NAK TUNTUT HUTANG TAPI DAH LEBIH 6 TAHUN, BOLEH KE?
Di posting Bahagian 1 berkenaan hutang, kita sudah tahu tentang soalan-soalan lazim berkenaan hutang.
Sesiapa yang terlepas Bahagian 1, boleh layari guna pautan di sini.
Di Bahagian 2 ini, kami akan terangkan langkah-langkah yang boleh diambil jika hutang tersebut sudah melebihi 6 tahun.
Perkara utama yang anda kena ingat adalah, kalau nak tuntut hutang dari mana-mana individu di mahkamah, anda kena saman dia dalam masa 6 tahun dari tarikh dia gagal bayar hutang.
Kenapa tak boleh lebih 6 tahun?
Sebab mengikut Seksyen 6 Akta Had Masa, apa-apa tindakan yang berpunca dari perjanjian perlu dimulakan dalam masa 6 tahun dari tarikh kausa tindakan bermula [baca: tarikh dia gagal bayar balik].
Jadi, kalau dah lebih 6 tahun, burn lah semua duit yang saya pinjamkan dekat dia???
Ya. Begitulah nampaknya….
Tapi jangan risau. Masih ada sinar harapan untuk anda.
Anda boleh hidupkan kembali kausa tindakan untuk tuntut hutang anda di bawah Seksyen 26 Akta Had Masa.
Tak percaya?
PENGESAHAN HUTANG OLEH SI PENGHUTANG
Dalam kes Madujaya Enterprise Sdn Bhd v Kosbina Konsult (k) Sdn Bhd [2015] MLJU 364, Mahkamah Rayuan ada sebutkan bahawa kausa tindakan yang baru boleh diwujudkan sekiranya pihak yang berhutang mengesahkan bahawa dia mempunyai hutang.
Macam mana nak buat?
Pengesahan hutang oleh si penghutang ini hanya akan diterima oleh mahkamah dalam bentuk tulisan sahaja, yakni perjanjian.
Haa di sinilah perjanjian penyelesaian hutang akan menolong anda. Dengan membuat si penghutang menandatangani perjanjian penyelesaian hutang yang mempunyai klausa-klausa pengesahan hutang, jadi walaupun hutang tersebut sudah lebih dari 6 tahun, anda masih boleh tuntut di mahkamah kalau dia gagal bayar juga nanti.Senang cerita macam anda dapat peluang untuk masuk second round lah.
Nasihat saya, janganlah biarkan isu tuntutan hutang sampai ke tahap ini. Sebaiknya, sekiranya ada pihak yang berhutang dengan anda dan dalam jumlah yang banyak, terus sahaja ambil tindakan untuk tuntut. Lebih mudah urusannya nanti.
Semoga bermanfaat.
Untuk membuat penghutang menjelaskan hutang nilai 50 ribu kebawah…bagaimsna hendak tuntut wang tersebut .
Kalau nilai RM 50k ke bawah, boleh buat saman sivil di mahkamah majistret biasa puan. Kalau nilai bawah RM 5k, baru boleh buat saman tuntutan kecil.
Hi, saya nak tanya. apa tindakan yang boleh diambil jika majikan tidak membayar gaji selain membuat aduan kepada buruh?
Harus kah ssya perlu membuat surat repot mengatakan perhutang ada hutang perlu di jelaskan ke ..dsn bsgsimana cara saya yg terinaya trhadsp penhutang
As salam Tuan,
Sy nk bertanya..
Kereta dah kena tarik around 2009
Sekarang ada thirt party call nk tuntut hutang tue semula..
Sebab bank dah jual hutang tue pada thirt party..
Sekarang sy dh lulus pn bt loan dgn bank untk pinjaman.
Aper perlu saya buat?
Bayar atau ignore kn sahaja..
Terima kasih
Assalammualaikum, saya ada hutang dengan kawan rm6000 tanpa apa-apa surat dan bukti tapi dia minta bayarannya kembali rm18000 walaupun tidak cukup sebulan lagi dengan katanya interest tu 20% tapi kalau diikutkan logik dia akan hanya bertambah rm1200 saja… minta tolong cara selesaikan masalah kawan minta rm18000 sebagai bayaran hutang
Assalamualaikum, Tumpang bertanya. kalau orang tu tak bayar hutang dengan saya, walaupun saya dah beri tempoh secukupnya, Boleh ke saya lantik peguam.
terima kasih.
