tidak saya tandatangani surat yg diberikan berkenaan hal yang di atas tadi?

    0
    0
    Nurul
    18 Nov 2021
     10:52pm

    Saya ada bagi email, saya mohon sangat pihak tuan dapat jawab dalam kadar yang segera

    0
    0
    teo
    19 Nov 2021
     6:06pm

    i nak buat pertanyaan tentang waktu bekerja. i sudah kerja dengan syarikat ini selama 4 tahun. Waktu kerja 9.00 Am – 6.00Pm . 5 Hari waktu bekerja. Syarikat tidak memberi surat tawaran dan surat pengesahan.
    Sekarang syarikat hendak menukar waktu bekerja 8.00 Am – 6.00 Pm. Apa yang i boleh buat.

    0
    0
    Noora
    22 Nov 2021
     11:19am

    Assalammualaikum En..sy nak tanya kalau pekeja tu status kontrak dan kita tak renew kontrak dia..jadi adakah kita perlu bayar pampasan kepada beliau?

    0
    0
    MOHAMAD HELMI BIN MOHAMAD NOR
    25 Nov 2021
     9:26am

    Assalam, saya nak tanya. Saya baru je bekerja di sebuah syarikat ni dah 3 bulan tanpa ada signature any agreement document and saya dipaksa untuk bekerja weekend dan kerja sampai 10pm tanpa bonus/allowance OT. Staff dekat sini semua nak resign. Boleh ke saya keluar terus dari syarikat ini tanpa notis?

    0
    0
    Shila
    26 Nov 2021
     5:55am

    Assalamualaikum…
    Saya hendak bertanya. Adakah saya perlu membayar pampasan kepada syarikat tersebut tentang ganti rugi notis yg dikeluarkan.Padahal saya tidak menerima dan menandatangi sebarang surat tawaran kerja mahupun kontrak kerja.Tetapi saya ada menghadiri training online selama satu hari di syarikat berkenaan dan selepas itu saya mengambil keputusan untuk tidak bekerja di syarikat tersebut tanpa memberi sebarang notis.

    0
    0
    Aina
    28 Nov 2021
     5:57pm

    Salam Tuan, saya nak bertanya sikit.

    Dalam contract ada tulis bahawa semasa probation, pihak-pihak boleh memberikan notis 2 bulan atau payment in liue sekiranya ingin berhenti. Saya telah memberi notis 2 minggu kepada boss dan selebihnya saya akan membuat pembayaran kerana tarikh notis tersebut adalah masih lagi dlm masa probation.

    Namun begitu, boss saya tidak mengambil written notice saya, dan menyuruh saya stay sehingga jumpa pengganti.

    Persoalan saya:

    1. Adakah notis saya valid?
    2. Bolehkah pada tarikh akhir notis saya, saya meninggal tempat kerja dgn membuat pembayaran payment in liue?
    3. Boleh kah majikan saya mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap saya?
    4. Adakah majikan saya boleh menolak notis saya dan menyuruh saya stay sehingga jumpa pengganti?

    Saya berharap Tuan dpt membantu dalam masalah saya ini.

    0
    0
    Isla
    29 Nov 2021
     11:05pm

    Salam. Saya diberitahu penamatan dalam tempoh sebulan dan di dalam surat tidak dinyatakan sebab diberhentikan tapi secara lisan dinyatakan sebab saya mendiamkan diri (memang pelik alasan dia) dan sepanjang berkhidmat saya tak pernah terima offer letter dan jika isu timbul mereka tidak buat siasatan untuk dapatkan butiran tpi resort to terus keluarkan surat berhenti tapi dengan pampasan.

    Soalan saya:
    1. Adakah majikan boleh berhentikan pekerja tanpa alasan kukuh yang bertulis di dalam surat?

    2. Apa beza diberhentikan dan dipecat?

    3. Adakah dalam kes saya ni yang mana saya tak pernah dapat offer letter dan juga tiada alasan kukuh diberhentikan masih boleh beri surat berhenti kerja dan dapat pampasan untuk isu yang saya nyatakan tu (tiada offer letter dan tidak nyatakan alasan pemberhentian)

    Mohon pencerahan

    0
    0
    Humaira
    30 Nov 2021
     3:15pm

    Assalamualaikum, sy ingin bertanya mengenai gaji. Situasi dia mcm ni, majikan memberi notis melalui wsp group company majikan memberitahu kami last bekerja pada tarikh 26/11 atas sebab company da nk gulung tikar. Jadi ada 4 hari lagi untuk genapkan sebulan sebelum gaji.

    Soalan sy, patut ke majikan tolak gaji pada 4 hari tak bekerja tu dari basic pekerja?

    Harap encik dapat membantu saya. Terima kasih

    0
    0
    wan
    30 Nov 2021
     5:11pm

    asslamualaikum saya dituduh mencuri dalam kedai yang saya berkerja dan terus dibuang kerja..gaji saya tidak dibayar lansung oleh majikan..apa yang saya bole lakukan ya??

    0
    0
    Nasrien Ezeka
    30 Nov 2021
     6:50pm

    Hi Good Day
    I have a question about resigning from my current company, I have been working for 7 months in this company & have also signed the offer letter promised by the company & agreed by me to work here. As we know it is mandatory to get KSWP/EPF after starting work in a company. From starting work until now I have no contributions & also salary slip. I plan to quit my job immediately without a month’s notice as written in my offer letter after I received a better offer & guarantee my future.

    Is my action wrong if I give a very short notice within a week due to my issues above & am I subject to any action by the employer??

    Hope my question is answered as soon as possible.

    0
    0
    Libra girl
    1 Dec 2021
     11:07pm

    Salam Tuan saya nak tanya dan minta pendapat..

    1. Saya pekerja kontrak di sebuah kilang ,dibayar gaji harian dan tiada cuti tahunan. saya nk tanya kami ni pekerja kontrak ,bila kami cuti sakit kami tidak bayar gaji tu kami faham tp elaun yg diberi juga dipotong kerana kami cuti sakit..adakah boleh begitu

    2. Dikilang saya ada peraturan yg kami tidak boleh cuti lebih dari 2 hari, kalau kami bercuti lebih dr 2 hari ..gaji harian kami akan dipotong sebanyak Rm1 untuk 1 hr cuti lebihan dan akan bertambah untuk hr cuti seterusnya dlm bulan tersebut . boleh tak mcm tu?

    3. Baru2 ni pihak kilang ada membuat pertukaran jadual kerja… Dr jam 8pg – 6 ptg ke jam 8 pg ke – 5.30 ptg dan membuat arahan baru yg kami diwajibkan ot dr jam 5.45ptg – 7.15 mlm ..masalahnya pihak kilang juga turut cakap kalo kami tak ot pd waktu tersebut elaun kami akan dipotong.. bolehkah pihak kilang buat arahan tersebut?

    4.Dikilang kami ada pekerja warga asing.. setiap kali cuti umum mereka masih tetap dibayar gaji walaupun sama pekerja kontrak seperti kami pekerja tempatan..tp kami pekerja kontrak tempatan tidak dibayar gaji untuk cuti umum tersebut.. adakah alasan kenapa pekerja asing tersebut dapat gaji tapi kami tidak ?

    Itu saja pertanyaan saya.. harap pihak tuan dapat tolong saya untuk mendapatkan kepastian..

    Terima kasih..

    0
    0
    Rozie
    2 Dec 2021
     12:57am

    Assalammualaikum tuan..sy pekerja kontrak slma 8 thun..dlm tempoh itu kontrak sy renew setiap tahun..tpi thun ni kontrak sy ditamatkn 30nov 7.15pm
    (Luar waktu kerja)Supervisor sy menyuruh sy sign notis tamat kontrak yg berakhir pd 31dec..
    Sy tidak mempunyai rekod buruk slma bekerja..sy juga belum sign notis tu lg..apakah sy boleh menuntut ape2 pampasan..

    0
    0
    ahmad
    7 Dec 2021
     1:34pm

    assalammualaikum tuan, nak minta sedikit pencerahan.
    rakan sekerja saja tidak hadir bekerja sejak pertengahan oktober 2021 disebabkan masalah kesihatan berkaitan mata kanannya.
    dia mengalamai gloukoma dan katrak. telah menjalani pembedahan untuk kedua2 masalah tersebut dan sekarang masih mendapatkan rawatan dan masih mendapat cuti sakit daripada doktor.
    pihak syarikat ada bertanyakan kepada beliau keadaan kesihatannya dan bila dia boleh melaporkan diri untuk bertugas, jawaban daripada beliau ” saya tak tahu bila saya boleh datang kerja, kadar pengelihatan mata kanan saya hanya sekitar 25%).
    pertanyaan saya :
    1. adakah menjadi kesalahan kepada majikan jika mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau?
    2. Jika majikan menamatakan perkhidmatan beliau apakah pampasan yang perlu dibayar kepada pekerja berkenaan?

    0
    0
    kebebe rodok
    9 Dec 2021
     12:59pm

    tuan/puan.

    saya ingin bertanya

    1) pekerja yang dalam jangka masa probation 3 bulan, mempunyai bnyak alsan sewaktu datang ke tempat kerja,
    selalu lambat dan juga absent ketika waktu bekerja pada masa yang sama telah pon bekerja di company lain, perlukah tindakan undang-undang diambil ?

    saya harap tuan/puan dapat membantu saya untuk saya menambah ilmu.

    terima kasih

    0
    0
    Fatin Amalina
    9 Dec 2021
     4:31pm

    Assalamualaikum Tuan, notis berhenti kerja dalam kontrak 3 bulan tapi saya sempat serve 2 bulan sahaja atas sebab dah mula kerja di tempat baharu… surat notis 3 bulan dan notis early release saya dah hantar pada majikan tapi tiada tindakan hingga hari terakhir saya di syarikat. Saya tunggu gaji bulan 11(bulan kedua serve notis) tapi tak masuk akaun langsung. Adakah saya boleh minta slip gaji bulan 11 untuk tujuan laporan ke EPF?(syarikat tidak bayar epf langsung dari mula saya kerja)… tambahan pula syarikat menyekat gaji tersebut untuk mengganti penalti bulan ketiga yang saya tidak sempat serve notis. Apakah tindakan lanjut yang boleh saya lakukan?

    0
    0
    Azira
    9 Dec 2021
     7:34pm

    Salam tuan saya nak tanya
    Saya telah berhenti kerja tanpa notis dan gaji saya tidak di bayar.saya pernah hantar notis 1 minggu tapi di tolak kerana saya mesti hantar notis selama 2 bulan.tetapi saya terpaksa berhenti kerana saya sering sakit dan saya risau kerana kedai kami tidak mengikut sop dengan betul
    Pertanyaan saya boleh ka saya tuntut gaji saya?

    0
    0
    KEROL
    10 Dec 2021
     11:15am

    as salam tuan
    saya ingin bertanya.
    sekiranya saya ditukarkan tempat bertugas di luar dari pada kawasan sekarang. Untuk tambahan, buat masa ini ahli lembaga pengarah membuat mesyuarat tanpa pengetahuan saya dan tindakan telah diambil iaitu menukarkan saya ke cawangan lain berkuat kuasa dalam masa 2 minggu. apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya saya tidak mahu untuk bertukar ke cawangan lain. Menurut pandangan saya penukaran ini dilakukan adalah secara tidak adil kerana saya telah pun mengetahui sebahagian aktiviti kelulusan projek sebelum ini yang didapati tidak mengikut perkara yang sepatutnya dan terdapat keraguan.

    0
    0
    Shida Aina
    10 Dec 2021
     5:04pm

    Assalamualaikum & salam sejahtera.
    Saya Aina. Suami saya telah berhenti kerja secara mengejut kerana sebab tertentu.
    Pihak syarikat telah dimaklumakan akan perkara tersebut & belum mahu menerima surat berhenti kerja drpd suami saya.

    2 minggu kemudian, suami saya menghantar surat berhenti kerja secara rasmi & menuntut gaji-gaji tertunggak (gaji bulan sebelumnya sehingga tarikh berhenti & gaji claim OT untuk beberapa bulan ini)
    Walaubagaimanapun, pihak majikan tak mahu membayar gaji-gaji tersebut kerana suami telah menandatangani satu surat.

    Surat tersebut adalah surat pengesahan jawatan & kenaikan gaji daripada tempoh probation, yang mempunyai term “The management is pleased to announce an increment of RM400.00. Therefore, your basic salary of RM2,000.00 will revised tp RM2,400.00 as of 1st April 2021 with terms as below: Min 1 year loyalty employment with company”.

    Majikan suami juga mengatakan bahawa suami saya berhutang 4 bulan gaji kepada pihak syarikat kerana belum menyelesaikan 1 tahun “loyalty employment” tersebut.

    Saya ingin meminta nasihat adakah terma dalam surat itu sah untuk digunakan dalam situasi suami saya.
    Saya juga ingin meminta nasihat adakah kami boleh mengadukan hal ini serta syarikat kepada jabatan buruh kerana syarikat ini telah banyak menindas pekerja daripada aspek cuti & hari bekerja, tempoh waktu bekerja, overtime claims & sebagainya.

    Saya harap pihak Tuan dapat memberi respon bagi situasi kami.
    Terima kasih.

    0
    0
    Hani
    14 Dec 2021
     4:03am

    Salam,
    Saya telah berhenti kerja pada julai 2020 tanpa notice,kerana masalah peribadi pada ketika itu,kemudian pada disember 2021 sya di terima untuk bekerja semula oleh bos saya di tempat kerja dan jawatan yang sama,HR ada bagitau yang saya ada debit dgn kilang sebab masa resign x bagi notice,berhenti macam tu saja.sebelum mula bekerja saya kena jelaskan dulu debit tersebut (one off) sebanyak sebulan gaji.saya ada mintak diskaun/ buat potongan gaji selepas saya mula bekerja nanti,tapi fonance tak terima dan suruh bayar one off jugak…ada apapa suggestion atau nasihat tak untuk saya?atau just bayar dan masuk kerja mcm biasa sbb tu mmg salah sendri berhenti tak bagi notice

    0
    0
    Rahimman Ilias
    14 Dec 2021
     10:50am

    Salam Tn.,

    Saya dapat tawaran kerja kerajaan lapor diri dalam masa sebulan. Notis berhenti kerja tempat kerja sekarang adalah 3 bulan. Sekiranya saya menghantar notis sebulan, adakah saya akan dikenakan penalti? Bolehkah syarikat menahan saya sehingga lengkap 3 bulan notis?

    0
    0
    Iskandar
    15 Dec 2021
     1:59am

    Assalam. Saya telah mendapat tawaran kerja ditempat baru dan mereka sanggup untuk buy-out 3 bulan notis pemberhentian saya di tempat lama. Notis dihantar by-hand kepada ketua jabatan saja dan bukan ke HR. Oleh kerana short notice, ketua jabatan lama saya memujuk untuk hold notis saya dengan cara counter offer gaji. Malangnya proses untuk counter offer mengambil masa yang lama. Disebablan itu saya telah mengambil cuti ditempat lama dan melaporkan diri di tempat baru tanpa mendapat release letter terlebih dahulu.
    Soalan saya,
    1. Bagaimana hendak keluar dari kemelut ini? Ketua jabatan tempat lama masih enggan serahkan notis pemberhentian saya kepada HR untuk proses release letter.
    2. Jika saya emel notis terus kepada HR dalam masa terdekat, akan menjadi tidak selari dengan tarikh saya melapor diri di tempat baru.
    3. Tempat baru akan menganggap saya menipu kerama melapor diri tanpa memberi notis. Saya tiada bukti kerana serahan tangan dan saya maklumkan release letter dalam proses dikeluarkan.
    Bantu saya tuan. Saya bimbang dibuang kerja oleh kedua-dua majikan.

    0
    0
    Masjunaidi Abdul Malik
    16 Dec 2021
     6:49am

    Tuan/puan,
    Saya ingin bertanya, Saya sudah menghantar notice resign kepada director di sebuah syarikat developer. Director tersebut tidak menerima notice saya disebabkan saya sudah sign agreement letter dgn pihak syarikat untuk bekerja selama 5 bulan (contract). Saya bersetuju hanya sebagai drafter. Tetapi jawatan diberi saya ialah Part-time Architectural Drafter cum Supervisor cum Assistant to Director dan jobscope saya terlalu besar. Kesilapan saya ialah saya sudah menandatangani offer letter tersebut tanpa meneliti sebaik-baiknya.

    Solan saya disini, adakah saya akan diambil tindakan undang2 apabila saya menghantar semula notice resign dan pihak syarikat tidak menerima? Saya risau kerana Developer ini adalah gabungan dgn syarikat guaman juga.

    Saya harap pihak tuan dapat membantu saya. Jika perlu saya akan lampirkan offer letter saya sebagai rujukan tuan. Terima kasih.

    0
    0
    Amir
    16 Dec 2021
     9:09pm

    salam encik…
    Boleh tak kalau reject offer yang dah sign letter offer?
    saya dapat offer government tapi dah sign offer letter dekat company swasta(masih belum mula kerja)..

    0
    0
    khairul
    17 Dec 2021
     12:05am

    selamat sejahtera saya bekerja kontrak selama 3 bulan dan telah habis kontrak pada bulan november.. tapi masih belum menerima sebarang contract renewal / atau confirmation letter, tapi saya diminta terus bekerja. kalau saya dapat kerja lain adakah saya boleh resign 24 jam sebab tidak tandatangan apa2 kontrak pekerjaan dan menuntut gaji bedasarkan jumlah hari bekerja

    0
    0
    hanis
    17 Dec 2021
     1:12pm

    Ada beberapa soalan yang ingin utarakan. Situasinya, sekiranya waktu bekerja adalah seperti berikut

    Isnin – Jumaat : 9 Pagi – 5.30 Petang
    Sabtu : 9 Pagi – 1.00 Petang
    Ahad : Cuti Rehat

    Waktu bekerja :
    7.5 jam / sehari bagi weekdays
    4 jam bagi Sabtu

    1. Pengiraan cuti tanpa gaji? Dibahagi 26 hari or 30/31 hari?

    2. Time off pada hari sabtu selama
    – 2 jam. Adakah dikira halfday?
    – 1 jam. Pengiraan?

    3. Pengiraan gaji harian untuk OT, dibahagi 26 hari or 30/31 hari?

    4. Pengiraan gaji per jam (hourly rate), dibahagi 8 jam or 7.5 jam shj?

    0
    0
    nabila shukri
    19 Dec 2021
     9:00pm

    salam tuan..saya nak tanya boss saya baru2 ni bagi saya performance improvement plan..saya ase saya keje ok tp boss baru ni mmg tak suka saya..saya kena PIP 3 bulan and skrg tinggal sebulan je lagi..patut ke saya tunggu sampai abiz atau resign skrg..boss mcm saja cari Salah saya walapupon saya betul..or bole ke sy ngadu kat HR..saya da keje 2 taun kat company nie..saya takde warning letter or showcause letter..tetibe kena pip.

    0
    0
    sufri
    20 Dec 2021
     10:24am

    Assalamualaikum.. saya ingin bertanya, saya diberi surat tunjuk sebab atas kesalahan yang tidak saya lakukan. saya telah menjawap surat tersebut. Sebulan selepas itu, saya menerima lagi surat tunjuk sebab juga atas kesalahan yang tidak saya lakukan. saya menjawab surat tersebut dan saya juga mempunyai bukti yg kukuh bahawa saya tidak melakukan kesalahan. boleh kan saya membuat aduan ke pejabat buruh?

    0
    0
    Meo
    20 Dec 2021
     11:15pm

    Hi slmt mlm tuan.. sya ingin bertanya jika sya telah brkerja di 1 syarikat slama 13 thun & mndapat tawaran utk masuk bekerja di sektor kerajaan, boleh kah sekiranya sy hntr surat berhenti kerja tak smpi sebulan? Sekiranya di panggil utk lapor diri awal?

