Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
HAK PENJAGAAN ANAK. AYAH ATAU IBU YANG LEBIH LAYAK? - Jom Tanya Peguam
Skip to content

HAK PENJAGAAN ANAK. AYAH ATAU IBU YANG LEBIH LAYAK?

Ramai tanya antara ayah dan ibu, siapa yang lebih layak dalam isu hak penjagaan anak.

Dalam undang-undang diperuntukkan yang ibu diberikan prioriti dalam hak penjagaan anak (hadhanah) di bawah umur (7 tahun bagi kanak-kanak lelaki, 9 tahun bagi kanak-kanak perempuan).

Soalnya di sini walaupun ibu diberikan prioriti dalam soal hadhanah, yang menjadi persoalan utama adalah kebajikan bagi anak tersebut sendiri. Di bawah jagaan siapakah kebajikan anak lebih terjaga.

Dalam pertelingkahan ibu dan bapa, adalah menjadi tanggungjawab peguam untuk membuktikan di mahkamah sekiranya ibu telah hilang kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap penjagaan anak tersebut seperti anak tersebut teraniaya sepanjang berada di bawah jagaan ibu. Maka di sini, bapa boleh menuntut hak penjagaan anak tersebut.

Sekiranya anak tersebut telah mencapai umur 7 tahun (kanak-kanak lelaki) dan 9 tahun (kanak-kanak perempuan), mereka ini bukan lagi dalam kategori hadhanah tetapi kafalah. Mahkamah selalunya akan mengambil kira pilihan mereka untuk dijaga oleh siapa.

(Visited 1,266 times, 1 visits today)
3.3 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Zuan
Zuan
2 years ago

adakah pilihan anak2 itu akan diambil bulat2 andaikan ada kemungkinan anak2 ini membuat keputusan disebabkan perasaan takut ataupun telah dimomokkan tentang pihak yang satu lagi.

hakim
hakim
2 years ago

bagaimana plk hak penjagaan anak-anak kalau ibu itu berlaku curang terhadap suaminya dan menuntut supaya diceraikan sbb ada hubungan dgn org lain. adakah hak penjagaan (prioti) masih jatuh kepada ibunya?

Jasmine
Jasmine
2 years ago

Assalamualaikum… Saya ingin bertanya anak anak saya dua dua perempuan 7tahun dan 5tahun, jika saya ibu tapi tidak berkerja kerana si suami tidak mengizinkan untuk saya berkerja setelah itu bercerai adakh hak jagaan diberi kepada bapa ke ? “Tetapi anak saya yang 5tahun sentiasa cari ibunya dan tidK begitu rapat dengan si bapa bagaimana ye ?? “si bapa berkerja tetapi pendapatan tidak pernah mencukupi sentiasa, dan anak anak kekadang perlu bertahan perut. “tapi selepas bercerai si bapa hantar anak anak ke rumah keluarganya, tidak pernah ambil tahun keadaan anak anak dan bila anak anak demam tidak hantar ke klinik atau hospital. si bapa berhutang sana sini… manakala si ibu selepas bercerai berkerja duduk dirumah sewa bersama kakak kandung si ibu hanya berdua jadi hak jagaan berpihak kepada ibu atau bapa

Sohaila Khan
Sohaila Khan
1 year ago

My son is ready to pronouce divorce to his wife. Current situation is, he preps the kids for school and drops them off, she will occasionally pick them up, he feeds them and puts them to bed. Weekends or holidays, he is solely responsible for them. If he is late from work (seldom) she greets him at the door screaming how tired she is.
The children’s ages are 7 yrs and 4 yrs. Both boys.
Can my son get custody? He is concerned for their safety and well-being if left with their mother.

Nurul
Nurul
1 year ago

Assalamualaikum puan.. usaha saya cuba mencari ilmu tentang tuntutan hak penjagaan anak akhirnya menemui jalan ini.. puan, saya telah bercerai sejak 2016.. pada mulanya anak saya tinggal dengan saya.. 2tahun kemudian , pada 2018..saya pun berkahwin dengan seorang lelaki bujang.. masa tu umur anak2 saya 10 tahun,8 tahun, 6 tahun dan yang paling kecil 1 tahun..Bila saya berkahwin, ibu saya melihat tahap kemampuan saya untuk menyara anak2 sangat tidak mampu kerana pada waktu tu bekas suami tidak memberi nafkah kepda anak2 jadi ibu saya menyuruh anak2 saya berpindah kepada bawah jagaan bekas suami saya tanpa pengetahuan saya. Jadi anak2 saya membuat keputusan untuk tinggal dengan ayahnya.. 3 daripada anak saya yang besar membuat pilihan tinggal dgn ayahnya..saya membenarkan kerana tidak mahu anak2 merasa tidak senang ataupun tidak seronok jika saya memaksa.. selama 5 tahun lebih berturut2 anak2 memang di bawah jagaan bekas suami saya.. Ada kelapangan waktu, saya akan menjemput anak2 saya pulang ke rumah saya.. Tiap kali pulang ke rumah saya, anak2 selalu mengadu.. makan banyak pun dipertikaikan, pakaian sekolah tidak dibeli, kelengkapan untuk belajar tidak di cukupkan.. anak saya dihalau oleh ibu tiri.. penderaan secara emosi.. Jadi disebabkan perkara2 tidak adil seperti ini berlaku.. anak saya yang pertama (perempuan) meminta saya untuk menjemputnya di rumah bapanya.. saya segera menjemput anak perempuan saya itu.. saya ada bertanya, kenapa.? Anak saya menangis sambil bercerita.. katanya dia dilayan seperti hamba, ibu tiri menyuruh buat kerja rumah tapi dalam masa yang sama ibu tiri tidak mahu mengajar atau bercakap dengannya.. tapi bila ibu tiri bercakap, ibu tirinya selalu mengutuk saya dihadapan anak2 saya.. malah jika membeli makanan, dia hanya makan dengan anak2 kandungnya sahaja..jadi anak2 saya tak tahan.. anak2 saya minta untuk tinggal dengan saya kembali.. tapi yang menjadi masalah ialah bekas suami saya tidak mengizinkan dan mengugut anak2.. jika anak2 memilih untuk tinggal dengan saya.. dia tidak akan memberi duit nafkah kepada anak2..perkara itu berlaku kepada yg bongsu dan yang pertama.. si bongsu langsung tidak diberi nafkah.. anak yang pertama pula hanya diberi rm100 sebulan jika minta.. Jadi selebihnya adalah bawah tanggungan saya..
Layakkah saya membuat tuntutan hak penjagaan dan tuntutan nafkah untuk anak2 saya..? Berapa kos yang diperlukan untuk proses tersebut..?

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x