Saya & isteri ada buka pasar mini di bawah PUNB tahun 2008 perniagaan rugi, saya tutup perniagaan & berpindah ke Klang tahun 2010, hari ini isteri dpt panggilan (masih kekal no lama) dari peguam nk hantar surat (x tau surat apa) selepas 11 tahun baru nk buat tuntutan ada yg ckp x boleh sbb selepas 6 tahun di anggap sebagai hutang lapuk
Assalamualaikum. Tumpang bertanya. Peminjam tak di kenali telah menggunakan nama sy sebagai penjamin. Hutang tu dah lama seblum dari 2014 lagi. Agen pengutip hutang kerap kali menggangu dgn menelefon mengatakan terdapat baki tertunggak. Sedangkan saya tidak kenal dengan penjamin tersebut. Apakah yang sy perlu buat kerana laporan polis pun telah di buat pada 2016 dan sekali lagi pda 2021. Saya buntu memikirkan nya kerana hal hutang org lain yg tak di kenali. Adakah saya perlu merujuk kepada bantuan guaman untuk khidmat nasihat perundangan untuk menyelesaikan perkara ini?
Saya berhutang dengan court mammoth pada tahun 2007 dan selepas itu saya berpindah jauh dari tempat saya berhutang dan selama 15 tahun saya tidak membayar hutang tersebut dan juga tiada surat tuntutan hutang yang saya terima. Mungkin mereka ada menghantar tapi hantar pada alamat lama… Kini mereka telah membuat panggilan yang konon mereka akan bawa saya naik mahkamah dalam masa terdekat. Apa patut saya buat?
Pihak AEON ada lantik legal utk kenakan tindakan mahkamah ke atas saya untuk hutang motor tahun 2009 semasa motor ditarik. Selepaa motor ditarik pihak AEON tidak pernah lagi menghubungi saya. Tiba2 sekarang baru call nak tuntut. Mereka maklum ada hantar surat kat rumah. Saya tinggal rumah yg sy buat pinjaman dulu sehingga tahun 2017. 1 surat pun tiada saya dapat. Ape perlu saya buat?
Salam, terima panggilan mengaku dari RHB berkenaan hutang. Last pembayaran yr 2013, dia kata akan freeze acct milik saya di bank lain jika tak buat pembayaran. Baki 16k termasuk interest. Adakah mereka boleh freeze acc saya dibank lain.
Saya telah bank in rm5 k secara rundingan terus dgn agensi pengutip hutang yang dihubungkan dari telefon kaunter bank tempatan pada 24/8/21 hingga hari ini tiada surat pelepasan atau apa- apa maklum balas mengenai pembayaran saya. Telephone dan Whatsapp pun x berbalas.apakah yang boleh saya lakukan utk tindakan lanjut.
saya ade tunggakan hutang kereta yang dibuat pada 2005 dari bank ambank tapi pada 2019 saya dipahamkan hutang2 pihak iqon telah beli dan pada 2021 hutang tu dituntut balik yg berjumlah 50k..saya tak mampu nak bayar dn berharap diambik tindakan bangkrap soalan saya adekah penjamin pun akan dikena kan tindakan yg sama?
Salam Tuan,
1. Sy mempunyai sebuah rumah (nama sy dan isteri) dan rekod bayaran balik tiada masalah. Jika sy diisytiharkan bankrap disebabkan pinjaman peribadi/koperasi/kad kredit, adakah aset tersebut akan disita atau tertakluk di bawah KPI (Insolvensi)?
2. Dalam laporan CTOS di bawah kategori Special Attention Account tertera tunggakan sejak 2011. Mohon pencerahan kaitannya dengan 6 tahun tempoh tuntutan.
Sekian, terima kasih.
Salam Tuan,
1. Sy mempunyai sebuah rumah (nama sy dan isteri) dan rekod bayaran balik tiada masalah. Jika sy diisytiharkan bankrap disebabkan pinjaman peribadi/koperasi/kad kredit, adakah aset tersebut akan disita atau tertakluk di bawah KPI (Insolvensi)?
2. Dalam laporan CTOS di bawah kategori Special Attention Account tertera tunggakan sejak 2011. Mohon pencerahan kaitannya dengan 6 tahun tempoh tuntutan.
Sekian, terima kasih.
Perlu ke saya membuat laporan polis sebelum meminta hutang untuk keselamatan diri jikalau penghutang berpotensi melakukan sebarang kekerasan terhadap saya ?
Boleh ke pihak Iqon mengambil tindakan seperti yang di nyatakan.