    0
    0
    Wawa Othman
    21 Dec 2021
     10:46am

    Salam.. Saya telah di tawarkan jawatan
    dari line leader ke supervisor, tetapi setelah hampir 6 bln bekerja tiada apa² offer letter atau kenaikan gaji. Kini sudah hampir setahun jawatan saya sebagai supervisor tiada ‘black & white’ gaji saya juga masih gaji sbg leader sedangkan saya menjalankan tugas sbg supervisor di mana beban kerja, tekanan bertambah. Dlm dokumen rasmi di tpt kerja tanda tgn saya diguna pakai sbg supervisor tp hgga kini tiada confirmation dr pihak majikan ttg status & gaji saya. Ada kah sebarang akta atau hak yang boleh saya tuntut dr pihak majikan kerana saya berasa seolah² di pergunakan oleh pihak syarikat sdgkan saya tl memberi komitmen terhadap jawatan saya itu selama setahun. Mohon pencerahan. T. Kasih

    0
    0
    Mohd
    22 Dec 2021
     12:58pm

    Salam tuan,

    Saya bakal ditawarkan kerja sepenuh masa disebuah syarikat di kuala lumpur pada tahun hadapan, ini kira pekerjaan pertama saya, jadi saya ingin tahu, adakah saya perlu sign kontrak untuk memulakan pekerjaan ini?

    Kerana saya bimbang tidak boleh berada lama di syarikat tersebut.

    Pada hari temudaga itu, syarikat ada mengatakan untuk sign kontrak selama sekian2 dan pada masa yang sama saya bimbang tidak boleh berada lama di syarikat tersebut, apakah sewajarnya perlu saya lakukan?

    Terima kasih.
    Mohd

    0
    0
    Azrin Arina Binti Othman
    22 Dec 2021
     9:16pm

    Assalamualaikum tuan.. Pada awal bulan 8 2021 saya telah hantar surat resign pada manager. Selepas beberapa bulan saya mendapat tahu yang status pemberhentian saya adalah di “terminate” tanpa pengetahuan saya sendiri walhal saya telah sukarela resign dari company tersebut. Apa yang saya harus lakukan? Adakah saya perlu ke Pejabat Buruh?

    0
    0
    Cik Majikan
    22 Dec 2021
     10:57pm

    Saya ada email pertanyaan kepada tuan

    0
    0
    Mai
    27 Dec 2021
     11:31pm

    Assalam tuan, saya nak tanya .. saya pekerja part time tapi saya berhenti waktu pertengahan bulan 12/21 dan telah bagi notis 24 jam berhenti, soalan saya bolehkah saya mendapatkan gaji bagi tempoh hari saya berkhidmat pada bulan itu??

    0
    0
    Nur Faizatul Aqma
    29 Dec 2021
     5:39pm

    Assalammualaikum . Saya ingin bertanya perlukah saya sebagai pekerja membayar kepada majikan saya sekiranya saya bercuti tanpa gaji ?

    0
    0
    NUR KARTINI
    29 Dec 2021
     7:29pm

    Assalamualaikum . Tuan Saya nak tanya .. kalau kita dh saing kontrak .. lepastu kita berhenti tanpa notis .. adakah Sye kena denda .. dan kalau kena denda kalau Sye tak bayar ada kah nama Sye akan black list

    0
    0
    Watie
    1 Jan 2022
     1:05pm

    Hi sy adalah pekerja part time.. Sy sakit tangan bengkak sy mempunyai MC tetapi bos sy suruh sy bekerja juga… Apa yg sy boleh lakukan utk bos sy ni saman ke. Sbb sy bukan ambik MC suka suka mmg sy Sgt sakit

    0
    0
    Zalina
    2 Jan 2022
     9:36am

    Tuan,
    Saya bekerja di sebuah klinik swasta yg menawarkan perkhidmatan ‘homecare’. Basically kami bekerja on standby mood. Permasalahan saya.
    * majikan tidak membayar elaun bekerja seperti dijanjikan.(perjanjian melalui wasap masih saya simpan)
    * majikan tiba2 tidak mahu membayar mileage claim kami. Sblm ini kami dibenarkan untuk submit claim.(ada undang2 atau akta yg menyatakan tentang mileage claim tak?)
    * gaji bekerja pada hari krismas tidak dibayar seperti perjanjian dalam kontrak.

    Saya sudah bersemuka dengan Doktor Incharge tetapi reaksi diberikan sgt mengecewakan. “Did I sign any document for you that say I promise to give u all this?” majikan keep on ckp kami tiada black n white.
    Semua tindakan yg diubah tidak diberitahu kepada kami terlebih dahulu.
    Persoalan.. Boleh ke saya mengambil tindakan sekiranya memang tiada dokumen diberikan majikan? Hanya verbal promise.
    Sekiranya saya mengambil tindakan, adakah saya boleh bekerja lagi atau diberhentikan?

    Terima kasih.

    0
    0
    Arynna
    6 Jan 2022
     9:18am

    Salam Tuan,

    Bagaimana jika pihak majikan tidak memberi surat tawaran bekerja walaupun dipinta dan dinyatakan secara lisan oleh pihak majikan kepada saya sebagai berstatus part time. Namun setelah 4 bulan bekerja, taraf part time itu telah bertukar kepada tetap dan ianya juga dinyatakan secara lisan.

    Sepanjang tempoh 3 bulan sebelum itu, pihak majikan juga tidak membuat tolakan caruman kepada KWSP, SOCSO etc dan mereka juga tidak memberi penyata gaji kepada saya. Namun setelah bertukar status sebagai tetap, mereka mula membuat tolakan menerusi gaji pada bulan 12.

    Soalan saya, ketika ditemuramah, pihak majikan dan saya telah bersetuju dgn gaji bersih setelah ditolak dgn segala caruman. Contoh, gaji kasar = RM3500 tolak EPF SOCSO dsb , maka gaji bersih yang bakal diterima ialah RM3100. Tetapi apa yang terjadi, pihak majikan telah menjadikan RM3100 sebagai gaji kasar, maka setelah caruman, maka gaji bersih ialah RM2800. Adakah boleh saya membuat tuntutan walaupun tiada surat tawaran.

    Pihak majikan juga enggan menerima surat letak jawatan saya. Soalan saya, adakah boleh pihak majikan berbuat demikian, bagaimana pula kalau sebelum ini tiada surat tawaran adakah saya masih perlu memberi short notice kepada mereka.

    Harap membantu.

    0
    0
    Syira
    6 Jan 2022
     3:15pm

    Salam tuan. Saya nak tanya 1 soalan,
    Saya telah hantar surat resign pada cuti bersalin. Tetapi short notice. Untuk short notice pyshical working. Saya buat bayaran balik tetapi sewaktu tempoh cuti bersalin. Saya ingin bekerja di companh baru. Adakah boleh berbuat demikian?

    0
    0
    Ingin tahu
    6 Jan 2022
     3:15pm

    Salam tuan. Saya nak tanya 1 soalan,
    Saya telah hantar surat resign pada cuti bersalin. Tetapi short notice. Untuk short notice pyshical working. Saya buat bayaran balik tetapi sewaktu tempoh cuti bersalin. Saya ingin bekerja di companh baru. Adakah boleh berbuat demikian?

    0
    0
    AAAS
    8 Jan 2022
     11:50am

    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
    Saya ada soalan untuk sahabat saya, if let say company tu buang dia secara tiba² dengan alasan “hasil kerja tidak memuaskan” walhal sahabat saya ikut sahaja kehendak dalam satu company tu tanpa bantah. Then, setiap kali ada pergi site, site akan ada commission. But, bila time gaji dalam gaji takda commission pergi site. Boleh complain di Buruh ke? Sampai sekarang, sahabat saya tunggu gaji & commission dari company tu. Selepas beberapa kali selidik dengan rakan kerja yang ada, ada yang mengatakan majikan suka memberhentikan pekerja secara tiba². Wajarkah? Wajarkah dengan alasan se-simple itu Encik?

    0
    0
    Ziana
    10 Jan 2022
     1:29pm

    Hai, saya nak tanya
    Saya berkerja online dan majikan saya tidak mempunyai lesen perniagaan
    Majikan saya tidak membayar gaji saya selama 2 bulan
    Tiada kontrak hitam putih antara saya dan majikan, tapi majikan berkata akan membayar gaji saya cuma saya tak pastu bila sebab tiada tarikh tetap
    Adakah apa2 yg boleh saya lakukan untuk mendapatkan gaji tertunggak itu?

    0
    0
    Pak Maun
    12 Jan 2022
     1:22am

    Assalamualaikum tuan Saya inginkan sedikit perfahaman mengenai pekerja Shift.Saya bekerja jika siang isnin-jumaat 08:00-1800 mlm 1800-0400 cuma hari setiap jumaat pulang awal sejam.Saya telah dibayar elaun shift dahulu tetapi kini elaun tersebut sudah diberhentikan.

    Soalan,
    1.Apakah kelayakan untuk pekerja di malaysia ini dibayar elaun shift mengikut akta buruh?
    2.Apakah perbezaan pekerja normal dan pekerja shift?
    3.Adakah pekerja nomal mempunyai waktu2 kemasukkan yg ditetapkan oleh undang dibawah akta buruh?

    0
    0
    shafiqah
    12 Jan 2022
     10:08am

    maaf boleh saya bertanya bagi pihak majikan. andai sekiranya pekerja berhenti tanpa notis adakah majikan berhak menahan atau mengambil gaji pada tempoh pekerja itu bekerja? contohnya pekerja tersebut bekerja selama 5 hari dan telah berhenti dalam tempoh 24 jam keesokannya tanpa notis tanpa memaklumkan majikan. sebelum berhenti majikan ada buat perbincangan dan jika ingin berhenti boleh hantar notis bertulis. tetapi pekerja tersebut berhenti tanpa notis juga. dan setelah sebulan selepas itu, pekerja tersebut datang meminta gaji mereka untuk lima hari tersebut. majikan menyatakan bahawa mereka berhenti tanpa notis maka wajar jika gaji mereka tidak diberi. pekerja tersebut menyatakan bahawa selama mereka bekerja mereka tidak pernah sain apa2 perjanjian tawaran kerja atau comfirmation letter. utk makluman, pekerja tersebut telah bekerja selama 2 tahun dan setahun lbih. maka saya ingin bertanya adakah pekerja tesebut boleh mnyaman majikan disebabkan tiada pmbayaran gaji dan adakah tindakan majikan itu betul tidak mmbyar gaji disbabkan tiada menerima notis bertulis. adakah pihak majikan yang salah? jika tiada offer ltter mahupun confirmation letter adakah majikan harus memberikan gaji walaupun pekerja tersebut berhenti tanpa notis? saya perlukan penjelasan. sekian terima kasih.

    0
    0
    Aza
    12 Jan 2022
     11:22am

    Salam, saya ada soalan mengenai cuti. Jika dalam tempoh notis sebulan adakah pekerja tidak dibernarkan mengambil cuti tahunan (atas hal tertentu)? Adakah salah jika majikan mengarahkan untuk mengambil cuti tanpa gaji dan tidak membenarkan mengambil cuti dari baki cuti tahunan atas sebab “sebulan sehari sahaja boleh apply, jika lebih akan dikira unpaid”. Minta pencerahan.

    0
    0
    Nel
    12 Jan 2022
     4:01pm

    Assalamualaikum Tuan. Saya dah dapat tawaran melalui phone call, tapi HR tu kata offer letter menyusul kemudian. Selepas tu, saya ada follow up lagi, tapi HR x respond. HR tu advice untuk prepare apa yang patut sebab dapat dekat kawasan jauh dari rumah. Tapi dah almost 3 bulan, tak dapat lagi apa-apa dan HR tu masih tak bagi respon. Apa saya perlu buat ya?

    0
    0
    Kaliammah
    12 Jan 2022
     6:25pm

    Salam tuan suami sy berkerja selama 2 tahun sebagai lori driver sampah mc 6 bulan kerana berlaku kemalangan semasa pergi kerja patah lengan selepas mc habis suami di buang kerja alasan yang beri adalah orang yang ganti tak boleh di buang kerja

    0
    0
    Hairol
    13 Jan 2022
     2:36pm

    Saya bekerja sebagai kerani di sebuah bank terkemuka di ibukota. Pada 1 Januari 2022 saya bersama 5 lagi rakan kerani telah dipindahkan ke bahagian lain oleh pihak sumber manusia.
    Isu 1 – Kami telah dipindahkan ke bahagian lain tanpa apa2 rundingan atau peluang utk memohon ke bahagian lain.
    Isu 2 – Kami telah ditukarkan ke jawatan Negotiator dari jawatan clerk tanpa diberi apa2 surat tawaran baru. Kami hanya menerima tawaran kerja sebagai kerani sahaja semasa dalam letter offer semasa mula bekerja dahulu. Bukan kah pihak bank perlu memberi surat tawaran bagi jawatan baru itu.
    Isu 3 – Kesemua perunding adalah pegawai dan mereka diberi pilihan utk menerima incentive ataupun performance bonus. Kami pula sebagai perunding yg perlu menjalankan tugas yang sama dan jawatan yg sama tidak pula diberi pilihan tersebut.
    Isu 4 – Dalam Job description yang diberi jelas menunjukkan jawatan ini bukan jawatan kerani. Tertulis dengan jelas di bahagian corporate title add adalah Assistance Manager /Executive /officer /officer /contract, terang2 kerani tidak layak menjadi Negotiator.
    Boleh kah kami mengambil tindakkan undang2 terhadap majikan kami.?

    0
    0
    Syafiqah
    18 Jan 2022
     1:27pm

    Assalamualaikum.
    Saya mempunyai satu kerisauan. Saya telah diberhentikan kerja pada Julai 2020 lalu. Setelah 7 bulan mengganggur, saya telah mendapat satu tawaran di sebuah syarikat. Saya telah menandatangani kontrak bekerja selama 2 TAHUN. Di dalam kontrak itu dinyatakan ” SYARAT -SYARAT PERJANJIAN YANG TELAH DIMETERAI TIDAK BOLEH DIBATALKAN DI SEPANJANG TEMPOH KONTRAK. SEKIRANYA BERLAKU PEMBATALAN KONTRAK, PEKERJA DIWAJIBKAN MEMBAYAR GANTI RUGI KEPADA PIHAK MAJIKAN BERDASARKAN SAKI-BAKI TEMPOH KONTRAK YANG MASIH BELUM DIPENUHI. SEBAGAI CONTOH, UNTUK KONTRAK SETAHUN, SEKIRANYA KAKITANGAN BEKERJA UNTUK 6 BULAN DAN BAKI 6 BULAN LAGI KAKITANGAN BERHASRAT UNTUK MENINGGALKAN SYARIKAT, BELIAU DIWAJIBKAN MEMBAYAR GANTI RUGI BAGI TEMPOH YANG BERBAKI.

    NILAI GANTI RUGI ADALAH MERUPAKAN GAJI BULANAN DIDARAB DENGAN BILANGAN BULAN YANG BERBAKI”

    Nilai ganti rugi ini amat berat utk dibayar. Namun kerana pada ketika itu saya benar2 memerlukan pekerjaan, saya telah menandatangani perjanjian itu. Namun sekarang saya mengalami stress kerana tidak dapat menyesuaikan diri dgn bebanan tugas di syarikat tersebut dan telah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di tempat lain.Namun memikirkan tempoh bekerja masih bersisa 14 bulan di syarikat ini, saya tidak tahu bagaimana untuk terus bertahan. Ramai juga yang menasihati saya utk mendapatkan nasihat yang lebih arif kerana kontrak itu dilihat terlalu membebankan pekerja kerana mengikat pekerja terlalu lama. Malah mereka juga sekarang melaksanakan pembayaran gaji 2 kali sebulan (dibayar separuh-separuh sebanyak 2 kali sebulan) dan sering kelewatan (tiada tarikh khusus) untuk pembayaran gaji dimana ia membebankan kami para pekerja yg rata-rata gaji bawah rm4000.

    Apakah saranan pihak Tuan untuk situasi ini?

    0
    0
    Zara
    18 Jan 2022
     3:13pm

    Adakah wajar pihak majikan tidak selaraskan kadar gaji minimum pekerja? Sedangkan jawatan dan kedudukan adalah sama. Job scope juga sama. Knowledge start from zero. Dan wajarkah majikan “hold” kenaikan gaji pekerja lama dan naikkan gaji pekerja baru atas sebab “standardised” akan datang? Pekerja diminta kerja lebih masa. Pergi training sana sini tapi gaji tak naik dalam masa 3-4 bulan untuk tunggu “standardised”. Adakah lebih baik saya berhenti dan masuk kerja balik semata nak dapatkan kenaikan gaji?

    0
    0
    Mel
    18 Jan 2022
     5:34pm

    Salam tuan,

    Saya berkerja sebagai Sales dan telah memberi notis sebulan kepada company XXXX tetapi semasa notis berjalan boss saya telah menyatakan commission yang masih tertunggak disebabkan belum sampai jadual yang patut dibayar akan dimansuhkan kerana saya sudah letak jawatan. Boleh jelaskan apakah tindakan patut saya buat dan apakah hak syarikat tersebut untuk buat demikian? Sebab dalam term confirmation letter, commission untuk salesperson akan dibayar mengikut jadual walaupun salesperson tersebut telah berhenti. Mohon perjelaskan.

    0
    0
    Naz
    20 Jan 2022
     3:14pm

    Hi assalamualaikum encik, saya da berhenti kerja dengan syarikat lama pada 2/12/2021 ..semasa saya kerja di sana saya ada anuaal leave and 2 hari replacement leave yang masih belum digunakan. Saya ade berkomunikasi dengan HR Department syarikat lama dan mereka cakap yang mereka akan bayar hujung bulan 1 ini…soalan saya, sekiranya mereka tidak bayar jugak hujung bulan 1 ini apa yang patut saya lakukan? Bolehkah saya membuat aduan?

    0
    0
    rina
    22 Jan 2022
     1:48pm

    HI tuan . Saya telah bekerja di syarikat saya selama 5 bulan dan saya lihat pada payslip gaji saya tidak dinyatakan gaji pokok dan sering berubah2. Apa yang saya boleh buat untuk komplain mengenai isu ini ya?

    0
    0
    Afiq
    22 Jan 2022
     2:57pm

    Assalamualaikum… Saya ingin bertanyakan mengenai time slip hospital. Sekiranya saya menerima time slip hospital, adakah saya perlu mengganti jam bekerja saya yang saya dpt time slip tersebut?

    0
    0
    Zik
    22 Jan 2022
     9:28pm

    Assalamualaikum Tuan,
    Saya nak mintak penjelasan sikit berhubung adik ipar saya yang disuruh bekerja walaupun tempat kerja ada kes covid19.. apa hak bagi pekerja? Dan ada apa2 tindakan yg boleh diambil atas majikan? Adik ipar tidak dipaksa tapi dikira unpaid leave jika tidak bekerja dan diminta rahsiakan kes dari org luar

    0
    0
    muhammad azrul hafiq
    24 Jan 2022
     7:25pm

    asslm saya baru dpt kerja di sebuah company kurier .saya tak dapat offer letter atau kontrak apa2 semasa kemasukakn kerja pihak majikan bayar gaji rm700 sebulan kerja dari pukol 9 pagi sampai 8 malam dan tidak ada ot….majikan jgk menggunakan kenderaan saya setiap hari tanpa memberi elaun minyak..dan saya tidak tahan..bila mintak duit minyak mereka semua melenting ..walhal time interview dulu diberitahu majikan akan menyediakan kenderaan untuk mengambil barang..taktahu pulak kenderaan yg disediakan tu kenderaan sy sendiri..sy brenti kerja dan majikan tidak membayar gaji bulan baru dan dan saki baki gaji saya..apa perlu sy buat

    0
    0
    MLZ
    25 Jan 2022
     12:16am

    Assalamualaikum….. Maafkan saya sekiranya mengganggu…. Saya ingin bertanya, saya telah menghantar notis 3 bulan perletakan jawatan… Bila di semak pada baki cuti tahunan dan cuti tahunan terkumpul, saya mempunyai bak sebanyak 60 hari… Adakah saya perlu menghabiskan cuti 60 hari dalam tempoh notis dan perlu hadir bertugas semasa tempoh bercuti atau saya boleh terus tidak hadir bertugas dengan menggunakan baki cuti sebagai ganti bayaran penalti

    0
    0
    Sofia
    26 Jan 2022
     12:41am

    Salam tuan, saya nak bertanya.

