Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Hak-hak Wanita Selepas Perceraian dari Sudut Perundangan Syariah - Jom Tanya Peguam
Skip to content

Hak-hak Wanita Selepas Perceraian dari Sudut Perundangan Syariah

1. Hak terhadap Nafkah Iddah

– Wanita yang diceraikan berhak mendapat Nafkah tempat tinggal, pakaian, makan dan minum sepanjang tempoh Iddah. Kiraan Nafkah ini diambil berdasarkan pendapatan bekas suami dan kos penginapan (tempat tinggal), pakaian serta perbelanjaan makan minum wanita yang diceraikan.

– Contoh: sekiranya wanita tersebut dihalau daripada kediaman, bekas suami wajib mencarikan wanita tersebut rumah sewa/hotel sepanjang tempoh Iddah. Sekiranya bekas suami gagal melaksanakan kewajipan tersebut, wanita yang diceraikan dan telah dihalau boleh mencari tempat lain untuk disewa dan bekas suami hendaklah membayar sewa, bil air dan bil elektrik rumah tersebut.

– Sekiranya tidak dihalau, maka si bekas suami hendaklah membayar bil-bil elektrik, air dan perbelanjaan dapur wanita yang telah diceraikan.

– Tetapi, sekiranya pasangan bersetuju untuk membayar sesuatu jumlah sepanjang tempoh Iddah juga dibenarkan.

2. Hak terhadap Muta’ah

– Ramai yang keliru dan tidak faham berkaitan Muta’ah ni. Muta’ah adalah sagu hati daripada bekas suami kepada bekas isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Tujuan utama Muta’ah adalah bagi membolehkan dan memudahkan si isteri yang diceraikan untuk melangsungkan dan memulakan kehidupan baharu.

– Selalunya kiraan Muta’ah ini diambil berdasarkan sumbangan dan pengorbanan si isteri sepanjang tempoh perlahwinan.

– Contoh: si isteri disuruh berhenti bekerja apabila berkahwin dan beranak sebab mahu menjimatkan perbelanjaan pengasuh. Atau disuruh berhenti bekerja ketika si isteri sedang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat atau organisasi bagi menguruskan rumah tangga dan membolehkan si suami fokus mencari punca pendapatan.

– Makin besar pengorbanan dan makin lama tempoh perkahwinan, makin tinggi Muta’ah yang boleh diminta.

– Diingatkan bahawa jumlah ini akan ditentukan di Mahkamah kelak.

3. Hak terhadap Harta Sepencarian.

– Harta Sepencarian adalah harta-harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang tempoh perkahwinan.- Kiraan adalah berdasarkan harta yang diperolehi secara bersendirian atau bersama-sama sepanjang tempoh perkahwinan.

– Selain itu, kiraan hendaklah berdasarkan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

– Sumbangan Secara Langsung contohnya: si suami beli rumah secara bersama-sama dengan isteri di mana perjanjian jual beli (S&P) rumah kelamin tersebut terdapat nama si isteri. Contoh lain, rumah dibeli oleh suami loan atas nama suami, S&P rumah tersebut nama suami seorang tetapi ansuran bulanan dibayar oleh isteri, kos renovasi rumah isteri yang bayar, pembelian perabot pun dibayar oleh isteri.-

Sumbangan Secara Tidak Langsung contohnya: si isteri tidak bekerja/suri rumah. Rumah dibeli dan ditanggung sepenuhnya oleh si suami. Dalam senario ini, peranan wanita sebagai caretaker rumah tangga mereka adalah dikira. Selain itu, pengorbanan melahirkan dan membesarkan anak2 dan dengan pengorbanan itu membolehkan suami fokus kepada karier dan boleh mendapat pendapatan yang tinggi. Wanita yang bekerja juga boleh menuntut Harta Sepencarian atas kiraan Sumbangan Secara Tidak Langsung

– Kiraan Sumbangan Langsung dan Tidak Langsung boleh dipakai untuk harta-harta lain seperti kenderaan, tanah dan sebagainya.

4. Nafkah Anak-Anak.

– Ini bukan hak bekas isteri tetapi hak Anak-Anak yang dijaga dan tinggal besama bekas isteri. Selalunya bawah 18 tahun. Nafkah Anak-anak terbahagi kepada dua iaitu Nafkah Bulanan dan Tahunan.

– Contoh Nafkah Bulanan: perbelanjaan pengasuh Anak-anak, makan, minum, pakaian dan tempat tinggal, yuran sekolah/taska (swasta selalunya perlu dibayar secara bulanan).

– Contoh Nafkah Tahunan: pakaian Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, yuran sekolah (Sek Kerajaan) dan sebagainya.

Sekian, semoga bermanfaat.

(Visited 1,120 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Abdullah
Abdullah
3 years ago

Saya bekerja di SG untuk isteri dan anak anak, dan dalam masa covid ini tidak dapat pulang tampa kehilangan pendapatan dan kerja saya. Dalam tempoh saya berkerje di sini, wang pembelanjaan, rumah yang selesa, sekolah bill, kenderaan telah saya siapkan untuk isteri dan anak2 sedaya yang saya boleh.
Tetapi isteri sedang menuntut penceraian keatas diri saya atas sebab saya tidak meninggalkan kerje di SG dan pulang, saya menolak kerane tanpa kerje putuslah sumber kehidupan kami.
Isteri saya juga menuntut harta sepencarian termasuk rumah yang didiami anak2 saya dan dirinya, serta kenderaan yg saya gune kan untuk berkerje serta kereta yang saya sediakan untuk mereka di sane.
Saya enggan melepaskan isteri saya kerana tiada sebab untuk melakukan itu semue, isteri tidak dapat memahami situasi covid ini dan mahukan kebebasan.
Saya ingin mencari nasihat dan guidance yang boleh menolong saya mempertahan kn anak2 saya, hak penjagaan, rumah yg anak2 diami dan kenderaan yang mereka perlukan untok ke sekolah.
Jika saya terpaksa menceraikan isteri saya, apa yang harus saya lakukan supaya anak2 tidak terjejas dan dibebankan dengan masalah ini. Dalam tempoh saya di sini, anak anak dipukul, diugut kehidupan mereka dan isteri saya juga melimpahkan kata2 yang kerap menghina saya seorang suami, juga pengakuannye akan niatnye untuk membuat perhubungan sulit dengan jiran sendiri iaitu suami orang.
Dengan keadaan saya sekarang di SG dan mahu terus mempertahankan sumber keuwangan keuarga kami, ape yang boleh saya lakukan?

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x