Salam,tuan.. saya ada satu masalah tuntutan yg tlh melebihi 15 thn.. Ini mengenai pembelian kereta pd thn 2005,sbg cth saya tlh trade in proton iswara kpd waja di sebuah kedai kereta, dan urusan jualbeli dilakukan, serta aggreement disign antara saya dan pemilik kedai atau syarikat tersebut.. Dlm beberapa bulan ambank menghubungi saya bahawa kereta iswara lama saya tlh ditarik… Saya menghubungi kedai kereta tersebut dan bertanyakan perkara ini… Setelah berbincang owner kedai tidak mahu bertanggungjawab dan mengatakan bahawa tiada urusan trade in dijalankan dlm urusan jual beli tersebut..SEDANGKAN SAYA ADA MENYIMPAN HIRE PURCHASE AGGREEMENT jual beli kenderaan tersebut ada dibuat.. Setaun swlwpas itu saya bawa kes ke tribunal tuntutan pengguna, dimana pendengaran pertama menyebelahi owner kedai tersebut, saya buat rayuan, dan pendengaran kedua saya memenangi tuntutan rm 16k terhadap seorang pekerjanya yg dikatakan yg menguruskan kereta lama tersebut sehingga ditarik..tetapi sampai sekarang x dibayar kpd saya. Selama 15 tahun ini, saya membayar ansuran bank yg menuntut ke atas saya dan hanya rm 50 yg saya mampu bayar… Pada masa ini pihak mengatakan bahawa hutang +interest dh dekat 25 k… Maknanya yg saya byar selama 15 taun ni xjadi apa apalah.. Sekarang saya tertekan kerana pihak pengutip kredit yg dilantik asyik menghubungi saya utk menuntut hutang.. Saya dh pergi ke pejabat lawyer tetapi mereka mengatakan bahawa kes yg lebih 15 tahun sudah tidak dpt dibawa ke mahkamah… Saya buntuuu…
Assalamu’alaikum wrt wbrt tuan peguam.
Sy ada berhutang dengan individu sebanyak 100k. Sudah bayar dalam 15k dan masih ada 85k untuk dilangsaikan. Penghutang boleh tunggu tapi dalam keadaan sekarang sy belum mampu untuk bayar secara konsisten untuk menyelesaikan hutang tersebut. Hutang ni ialah hutang individu dan tak berkaitan dengan mana2 third party atau syarikat penghutang. Adakah saya boleh melantik peguam, untuk buat pembayaran structured? Penghutang setakat ni belum ambil apa2 tindakan mahkamah lagi sbb kami saling mengenali dan bersahabat. Dia ada juga gertak saya untuk ambil tindakan tapi setakat ni takde apa2 lg. Saya rasa bertanggungjawab dan memang sungguh2 nak bayar hutang tersebut dan dalam masa sama tak mahu dia ambil apa2 tindakan. Apakah option yang saya ada tuan? Sekian Terima kasih
saya ada tunggakkan moto yang dah lama saya tak bayar..dan pihak kedai moto telah melantik peguam untuk selesaikan masalah..pihak peguam juga telah menelefon majikan saya untuk selesaikan hal ini.adakah perkara ini boleh menjejaskan kerja saya..adakah pihak guaman itu akan datang ke tempat kerja saya..
Mcm mne caranya untuk membuat tututan hutang dr kawan sya rm65 k..memndangkan beliau liat untk bayar blik wang yg dipinjam.
Selamat petang,saya nak tanya, perlu kah seorang peguam,merahsiakan identiti dia, maksud saya nama , peguam dari mana,dia tak nak bagitahu,
Assalamualaikum tuan saya nk bertanya…. saya ada buat loan motor ….. sudah la ditarik… diminta pula untuk membayar sehingga rm25k …. jika nak selesaikan masalah ni diluar.. saya kena settle sebanyak rm6k persoalaannya apa hak saya sebagai penguna …saya nak bayar secara ansur rm6k itu tak boleh … hmm adakah tribunal boleh membantu?
Selamat pagi tuan
Dulu tahun 2009, saya pernah loan motosikal, kat kedai kerana masalah kewangan,saya tak mampu bayar,saya hantar balik kedai,2 3 hari ini ada orang kol saya dari syarikat guaman, suruh saya bayar hutang, katanya saya hutang kedai 7000, saya bagi masa 48 jam kalau tak nama kamu akan black list,akuan bank kamu dibekukan mungkin akan jadi kes polis katanya,saya tanya dia kamu peguam dari mana,nama siapa,dia cakap cukup kamu tahu saya Adam, jangan banyak cakap, just bayar kamu punya hutang pergi kedai atau masuk account, kalau nak tanya,tanya tauke kedai, saya kol dan pergi kedai tanya tauke kedai itu,dia tak mahu cakap apa apa,dia cuma bagi tahu saya hutang u 7000,tak usah banyak cakap mahu bayar atau tidak, kamu tidak bayar saya tidak bangkrap , cakap saja sama peguam.masalah nya tuan kenapa baru sekarang dia minta bayar sudah lama tu, motorsikal itu pun dia sudah jual,saya mahu bincang dengan tauke itu dia suruh saya bincang dengan peguam , peguam itu suruh saya bincang sama tauke,mula2 dia cakap dari Sibu, saya ajak jumpa,tak usah jumpa saya ada kat KL,, bayar saja hutang u , jangan banyak cakap,, Saya tidak tahu sama ada saya bayar,atau tak,cara peguam itu cakap dengan saya berputar belit dengan tauke itu sekali,apa pandangan tuan,saya harus bagaimana, saya cuma ada no telefon peguam itu saja dengan nombor pejabat dia ,
Assalammualikum tuan saya ada hutang dgn pihak moto skli Gan Bunga jumlah dia rm1700 last saya bayar tahun 2016 kira hujung bulan 10 aritu peguam ada cll suruh selesai semua hutang arini juga…Sya xmampu bayar semua..Sya minta bayar ansuran tp pihak peguam cakap nak sida barang saya semua tgu polis datang pihak kedai pun xblh buat apa Sebab hutang dah berpindah pada peguam..apa yg perlu saya buat
Salam Tuan, perlu ke pihak pemiutang membuat laporan polis atas hutang2 yang tidak dibayar oleh si penghutang sebagai cover report? Untuk mengelakkan si penghutang lari daripada tanggungjawabnya untuk membayar hutang. dan mengelakkan penghutang putar belit cerita?