    Adakah saya perlu membayar short payment kenapa company saya? Adakah akta pekerja yang boleh mengatakan saya perlu membayar short payment?

    Kedua, boleh kah jadi HR tanpa sebarang kelayakan akademik untuk menjadi seorang HR? Kalau hanya pergi kursus di terima pakai sahaja ke?

    Ketiga, boleh kah boss dan staff bercinta dalam satu department?

    Boleh kah saya mengadu kepada pejabat buruh mengenai hal ini?

    0
    0
    Anonynomous
    27 Jan 2022
     9:37am

    Saya telah bekerja hampir 5 tahun..tapi tak pernah dapat annual leave…kalau ada cuti terpaksa unpaid leave. .tapi segan nak bersuara dgn bos..sebab senior yg lain² pun senyap je. .

    0
    0
    Khairul azwan
    27 Jan 2022
     8:59pm

    Assalamualaikum tuan, adik saya baru bekerja di sebuah klinik swasta 2 bulan lebih. Dan ditempatkan di cawangan2 berbeza sepanjang tempoh kerja. Adik saya dikatakan telah melakukan kesalahan tatatertib untuk ketiga kalinya. Pertama kali dan kedua kali hanya notis warning tanpa minta dia buat penjelasan. Untuk kali ketiga kesalahan (atas arahan senior kaki kipas, arahan tersebut adalah salah. Disebabkan adik saya baru bekerja dicawangan tersebut 2 minggu hanya mengikut arahan tapi dia disalahkan secara total dan senior kaki kipas tak mengaku itu arahan dia)

    Kejadian 25/1/2022. 26/1/2022 surat dari majikan dikeluarkan kepada adik minta buat surat berhenti diberi tempoh 24 jam dari surat majikan. Jika tak hantar surat berhenti, majikan kata majikan akan keluarkan surat memberhentikan adik saya dan reputasi adik saya akan terjejas untuk minta kerja lain. (Jika boleh, saya nak emel surat berkenaan pada tuan) maksudnya majikan tak akan bayar gaji bulan januari.

    27/1/2022 adik saya tidak menghantar apa2 surat berhenti 24jam seperti yang diminta oleh majikan. Kerana rasa ketidakadilan berlaku disebabkan adik saya hanya menurut arahan senior kaki kipas. Sekarang senior melepaskan diri dan salahkan adik secara total. Pada hari ini juga kami pergi ke klinik itu minta penjelasan kenapa surat secara mengejut dikeluarkan tanpa memberikan ruang penjelasan dari adik saya. Majikan yang sign surat tersebut tersentak dan rasa surat beliau salah. Dia memberikan alasan HR buat dia sign saja.

    HR memberikan 2 pilihan
    1) adik saya boleh hantar surat berhenti bila bila masa sehingga minggu depan bagi membolehkan mereka bayar gaji (tetapi sememangnya majikan tidak berperikemanusiaan ini ingin melepaskan diri dengan mudah)
    2) dipindahkan ke cawangan lain. Lebih jauh dari kediaman.

    Kami buntu, kami perlu dapatkan bantuan dari pejabat buruh untuk bantu kami.

    Betulkah keputusan yang kami ambil ini? Tiada siasatan dalaman dahulu terus menerus minta adik berhenti.

    0
    0
    Khairul azwan
    27 Jan 2022
     9:00pm

    Assalamualaikum tuan, adik saya baru bekerja di sebuah klinik swasta 2 bulan lebih. Dan ditempatkan di cawangan2 berbeza sepanjang tempoh kerja. Adik saya dikatakan telah melakukan kesalahan tatatertib untuk ketiga kalinya. Pertama kali dan kedua kali hanya notis warning tanpa minta dia buat penjelasan. Untuk kali ketiga kesalahan (atas arahan senior kaki kipas, arahan tersebut adalah salah. Disebabkan adik saya baru bekerja dicawangan tersebut 2 minggu hanya mengikut arahan tapi dia disalahkan secara total dan senior kaki kipas tak mengaku itu arahan dia)

    Kejadian 25/1/2022. 26/1/2022 surat dari majikan dikeluarkan kepada adik minta buat surat berhenti diberi tempoh 24 jam dari surat majikan. Jika tak hantar surat berhenti, majikan kata majikan akan keluarkan surat memberhentikan adik saya dan reputasi adik saya akan terjejas untuk minta kerja lain. (Jika boleh, saya nak emel surat berkenaan pada tuan) maksudnya majikan tak akan bayar gaji bulan januari.

    27/1/2022 adik saya tidak menghantar apa2 surat berhenti 24jam seperti yang diminta oleh majikan. Kerana rasa ketidakadilan berlaku disebabkan adik saya hanya menurut arahan senior kaki kipas. Sekarang senior melepaskan diri dan salahkan adik secara total. Pada hari ini juga kami pergi ke klinik itu minta penjelasan kenapa surat secara mengejut dikeluarkan tanpa memberikan ruang penjelasan dari adik saya. Majikan yang sign surat tersebut tersentak dan rasa surat beliau salah. Dia memberikan alasan HR buat dia sign saja.

    HR memberikan 2 pilihan
    1) adik saya boleh hantar surat berhenti bila bila masa sehingga minggu depan bagi membolehkan mereka bayar gaji (tetapi sememangnya majikan tidak berperikemanusiaan ini ingin melepaskan diri dengan mudah)
    2) dipindahkan ke cawangan lain. Lebih jauh dari kediaman.

    Kami buntu, kami perlu dapatkan bantuan dari pejabat buruh untuk bantu kami.

    Betulkah keputusan yang kami ambil ini? Tiada siasatan dalaman dahulu terus menerus minta adik berhenti.

    *1st komen salah emel.. yang ini betul

    0
    0
    Esabella Binti Shazali
    28 Jan 2022
     9:09pm

    Assalamualaikum, Tuan. Saya ada soalan. Saya baru dapat pekerjaan baru sebagai promoter retail. Saya ingin tahu adakah majikan boleh mewajibkan staff tidak boleh ambil off day pada hari Sabtu Ahad? Maksud saya dalam sebulan lansung tidak dibenarkan mengambil
    off day pada hujung minggu walaupun satu atau dua kali dlm sebulan. Sebab pekerjaan saya sebelum masih boleh mengambil off day dua kali pada hujung minggu dlm sebulan. Rasanya kawan-kawan saya yang berkerja retail di lain syarikat pun tidak ada masalah off day pada hujung minggu asalkan cukup staff. Saya cuma hairan sebab saya ingin kerja lebih lama tetapi disebabkan tidak boleh mengambil atau memohon off day hujung minggu sekurangnya 2 kali dalam sebulan amat mengecewakan saya. Sebab hari minggu lah dapat berkumpul dengan keluarga. Sekiranya tiada masalah jika majikan atau syarikat saya berkerja boleh mewajibkan pekerja tidak boleh mengambil off day pada hujung minggu Sabtu Ahad saya rasa mungkin akan berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain. Diharap Tuan dapat menjawab soalan saya. Terima Kasih

    0
    0
    Noor
    8 Feb 2022
     5:41pm

    Assalamualaikum Tuan. Saya nak bertanya, bagaimana jika majikan memberi cuti tanpa gaji melebihi 3 bulan? Bolehkah saya mengambil tindakan?

    0
    0
    Aera
    10 Feb 2022
     1:11am

    Salam Tuan, saya ada dua soalan :-
    1. Saya telah diberhentikan pada bulan dec 2020 atas sebab yg tidak munasabah & dipaksa sign surat disiplin (untuk syarat terminate dari syarikat) seminggu sebelum diberhentikan. Boleh ke saya buat report tentang ni kat jabatan buruh?

    2. Sepatutnya gaji saya RM1800 + elaun syif & pengangkutan RM500. Tapi sepanjang saya bekerja selama 9 bulan, syarikat tidak pernah bayar elaun kepada saya. Pada hari saya diberhentikan saya ada tanya kepada mereka tentang elaun tersebut tapi mereka tak beri sebarang jawapan. Saya rasa macam saya telah dianiaya oleh syarikat. Sekarang tahun 2022 dah tapi boleh lagi ke saya buat tuntutan untuk elaun tu ?

    Harap tuan dapat menjawab soalan saya. Terima kasih

    0
    0
    AHMAD SYAHIR
    10 Feb 2022
     2:39pm

    Assalamualaikum Tuan

    Maaf menganggu , saya ingin bertanya . Adakah saya masih layak untuk terima baki gaji selepas dibuang kerja kerana tidak hadir kerja selama 3 hari berturut-turut kerana kemalangan motorsikal ? Saya baru sahaja berkerja di kilang yang baru pada 10/1/2022 dan telah pun mendapat gaji untuk bulan Januari tersebut . Namun , kerana kemalangan yang telah menimpa saya , saya tidak dapat hadir kerja pada 7/2,8/2 dan 9/2/2022. Saya dimaklumkan oleh Pihak HR dimana saya tidak layak untuk mendapat baki gaji yang mana gaji bermula cut off pada 24/1/2022 sampai ke hari ini kecuali 3 hari tersebut sahaja . Apa perlu saya buat ? Saya harap Tuan dapat memberikan sedikit penjelasan . Sekian , Terima Kasih Tuan

    0
    0
    Suliman Bin Kamis
    11 Feb 2022
     4:33pm

    Assalamualaikum Tuan, Saya ingin bertanya jika pihak majikan tidak membenarkan pekerja yang masih dalam kontrak berhenti bekerja dan apakah tindakan yang boleh diambil. Baki kontrak 12 bulan dan sebab sebab pekerja ingin berhenti :-
    1) Di perdaya majikan.
    2) Dipaksa bekerja sendirian di luar tempat kerja/negeri dengan memandu kenderaan persendirian tanpa bayaran lebihan.(hanya wang minyak,Tol dan penginapan)
    3) Majikan tidak membayar caruman ke KWSP secara teratur walaupun gaji sudah dipotong (tertunggak 5 bulan) tidak termasuk bulan semasa.
    4) Majikan sering mengganggu waktu hari cuti dan setelah selesai waktu bekerja.
    5) pekerja mengalami stress

    0
    0
    Pemuda
    15 Feb 2022
     9:09pm

    Selamat Petang,

    Saya nak tanya, saya telah berhenti dari syarikat saya dengan notis period 1 bulan dan telah memenuhi segalanya mengikut perjajian dengan thrid party firm. masalahnya HIring firm yang saya ada perjanjian itu ingin minta ganti rugi gaji sebanyak 2 bulan kalau saya berhenti kerja dalam masa 12 bulan. dalam kontrak itu jugak di bincangkan kalau saya tidak perform atau syarikat project tidak memerlukan saya, perkhidmatan saya boleh diberhentikan tanpa sebarang notis atau compensation. saya dah cuba bincang dengan HR firm saya tapi mereka tidak ingin reply dengan persoalan saya and hanya see message saya. saya akan hantar email formal. apa yang saya perlu buat sebab bayarannya agak tinggi dan ia hanya untuk contract binding 12 bulan. terima kasih untuk nasihat

    0
    0
    Arizman Malek
    17 Feb 2022
     10:53pm

    Assalamualaikum tuan,
    boleh kah saya menolak tawaran kerja yang telah saya tandatangani

    0
    0
    mohd fadzli
    18 Feb 2022
     12:30pm

    aslmkm..
    tuan…
    kalau majikan tak buat perkeso n kwsp kpd pekerja. bole ke sy ambil tindakkan…

    0
    0
    Leena
    21 Feb 2022
     6:15pm

    Saya ingin bertanya,adakah majikan berhak membuat potongan gaji sekiranya staff tersebut masih lagi didalam tempoh percubaan (probation) ..pemotongan gaji tersebut berkaitan kesilapan tugasan yang telah dilakukan oleh staff yang masih dlm tempoh percubaan..

    0
    0
    Ng wei xiong
    23 Feb 2022
     12:54am

    HAI TUAN BOLEH SAYA NK TAHU ADAKAH LEVEL MANAGER DLM F&B ADAKAH SETIAP PUBLIC HOLIDAY ADAKAH KITA KENA BERCUTI? DAN JIKA KALAU KITA HADIR KERJA JUGAK PADA PH TU ADAKAH KITA BLH DAPAT JUGAK DOUBLE PAY / TRIPLE PAY ? MINTA TUAN BG SHARE INFO TERIMA KASIH

    0
    0
    Nur Syafiqah
    23 Feb 2022
     10:31pm

    Assalamualaikum, sy ingin bertanya sahaja, mcm saya kerja sebagai general clerk.. Masuk 2022 dah cukup 4 tahun, tahun ni gaji ada naik dalam RM 2,079.. Tp lepas tolak epf socso, ada dalam RM1.8k….Tp sy dipaksa untuk buat semua kerja admin yg gaji almost dekat RM3k dan juga segala kerja safety coordinator, dimana saya kena apply pass, daftar ogsp then kene handle safety briefing.. Yg dimana gaji nya safety tu dalam RM2.6k sebulan.. Dan baru-baru ni sy positive covid, dimana saya self quarantine di rumah dan terlantar di atas katil, tapi supervisor/area manager whatsapp saya bertanya tentang kerja dah siap ke belum? Dimana kondisi saya yg belom stabil lagi pada hari pertama kene covid.. Kemudian di call mintak transfer duit untuk pakai urgent.. Hal ni semua mereka taw keadaan saya macam mana tapi still bertanya tentang isu kerja time saya sakit yang teruk.. Jadi saya nak bertanya Adakah ini adil untuk saya buat semua kerja orang lain sedangkan saya tidak dibayar gaji lebih untuk perkara sebegitu? Saya ingin mintak penjelasan dari pihak anda.. Dan apa tindakan yang saya perlu buat dengan keadaan saya yang sekarang macam ni ?

    0
    0
    alya
    24 Feb 2022
     12:34pm

    Assalamualaikum, boleh saya tahu status seorang pekerja freelance? Adakah benar jika seorang pekerja freelance telah bekerja melebihi 20 jam (setengah dari jumlah jam bekerja pekerja tetap) maka mereka akan dianggap pekerja part time dan termaktub dengan undang undang buruh? Kerana mengikut pemahaman saya, pekerja freelance tidak termaktub dengan akta buruh. Minta pencerahan.

    0
    0
    Mje
    24 Feb 2022
     10:08pm

    Assalammualaikum. Tolong Saya.

    Majikan seringkali mengeluarkan gaji saya daripada payroll dan sering memotong gaji saya jika tidak hadir. Masalahnya, tidak hadir saya bersebab dan majikan juga sudah maklum. Majikan meminta saya membayar balik hari yang saya tidak hadir. Kadang kala, majikan tanpa memberikan notis mengeluarkan gaji bulanan daripada ajn.
    Ini membuatkan saya makin tertekan. Untuk pengetahuan tuan juga, saya merupakan pesakit mental di Hospital Mental kerajaan. Saya adalah kakitangan awam.
    Saya berstatus bankrup kerana gaji bulanan dikeluarkan dari sistem semasa saya mendapat rawatan mental. Apa patut saya lakukan? Saya buntu dan perlukan pertolongan.

    0
    0
    Ahmad Safuan
    27 Feb 2022
     9:52pm

    Assalamualaikum, saya nak bertanya… Saya dah kerja 10 tahun, dan notis perletakkan jawatan dalam kontrak (offer letter) saya adalah 1 bulan. Bolehkah syarikat mengubah notis tersebut kepada 2 bulan notis hanya dengan mewartakan kenyataan tersebut di papan notis? Adakah dengan perubahan polisi syarikat dapat overwrite mana perjanjian dalam kontrak (offer letter) terdahulu?

    0
    0
    Siti
    2 Mar 2022
     10:29am

    Hi, I have health issues. Offer letter tulis saya perlu hantar notis 2 minggu. Kalau saya ada surat doctor tentang masalah kesihatan saya, boleh ke saya hantar notis 24 jam?

    0
    0
    Norela Z
    8 Mar 2022
     4:58pm

    Salam Tuan, anak saya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat di Nilai sejak 26 March dan dia telah diberhentikan pd 23 Feb atas sebab absent selama 6 hari (bukan serentak 6 hari). Selama dia bekerja di sini konsep kontrak mereka ialah ada kerja ada gaji dan jika MC dgn sijil MCpun tetap tidak bergaji. Gaji hanya dibayar pd setiap 7hb. Bila dapat slip kiraan gaji terakhirnya hari ini, agen yg manage pekerja kontrak ini telah kenakan penalti atas absent sebanyak rm90 sehari selama 6 hari kerana katanya telah dinyatakan dalam memo mereka namun wajarkah mereka potong atas 6 hari yang memang sudah tidak bergaji itu? Adalah akta yg benarkan pihak agen buat potongan sedemikian? Dan agen ini memang tidak buat sebarang potongan KWSP sejak mula kerja kontrak hingga setahun lebih bekerja. Adakah ini salah atau betul ikut akta jabatan tenaga kerja atau akta KWSP? Mohon pencerahan tuan. Ini adalah first job anak saya oleh sebab itu dia tidak faham lagi selok belok akta dsbnya.

    0
    0
    Mi
    9 Mar 2022
     8:55pm

    Salam.
    Saya telah tandangan kontrak dengan sebuah syarikat di mana sekiranya saya berhenti dalam tempoh tersebut,perlu membayar penalti sebanyak sekian2.persoalannya,adakah perjanjian seperti itu wajar dan dibenarkan?saya ingin berhenti kerana saya tidak diberikan kerja selayaknya dengan jawatan saya.dan sekiranya saya perlu membayar penalti,apakah kaedah supaya saya boleh membayar penalti secara ansuran atau penalti dikurangkan?

    0
    0
    Mohd syaffiq
    16 Mar 2022
     1:34pm

    Assalamualaikum Tuan,nk tanya sekiranya diberhentikan tanpa notis ape kah tuntutan yg boleh dibuat,saya berkerja 3thn gaji rm1300 mohon pencerahan Tuan

    0
    0
    ATHIRAH
    18 Mar 2022
     9:45am

    Assalamualaikum, saya nak bertanya. Saya sudah bakerja 6 bulan which is sudah melepasi 3 bulan tempoh percubaan. Dalam offer letter menyatakan notis berhenti 2 minggu dlm tempoh percubaan Dan 2 bulan setelah ditetapkan kerja. Adakah saya boleh meletakkan notis 2 minggu kerana tiada perjanjian bertulis setelah ditetapkan kerja??