Salam tuan, nak tanya bolehkan pihak bank buat tuntutan mahkamah kalau tarikh akhir pembayaran tunggakan sudah lebih 6 tahun? Kalau saya nak fight balik dengan akta had masa boleh kan? Bukan taknak bayar, sebab hutang ni bekas suami yg pakai. Dia gunakan nama saya dan dia berkeras utk lepaskan hutang tu pada saya. Sekarang ni pihak bank pulak mengejar saya dan ugut utk bankrapkan saya..
Assalamuailaikum Sy ada beli moto pada tahun 2005.. Hanya byr beberapa sahaja.. Pada hri ni 24/11/2021 Sy dpt panggilan Dari lawyer n deposit collector months mengatakan Sy perlu jelaskan hutang tertunggak 12k tmasuk interest.. Baki terakhir rm 3158.00.. Sedangkan Sy tidak trima apa2 surat reminder.. Jika tidak membayar mereka menuntut majikan Sy mengambil tindakan kepada Sy.. So dlm situasi ini adakah sah lg pihak kedai moto menuntut hutang trrhadap Sy Sedangkan melebihi 6 tahun
nak tanya,saya telah mendapat sms yang menyatakan bahawa akaun bank simpanan atau semasa saya akan di bekukan.padahal saya telah berbincang dengan pihak Aeon untuk membayar pada hari ini.Pagi tadi saya dapati akaun bank saya cuma tinggal RM13.94 sahaja dan tiada pergerakan gaji masuk pada hari ini.Apabila saya menghubungi Aeon ,mereka kata Aeon tidak akan membekukan akaun bank pelanggan.Sekarang macam mana saya nak bayar untuk tunggakan tersebut,kerana dalam bank tiada gaji masuk pun.adakah benar akaun bank saya dibekukan.
nak tanya tuntutan sivil..
perlu buat report polis dahuli ker tuan..
Salam Tuan,
Saya nak tanya ada penghutang telah hutang dari tahun 2013. setiap tahun saya hantar surat tuntutan hutang namun tiada response daripada penghutang. adakah hutang tersebut telah dibatasi dengan had masa.
from: 63839
RM0 DEFENDAN! *Nama saya* B, WARAN INGKAR. SATU (1) KES PEMIUTANG SIVIL TUNTUTAN BAYARAN GANTI RUGI TELAH DIJALANKAN DAN SEKIRANYA GAGAL, WARAN BAKAL DIKELUARKAN TIDAK TERHAD KEPADA PEMBEKUAN AKAUN SERTA SITA BERKUATKUASA SERTA MERTA. UNTUK RUNDINGAN. 0389662825 WAKIL GUAMAN (RUJ : WSS/K190199)
soalan saya adakah ini memang dari pihak guaman atau mahkamah?
salam tuan saya pernah jadi penjamin kawan saya masa beli motor lebih 20 tahun yang lalu. baru2 ni saya terima panggilan mengatakan ada tungakan hutang hampir 18k katanya. mereka selalu menghubungi no phone saya atau massage atas nama kawan saya untuk tuntutan hutang. yg saya tahu penama kawan saya tu sudah lama meninggal jadi adakah saya yg perlu membayar semua hutang kawan saya tu. inginkan pencerahan hutang motor lebih 20tahun dh.. tq,
Salam tuan, kenalan sy ada hutang dlm rm6000 guna cimb easy cash atas nama sy sebb nama dia xlepas loan masa tu dia terdesak dn janji nk bayar balik jadi sy pun tolong je la.. Sebelum ni dia bayar je bulan2. Tapi sekrg dia mula dh bayar, x nak bayar. Sy pulak yg kena bayar utk dia tiap bulan dekat bank. Rmh lama dia je sy tahu, lepas pkp dia tukar kerja dan berpindah tapi xnak beritahu lokasi sekrg. Sejak pindah tu dia dh mls bayar. Macam mana sy nk tuntut hutang dia tu dan nk tahu lokasi dia semua. Kami hanya contact melalui whatsapp.
Saya mempunyai hutang kereta dan pada tahun 2007 kereta saya ditarik,masa tu hutang berbaki sebanyak rm4000,sekarang money collector call suruh bayar,apa patut saya buat dalam keadaan saya tidak mampu sekarang?
Salam tuan, saya ada satu pertanyaan. Saya mempunyai satu hutang lapuk kad kredit di buat atas nama saya oleh bekas suami. Soalnya mengikut akta had masa seksyen 6 tersebut perlukah saya menyelesaikan hutang tersebut?
Untuk pengetahuan tuan, saya membayar setiap bulan mengikut jumlah yang saya mampu akan tetapi collector tetap mengganggu dan hendak datang ke eumah sedangkan saya hanya tau kewujudan hutang tersebut selepas 6 tahun. Bolehkah saya failkan tuntutan ke atas debt collector?
Permohonan Dalam Kamar Mahkamah Tinggi Malaya Dibawah Saman Pemula No WA-24NCC-61-02/2019
Plaintif:*AIQON CAPITAL SDN BHD*
*(AMBANK CARDS)*
Defendan:*
NO IC:*XXXXXX-XX-
Amaun Tuntutan:*RM 5,545.44*
Ingkar Pengurusan Kehutangan Melalui Plaintif
i)Adalah dengan ini permohonan ingkar pengurusan kehutangan telah selesai diproses,notis prosiding tindakan sita dan lelongan/panggilan mahkamah akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam bertarikhkan pada *03 MAC 2022* penampalan Notis akan dilakukan ke atas alamat berdaftar: JOHOR BAHRU*
ii)Status perjalanan Tuan/Puan telah disekat oleh Jabatan Imegresen buat sementara waktu proses perbincangan di Mahkamah Tinggi Malaya.
iii) pembekuan/pemotongan gaji berdaftar sebanyak 70% dari gaji pokok pada tiap-tiap bulan akan dilaksanakan sekiranya mendapat kebenaran dari pihak kehakiman.
*kaedah-kaedah diatas akan dilaksanakan mengikut terma dan pensyaratan serta mendapat kelulusan/perintah dari pihak Mahkamah*
terima kasih
#saya dpt wsp dari pihak pengutip hutang tapi saya takut mereka scammer..boleh atau tidak mereka melakukan hal sebegini dan apa yg harus saya lakukan
Salam.. macam mana kalu hutang lbh dri 200k.. dia berjanji nk byr dari tahun 2021 smpi skrg x da.. bila col n mssg ckp tgh dlm process dptkan duit.. sy dh penat dgn alasan dia.. harap tuan dpt bantu n bgi penerangan utk tindakan selnjutnya..
salam tuan nak bertanya if kita ada hutang lapok dari bank tapi dlm ccris report mmg x ada record, boleh ke kita apply loan baru..terima kasih
Saya nak tanya kalau hutang money lender sbyk rm 5.300 dan nama sa telah di blacklist oleh syarikat tersebut. A terhenti buat pembayaran semenjak pkp pandemic covid.
Tetapi staff mereka datang ke rumah dan tmpt kerja sa untuk mengutip hutang sa hnya bayar semampu sa.
As salam Tuan. Saya ada pertanyaan. Bekas suami saya (ketika masih berkahwin) telah menggunakan nama saya untuk tujuan perniagaannya memandangkan dia seorang bankrapsi. Setelah bercerai, segala hutang2 beliau saya terpaksa tanggung seorang diri tanpa bantuan bekas suami sehingga saya terpaksa memasuki program AKPK. Soalan disini, ada tak akta yang membolehkan saya lepaskan kembali semua hutang2 tersebut kepada dia? Terima kasih.
Kalau bank boleh beri kuasa kpd ejen ( pengutip hutang ) utk memungut hutang dari pemiutang, boleh kah pemiutang juga beri kuasa kpd org lain ( bouncer atau gangster kampung ) utk berurusan dgn ejen bank?
Kalau org berhutang tp dia xnak bayar dgn faedah. Dbwah 5k sja. Boleh dbawa ke mahkamah ke?
Macam mana pula kalau pihak courts dah hantar orang untuk mengambil semula barang yang kita hutang dan pegawai tersebut sudah memaklumkan kalau dia dah ambil barangan tersebut maka saya tidak perlu membayar apa-apa..selepas 8tahun debt collector hubungi saya,kata kena selesaikan hutang sedang barangan tersebut ada di pihak courts bukan lagi di tangan saya..apa pendapat tuan.