    0
    0
    Mia
    21 Mar 2022
     8:44am

    Hai , saya pekerja di salah satu syarikat insurans swasta terkenal . Gaji saya dibawah RM 1K masih belum tolak KWSP/EPF serta jika saya bercuti gaji saya akan ditolak,confirmation saya adalah selama 1 bulan.Jika saya ingin berhenti pun saya harus membuat memo selama 1 bulan,tetapi jika saya ingin mendakwa majikan syarikat saya atas puncanya saya berhenti secara mengejut adakah kemungkinan mereka untuk menang itu tetap ada ? Jika ditolak gaji saya kerana tidak hadir pergi ke klinik atas urusan kesihatan , purata saya akan terima hanyalah RM 800-900 sahaja. Saya juga pernah dibayar lambat oleh pihak atasan alasan kerana tahun baru cina . Mohon beri penjelasan

    0
    0
    Mastura
    26 Mar 2022
     12:24am

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya tentang status saya, dan adakah saya mempunyai hak ke atas situasi di bawah.

    Saya adalah pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta tempatan. Saya telah pun menghantar surat perletakan jawatan dan telah menerima maklumbalas dari Bahagian Pengurusan Manusia yang tarikh akhir saya adalah pada 13/5/2022.

    Namun begitu, pihak Universiti Swasta ini telah menetapkan tarikh 14/5-16/5 (selepas tarikh akhir saya) adalah tarikh untuk saya menanda kertas peperiksaan. Namun, segala kemudahan seperti platform untuk mengisi markah akan di padam dari komputer saya pada tarikh akhir iaitu 13/5/2022, dan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kelancaran tugasan saya. Saya difahamkan, pihak universiti tidak dapat mencari slot yang sesuai sebelum tarikh akhir saya. Adakah saya layak di bayar pada tarikh 14-16/5 , kerana pada 14/5- 16/5, saya bukan lagi pekerja Universiti Swasta tersebut?

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    Yang benar,
    Mastura

    0
    0
    Mohamad Hatta Bin Khalim
    29 Mar 2022
     9:46pm

    Salam encik, sy nk tanye. Jika kita pernah ada kes mahkamah dulu, then hasil mahkamah memutuskan dibebaskan tanpa dilepaskan. Adakah keputusan mahkamah ini akan mempengaruhi jika kita hendak mohon jawatan eksekutif? Syarikat boleh buat semakan dengan mahkamah ke?? Dan bagaimana jika kes bebas tanpa dilepaskan itu dh melebihi 10 tahun, nama kita akan dibersihkan ke?

    0
    0
    Mohamad fadli
    30 Mar 2022
     7:21pm

    Assalammualaikm..saya nk bertanya..apakah tindakan yg perlu d ambil,apabila sy d berhentikn kerje..tanpa notis..padahal sy bekerje dlm indrasi nie lbh kurang dlm 10 thn..n majikan yg baru nie…lebih kurang 6 atau 7 tahun..malah sy bekerje..siang dan malm.. d sebab kan sy cuti 1 hari ,tanpa pemberitahuan..sy d buang kerje..dengn serta merta..
    Kejadian pada 16.3.2022 saya seorang driver lori..n mempunyai pembantu..jikalau tiade pembantu..dengn serta merta..x boleh kerja ..sebb kerja nie..menggunakn kudrat..driver n clandent …pada mase 16hb tu..clandent sy..positif covic..automatic diea x kerjer..n saya pon x boleh kerje..pada 17.3.2022 keadaan sy parah..sy demam teruk..smpai saya x sadarkn dri dlm waktu yg lame…smpai sy x perasan pagi tu bos ade telifon ..
    pada 18.3.2022..sy dah mula beransur pulh..n sy ade bagitau bos..”bos dlm miggu nie..sy amek cuti ” ..tapi tiade respond..hanya blutic saja yg d tunjukkan..sy pon ters berehat,sampai 20.3.2022…
    Pada 20hb tu.. clandent sy ade wssp..tanye tentang keadaan sy..sy pon ckp..dah semakin pulih..sy bagitahu ,rasenye esok dah blh keje..clandent soh telifon bos dulu..saya pon telifon,telifon..tapi x d jawab..sy pon hntar pesann wssp..”bos sy rasa..saya dah ok..esok 21.3.2033 saya rasa ,dah blh kerja..sy dah ok..tibe tibe bos jawab..lu x payah kerja..lori sudah ade org ganti..sy xmahu dengr ape2 alasan..lu klu x blh kerja. .lu ckp,lu blh cari kerja lain..saya mahu lori saya hari2 jalan..pda 21.3.2022 lori pon sudah org lain yg bawak..
    Jadi..Encik rasa..macam mana..saya perlu ambik tindakan atau sebalik nye..

    0
    0
    Mohamad fadli
    30 Mar 2022
     8:01pm

    Maap encik..pasal perisian sy yg d atas 2..sy hanya amek bhgian yg pnting2 sahaja..sy x dapt notis..tapi saya ade bukti wassp yg diea telah berhntikn saya kerja.. encik rase..sy blh d anggp pekerja lama..patt x sy dapt surat warning later ..atau sy x ptt dapt..n sy patt d berhntikn serta merta..

    0
    0
    Rahmat
    31 Mar 2022
     2:30am

    Asalamualaikum tuan, situasi sy adalah, sy berkerja sebagai technician dan kontrqk kerja sy sbgai technician, apabila sudah berkerja hampir 2 tahun, majikan meminta sy buat kerja pejabat uruskan paper work serta plan kerja untuk technician yg lain, sedangkan dlm kontrak sy ni sbgai technician. Gaji yg sy ambil adalah gajibtechnician tetapi kerja dan tanggungjawab kerja sy sgt2 berat. Adakah wajar majikan sy menyuruh sy pikul tanggungjawab ini tanpa surat hitam putih, sy terasa sgt2 teraniaya. Apakah perlu sy buat tuan? Bolehkah sy menolak kerja2 yg bukan kepakaran sy ni? Sy amat tertekan.

    0
    0
    shah
    31 Mar 2022
     10:03pm

    Hi. saya ingin bertanya mengenai employment kontrak saya. saya mempunyai dua kontrak iaitu kontrak bekerja di UAE dan Malaysia. di dalam kontrak UAE saya tiada clause yang state bahawa jika saya ingin berhenti kerja berapa bulan notis saya perlu hantar kepada syarikat. tetapi didalam kontrak Malaysia saya ada clause menyatakan untuk berhenti perlu hantar notis 3 bulan. adakah saya perlu menghantar notis untuk 3 bulan berdasarkan kontrak Malaysia atau 1 bulan notis jika tiada state didalam kontrak UAE berdasarkan akta pekerja 1955? adakah syarikat boleh menyaman saya jika saya menghantar notis kepada syarikat atas sebab membawa damage kepada syarikat sedangkan saya menghantar notis 3 bulan dan ianya cukup masa untuk syarikat mencari orang baru?

    0
    0
    Zura
    1 Apr 2022
     12:54am

    Assalamualaikum encik. Sy ada pekerja yang telah berhenti tanpa notis dan dalam masa yang sama pekerja tersebut telah delete semua data-data kerja di pc sebelum beliau berhenti. Apa tindakan yang boleh sy ambil terhadap pekerja tersebut utk kesalahan delete data-data kerja tersebut supaya pekerja yang lain tidak follow perkara yang sama kelak.

    0
    0
    ANNAATHURAI A/L SUBRAMANIAM
    2 Apr 2022
     12:13am

    Mr /ms
    Saya pekerja sebagai pemandu di lotus malaysia dan berkerja dgn di syarikat itu selama 5tahun tiba tiba pengurusan merampaskan lori dan dalam lebih seminggu ini kami lebih kurang 28 pemandu tiadi trip dan tripnya bagi kepada subcon lain tanpa sebab

    0
    0
    Encik selipar jepun
    3 Apr 2022
     10:38am

    Saya hantar surat resign.. mengikut kadar kerja saya.. pada hujung bulan.. boleh ke syarikat hold gaji saya sbb saya hantar surat resign?

    0
    0
    ANNAATHURAI
    4 Apr 2022
     1:56pm

    Hai sir,
    Saya pekerja sebagai pemandu di lotus malaysia dan berkerja dgn di syarikat itu selama 5tahun tiba tiba pengurusan merampaskan lori dan dalam lebih seminggu ini kami lebih kurang 28 pemandu tiada trip dan tripnya bagi kepada subcon lain tanpa sebab

    0
    0
    Nazmin
    7 Apr 2022
     12:06pm

    Assalamualaikum

    Mengikut surat appoinment letter yang saya sign, jika saya nak berhenti, saya perlu notis selama 2 bulan atau 1 bulan gaji. Jika saya hendak notis 30 hari, perlukan saya membayar 1 bulan gaji? atau setengah bulan gaji?

    0
    0
    yan
    8 Apr 2022
     10:33am

    hai sya nak sya krja part time blh ke saya bhnti 24 jam n gji sya kja blh ke dpt

    0
    0
    shah
    11 Apr 2022
     1:27pm

    Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya. Didalam kontrak saya ada satu klausa yang menyatakan “Fully comply with / complete the period / committed period of service in UAE.” dan tiada klausa mengenai resignation saya sbgai pekerja. Adakah saya tidak boleh resign daripada syarikat tersebut? Kalau saya hantar notis berhenti, adakah saya akan dikena tindakan atau saman daripada syarikat kerana melanggar klausa yang diatas?

    0
    0
    Nurul Aqidah
    12 Apr 2022
     1:28am

    Assalamualaikum ,
    saya baru letak surat resign 24jam.
    saya bergaji rm1.3k dengan jawatan disandang sebagai drafter. saya telah berkhidmat selama lebih kurang 3tahun. langsung tiada kenaikan gaji dan kadang gaji saya dibayar lambat. saya letak surat resign kerana bos saya suruh take over kerja pekerja lain yg sudah lari dari bidang saya dan tiada dlm offer letter. makin lama makin bertambah kerja saya. saya dh tak tahan sangat. and bos pn tiap hari nak marah2 cari salah saya. kwsp and socso pn ladang bayar lambat and kadang tak bayar. boleh ke saya buat aduan?

    0
    0
    n
    12 Apr 2022
     3:49pm

    Salam Tuan, saya baru resign internship dekat satu company. Saya ambil pilihan notis 21 hari bekerja. Tapi dalam tempoh tu saya kena covid. Bila saya dah tak datang kerja sebab dah cukup 21 hari bekerja dari hari saya hantar notis, company cakap saya masih kena kerja sebab tempoh saya tak datang sebab covid kena ganti. Saya perlu lapor diri di companya baru, tapi company lama suruh datang ganti kerja sedangkan dalam kontrak tak cakap 21 hari bekerja tu bermaksud hari yang saya bekerja, bukan 21 hari company bekerja. Ada akta khas untuk pelajar internship?

    0
    0
    Fika
    14 Apr 2022
     1:40pm

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika saya sudah tanda tangan borang kerja (LO) dengan syarikat A yang akan bermula berkhidmat pada Mei depan. Pada masa yang saya baru sahaja ditawarkan gaji yang lebih tinggi di syarikat B. Adakah boleh saya tidak melaporkan diri di syarikat A pada Mei nanti? Apakah saya perlu menulis surat berhenti kepada syarikat A walaupun saya belum melaporkan diri dari tarikh yang ditetapkan (saya sudah sign agreement).

    0
    0
    Nur maya
    15 Apr 2022
     5:26am

    Assalamualaikum
    Saya diberhentikan kerja secara remove saya dari group whatsapp kilang .selepas itu majikan menyalahkan saya kerana berhentii bekerja dengan mengugut untuk saman.setelah ditanya mengenai isu pemecattan pihak atasan mengatkan yang mereka tidak tahu dengan mengatakan salah staf menahu soal itu malah terus menuding jari.soal isu notis berhenti sebelum ini mereka memerlukan sebab yang kukuh untuk berhenti.bolehkah pihak atasan menyaman saya atas kesialapan dan kecuain pihak pihak pengurusan kilang

    0
    0
    Fazlina binti Mohammad
    15 Apr 2022
     4:18pm

    adik sya telah mghntar notis bhnti kerja sbulan,majikan menolak atas alasan mngikut kontrak adik saya perlu ada penggnti dan perlu terus bekerja sehingga hari raya ini. majikan mengatakan company blh mbuat laporan kpd pjbt buruh atas ksalah adik sya ingin bhenti tetapi tdk meneruskannya krana katanya adik sya pun agak bijak.betulkah kontrak sebegitu wujud atau sekadar untuk menakutkan adik sya drpd mneruskan utk bhenti kerja.

    0
    0
    Zila Hassan
    20 Apr 2022
     1:05pm

    Assalamualaikum
    Boleh beri pendapat ttg isu sy? Sy sorg staff goverment. Sy mengalami depresion disebabkan arahan yg berterusan oleh pihak atasan. Sy beberapa kli merayu pasag pihak atasan untuk tidak menghtr sy bertugas Di department yg lain namen tidak dilayan. Walaupun sy dlm keadaan tertekan. Sehinggakan sy terpaksa mendopatkan rawatan di pakar psy. Disebabkan sy di tendang keluar dari department tanpa reason sy memanjag aduan pada sumber manusia. Dan skrg dlm siasatan. Adalah kes sy akan berpihak pada sy atau pada majikan yg tak habis2 gunakan akur janji dimana sy kena akur atas segala arahan yg diberi walaupun mgalmi depresion. Sedagkan org lain tidak dilakukan seperti mana Saya kena. Mohon pencerah an.

    0
    0
    Fatin Wawaa
    24 Apr 2022
     4:18pm

    Assalamualaikum saya nak tanya boleh ke majikan tidak membayar elaun kita ketika sedang cuti bersalin contohnya macam alaun kaunter, elaun telefon sedangkan dalam kontrak perkhidmatan telah nyatakan akan mendapat setiap bulan.

    0
    0
    Suraya
    27 Apr 2022
     9:59am

    Salam Tuan. Saya bertanya bagi pihak abang saya. Beliau telah diberhentikan kerja serta-merta tanpa diberi warning / surat tunjuk sebab bagi kesalahan pertama yang dilakukan olehnya. Untuk makluman tuan, abang saya telah dianiaya oleh pegawai atasannya dimana pegawai atasannya telah mengarahkan beliau membuat kerja yang sepatutnya bukan kerjanya tanpa sebarang surat arahan. Disebabkan perkara tersebut, syarikat tempat beliau bekerja mempertikaikan kesalahan tersebut kerana menurut syarikat tsb tanpa sebarang surat arahan sepatutnya abang saya tidak boleh melakukan tugasan tersebut. Namun begitu, apabila abang saya mengatakan dia menerima arahan dari pegawai atasannya, pegawai atasannya menafikan arahan tersebut kerana arahan hanyalah melalui lisan. Pegawai tersebut juga sebenarnya membuat begitu atas motif membalas dendam. Boleh saya tahu, kalau kes begini apa yang perlu dilakukan?

    0
    0
    najiha
    27 Apr 2022
     12:37pm

    Assalammualikum tuan. saya ingin bertanya mengenai law income tax & resign kerja.
    Betul ke sekarang ada law baru jika resign kerja dan gaji kena hold by income tax? Kiranya kena tunggu persetujuan dari income tax,jika income tax setuju baru syarikat bayar gaji, jika tidak setuju syarikat tak bayar gaji? Dan untuk bonus pun saya tidak dapat sama sekali. Saya kerja hampir 3 tahun dan saya beri notis sebulan. Layak ke tidak untuk saya mendapat bonus?

    0
    0
    Fatin
    5 May 2022
     8:54pm

    Assalamualaikum En, saya hendak bertanya. Sebelum ini saya pernah bekerja di syarikat kontraktor. Gaji bulan 3 2022 saya masih belum dibayar sedangkan kontrak kerja saya telah tamat pd bulan 31 Mac 2022. Majikan lama saya kata jika saya tidak menyelesaikan kerja lama saya, saya tidak akan diberi gaji. Saya telah menyelesaikan sedikit kerja saya yang lama sehingga 3 minggu pd bulan April 2022. Saya rasa tidak adil bagi pihak saya kerana kontrak kerja saya telah tamat tapi saya kena selesaikan kerja saya yang lama & kerja2 yang lain. Sehingga sekarang saya masih belum terima gaji saya bekerja dgn syarikat sebelum ini. Adakah saya boleh report kepada Pejabat Buruh? Jika boleh, dokumen seperti apa yang saya kena sediakan?

    0
    0
    Rina Sahar
    7 May 2022
     9:48am

    Hai assalamualaikum ,
    saya ingin bertanya , sy bekerja sebagai penyambut tetamu (receptionist) perhotelan di sebuah hotel budget 3star , gaji basic saya rm1200 sebulan , dan sy kerja shift petang sahaja . Night shift kami tiada night shift allowance, cuti EL tiada , semasa sy di interview sy tidak mengisi borang apa2 berkenaan pengambilan kerja. Ada masa sy kerja cover staff jikalau staff kekurangan dan sy tidak dibayar double , dan manager kerap memberi ugutan jika staff mahu cuti bonus tahunan staff tidak akan dapat. Dan sy kerap diberi satu shift sahaja , shift akan ditukar jikalau manager ada urusan diluar bukan berkenaan pekerjaan . Dan manager kerap menggunakan nama boss untuk membuli staff2 lain seperti hari2 deep cleaning, jual semua bilik walaupon staff receptionist cover kerja housekeeping kerana tinggal satu org sahaja membuat kerja housekeeping (8am-1pm) di waktu staff yg lain cuti (10hari) akibat covid dan tidak dibayar double hanya bayar ot sahaja kerana sambungan kerja ( receptionist 1pm-8pm ) pada hari yang sama. Dan kami datang 8am tetapi manager mengatakan kami hadir lewat 27minit hanya melihat waktu dari cctv sedangkan kami menggunakan thumbprint bukan punchcard untuk memasuki kerja dan manager memberi ugutan bahawa ot hk tidak akan dibayar dan akan ditolak gaji kerana lewat kehadiran tanpa selidik dengan betul. Jadi adakah cara manager kami betul ? Apakah kesalahan nya itu bahawa kami boleh atau perlu buat aduan pada buruh?

    0
    0
    Insan terluka
    8 May 2022
     9:26am

    Salam …saya nak bertanya …saya berkerja di sebuah restoran….mula nya bos MMG xde bagi apa2 surat perjanjian untuk staff tandatangan….gaji pon bagi tiap bulan bagus je…lepas saya kerja 3 bulan gaji saya di bagi separuh…katanya balance gaji saya di simpan untuk jaminan kalau berhenti bagi notis sebulan baru di bagi…sedangkan saya tak de cakap nak berhenti dan semua staff tak tahu akan hall ini… majikan xde bincang apa² pon dgn staff….lagi satu basic saya bulan ke 2 kerja dapat 2k masuk bulan ke 3 basic pon turun 1800 serentak dengan duit jaminan yg majikan potong tu …kami semua tak puas hati sebab majikan buat tindakan Tampa berbincang dan Tampa persetujuan semua staff….kenapa potong gaji kami buat duit jaminan sedangkan kami x tahu apa² pon….harap dapat jawapan dari pihak berkenaan ye….

    0
    0
    Damian
    15 May 2022
     9:47pm

    Saya apply kerja sebagai seorang rider,tetapi majikan meminta saya untuk membawa lori,sedangkan saya tidak mempunyai Lesen D mahupun GDL..oleg sebap itu saya berhenti kerja,bolehkah saya menuntut gaji saya?

    0
    0
    RAPI
    15 May 2022
     11:29pm

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    saya ada beberapa persoalan seperti berikut.

    1.Adakah majikan wajib membayar elaun shift kepada pekerja yg berkerja di dalam jadual kerja yang bershif setiap 12jam?
    2. Adakah majikan patut memberitahu kiraan kadar kenaikan gaji berdasarkan kpi kepada setiap pekerja walaupun berlainan gred gaji?
    3. Adakah majikan berhak untuk membuang pekerja jika pekerja tersebut ingin turun gred di sebabkan kenaikan gaji hanya setakat Rm1 agar melebihi gaji minimum Rm2000 ke Rm2001.