Hutang 21tahun lepas tapi baru2 ni ada org call nak ambil tindakan mahkamah dan dia cakap akan di sekat perjalanan ke luar negara oleh imigresen dgn proses GARNIHEE ORDER betul ke dia boleh buat mcm tu
Saya menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali terapi memberitahu bahawa beliau seorang peguam dan menuntut saya untuk membuat bayaran kad kredit yang tertunggak,tetapi apabila ditanya dari syarikat guaman mana dan saya minta alamat untuk jumpa bersemuka
Malangnya beliau tidak mahu membaritahu
Ada kah seorang peguam boleh tidak memberitahu beliau dari syarikat guaman mana dan seolah mengelak untuk bersemuka
As salam tuan
Jikalau hutang telah melebihi 30 tahun dan baru saya dpt tahu peminjam tidak membayar pinjaman yang bernilai bawah RM10000.00 bilamana pemungut hutang meminta saya membayar hutang yang sekarang berjumlah RM21000 +. Saya meminta mereka menghubungi peminjam dan alasan mereka peminjam tidak dapat dihubungi disebabkan bertukar no talipon. Soalan saya adakah masih lagi terpakai perjanjian tersebut. Haruskah saya membayar setelah 30 tahun dan saya tidak menerima sebarang notis dari pihak bank
Aslkm tuan,
Sy ada perniagaan pertukangan kayu. Setelah siap kerja kami, pelanggan tidak mahu membayar hutang. Pada mulanya dia member pelbagai alasan tidak berpuas hati, dan kami bersetunu mengurangkan harga pembayaran drpd 9k ke 6.1k. Setelah 3minggu berdalih tidak mempunyai masa menyemak invois dan resit pembayaran yg telah dibyr (sy dah cek sendiri dn byk kali mengingatkan dia), dia memberi alasan baru yg dia byk tidak berpuas hati dgn hasil kerja kami dan meminta kami menukar kesemuanya dan tidak akan membayar satu sen pun selagi kami tidak bersetuju. Sebelum ini dia mengatakan akan mengupah org lain, skrg alasan ini. Kiosk yg kami bina, mereka dah pun beroperasi. Sy berfikir mereka sengaja tak mahu membayar. Apakah hak saya disini? Bolehkah sy menuntut baki melalui mahkamah dn adakah tuntutan oleh mereka itu sahih dn dibolehkan? Saya buntu kerana, skrg kami sudah patah hati utk berniaga asyik terkena perkara sama, cuma beza kali ini besar jumlahnya.
Sya beli motor dengan aeon credit..
Sebab kehilangan kerja sya xleh bayar hutang tersebut
Mereka SITA motor sya..
Skrg DH 3 thn.. APA perlu sya..?
Askum encik boleh saya bertanya sy ada hutang singer dah lebih dari 6tahun pihak singer call akan fail kan saman pada 23 July 2022 pukul 1 singer suruh bayar 2k esok klau xda duit pinjam pada keluarga saya kata pada pihak singer saya kerja nelayan 2k bkn nya sikit untuk sy cari dlm masa secepat itu Dan pihak singer kata klau jelas kan hutang saman itu tindakan sita akan Di buat Di rumah ayah saya sy xda harta apa moto apa pun xda singer kata harta ayah saya pun boleh Di sita ada kah betul apa yg pihak singer kata
Saya ada hutang kereta tinggal dlm 2k tapi sbb interest dll jadi 3k, ada syarikat pemungut hutang nama Aiqon call dan offer bayaran balik dlm masa 6 bulan, jadi awal tu dia bagi text message sbg agreement utk bayar balik RM500 for 6 months, tiba2 hari ni dia paksa2 saya bayar awal dr tarikh perjanjian secara text yg dia hantar kepada saya sebelumnya,sedangkan saya dah inform saya boleh bayar seperti tarikh yg dipersetujui oleh pihak mereka sendiri. Lepastu dia kata dia nak saman saya dimahkamah sbb tak nak ikut arahan bayaran baru yg di suruh. Boleh ke dia nak saman saya? Dan valid ke perjanjian atas bentuk text? Dan lepas kata dia akan ambil tindakan mahkamah tiba2 dia suruh saya isi form untuk proposal pembayaran balik?? Apa ni..and what should I do.
Assalammualaikum… sy ingin membuat pertanyaan.ibu sy telah membeli sofa di courts mamoth tetapi telah memilangkan semula sofa tersebut pada tahun 1997 ….kami tidak pernah berpindah rumah sejak tahun 1990 .. namun kite tibe2 ada pihak yg mengaku firma guaman yg menguruskan collection tunggakan sofa tersebut. Yg menjadi persoalan apabila barang trlah dipulang pihak tersebut ibu sy perlu membuat byaran juga. Jika perlu bayar juga maksudnya sofa tersebut dipulangkan secara sia2. Betul x?
Dan adakah ini dikira htg lapuk yg tak layak utk dituntut..kerana tempoh nya hampir 25tahun.mohon pencerahan
Saya nk bertanya jika kita nak cancel buat pinjaman setelah lulus dan pihak syarikat mengatakan kena caj stamp duty dan kita nk cancel dan pihak syarikat nak saman kita tetapi surat belum ditanda tangan apa kah itu blh terjadi
As salam tuan, sekiranya ada hutang kredit kad, last pymnt 2011 n tiada sebarang saman dr pihak bank selepas itu sehingga 2022(tiada rekod dlm ctos&cris) tiba2 ejen kutip hutang cal pd 2022 suruh bayar, hutang tu dh jadi hutang lapok n trtakluk dgn akta had masa 1953kan. Adakah kemungkinan pihak bank boleh proceed saman lagi selepas ni? Tq tuan..
Blh x saya nk fail kes tipu
Saya jdi penjamin kawan masa buat pinjaman mara tpi sampai skg kwn saya ni buat byran mara sangkut kdg x byr.dulu dia janji klo dia x leh byr dia ada aset blh selesaikan.spai skg ckp kosong.disebbkan dia ank saya x blh buat pinjaman mara tuk ke oversea.
Blhker saya nk fail saman.saya srh settle byk alasan.sbb ni dah melibatkan masa dpn ank2 saya
Assalam, saya pernah menjadi penjamin kepada kakak saya sekitar awal tahun 2000 yg membeli kereta terpakai. Tiada bayaran di buat dari tahun 2004, tiba2 baru2 ini konon nya dr pihak bank, membuat panggilan untuk menuntut hutang. Kakak saya tidak mampu utk membuat bayaran kerana dia sdg uzur & anak2 dia tiada kemampuan utk membayar hutang tersebut. Saya percaya yang memanggil itu adalah debt collector. Saya penah dengar hutang yg melebihi 6 tahun di kira lupus, tolong jelas kan
Assalamualaikum….ada kawan guna nama sy untuk pendaftaran wimax p1..tahun 2014 tamat kontrak dgn wimax dan ada bagi tertunggak sebanyak RM1435.25..tahun 2022 dapat panggilan dr agen pengutip hutang untuk jelaskan baki tertunggak..jika tidak akan disaman naik mahkamah..perlukah saya bayar baki tertunggak setelah 8 tahun..terima kasih..
RM0 En/Pn NORHAFIZ,NOTIS SITA & LELONG akan d siar kan di media cetak Akta 1957 pd 7 SEPT atas kehutangan anta tidak terhad PEMBEKUAN AKAUN.
Assalamualaikum tuan,adakah ini btul atau scammer
assalamualaikum, saya nak tuntut hutang dari kawan saya, jumlah atas 5 ribu. boleh ke saya buat tuntutan tanpa malantik peguam?. terima kasih
Salam…saya ada soalan…tuan tolong jawab ya🙏…ayah saya ada berhutang southern bank (van venete) pada tahun 2000 waktu tu saya sekolah ..sampai sekarang saya xtau macam mana pula sy boleh jadi penjamin sedangkan masih sekolah…setelah sekian lama 22 tahun baru debt collect ganggu sy…ramai sgt…Dr CIMB la Dr Maybank la,tp China official number phone…maybe diorg tu ikon….ugut sy MCM2 …apa perlu sy buat ya?ayah sy lepas tangan je….
Salam encik,
Kes saya, dah menang saman sivil tapi dia liat nak bayar. Total hutang terkini dah jadi 22k lebih.
Possible x untuk sita kereta dia sebab saya x leh garnishee banks dia sebab dah kering (LUNO dia mungkin belum), jadi saya target nak lelong kereta dia.
Lawyer saya kata kereta x leh dapat kalau WSS n kena buat writ of possession.
Saya nak tahu prosedur. Terima kasih harap saya dapat jawapan.
sekiranya penghutang tidak bayar kepada yang berkenaan, adakah pihak penama atau yang jadi rujukan akan menanggung si penghutang. dan apakah beza penjamin dan penama yg menjadi rujukan.
Assalammualaikum tuan..
Saye ade tunggakkan motor dkt singer..pade tahun 2019 atau 2020 x silap saye pihak singer ade hantar surat saman dari mahkamah kepada saye atas sebab saye tidak dapat menjelaskan pembayaran itu..tapi pade hari nie 17/12/2022 ade pihak singer telah menghubungi saye dan menyatakan saya perlu ke mahkamah pade isnin 19/12/2022..sebab motor yg saye ambik tuh pade tahun 2015/2016 mcm tuh..
Soalan saye adekah yg menghubungi saye tuh dari pihak singer atau scammer ye ?