    0
    0
    Nick lim
    16 May 2022
     12:05pm

    Salam tuan,nak Tanya satu soalan.adakah majikan dibenarkan bayar separuh gaji walaupun cuti sakit slip sudah dihantar melalui apps line.kejadian belaku semasa berkerja iaitu terjatuh Dari tangga Dan menyebabkan kaki Kiri ibu jari tulang patah Dan tangan Kiri separuh bengkak.selapas habis jumpa doctor MC Selama 14 hari dibayar Tanpa gaji Tanpa sebarang sebab.jadi saya ingin bertanya dalam Kes begini apa saya perlu buat?

    0
    0
    LEMAN
    17 May 2022
     10:28pm

    Assalammualaikum tuan, saya adalah seorang pekerja swasta yang berstatus kontrak di renew setiap dua tahun.

    Masalahnya disini saya dicutikan tanpa gaji kerja saya selama mungkin yang difikirkan HR dan TIDAK DIBENARKAN memohon mana-mana kerja selagi dalam tempoh cuti tanpa gaji saya. ianya sudah berlaku sejak November 2021 sehingga sekarang. Saya dicutikan tanpa gaji kerana saya tidak melengkapkan vaksinasi saya. Saya sudah merujuk kepada Jabatan buruh Selangor dan malangnya jawapan yang diterima ialah mereka tidak mahu menerima aduan saya kerana kesalahan atas diri saya sendiri yang tidak mahu melengkapkan vaksinasi saya.

    Saya difahamkan ianya bukanlah mandatori dan mereka sendiri mengakui mereka pening juga dalam menetapkan keputusan. Jadi sekarang saya tidak mahu meletak jawatan saya dan juga saya tidak rela untuk dicutikan tanpa gaji atas sebab yang tidak munasabah dan juga saya tidak dibenarkan memohon kerja lain. Apakah yang boleh saya lakukan sekarang?

    0
    0
    suraya
    21 May 2022
     12:55pm

    salam , saya nak tanya , seperti di offer letter menyatakan selagi under contract boleh letak notis 24 jam untuk resign . so masa last day saya kerja tu , saya telah hantar notis 24 jam tapi tanpa pengetahuan majikan saya . kalau ikutkan law , adakah gaji saya akan dibayar ? mohon penjelasan . tq

    0
    0
    Rahimah
    24 May 2022
     3:44pm

    Salam tuan,
    Saya Bekerja di rumah Work From Home Night shift 2 minggu,Work in office 2 minggu. Ketika minggu WFH (Night Shift),pada siang hari sy Jatuh dirumah Dan melakukan Xray dan pakar menyatakan sy mengalami slip disk dan disk menekan diantara tulang belakang.

    Soalan saya,boleh ke saya mohon Cuti berbayar selama 28 hari kpd pihak perkeso dan Jika MC saya selama 28 hari tidak dibayar gaji oleh majikan..apa perlu saya lakukan.

    Terima kasih

    0
    0
    Eira
    26 May 2022
     9:52am

    Hai..nak tanya.
    Saya pekerja part time di sebuah syarikat ni baru 2 bulan.
    Tapi saya takde sign apa² surat lagi masa kerja sini just melalui lisan je.
    And now saya nak berhenti sebab dapat offer dari tempat lain. And this company minta offer letter dari tempat baru untuk dia attached dengan resign letter.

    Patut ke saya bagi offer letter tu sedangkan time saya kerja situ pun, takde sign any letter.
    And fyi saya bagi surat resign tu dengan notis seminggu.
    Satu lagi, saya berhak kan untuk dapatkan gaji sebulan saya tu kan?

    Okay itu sahaja terima kasih

    0
    0
    Z
    27 May 2022
     5:21pm

    Salam tuan, tumpang tanya, ada tak undang2 tentang masa minimum peralihan shif? Contoh 1: Pekerja shif malam yang tamat shif pukul 7 pagi diminta masuk semula shif petang pukul 3ptg hari yg sama.

    Contoh 2: pekerja shif pagi yg tamat shif pukul 3 ptg, diminta masuk semula shif malam pukul 11 mlm pada hari yg sama.

    Contoh 3: pekerja petang yg tamat shif pukul 11 mlm diminta masuk semula shif pagi pukul 7 pagi.

    Adakah majikan dibenarkan membuat jadual begini? Sebab jarak masa hanya 8 jam…tolak masa perjalanan pergi balik ke tempat kerja, berkemas, mandi…hanya tinggal beberapa jam sahaja utk tidur.

    Sekian, terima kasih

    0
    0
    NINA
    30 May 2022
     4:54am

    Assalamualaikum
    Ingin buat pertanyaan.
    Contoh suami pemandu Lori Ayam..tugas asalnya Hanya mengambil ayam Dan menghantar bekalan ayam pada pihak yg mengorder.
    Arahan terkini pula dikehendaki mengutip semua bakul- bakul kosong ditempat yg dihantar bekalan ayam. Bukan tugas pemandu Lori ayam. apakah tidak ikut arahan Mando gaji pekerja akan dihantar..boleh kah buat aduan buruh

    0
    0
    Sivaness
    30 May 2022
     11:24pm

    Hye encik…saya berkerja di 7 Eleven…..baru 1 bulan…saya adalah assistant Supervisor….hari ini tiba tiba supervisor saya kata esok awak takpayah datang ke kerja…awak berhenti…
    Boleh ke macam tu?
    Dia tak bagi tahu saya apa apa sebab pun..

    0
    0
    Cleanrock
    6 Jun 2022
     6:07pm

    Salam,bolehkah majikan menukar tindakan penamatan kontrak atas tindakan disiplin kepada letak jawatan secara sukarela tanpa memaklumkan kepada pekerja tersebut?..bolehkah pekerja mengetahui proses sisatan yang dijalankan kepadanya dan bagaimana pula tindakan untuk pekerja yang dibuang dalam tempoh PKP yang berjalan hampir 2 tahun sekaligus menyebabkan tempoh untuk membuat laporan keapada jabatan buruh telah tamat?..terime kaseh

    0
    0
    mek
    7 Jun 2022
     10:30am

    Assalamualaikum , saya nak tanya , saya hantar surat berhenti kerja pada 13 May 2022 , tempoh berhenti saya sebulan , semasa dapat gaji untuk bulan 5 , majikan saya telah menolak gaji saya dengan alasan saya telah menggunakan cuti tahunan melebihi untuk setahun (9 hari untuk setahun), saya telah guna 6.5 hari, dan masih ade balance lagi cuti tahunan saya, boleh ke majikan tolak gaji ?

    0
    0
    muhammad amirul hasraf bin jamaludin
    10 Jun 2022
     11:04pm

    assalamualaikum encik. saya ada 1 soalan berkenaan isu pemotongan gaji.. nama saya amirul, saya berkerja di sebuah syarikat transport bas kilang. soalan saya untuk encik,, bolehkah pihak syarikat tarik duet alaun trip perjalan separuh dan masukkan di basic gaji untuk mencukupkan gaji minima RM1500. ok encik saya beri contoh yang terjadi kepada kami driver bas sekarang ni. basic kami RM1200.. saraan kerajaan sekarang gaji minima RM1500. syarikat kami tarik duet alaun kami semua sebanyak RM300 dan masukkan ke basic asas untuk cukupkan RM1500. bolehkah pihak syarikat membuat sebegitu? kiranya syarikat tak keluarkan duet 1sen pon, malah alaun trip perjalan kami pulak yg di tarik 300 untuk cukupkan basic RM1500.. seolah olah kami kerja, kami bayar gaji kami sendiri.. bolehkan encik bagi penjelasan tentang isu ini..

    0
    0
    Yum
    12 Jun 2022
     8:06pm

    Saya telah membuat permohonan cuti Dan cuti tahunan saya telah diluluskan untuk tujuan review hasil keputusan ujian kesihatan. Walaubagaimanapun pengurus ditempat saya berkerja meminta saya untuk berkerja Dari rumah walaupun cuti saya telah diluluskan pada Hari tersebut.

    0
    0
    Ailin
    14 Jun 2022
     10:54am

    Assalam tuan,
    Mohon telefon saya di talian 0129252367

    0
    0
    Mira
    27 Jun 2022
     1:20pm

    Assalamualaikum tuan..sy nak tanya..sy bekerja di hospital dan kalau nk berhenti kene bg notis 3 bulan..tapi,sy berhenti 24hours sebab masalah keluarga dan anak2..sebelum ini sy ada bagi notis,tapi majikan sy xnak trima..so bila last minit anak2 sy xda org nak tolong tengokkn,sy berhenti 24hours dan kene bayar pada majikan 2 bulan gaji..tp sy sudah tidak bekerja dan x mampu nak bayar..skrg ni surat drpd pejabat buruh sampai..mcm mana ya tuan..apa perlu sy buat..

    0
    0
    Steven
    27 Jun 2022
     1:58pm

    Salam, saya mau bertanya, adakah wajib bagi majikan untuk memberikan cuti tahunan kepada pekerja atau tidak?

    Saya baru join 1 company, dalam appointment letter, dia tidak mention berapa hari annual leave akan diberikan. Dia cuma tulis, setiap bulan wajib ambil cuti 4 hari, dan selebihnya adalah hari bekerja. Ertinya di sini, majikan saya memang tiada memberikan annual leave kepada pekerja. Cuma cuti rehat sehari setiap minggu saja.

    Jadi, adakah dibenarkan majikan berbuat begitu ?

    0
    0
    Nurhazwani
    29 Jun 2022
     7:47pm

    Assalamualaikum.. saya hendak bertanya.. bagaimana pula jika pekerja tidak mendapat kontrak extention tapi masih bekerja.. berapa lamakah tempoh notis yang dibenarkan

    0
    0
    Helmi
    30 Jun 2022
     11:20am

    Assalam Tuan.
    Saya seorg pekerja..adakah satu kesalahan dlm law akta buruh jika berhenti tanpa buat serahan notis berhenti kepada majikan selepas 6 bulan saya tidak menerima sebarang offer letter (kontrak baharu) ? Adakah majikan boleh buat tindakan undang² terhadap saya?

    Kontrak lama ada menyatakan saya perlu beri notis 3 bulan kepada majikan jika saya mahu berhenti kerja..
    Untuk makluman Tuan, tempoh kontrak yg terbaru telah pun tamat selama 6 bulan..dan skrg ibarat gantung tidak bertali..ini merisikokan dri saya andai sesuatu berlaku dlm tempoh saya berada di dlm syarikat..contoh kemalngan di tempat kerja./sewaktu menjalankan kerja..
    Adakah serahan notis berhenti 3 bulan kepada majikan masih terpakai seperti didlm kontrak selepas kontrak itu telah habis tempoh?

    Mohon penjelasan dari Tuan.
    Terima Kasih

    0
    0
    Randy
    30 Jun 2022
     4:09pm

    Aslkm tuan boleh kah majikan saya membuat potongwn gji saya sekiranya saya tidak memakai PPE yg legkap semasa berkerja..potongan gji sehingga rm 500 keran a tidak memakai helmet dan sarung tagan…

    0
    0
    Muhamad Na'im Bin Zainol
    1 Jul 2022
     7:12am

    Salam tuan boleh saya tahu adakah majikan perlu membayar OT kepada pekerja dimana jawatannya executive tetapi gaji bawah rm2000? dan apakah akta yg sesuai diguna untuk pekerja yang pangkatnya executive tetapi gaji bawah rm2000? Terima kasih..

    0
    0
    Mohammad Khairi
    6 Jul 2022
     7:53am

    Tuan saya nak buat pertanyaan isteri saya bekerja di sebuah syarikat di Subang industri , masa bekerja selama12 jam akan tetapi kilang mengarahkan semua pekerja bekerja dengan masa 8jam . Tujuan pihak kilang berbuat demikian adalah memberi tekanan kepada pekerja lama supaya berhenti. Jadi tindakan pihak kilang itu benar atau salah. Ingin bertanya mengikut akta buruh

    0
    0
    Nurul
    7 Jul 2022
     4:44pm

    Assalamulaikum maaf menganggu..sya nk tanya berkenaan gaji selepas kita dh berhenti .. majikan ada hak ke utk tidak bayar gaji baki selepas berhenti bekerja?

    0
    0
    Zulkurnain suid
    13 Jul 2022
     2:25am

    Hai..saya ingin bertanya saya telah ditawarkan kerja sebagai machinist pada 1hb Julai 2022…tetapi setelah 4 hari berkerja saya mendapat tahu majikan tersebut tidak mencarum ke PERKESO dan KWSP..apabila saya bertanya tentang offer letter kemasukan kerja majikan tersebut memberitahu di sini tiada offer letter…dan saya tidak yakin dgn keselamatan di situ terus keesokan harinya saya berhenti sbb tiada SOCSO padahal kerja macginist memang terdedah kepada risiko kemalangan…majikan tersebut berkata selama 4 hari saya berkerja itu majikan tidak Wajib me
    Mbayar gaji saya itu..adakah itu betul??

    0
    0
    Zusu
    13 Jul 2022
     4:09am

    Hi..saya ingin bertanya kerja2 yang terdedah kepada risiko kemalangan seperti machine operator adakah tidak wajib bagi majikan tersebut mencarum SOCSO?

    0
    0
    Karin
    13 Jul 2022
     4:43am

    Saya nak bertanya kan soalan kepada tuan..saya telah berkerja selama 3 tahun..dan pada bulan Julai 2021 majikan telah memberhentikan saya kerja dengan alasan saya tidak datang
    selama 2 hari berturut..dan majikan hanya membayar saya separuh bulan gaji sahaja sebagai pampasan..boleh kah saya memfailkan semula tuntutan pampasan itu walaupun kes tu dah setahun berlalu?

    0
    0
    Farida
    13 Jul 2022
     1:13pm

    Assalamualaikum hi, maaf menganggu, sy nk tanyaa, sy kerja di syarikat xxx selamaa 10 bulan tpi tiadaa sebarang kontrak dri syarikat xxx, sy nk behenti kerja sbb faktor kesihatann yg merosot, sy hntr notissss 24 jam , tapi syarikat tak terimaaa, syarikat sruh hntr notis 1 bulan, sy bgthu majikan sy xboleh nk hntrr notis 1 bulan sbb sy xboleh nk masuk kerja selama sebulan lepas sy hntr notis sebulan tu keranaaa kesihatan sy yg merosot, syarikat kata sy buleh terimaa notis 24 jamm tapi sy kena bayar pampasan 1 bulan gaji. sy nk tnyaa, perlu ke sy byarr pampasan sebulan gajii sbb sy tidak ade hitam putih dgn syarikat bekenaan. Mohon pencerahan.

    0
    0
    Dhiya
    14 Jul 2022
     11:42am

    Assalamualaikum saya nak tanya boleh ke company lantik pekerja utk jawatan admin cum personal assistant sebagai vendor? Company juga tidak mencarum epf socso untuk staff

    0
    0
    Amirul
    15 Jul 2022
     12:44am

    Hai saya nak tanya, pekerja part time layak ke menerima payslip. Sbb tempat saya kerja, majikan tidak memberi payslip kepada pekerja separuh masa serta tidak membuat caruman langsung?? Adakah saya patut amik tidakan!! Mohon pencerahan

    0
    0
    MOHD HAMDAN BIN LIMAN
    22 Jul 2022
     3:14pm

    Selamat ptg.saya ada pertanyaan saya telah beri notis 24 jam kepada majikan saya..di dalam kotrak sepatutnya notis 3 bulan.kini saya telah dpat maklum balas dari pengurusan majikan.dan saya perlu membayar notis 3 bulan berjumlah rm 4500.boleh ke kalau saya tidak bayar

    0
    0
    Mohamad Muz Azznor
    23 Jul 2022
     2:44am

    Assalamualaikum

    Saya bekerja dengan SIPOLAN ni dah 5 tahun
    Dari tiada apa sampai dapat tubuhkan syarikat
    Selepas 1 tahun saya berkerja saya dijanjikan payslip/Epf
    Tapi sehingga saya ditamatkan dari pekerjaan satu keping Payslip tidak diberikan dan saya pernah minta slip Gaji tetapi tidak dilayan,gaji diberi melalui bank dan kerja waktu cuti-cuti umum gaji dibayar biasa,apakah tindakan yang saya harus lakukan..bagi no wsap..ada lagi yang ingin saya bentangkan

    0
    0
    Eva
    29 Jul 2022
     2:06pm

    Hai, saya telah bekerja selama 7 bulan tetapi tidak ada tanda tangan confirm letter boleh kah sy berhenti 24jam.

    0
    0
    Nuraqilah
    29 Jul 2022
     3:38pm

    Tuan, saya dalam tempoh percubaan sekama sebulan. Saya berhenti seminggu dan beri notis 24jam kerana kerja yang diberi diluar waktu. Kalau majikan saman saya, jika saya tidak bayar, apakah kesan nya?

    0
    0
    Daniel
    2 Aug 2022
     2:51am

    Bolehkah majikan menahan gaji saya ketika saya di suspended atau digantung kerja dengan tiada apa apa surat bertulis secara rasmi dari pihak majikan.

    0
    0
    Nur Aishah
    2 Aug 2022
     12:08pm

    salam nak tnya awal masuk kerja tak boleh satu department dengan adik beradik tapi selang 2 bulan ada adik beradik satu department. rasa mcm tak adil je boleh report ke?

    0
    0
    SIAMALA
    2 Aug 2022
     3:56pm

    hi can i know age of worker can work untill 55 or 60

    0
    0
    Husnizar
    8 Aug 2022
     9:32am

    Salam tuan saya ingin bertanya.. Saya berkerja sebagai freelance .. Perkerjaan saya terikat dengan syift dan system KPI.. Tetapi system KPI ini detentukan oleh system mereka.. Sekiranya KPI menjadi teruk kami kemungkinan akan dikenakan penalty seperti tidak boleh berkerja dan pemotongan wang komisen kami.. Masalahnya System AI mereka tidak stabil dan menyebabkan perkerja lain dihukum penalty tanpa sebab yang munasabah.. Sudah bnyak aduan di buat kepada pihak atasan tetapi tidak diambil endah dan ramai pekerja kami telah dihukum oleh system mereka.. Bolehkah kami sebagai seorang freelance mensaman pihak syarikat tersebut kerana system dan applikasi mereka tidak stabil dan berat sebelah menyebabkan pekerja yang tidak bersalah dikenakan penalty tanpa alasan yang munasabah?

    0
    0
    Nur Amalin
    16 Aug 2022
     6:09pm

    Saya diarahkan oleh majikan untuk menghadiri kursus latihan. Tetapi majikan membuat agreement untuk saya membayar balik bayaran kursus tersebut jika berhenti kurang daripada setahun daripada tarikh latihan tersebut. Saya telah menandatangani agreement tersebut. Saya telah berhenti dan majikan menolak gaji saya sebagai tuntutan kursus latihan tersebut. Adakah perkara itu dibenarkan?

    0
    0
    Ridwan
    17 Aug 2022
     8:23pm

    Maaf menganggu saya ada satu soalan ingin beri tahu . Saya kelendan lori yg mengalami kemalangan jalan raya semasa saya berkerja untuk menghantar barang didalam lori dan waktu saya kemalangan saya mengalami patah tangan disebelah bahu kiri saya selepas itu doktar membagi mc selama 42 hari. Dan Saya baru berkerja di syarikat itu selama 1 bulan setengah adakah majikan patut membayar gaji basic ataupun kedua dua nya dengan mc walaupun baru berkerje 1bulan lebih ?

    0
    0
    NEL ODOK
    19 Aug 2022
     1:00am

    Asslmkum tuan…say
    A telah terlibat kemalangan semasa melakukan kerja…adakah company perlu bayar pampasan untuk saya.

    0
    0
    Haidi Azmir Ibrahim
    19 Aug 2022
     11:40am

    Saya berkerja secara kontrak di salah sebuah syarikat yg menjalankan projek 5G DNB Malaysia. Kontrak saya setahun dan akan diperbaharui dari masa ke semana. Malangnya saya baru mendapat tahu kontrak saya tidak akan diperbaharui sedangkan projek masih berjalan. Apa tindakan yang boleh saya ambil ataupun saya tidak boleh mengambil apa apa tindakan. Mohon penjelasan..

    0
    0
    Nazri
    20 Aug 2022
     7:48am

    Assalammualaikum tuan
    saya nak tanya sekiranya selepas 3 bulan bekerja, majikan beri kita confirmation letter.. Adakah kita boleh menolak tawaran tersebut mungkin dri segi jumlah confirm yang diberikan tidak seperti yg kita mahukan?
    Minta tlg diperjelaskan
    Terima Kasih

    0
    0
    Aliff Haikal
    22 Aug 2022
     11:59pm

    Salaam Tuan, nk tnya kalau saya dipaksa kerja melebihi 8 jam sehari oleh boss and kalau saya tak follow instruction tu boss suruh buat Action plan & Justification knp x achieve target. Boleh ke kalu sebegitu?

    0
    0
    Shu
    25 Aug 2022
     3:05pm

    Assalamualaikum, saya telah bekerja di sebuah syarikat (butik pakaian) sebagai admin sales selama 2 tahun. Saya ingin menanyakan soalan, boleh ke boss berikan tugasan tambahan hanya melalui whatsapp yang tiada dalam offer letter & tiada hitam putih kepada pekerja, serta tidak menaikkan gaji? Boss cuma harap pekerja tidak berkira dan rela melakukan kerja tersebut sedangkan pekerja tidak rela melakukannya. Sy sebagai pekerja apa yang boleh sy buat untuk pertahankan bagi pihak saya?

    0
    0
    Nur Hidayah
    29 Aug 2022
     7:32pm

    Aslm ..saya bekerja di sebuah syarikat yg dimana status saya masih dlm percubaan selama 3bulan dn dimana percubaan tu tamat pada 28/8 dan saya mengambil keputusan untuk tidak sambung namum pihak manager bagitau bahawa kalau saya xnk smbung saya kene bagi notis sebulan walhal tempoh percubaan saya dh tamat .nak xnk saya disuruh tanda tangan untuk sambung kontrak dan kalau nk berhenti kene hantar notis sebulan apa yg boleh saya buat kalau dalan keadaan mcm ni ??

    0
    0
    Mdm.Sh.
    2 Sep 2022
     5:04pm

    Hi En/Pn.
    Sy dilema skrg ni.
    Sy sbg operator pengeluaran
    Baru bekerja selama 10bulan.
    Pd 29/8/2022 company sy telah beri surat VSS. Ats alasan Pengurangan pengeluaran/ tiada permintaan produk/kos pengeluaran meningkat/pengecilan tenaga kerja.
    Pkerjaan sy akn berakhir pd hjung bln 9.
    Persoalan sy kenapa company bawa masuk pkerja baru warga asing pd bln 7/2022 dan baru baru ini ada lg kemasukan warga asing sedangkn kami local ni dibuang.?
    Ats alasan di atas.
    Sy diberi pmpsan sebulan gaji.
    Serta cuti tnpa rekod sebnyak 3 hari utk cari kerja.
    Sy ada dpt tahu yg duit company cukup utk tmpung pkerja hingga hjung tahun,dan company mmg ada apply kemasukan warga asing strt dari PKP lg..dan skrg warga asing dh masuk,kami pulak yg di buang kj.

    0
    0
    lisa
    5 Sep 2022
     4:11am

    Salam saya ada hntar email.Kontrak saya tamat pada 7 sept.one year contract basis.majikkan saya bgtahu pada 2 september yang kontrak saya tidak akan dismbung.sedangkan manager sya telah memberitahu yang kontrak saya telah diserahkan untuk pembaharuan kontrak seminggu sebelum pihak agensi menghubungi saya berkenaan isu kontrak ini. saya ada sertakan sekali dalam email kontrak saya untuk rujukkan tuan.Saya agak tidak berpuas hati kerana mereka beritahu terlalu lambat.Ada akta untuk kami perkerja ke berkenaan notis kontrak tidak di smbung dan berapa hari?dan jika ada saya perlu laporkan ke jabatan mana?

    0
    0
    Vicky Micheal
    8 Sep 2022
     9:53pm

    Salam sejahtera,

    Saya ingin tanya jika bolehkah majikan menahan gaji saya jika saya berhenti dengan mutual understanding tetapi saya telah membuat aduan di EPF sebab majikan tidak memberikan caruman epf termasuk potongan untuk gaji saya dan mereka berikan saya gaji sepenuhnya. Pada masa yang sama saya telah memberitahunya bahawa saya mau gaji saya di potong tetapi majikan Engan potong. Dengan ini majikan tahan gaji saya dan dia mengatakan bahawa dia hendak guna gaji saya untuk bayar epf caruman pihak saya yang dia tak bayar Selamat 22 bulan. Bolehkah ini berlaku? Sebab saya tanya epf mereka katakan bahawa ia terpulang pada saya samada saya hendak bayar atau tidak.

    0
    0
    nurul natasya
    9 Sep 2022
     4:52am

    nak tanya, saya nak berhenti kerja dari tempat kerja yang sekarang.. then boss sekarang ni mintak offer letter kerja baru. dia ada hak ke nak tengok offer letter kerja baru saya?? macam mana tu?

    0
    0
    Syahira
    18 Sep 2022
     12:40pm

    Hai, maaf saya nk tumpang tanya..
    Ada seorang pekerja minta untuk kerja dari rumah (sehari) kerana demam panas.
    Adalah berbahaya untuk dia teruskan memandu ke tempat kerja dalam keadaan tidak sihat.
    Jadi, soalan saya, seorang manager berhak kah untuk potong elaun night shift sebulan pekerja tersebut?
    Mohon pencerahan drpd pihak tuan ya.
    Terima kasih..

    0
    0
    Mimi
    19 Sep 2022
     7:05am

    Salam tuan..mohon pencerahan.. majikan arahkan staff kena simpan phone masing2 kat pejabat..waktu rehat je boleh pegang phone…adake wajar pengurus pegang phone staff ..mohon pencerahan..

    0
    0
    Mei
    25 Sep 2022
     5:17am

    Salam tuan, saya trainee di sebuah syarikat pelancongan. Saya ada beberapa soalan nak tanya, yg pertama salah ke kalau majikan tidak menyediakan phone kerja serta memaksa menggunakan handphone personal untuk urusan kerja seperti melayan client tanpa persetujuan saya terutama sekali pada bukan jam kerja dan alasannya saya sebagai pelajar utk mengikut arahan dan ini salah satu inisiatif utk saya belajar? Yang kedua, adakah salah jika majikan menyuruh menggunakan kereta pekerja untuk hal kerja seperti mengambil stock barang tanpa membayar minyak. Yang ketiga, jika masa interview dan dalam kontrak diberitahu waktu kerja pada 9am-5.30pm “Waktu kerja mengikut perubahan budi bicara syarikat” tetapi masa interview di sebut selepas waktu kerja yg telah ditetapkan akan dibayar tapi bila mula bekerja elaun lebih masa tidak dibayar. Yang keempat, semasa interview saya diberitahu syarikat ada buat side job tapi saya diberitahu side job tu adalah mengikut kemahuan saya kalau saya tak nak takpa dan kalau nak akan dibayar part time tetapi bila mula kerja side job dah menjadi kerja wajib untuk saya tanpa bayaran part time, adakah manipulasi ini boleh disabit kan sebagai satu kesalahan hak pekerja walaupun sebagai trainee?

    0
    0
    Imi
    28 Sep 2022
     1:36pm

    Assalamualaikum, bekas syarikat Saya bekerja menyatakan bahawa Eksekutif tidak blh claim OT walaupun gaji bawah 2k..Hanya blh claim Cuti gantian..Adakah hal ini blh dilakukan atas alaskan jawatan Eksekutif?

    0
    0
    Amin
    2 Oct 2022
     12:09am

    Hi, bolehkah sesebuah syarikat kontrak membuat undang undang sendiri dengan membuat lampiran akuan sumpah terhadap pekerja supaya pekerja tidak boleh melaporkan kepada JTK dan perusahaan jika mahu meneruskan perkhimatan ?

    0
    0
    muhd hafis
    7 Oct 2022
     12:48am

    Salam,saya nak tanya,saya berhenti kerja tanpa notis,boleh ke company Tu guna Kan undang undang keatas saya?

    0
    0
    kim
    9 Oct 2022
     12:57pm

    Aslm, saya ingin bertanya adakah seseorang majikan boleh menurunkan pangkat/jawatan seseorang pekerja tanpa bukti yang kukuh dengan niat untuk seseorang pekerja tersebut berhenti secara rela

    0
    0
    Muhammad Shazrin
    10 Oct 2022
     4:38pm

    Maaf saya nak tanya anual leave akan diberikan jika pekerja dah confirm. Tetapi saya dh confirm kena tunggu 1 tahun baru ada anual leave boleh ke mcm tu?

    0
    0
    Khairil
    26 Oct 2022
     11:54pm

    Assalamualaikum.. saya nak tanye saya sudah berkerja selama 6tahun, boleh ke majikan tibe2 tukar waktu berkerja? Sebelum ni pkol9-5 skrg tambah lg 1jam pkol9-6 tanpa persetujuan antara 2 pihak?

    0
    0
    Anonymous
    25 Nov 2022
     11:57pm

    Hi saya nak tanya basic saya rm2050 point rm200 ( point tu kalau cuti atau mc lebih di bulan tersebut tidak akan dapat point) tetapi bulan 10 saya kerja 15jam hampir setiap hari dalam sebulan itu tetapi company hanya claim beberapa hari punya OT saja kira by minggu and hari yang kerja 15jam lain tu biar mcm tu je adakah ini wajar? dengannya itu company set 4hari 12jam 2hari 8jam tertapi tanpa bayaran ot hanya makan basic adakah ini betul wajar & betul sebab company cakap mereka ikut labour law sahaja

    0
    0
    Sara
    27 Nov 2022
     2:43pm

    Salam tuan, saya nak bertanya kalau saya memohon cuti tanpa gaji tanpa gaji selama dua hari atas urusan peribadi. Adakah menjadi kesalahan sekiranya majikan tak lulus kan atas sebab yang tak munasabah sekiranya saya tetap bercuti?

    0
    0
    Qistina Rose
    5 Dec 2022
     11:21am

    Saya adalah pembantu tadbir di sebuah yayasan anak yatim sejak tahun 2010,namun semenjak tahun 2020 ketua majikan baharu telah menambah tugasan saya yg tidak berkaitan dengan perkeranian. Saya ditugaskan untuk mencari aktiviti pemasaran,online,offline. Tugasan multimedia,saya menjadi tertekan kerana bidang itu bukan dalam sijil saya dan position saya. Apa perlu saya buat?

    0
    0
    hana
    7 Dec 2022
     6:44pm

    salam tuan. saya nk tanya, company sy bekerja ada buat kenaikan gaji utk bulan ni & semua staff naik gaji termasuk semua foreigner. kecuali saya. boleh sy saya nk fight utk tahu sebab apa sbb rasa tak adil.bila saya tanya, yg pic boleh cakap tak tahu saja. lagi 1 semua yg ada kenaikan gaji tu tidak ada sign borang apa2 pun. boleh bantu saya?

    0
    0
    momo
    9 Dec 2022
     1:04pm

    macam mana kiraan gaji untuk pekerja yang masih dalam tempoh percubaan jika dia bekerja selama 1 bulan 4 hari. dalam OL perlu hantar notis seminggu. dia dah hantar notis seminggu. jadi kiraan gaji adalah sebulan sahaja atau sebulan 4 hari ?

    0
    0
    Remy
    13 Dec 2022
     12:58pm

    Saya nak tanya boleh ke Senior Manager buka syarikat transporter sendiri dalam masa sama dia berjawatan Senior Manager?? Sehinggakan staff tempatan tidak dibenarkan kerja lebih masa semata² makan gaji basic RM1500…KATANYA COMPANY tidak mempunyai banyak wang sedangkan Foreigner ramai di bayar gaji lebih dari staff tempatan??

    0
    0
    Noor afiqah
    21 Dec 2022
     7:56am

    ape saya perlu buat jika majikan menolak tuntutan socso akibat kemalangan ditempat kerja saya..sedangkan saya ada bukti2 rawatan..trma kasih

    0
    0
    zulhardie
    26 Dec 2022
     11:07pm

    Tuan boleh saya bertanya apakah akta dan jenis kesalahan majikan melanggar akta pekerja dengan tekanan mental dan apa tindakan perlu staff lakukan?
    contoh: majikan menzalimi pekerja atau memaksa staff melakukan pekerjaan luar bidang seperti saya asst lab tetapi dipaksa melalukan pembajaan dengan baja tahi dari tangki tandas dan beberapa kerja luar bidang lain, jika staff tidak melakukan kerja itu dia potong/tidak memberi Over time(ot) sepanjang masa dan selalu beri tekanan dengan memarahi staff (majikan yang dinyatakan adalah leader deparment kawasan kerja dah di lapor kepada office tetapi tiada jawapan)

    0
    0
    Shaharuddin
    4 Jan 2023
     11:30am

    Saya sudah kerja 1thn dan minta surat pengesahan kerja dan slip gaji da nsebagai nya. Masalah nya saya di tukar kan tempat kerja atas alasan pihak majikan tidak mahu Warganegara kerja dan ganti kan kepada pekerja asing nepal. Surat yg saya mohon tidak di beri kan.

    0
    0
    Mimi
    7 Jan 2023
     10:40am

    Boleh ke majikan minta kita sign persetujuan potong elaun sekiranya kita ambil cuti sakit kerana warded di hospital

    0
    0
    Afiq Aiman Hasni
    7 Jan 2023
     12:46pm

    Majikan paksa tandatangan surat “jaminan”
    Salam tuan. Saya baru memulakan kerja pada september lepas dan telah tandatangan surat kontrak untuk tempoh setahun. Bermaksud surat kontrak tersebut menyatakan sy perlu bekerja di situ paling kurang setahun. Sy adalah batch pertama yang perlu sign kontrak tersebut. Bulan lepas terdapat staf lama yang tidak mempunyai kontrak telah berhenti kerja dan bertukar ke company berdekatan tempat kerja lama. Berikutan itu, Majikan saya memaksa semua staf lama dan saya untuk tandatangan surat baru yang menyatakan kontrak kerja di syarikatnya paling kurang untuk tempoh 3 tahun. Dan majikan juga menyatakan untuk tidak boleh berhenti dan mencari kerja baru berdekatan dengan syarikatnya. Adakah saya perlu untuk tandatangan surat tersebut sedangkan saya sudahpun tandatangan surat kontrak selama setahun. Boleh majikan memaksa saya untuk tandatangan surat baru sedangkan kontrak pertama masih belum habis dan hanya menguntungkan pihak majikan sahaja. Terima kasih tuan

    0
    0
    Bella
    10 Jan 2023
     3:03pm

    Selamat Petang dan Selamat Sejahtera Tuan,
    1) – saya telah berhenti kerja pada 31 December 2022 (selepas deduct semua leave, saya sampai pada 14 Dec 2022). Masalah saya ialah adakah saya akan dapat saya punya full commission atau saya akan dapat commission saya sampai 14 Dec 2022?
    2) – Jika gaji saya tak sampai RM 1500 adakah saya boleh buat aduan?
    3) – saya sudah kerja setahun lebih annual leave saya ada 8 hari betul?
    4) – Pubblic holiday serperti Chinese New Year, Labour Day jika saya kerja betulkah saya boleh dapat triple pay atau double pay?
    5) – kita punya gaji bahagi 26 hari ke atau 31 hari? saya punya company bahagi 31 hari.
    6) – kalau saya over buat booking bilik betulkah itu duit saya kena ganti?
    Tolong tuan beri tunjuk ajar kepada saya. Pertolongan tuan amat dihargai.

    0
    0
    miyra
    19 Jan 2023
     4:03pm

    saya nak tanya la..saya dah bekerja di syarikat tempat saya bekerja kurang lebih 5tahun..saya masuk kerja pada tahun 2018 bulan 8..sehingga sekarang..gaji basic saya sama dengan gaji pekerja baru yang baru masuk kerja di sini iaitu 1.5k..setiap kali kerajaan cakap selaras 1.2k..syarikat kami naikkan selaras 1.2k pada mulanya..dan kemuadian selaras 1.5k..gaji pekerja baru dan pekerja lama untuk basic gaji adalah sama..increment yg dinaikkan seperti mengambil kesempatan dengan menyelaraskan semua gaji pekerja walaupun appraisal pekerja tersebut bagus..gaji diselaraskan mengikut pengumuman yg diberi oleh pihak kerajaan..jadi bagaimana kes saya ni?apa yg patut saya buat?

    0
    0
    Nad
    24 Jan 2023
     9:56pm

    Assamualaikum
    Saya wakilkan pertanyaan dari rakan saya,
    Dia seorang mechanic di bengkel kereta. Satu hari rakan sekerjanya tidak melakukan pembaikan kereta dengan baik dan pelanggan tersebut datang untuk meminta ganti rugi.
    Disebabkan kesalahan tersebut , rakan sekerjanya diarahkan majikan untuk menanggung segala ganti rugi. Majikan akan memberi pilihan samaada tolak gaji atau tolak elaun.
    Dalam situasi ni , adakah majikan boleh meminta pekerja menanggung ganti rugi yang dilakukan pekerja?

    0
    0
    Izza
    1 Feb 2023
     2:41pm

    Salam Tuan,

    Saya ingin kan pencerahan berkaitan pekerja tetap tetapi ditukar kepada syarikat baru dengan tawaran kontrak. Adakah boleh ?

    0
    0
    Asiah
    2 Feb 2023
     10:03am

    Tuan.Boleh kah resign semasa dalam Penggantungan Kerja?
    Tanpa meninggu DI season.
    Apa kah keburukan tindakan ini

    0
    0
    Jaid salim
    10 Feb 2023
     9:45pm

    Apa kah tindakan yang perlu saya buat sekiranya syarikat menambah sejam waktu kerja? Dulu waktu kerja saya 9 amke 5pm tetiba bulan Januari syarikat menyukarkan watu kerja kepada 9am ke 6pm dan selepas bulan Februari menyatakan kerajaan telah meluluskan waktu 48 jam ke 45 jam dan kemudian syarikat keluarkan notis waktu kerja kepada 9am ke 5.30pm sedangkan saya sudah bekerja selama 20tahun lebih . Dan kini saya sudah menghantar notis berhenti kerja ..harap dapat membantu pencerahan tuan sangat diperlukan

    0
    0
    Sofea
    13 Feb 2023
     5:10pm

    Salam tuan, maaf dah terlambat nih tapi baru-baru ini saya ada bekerja dalam sebuah syarikat bumiputera yg kecil. Bos saya bayar gaji minimum iaitu 1.5k tetapi mewajibkan kami untuk OT tanpa bayar dan telah mengugut kami bahawa jika kami bawa kes ini ke pejabat buruh, dia akan cakap yang untung tahunannya sikit supaya kami kalah kes ini. Saya memang perlukan pencerahan, adakah kami tidak berhak dengan OT kami kerana syarikat ini kecil dan untung tahunannya sikit?

    0
    0
    Fatin
    13 Feb 2023
     10:31pm

    Salam tuan..saya sudah bekerja selama 4 tahun dan sudah confirm..tapi bolehkah majikan saya menukar status saya dari full time ke part time?

    0
    0
    chin
    21 Feb 2023
     10:14pm

    Assalamulaikum sy kerja di sebuah clinic, majikan sy terpaksa potong cuti annual leave sy 3 hari atas alasan dr smua kenal cuti pergi meeting diluar kawasan. jdi clinic terpaksa tutup sebad semua dr tak ada cuti 3 hari. tpi potong annual leave pekerja serdangkan yg nk tutup clinic adalah majikan bukan pekerja. adalah majikan boleh buat mcm tu ? dan apa perlu sy lakukan?

    0
    0
    Azmi
    24 Feb 2023
     7:43am

    Salam tuan, jika syarikat sudah dijual kepada pihak lain..layakkah pekerja itu dapat pampasan ataupun ada syarat-syarat lain. Harap tuan boleh beri penjelasan. Terima kasih.

    0
    0
    Rose
    24 Feb 2023
     10:59am

    Maaf bertanya disini, saya dalam tempoh cuti dibawah maternity leave.. Boleh ke saya hantar surat resign sebab anak saya perlukan perjagaan rapi..?

    0
    0
    Mohamad Hud kuzairy uma abdullah
    27 Feb 2023
     1:06pm

    Assalamualaikum..dan selamat pagi…saya nak tanya…kalau contoh hari ahad… majikan suruh ot..atau overtime…semasa hari ahad..dan kita tak turun kerja…dan majikan berhak tak memotong..gaji…??

    0
    0
    Mohamad Amir Khan
    2 Mar 2023
     9:07pm

    Saya perkerja under kontrak agensi perkerjaan. Saya diarahkan oleh pihak syarikat yang mengambil saya berkerja kontrak untuk berhenti kerja dan mencari kerja tempat lain.Kontrak berkerja saya sebelum ini adalah selama 1 tahun dan sekarang apabila kontrak dipembaharui, Saya hanya hanya diberi tempoh 6 bulan sahaja. Alasan yg diberikan oleh syarikat tersbut adalah kerana ahli keluarga saya (adik ipar) saya berkerja dalam department yang sama, walaupun tugasan kerja saya berlainan dengan adik ipar saya. Jawatan saya despatch & office runner manakala adik ipar saya Admin Executive. Setahun sebelum ini tiada isu ditimbulkan hanya sekarang isu ini di timbulkan oleh pihak HR.Mohon pendapat tentang perkara ini

    0
    0
    Khairul
    6 Mar 2023
     2:55pm

    Assalamualaikum saya khairul,gaji saya telah disekat oleh kilang saya sebanyak 800ringgit ,saya berhenti kerja kerana tidak ada ot dan saya telah berkerja selama 8 bulan masih belum confirm masuk company lagi ,dan saya mengambil tindakan untuk mencari kerja di tempat lain dan dapat pekerjaan di tempat lain ,saya telah memberi notis letakkan jawatan selepas tutup buku 24jam tetapi gaji saya tidak dapat di kilang CAPSTONE MANUFACTURING SDN BHD PASIR GUDANG,SAYA BERKERJA SEBAGAI QC MESIN ..

    0
    0
    Hasnilawati ramli
    17 Mar 2023
     12:20pm

    Nak tanya kalau kerja tetap atau permenent bolehkah ditukar kepada kerja kontrak?

    0
    0
    dayangina binti dulmumin
    18 Mar 2023
     5:17pm

    Salam .. en sy ada benda yg ingin saya tahu sebelum sy buat aduan.. sy berkeja sebagai therapist di sebuah company besar .. sy da berkerja selama 5 tahun lebih.. tapi malang sy mengambil keputusan berhenti kerja atas alasan tersendiri..dan sy pun da Buat letter yg disesuaikan syarat… dan apabila management received dan reply email yg saya buat.. mereka accepted surat letter resignation saya .. tapi sy pelik mereka kata sy tak entitled any claim selama setahun untuk tahun 2022.. sedangkan sy bagi surat resign sy pada tahun ini.. soalan sy adakah wajib syarat dari company untuk sy bahawanya sy tak layak medapat claim dari mereka?

    0
    0
    Isa
    18 Mar 2023
     11:43pm

    Salam tuan saya nak tanya kalau saya baru kerja 3 hari n saya hantar notis 24 jam tapi pihak majikan kenakan denda brhnti 24 jam RM50 dan denda membuat makanan Gred ‘E’ konon sbab part time saya buat makanan RM sekian² sedangkan masa dia tawarkan kerja janji buat satu hidangan shaja bila dah kerja suruh buat 3 hidangan dan bantu² yg lain..perniagaan dia buat dekat rumah dan takde sign apa² kontrak.

    0
    0
    wan
    24 Mar 2023
     10:05am

    salam tuan,
    saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan / pencerahan. jika majikan menurunkan pangkat seorang pekerja, adakah gaji pekerja tersebut boleh dikurangkan tanpa persetujuan dari pihak pekerja?
    jika ini berlaku, apakah tindakan yang boleh di buat oleh pekerja terbabit?
    terima kasih

    0
    0
    Yun
    25 Mar 2023
     1:39am

    Hi sy nak tnya sekiranya saya diberi surat amaran akibat yg mengatakan kerosakan disebabkan kecuaian , bolekah majikan memotong gaji utk ganti rugi walaupon tiada bukti yg mengatakan sy bersalah?

    0
    0
    Osman
    27 Mar 2023
     4:28pm

    saya nak tanya jika kerajaan sudah tetapkan basic salary contoh Rm1500
    tetapi pihak syarikat memotong basic salary apa tindakan

    0
    0
    Osman
    27 Mar 2023
     4:29pm

    Minta penjelasan dan pencerahan

    0
    0
    Shazwani
    30 Mar 2023
     11:59am

    Salam.. pls advice ya.. cerita mcm nie.. saya baru masuk satu company ni awal bulan march. Kiranya saya ni masih dalam probation lah dan pada 9march saya hantar noti surat resign 1 bulan atas sbb ayah saya di trg sakit dan perlu saya hantar ke klinik/hospital setiap bulan. My last day on 9april lah. Saya kerja sebgai sales macam balas ws customer lah. Saya perlu bawa laptop sendiri untuk buka ws web dan login no business company. Satu no business company ada 3 orang yang jaga termasuk saya. Saya hanya jaga dan balas chat pada 9am-6pm sahaja.

    Pada 21march, pada waktu saya bertugas ada satu no ws chat pada no business company yang dia ada beli no business company utk mak dia tapi kenapa ws sudah ada ws. Jadi saya tidak reply chat itu kerana igt salah no sbb pernah dpt juga chat yang salah no mcm tu jadi tanpa buang masa saya hanya fokus no yang betul2 nak beli sahaja.

    Pada tghhari semua ws web sudah logout sendiri. Dan majikan chat saya kenapa tidak beritahu pasal ada owner baru no business company itu chat pasal itu dan majikan beritahu saya sudah buat keputusan sendiri tanpa beritahu dia sedangkan saya pun tidak tahu yang no itu tidak aktif dan telah di beli oleh orang lain.

    Pada 23march, majikan chat saya supaya tidak perlu datang office krana tgh bincang pasal nak berhenti kan saya atau pun tidak. Dan majikan chat beritahu saya telah diberhentikan tanpa gaji atas sbb kecuaian saya majikan beritahu. 

    Tapi Jika majikan kekalkan aktif no itu ataupun beritahu saya no itu tidak aktif pekara itu tidak akan berlaku. Majikan beritahu saya atas sebab kecuaian saya dia terpaksa hadapi masalah yang tidak patut hadapi. Dan majikan juga ada beritahu dia boleh assume law tapi dia tak mahu jika saya terima dibuang tanpa gaji.

    Jadi saya sebagai seorang pekerja adakah patut saya berasa takut jika majikan cakap nak buat next step dengan lawyer ?

    Harini 30/3, majikan chat saya disbbkan saya syarikat rugi dah srh saya buat aduan JTK je. Dia pun dh keluarkan surat dan post dkt saya . Say tnggu surat tu datang je. Apa patut saya buat Tolong saya !! Pleasee lawyer yang ada beritahu saya

    0
    0
    Shukri
    2 Apr 2023
     10:39am

    Asslmlkm tuan,perlukan sedikit pencerahan…..boleh kah majikan menyekat gaji sekiranya notis letak jawatan selama 2 bln diberikan

    0
    0
    unknown
    2 Apr 2023
     1:45pm

    hello, saya ada persoalan.. saya yang bertanya tentang satu masalah yang berlaku di tempat kerja saya yang mana seorang pekerja telah berhenti namun tidak memulangkan aset syarikat yang bersifat digital seperti fb business company dan juga tiktok.. saya ingin bertanya apa tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap pekerja ini

    0
    0
    hanipah
    6 Apr 2023
     5:57am

    nak tanya…syarikat telah bersetuju .supaya kes ini diserahkan kepada pihak polis untuk disesaikan dgn lebih adil dan tepat.setelah syarikat membuat repot polis..saya dipangil untuk siasatan.hasilnya saya dilepaskan tampa sebarang tuduhan yg dikenakan.pihak syarikat tidak puas hati dan telah membuat siasatan dalaman atas kes yg sama.hasilnya saya terlah bersalah dan dibuang kerja.boleh ke syarikat buat bergitu….saya keliru…

    0
    0
    Zuraidah kamal
    8 Apr 2023
     12:14pm

    saya nk bertanya ,sekiranya seseorang tu ditangkap polis,adakah dia layak untuk mendapat gajinya.

    0
    0
    Muhaimin
    12 Apr 2023
     9:39am

    Assalam Tuan Nasruddin. Hal ini sedikit memalukan bagi saya sebagai fellow learned counsel. Tetapi saya ada satu pertanyaan. Saya ditawarkan kerja sebagai LA di sebuah firma guaman, probation 6 bulan. Notis berhenti 2 bulan. Hanya selepas 6 bulan, jika saya diconfirmkan jawatan saya, notis akan menjadi 3 bulan. Kesemua terma ini dinyatakan melalui WhatsApp sahaja. Kata kunci adalah “we can sign a contract where the probation period will be 6 months…..(terma seperti di atas).”

    Saya mula masuk bekerja pada 5/4/2023 dan kini (12/4/2023), cukup seminggu. Masih belum tandatangan sebarang offer leter. Hanya menyatakan persetujuan pada terma WhatsApp tersebut.

    Setelah seminggu berada di firma ini, saya mendapati workplace environment tidak compatible dengan saya. Soalannya, bolehkah saya berhenti dengan notis 24 jam memandangkan saya belum menandatangani sebarang official offer letter dalam black & white?

    0
    0
    Faris
    20 Apr 2023
     3:27pm

    Salam saya nak tanya, saya kerja di bahagian insurans, majikan saya memaksa saya untuk beli produk mereka dan kalau saya tak beli, saya kena 1st warning letter, apa yang patut saya buat?

    0
    0
    Kebaboom
    26 Apr 2023
     10:00am

    Assalamualaikum sy ingin bertanya bolehkah seseorang pekerja digantung perkhidmatan tanpa notis rasmi dari pihak majikan ?

    0
    0
    DATU AZMIL BIN DATU ZULKIPLI
    27 Apr 2023
     5:59pm

    selamat petang.. saya inggin bertanya.. saya berkerja sebagai kelindan lori di salah satu perabot jalan semenyih.. saya berkerja dari 2018 sehinga 2023.. tetapi kedai akan di tutup dan akan di gantikan dengan kedai perabot lain.. majikan lama saya memberi tahu bahawa akan di berhentikan bulan 5.. atau saya akan berkerja dengan majikan baru ..
    apa tindakan yg harus saya buat..
    1) jika saya di berhentikan tanpa dapat notis
    mahu pun pampasan..
    2) jika saya berkerja dengan majikan baru
    tapi dengan cara kerja beza..
    mohon penjelasan untuk kes saya tuan..

    0
    0
    Jefri
    27 Apr 2023
     7:48pm

    Assalamualaikum saya nak tanya Klau saya kerja di Penang dan ada surat mc dari luar Penang adakah saya boleh dibuang macam tu saja tanpa sebarang notis?? Saya harap ada balasan

    0
    0
    Kingazroy
    1 May 2023
     9:56am

    Assalammualaikum dan selamat sejahtera…maaf saya nak tanya jika pekerja ambil masa rehat untuk tidur sekejap adakah salah atau tidak???

    0
    0
    adzrin
    11 May 2023
     4:35am

    majikan tidak mahu bayar gaji semasa berkerja di hari public holiday dengan alasan saya belum confirm..

    0
    0
    Mohd Fauzi
    11 May 2023
     2:02pm

    Saya ingin bertanya, bolehkah company mintak bayaran jika lambat menghantar report / laporan . Contohnya pada pukul 1ptg Encik A tidak menghantar laporannya dan dikenakan denda Rm5 setiap minit .Company meminta Encik A membuat bayaran Rm120 setelah Encik A lewat menghantar laporannya 24minit.

    0
    0
    Qeena
    14 May 2023
     5:28pm

    Assalam nak tanya, company beri pilihan sama ada nak gaji minggu atau bulanan, kalau kita amek gaji minggu , kita tak akan dapat payslip ya?

    0
    0
    Wafiqrullah
    24 May 2023
     12:09am

    Salam tuan/puan
    Sya habis kontrak (contoh bulan 10)
    Boleh ke bila tiba tempoh nya sya bla begitu shaja tampa notis..?( atas sbb majikan akan cas sya dgn nilai yg tk masuk akal)
    Contoh: cas atas barang kerja seperti tool dn lain lain 😅
    Terima kasih

    0
    0
    hamba allah
    27 May 2023
     3:05am

    salam..1)bolehkah majikan memaksa pekerja maintenance bertukar tugas sebagai operator technician..tanpa persetujuan kami semua..2)kami sekarang bekerja shift..dipaksa bekerja 12jam sehari..6hari seminggu..shift pagi 5.30pagi-5.30petang..shift petang 5.30ptg-5.30pagi..dan sekarang kami dipaksa bekerja shift permanent (tetap)..pagi 5.30-5.30..ptg 5.30-5.30..tiada shift selagi bekerja disini..tiada surat..hitam putih..hanya arahan dan taklimat penerangan kami ditukar job skop..mohon bantuan tuan..bolehkah majikan memaksa kami..sebab semasa sign surat lantikan..sebagai maintenance line..bekerja shift..skrng sy hanya kerja malam selagi masih disini..

    0
    0
    Jay Abdullah
    1 Jun 2023
     11:57am

    Pelanggan bertindak merakam saya dan bertindak berjumpa dgn pengurus mall dan mngugut untuk viral kan dimedia sosial…pelanggan yg sama pernah mnimbulkan masalah yg sama sebelum ni dgn rakan sekerja ..kali ni sy ..

    0
    0
    Kin
    12 Jun 2023
     5:06pm

    Hi maaf menyelit, saya nak tanya saya ada kerja satu company 7e ni selama 15hari dan 1hari ot dan saya pun telah beri notis last 26hb tapi hq 7e kata tak valid sebab saya tak nyatakan saya berhenti utk sebulan ke seminggu dan mereka ada cakap kalau nak berhenti kene bgi surat resign dulu tapi manager saya berdiam diri saja bila saya inform harini last dia kata hantar surat resign nanti. Saya pelik mereka sebagai manager harus cakna la dalam hal ni melibatkan tenaga bekerja lagi2 saya students 2weeks saya bersengkang mata jaga waktu malam direct hq terus cop saya tak notis resign seminggu ke sebulan saya just tahu saya pun terpaksa berhenti pada hari tersebut sebab ada emergency dan mereka tolak 14hari tu dengan notis saya sahaja dan saya tak dapat satu sen pun,ada cadangan lain untuk saya tuntut gaji saya salama 14hari?

    0
    0
    Muhammad Asyraf
    13 Jun 2023
     12:01pm

    Assalamualaikum, boleh x bagi pencerahan, if Saya salah tidak apa , if Pihak diorng salah mohom bagi tindakan apa Saya patut buat ….

    Situasi 1 : Saya ringkaskan cerita ya , Saya sudah menjalani sesi temuduga, and so far dah settle ..so panel temuduga tu bagitau keputusan akan kluar 3 Hari bekerja ..the. Saya Tunggu hampir 5 Hari keputusan tidak kluar sedangkan Hari tu Hari bekerja jugak bukan Hari weekend or cuti ..so Saya update balik dngn hr tu dah kluar ke … jawapan dia kami masih dlm perbincangan …so Saya tunggu lagi sehingga dkt 2 minggu ….and last skali Saya tnya kpda Pihak HR result dah kluar ke ..then dia ckp kami dah submit keputusan dngn majikan ..so dlm waktu Dua minggu tu keputusan dah lama kluar ..but majikan , bos x bagitau keputusan sbb dah dkt dua minggu Saya Tunggu…. sampai lah harini 13/6 Saya masih x dpt jawapan keeputrusan IV itu ..tarikh iv Saya arytu 11/5 … last2 assistant manager ditmpt Saya bekerja bagitau snyp2 … actually Saya dah diterima tapi x Tau knape diorng suruh rahsiakan dulu daripda Saya until now …bos and manager atsan x bagitau apa2 pon… assistant manager tu x bleh buat apa sbb dia x de hak dlm Hal ni…. Saya pelik knape ya….so apa pendapat cik ya ….nk ckp saya buat masalah langsung x de ..Saya dah kerja hampir 6 tahun dngn company tu……

    Situasi 2: Wajarkan atau bolehkah majikan Dan boss menyuruh atau membiarkan pekerja bekerja dlm bukan skop kerja dia sbnar….tambah lagi basic kerja it berlainan …..atas dasar tidak cukup staff……Pada awal nya pekerja itu ingin blajar kitchen sbb dia ingin blajar smua SOP berkaotan kitchen untuk bagi meluluskan dia ke next step for apply assistant managers….tapi pekerja tu ingat dlm Masa singkay sahaja harus duduk kitchen….but sampai skarang 13/6 masih kena duduk kitchen..buat kerja berat2… Bila tnya x bleh ke pekerja itu nk ke jawatan asal dia ..dia ckp Kita x cukup staff ..kena duduk kitchen dulu ….padahal skop kerja lain and kerja yg berbeza …..Pekerja itu dlm keadaan terpkasa kena duduk bekerja dlm kitchen ..pada awlnya niat mahu belajar sop sahaja….padahal dlm waktu sbulan pekerja itu dah tau smua berkaotan Kitchen….ni dah hampir 6 bulan dkt kitchen …pekerja itu x bleh buat apa …mampu turut arahan sahaja, last2 pekerja itu dah x tahan….

    Situasi 3: Wajarkan majikan memotong hour’s pekerja tanpa bagitau pekerja itu Dan tanpa sebab …. Dalam schedule waktu bekerja lain and balik lewat mlm .. last2 dia potong hours..ibarat kami kerja free2 je yg dia potong tu…..tapi .. alhamdulillah ada assistant manager yg alert atas perbuatan dia …trus assistant tu tukar balik tanpa pengetahuan dia ……tpi disini if sekiranya x de sape2 Tau even assistant managers…Saya rasa bnyk hours dia tolak sblom ni ….atas kesalhan dia sendiri …dia yg buat jadual ..and bila hours terlbih dia bleh sewenang wenang cut hour mcm tu je ….kami bukan robot bleh kerja free2.

    0
    0
    Mohd zul
    20 Jun 2023
     4:58pm

    boleh saya(pekerja) di pinjamkan ke anak syarikat lain tanpa membuat perbincangan/persetujuan dengan pihak pekerja iatu saya sendiri? Dan tugasan yang diberikan di tempat yang ingin meminjam terlalu jauh dari tugasan yang kamu buat di syarikat pertama.

    0
    0
    Ragawan
    21 Jun 2023
     3:39pm

    Selamat petang tuan. Saya nak tahu jika syarikat ditukar hakmilik kepada orang lain dan bos lama dah tinggalkan perniagaan dan paksa pekerja ikuti bos baru maka adakah pekerja tempatan yang 7 tahun berkhidmat dangan bos lama mampu dapat pampasan dari bos lama.

    0
    0
    raj
    23 Jun 2023
     5:16pm

    Ketua jabatan telah bersara, tugas beliau telah diberikan kapada saya tanpa apa-apa alaun, tiada kenaikan gaji selama 5 tahun. Bolehkah kita failkan kes terhadap majikan?

    0
    0
    Arsyad
    29 Jun 2023
     12:55pm

    Mau putus kontrak.baru kerja satu tahun jadi pembantu rumah.mau pulang tapi ngak di kasi sama majikan dan ejensi…kena ganti rugi dulu RM5000 baru bisa pulang kata ejenya.mohon solusi

    0
    0
    Hhh
    3 Jul 2023
     9:51am

    Tuan saya berkerja sebagi rider makanan syarikat gergasi malaysia dan diaktegorikan sebagai seorang freelance..boleh saya bertanya ,pihak syarikat tidak mahu membayar gaji sayaa atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh sayaa..di dalam perbincangan disuruh pihak syarikat mengemukakan bukti namun mereka tidak ada bukti…adakah saya boleh menuntut hak gaji sayaa tersebut ataupun tidak yaa ?

    0
    0
    Aida
    12 Jul 2023
     10:47am

    Boleh berikan contoh atau penjelasan tentang undang-undang majikan yang gagal memasukkan tempoh gaji dalam kontrak pekerjaan?

    0
    0
    zana
    12 Jul 2023
     12:49pm

    Assalmualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya, saya bekerja as yearly contract basis..Setelah genap setahun bekerja saya tidak diberikan offer letter renew contract dan cuma dapat offer letter utk kenaikan pangkat sahaja. kemudian saya hantar notis 24jam utk berhenti. kemudian Syarikat tersebut minta saya bayar semula 2 bulan gaji..adakah saya boleh disaman? terima kasih Tuan..Saya berharap menemui jawapan

    0
    0
    Parameswary
    15 Jul 2023
     1:30am

    Bolehkah majikan bagi masuk kerja balik kerja sesuka hati? Setiap Bulan Bos saya tukar masa kerja pukul 2pm masuk kerja 11pm atau 12am balik. saya Tanya pun Bos ikut waktu dia masuk kerja balik kerja

    0
    0
    abdul razak bin zakir
    18 Jul 2023
     2:46pm

    Ingin bertanya, adakah menjadi kewajiban kepada majikan untuk menyediakan tempat letak kenderaan dimana situasiny sangat memerlukan sebagai contoh. tempat kerja yg tidak di lalui pengangkutan awam seperti bus dan sebagainya dan memerlukan pekerja itu mengenderai kereta namun tiada tempat ada tempat meletak kenderaan dan ilihan yang ada adalh meletak kenderaan di bahu jalan dgn risiko mendapat kompaun atau saman dari pihak berwajib seperti Polis trafik atau JPJ.. harap ada penjelasan

    0
    0
    Ahmad Sufri
    18 Jul 2023
     4:28pm

    Assalamualaikum. Saya ada soalan. Saya nak berhenti kerja selepas menerima offer dari company baru. Saya pun masih dalam probation. Majikan nak saya serve 3 bulan notis dan bayar 3 bulan penalti. Dalam contract memang ada cakap 2 clause. Resignation dan service duration. Service duration 2 years minimum. Kurang dari itu, saya perlu bayar penalti 3 bulan. Dalam clause resignation pulak, upon confirmation, 3 months notice or 3 months pay. Sekarang ni majikan saya nak suruh saya ikut kedua2 clause. Guna clause resignation ikut 3 months notice, guna service duration 2 years minimum kena bayar 3 months. Bolehkah saya di kenakan dua2 penalti? Ataupun salah satu? Kalau saya diarahkan untuk bayar balik 3 bulan, bolehkah majikan memaksa saya bayar secara lumpsum?

    0
    0
    MOHAMAD SHAHRIL
    23 Jul 2023
     6:08am

    Assalamualaikum Tuan saya nak tanya saya bekerja dengan 1 syarikat ini dan syarikat ini telah memberi kontrak setahun untuk saya bekerja. Dan saya perlu berhenti untuk menjaga ibu yg sedang sakit dan saya perlu membyar tuntutan sebanyak RM7500.00 saya telah pun membayara sebanyak RM5000.00 dan mempunyai lebihan lagi sebanyK RM 2500.00 saya telah menulis surat rayuan untuk membuat permohonan secara ansuran bGi bYarN jumlH lebihN itu dan pihak mJikan menolah skrg saya tak dak duit nk bayar sekaligus bayaran ansurN yaa saya boleh bayar saya hendak menjelaskan bukan nak lari cuma saya minta untuk ansuran sahaja..

    0
    0
    Izara
    31 Jul 2023
     3:57pm

    Saya nk tnya sy dh xjdi principal tapi offer letter sy msih principal dn gaji sy dikira sbgai guru biasa . Apa sy kne buat boleh ke sy saman owner ? sdgkan sy guru biasa tp owner suruh sy buat kje hr ( draft dan hntr surat jtk ) boleh ke encik ? Tq

    0
    0
    Ezall
    1 Aug 2023
     12:11pm

    Maaf bertanya..sekiranya bos nak berhentikan kita..tp membuat keputusan untuk memindahkan kita kepada aulet lain yg jauh dan dari kediaman…apa kah kita boleh buat aduan…

    0
    0
    Mohd Nasri
    2 Aug 2023
     12:45am

    Hi,blh tnya,,sy di bhntikan krja pd mlm td jam 11.06pm bertarikh 1/8/23,tnpa surat notis 24jam sy tak ada menerima hnya menerima WHATSAPP SAHAJA,apa prlu sy buat dan apa tindakan prlu dikemukakan

    0
    0
    Haziq mahmod
    2 Aug 2023
     10:44am

    Salam semua.. Nak bertanya sebagai majikan.. Apa tindakan sepatutnya saya buat jika pekerja didapati masuk ke penjara

    0
    0
    afini
    2 Aug 2023
     10:47pm

    Hi. Saya nak tanya, majikan nak saman pekerja atas kerana pekerja tak datang kerja pada hari ke-2, dan pada masa tu pekerja masih lagi dalam tempoh probations, majikan memberitahu bahawa pekerja tersebut perlu memberi notis 2 bulan sebelum berhenti kerja. Adakah majikan boleh saman pekerja dengan alasan begitu ?

    0
    0
    Manager stress
    4 Aug 2023
     8:37pm

    Salam tuan
    Saya seorang manager gaji > Rm8k. Bagaimana saya boleh buat aduan jika majikan menindas buat meeting online tidak kira masa di luar waktu pejabat . Sampai malam2 pun panggil meeting urgent.

    0
    0
    Ahamd
    8 Aug 2023
     7:32pm

    Salah atau tidak jika majikan membayar gaji menggunakan akaun peribadi dan bukan akaun syarikat

    0
    0
    mazlan
    17 Aug 2023
     9:27pm

    tuan kalau saya kerja d atas talian dan diberikan telepon utk pekerja , namum telepon itu hilang dan majikan meminta ganti rugi dengan harga yg tidak sepatutnya apa yang patut saya buat ?

    0
    0
    MUHAMMAD FITRI
    24 Aug 2023
     11:34am

    Assalamualaikum tuan….saya nak tanya….saya sekarang bekerja kontrak dengan syarikat A selama setahun….boleh ke kalau saya nak buat kerja partime dengan syarikat B?…. Dengan tujuan nak jana pendapatan lebih…jadi kesalahan kah tuan? Mohon penerangan tuan…..terima kasih

    0
    0
    Ikhwan
    25 Aug 2023
     5:42pm

    Hi, saya ingin bertanya dimana commission saya di tahan sudah selama dua bulan tanpa sebab yang mereka tetapkan. Meraka tahan atas sebab diaman saya tak hit target sedangkan mereka tak sebut dalam perjanjian. Saya buat commission dengan syarikat ni sudah setahun lebih dan secara tiba tiba muncul isu begini. Bolehkah saya buat aduan dan bolehkan pihak berkuasa kenkan tindakan ke atas syarikat ini? Terima kasih.

    0
    0
    Syahmi
    29 Aug 2023
     10:20am

    Saya ingin bertanya , saya sudah 6 bulan meletak jawatan di company lama , setelah 6 bulan barulah company saya minta servis bond padahal semasa berhenti haritu tidak dinyatakan dalam surat persetujuan berhenti Dan saya sudah mendapat release letter . Bolehkan company lama saya mengambil tindakan undang2 terhadap saya ?

    0
    0
    Syikin
    30 Aug 2023
     2:50pm

    Maaf ada soalan nak tanya .. boleh ke majikan potong bonus pekerja yang telah diberi surat bonus dan sudah cop dan sign .. saya telah memberi notice berenti sebelum surat bonus dikeluarkan dan selepas beberapa hari saya dapat berita daripada majikan bawaha bonus saya dipotong dan tak akan terima

    0
    0
    Sharifah Abdul Majid
    3 Sep 2023
     12:41pm

    Salam tuan. Boleh ke majikan masih menggunakan maklumat pekerja yang telah lama berhenti kerja seperti number telephone untuk dihubungi?

    0
    0
    Suu
    7 Sep 2023
     7:24am

    Assalamualaikum tuan.. saya bekerja di syarikat A. saya sepatutnya pulang kerja pukul 6.30 petang tapi sy perlu ot atas sebab kerja yang banyak sebanyak 6 hri..dan pulang pada pukul 10 malam. sepatutnya tolak waktu rehat, ot saya adalah 2 jam setengah tapi syarikat bayar untuk 2 jam sahaja utk setiap hari ot sy. sedangkan kalau 6 hari spptny 3 jam lg perlu dibayar.

    0
    0
    syaf
    7 Sep 2023
     10:51pm

    Nak tanya , jika gaji yang diberi oleh company terlebih 300 adakah dia boleh menuntut semula wang itu ? Dan apabila kenaikan gaji awal tahun depan .. dia perlu naikkan lebih dari gaji ataupun mengikut surat confirm kenaikan gaji tahun sebelumnya ?

    0
    0
    muhammad syukri
    10 Sep 2023
     12:57pm

    maaf saya nak mintak pendapat dari Tuan. di tempat kerja saya, saya memegang 2 jawatan, iaitu “Human Resources And Admin Assistant” sudah hampir 6tahun berhidmat di syarikat ini dan gaji yg ditawarkan sebanyar rm1500, tetapi tiada sebarang kenaikkan gaji, dari awal kerja sampai ke tahun ini. apakah langkah yang patut saya buat jika keadaan begini?

    0
    0
    Msyak
    17 Sep 2023
     9:52am

    Assalam & selamat sejahtera… Sy ingin tahu hak-hak pekerja kontak yg mengalami kemalangan semasa bekerja? Pemberian gaji ketika cuti sakit melebihu 2 bulan(kemalangan semasa bekerja) , rawatan kesihatan akibat kemalangan, pampasan sekiranya menjadi OKU, insurans pekerja dll… Mohon penjelasan dan penerangan tuan

    0
    0
    Haziq
    19 Sep 2023
     1:55pm

    Jika saya melakukan kesalahan dan syarikat kerugian RM 500k, adakah satu kesalahan jika syarikat meminta saya bayar wang tersebut?

    0
    0
    Che sheril adriana
    9 Oct 2023
     12:41pm

    Assalamualaikum. Saya nak tanya.
    1. Bos tolak epf socso di payslip tapi tak carum dlm kwsp, bila di tanya, alasannya, kena gaji min 1.5k, baru boleh tolak. Bila di tanya, kenapa tolak kalau dah tahu takboleh, dia diam. Dan hantar screenshot tertulis seperti di atas, tapi di crop gambar ss tu. Sedangkan boleh je. Bila tanya, tak jawab soalan tu pun.
    2. Saya kerja ot, dia bayar rm6 sejam, sedangkan rm10++ ot sejam saya. Katanya trtulis dlm kontrak, saya cakap ini akta kerja dan cara kiraan ikut undang². Tapi dia tetap menegakkan diri. Saya terima kontrak melalui ws, tapi saya belum sign dan hantar semula.
    3. Semasa public holiday, saya di minta bekerja. Tapi dia tak bayar 2x or 3x. Even ganti cuti pun tidak bagi.
    Saya ada bukti semua msg dia dgn saya melalui ws. Saya tak mampu nak bayar lawyer. Saya rasa nak saman tapi saya rasa keseorangan. Bantu saya.

    0
    0
    HANIPAH
    18 Oct 2023
     4:33pm

    Selamat petang…saya diarahkan oleh mahkah buruh ..supaya menghantar surat penyata kes sebelum 30/10/2023. Kemahkamah di Ipoh ..atas kes pembuangan kerja tanpa alasan dan bukti yang menyatakan saya bersalah.pihak syarikat telah melaporkan kepada pihak polis menyata yang saya telah mengamuk menggunakan senjata tajam..dan mengugut penyelia saya.mereka membawa 3 orang saksi.saya telah ditangkap dan dibawa ke balai polis..saya didapati tidak bersalah oleh pihak polis dan dibebaskan pada malam itu juga.tetapi pihak syarikat telah membuat satu siasatan dalaman keatas saya dengan kes yang sama.saya telah dikatakan bersalah.tampa memberi keterangan dimana kesalahan saya.saya dibuang kerja.saya perlukan bantuan

    0
    0
    Mazlina binti hmad
    5 Nov 2023
     3:19am

    Assalamualaikum tuan, anak saya telah diberhentikan kerja dengan notis 24jam. Alasan tidak patuh arahan majikan. Tiada surat amaran. Fakta sebenar majikan no2 telah meminta duit syarikat dari anak saya tetapi anak saya tidak bagi kerana majikan no 1 telah arahkan utk bank in semua duit setiap 2 tau 3 hari sekali.
    Majikan anak saya hanya membayar gaji untuk bulan terakhir dan mengubah gaji pokok dari 1700 kepada 1400 dan membayar gaji bersih 1200. Majikan tidak bayar gaji ganti notis… apa tindakan yang sepatutnya anak saya ambil?

    0
    0
    Hada
    17 Nov 2023
     10:28am

    jika bekas majikan saya masih mempamerkan carta organisasi yang masih tertera gambar,nama dan jawatan saya,adakah salah dari segi undang undang?

    0
    0
    Hakim
    30 Nov 2023
     5:33pm

    Salam tuan sy nak tanye…sy bekerja dgn agensi pekerjaan slma 2 bulan & sy telah hanta notice 24jam didlm kontrak ade menyatakan kalau nk resign dlm tempoh probation perlu bg 1 bln notice… Soalan sy.. adekah kalau dorang perintahkan sy utk bayar sy perlu bayar..& adakah sah disisi undang2 utk sy bekerja dgn agensi pekerjaan?

    0
    0
    Azz
    5 Dec 2023
     6:02pm

    Hi saya nak tanya, kalau pada masa cuti saya, saya diminta dtg utk hadiri meeting, adakah legal di sisi undang2 pekerja? Kalau saya tak dtg, saya akan dpt warning letter sbb ingkar arahan padahal meeting tu pada hari cuti saya

    0
    0
    Liza
    8 Jan 2024
     2:36pm

    Assalamualaikum
    Saya bekerja 17 tahun di company A dan kontrak kerja saya sign untuk company A bg jawatan pereka grafik, dalam masa sama saya perlu buat kerja utk company B, C dan D ( Majikan yg sama Mr. X ) dan bukan dalam job skop kerja saya. 5 tahun lepas, saya telah dilantik menjadi Head of Department Business Development, tanpa sebarang perjanjian kontrak baru, masih digunapakai kontrak lama. Job skop saya di tambah dan still buat kerja untuk company A, B, C dan D.
    Majikan sering marah dan menyatakan saya WAJIB buat kerja yg diarahkan ( kerja company B, C dan D ) sb beliau Mr. X yg bayar gaji. Beliau sering kata dia x berhutang dengan staff. Baru-baru ini anak saya x sihat dan mengisi borang keluar 2 jam daripada pihak HR untuk bawa anak ke klinik, sebelum ke klinik, saya masuk kerja 8:30 pgi dgn membawa anak ke pejabat, majikan arahkan saya buat kerja untuk company D dan perlu siap sebelum jam 12, kerja saya siap jam 11 pagi dan saya pass kerja tersebut pada kerani company D. saya keluar ke klinik. Majikan saya mengamuk dan bertalu-talu call saya di klinik dan menyatakan kalau beliau tahu saya nak pegi klinik, beliau akan tahan saya dan semasa saya di bilik doktor, majikan call arahkan saya balik ke ofis dan jumpa doktor selepas kerja company D siap.
    Adakah saya di kira melanggar undang2 kerja. Mohon pencerahan

    0
    0
    Mail
    13 Jan 2024
     9:03pm

    Salam..saya nak bertanya tentang balance cuti tahunan AL apabila saya meletakkan jawatan notice 1 bulan tapi saya tak dibenarkan oleh majikan menghabiskan/mengambil AL sedangkan AL saya masih berbaki 6 hari,apakah Al hak majikan,apa perlu saya buat tuan?

    0
    0
    Azran
    22 Jan 2024
     12:06am

    Salam , nak pencerahan bagaimana utk pekerja yg bekerja di bahagian admin jawatan sebagai executive Dan gaji bulanan basic rm4500. Tiada elaun .di berhentikan atas sebab syarikat tutup operasi. Berjawatan tetap kerja dlm tempoh 20 tahun.
    Majikan ada menawarkan pertukar ke cawang lain. Tetapi pekerja tidak bersetuju dgn tawaran itu. Mereka di beri pilihan utuk berhenti secara sukarela. Adakah akta yg membenarkan berhenti dgn notice 2 bulan tiada pampasan. Jika boleh tuntut bagaimana cara Dan berapa yg patut pekerja dapat Wang pampasan

    0
    0
    Mohd Rizal
    27 Jan 2024
     7:30pm

    Salam Tuan, Jika majikan melakukan kesalahan sewaktu memberhentikan pekerja yg bergaji lebih dari RM5000, boleh kah melapurkan ke Mahkamah Buruh? atau bagaimana caranya?

    0
    0
    Nazar
    9 Feb 2024
     1:32am

    1. Boleh kenaikan gaji tahunan diubah dari January seperti dh syarat syarat perkhidmatan sebelum ini kepada setiap April tanpa persetujuan petugas?
    2. Sekiranya diubah ke April tunggakkan gaji bagi Jan – Mac tahun tersebut masih perlu dibayar?
    3. Bagi Kenaikan gred ke gred lebih tinggi, telah dipraktis lama akan dpt kenaikan tambahan 10% dibandingkan adakah wajib majikan bayar smula jika baru sedar tidak dpat kenaikan gaji semasa kenaikan gred sebelum ni…..boleh kah bukti surat kenaikan gaji tahunan bagi tahun kejadian dijadikan bukti mmg ada kenaikan gred berlaku?

    0
    0
    pekerja kuli
    27 May 2024
     11:18pm

    assalamualaikum tuan sy nk Mintak sedikit pencerahan jikalau kita sebagai freelance dan xde sign contract dan xde potongan kwsp adakah ML sama mcm pekerja yang ade contract and potongan kwsp,coz ade hari yang sy tak dapat pg kerja sbb orang rumah saya xshat dan saya x pg kerja pd hari itu adakah saya bersalah,dan ape yang patut saya ckp kpd boss,saya just nk tahu ade akta ke mcm mane tu tuan

    0
    0

Leave A Comment