Salam tuan, pada tahun 2013 sy ada buat pinjaman credit card dengan cimb bank..Tapi sy tak dapat nak bayar balik sehingga tahun ini baru sy berkemampuan untuk bayar..Tapi pada 2014 pihak ketiga iaitu aiqon sdn bhd ada hantar surat ke rumah mak sy mengata kan cimb bank telah menjual account pinjaman sy tu ke pihak ketiga iaitu aiqon sdn bdn tersebut..Tapi setelah 7tahun sy tiada mendapat apa2 tuntutan dari aiqon sehingga lah pada tahun ini bulan 10 2022 pihak aiqon call suruh bayar hutang credit card tu sebanyak 20k sedangkan sy hanya menggunakan credit limit card tersebut sebanyak rm7k sahaja..Pada bulan 10 sy sidah membuat pembayaran ansuran sebanyak rm5k dan seterusnya rm500 setiap bulan sehingga mencapai rm7k..Tapi pihak aiqon berkeras untuk sy bayar juga interest credit card tu sehingga rm15k..Perlu kah sy membayar interest sebanyak itu?? Mereka mengugut untuk sita rumah sy dan bawak waran tangkap..Sy dah cek nama sy untuk ctos/ccris untuk pinjaman dengan cimb bank tiada mahupun dengan aiqon sdn bhd..Mohon bantuan tuan sy sangat buntu mana nak cari balance rm8k untuk bayar Interest tersebut..
Suami sy ad biat pinjaman peribadi dgn bank rhb..masalahnya disebabkn sy x sihat jd dh tetunda beberapa bulan.awal ad pegawai dr kl kot tel suami n suami dh jelaskn akan bayar semula bulan ni sbb baki pinjaman dlm 4ribu lebih je..ingat dh settel..hari ni suami dpt panggilan dr penguam yg katanya suami disaman..boleh x pekara ini dibincangkn tanpa melibatkan mahkamah?
Assalamualikum,nak bertanya jika saya bukan penjamin dan hanya isteri kepada penghutang dan hutang tersebut telah ada sebelum saya berkahwin dan sekaranf saya didatangi agen dan menggugut saya apa tindakan perlu saya lakukan?
Salam tuan.Saya nak tanya jika motor hilang sudah hampir 8 tahun dan pemilik nya sudah meninggal dunia tetapi pihak kedai motor meminta penama untuk membayar.Penama tersebut telah berusia dan mereka ingin mengambil tindakan mahkamah kepada penama jika tidak membayar.untuk makluman motor itu telah dicuri sewaktu pemilik motor masih hidup dan laporan polis telah dibuat.Apakah yang perlu dilakukan?mohon pendapat.
Salam sejahtera Tuan,saya ada menyimpan produk barang di Mini Market.Tapi hasil jualan belum di bayar oleh pihak kedai tersebut selama 1 tahun.Banyak alasan di beri owner kedai tersebut.Di sini saya mohon Tuan utk memberi pencerahan terbaik utk menyelesaikan masalah ini.Adakah saya perlu buat laporan pihak polis atau yang mana terbaik utk menyelesaikan ini,Harap tuan beri penjelasan yg terbaik,terima kasih..
Sy nk Tya peguam sllu tlfon Sy UTK jelaskan EON yg tertunggak dlm 2400,,dulu Sy bye LPS covid Sy stop dulu,,hri2 tlfon suruh byr,,tk boleh byr habis,,byr 800,klu tk boleh jgk 500,,Sy kt mnpu byr 100 je,,dia kt ok,,tapi LPS Sya byr 100,,dia masih lagi tlfon,,ugut nk sita brg umh Sya,,nk ciap bwak polis lgi,,Sy khbr tiap2 bulan Sya byr lah skdar mnpu
Salam tuan,
Suami sy berstatus muflis disebabkan hutang pembelian kereta rasanya dah melebihi 6tahun.masa Tu sy belum berkahwin dengan beliau.Masalahnya sekarang kenapa pihak pemiutang asyik call no.hp sy dan menghantar mesej yg berkaitan Aiqon Amanah?
assalamualaikum, saya nasrul dari Jitra, Kedah.. saya ada masalah dgn seorang individu iaitu kenalan saya di Jitra, Kedah.. individu ini telah meminta wang dari ibu saya semasa saya di tangkap pada tahun lepas, dgn alasan utk bantu keluarkan saya dari di tahan.. dia pergi ke rumah saya dan menyamar diri sbagai polis dan meminta wang sebanyak rm6000 utk keluarkan saya dr balai polis… tapi smua tu tidak benar, kerana ibu saya terpaksa keluarkan lg rm6000 di mahkamah utk sy dibebaskan.. bila di tnya tentang duit rm6000 yg di beri kepada dia, dia mula reka cerita bukan2.. saya telah bwak dia berbincang dgn ibu saya dan beberapa org saksi dan kami telah membuat satu surat perjanjian utk dia selesaikan hutang dgn bayaran beransur2 sebulan 1 kali.. tapi dh masuk 5bulan tapi xda langsung bayaran dari dia.. surat perjanjian itu ada pada saya dan ada nama2 saksi dan tandatangan si penghutang dan salinan ic penghutang.. bagaimana cara utk saya bawa kes ini ke mahkamah?sbb saya lihat dia seperti sengaja menipu ibu saya dan ambil kesempatan dlm kesulitan kami.. harap ada yg boleh bantu saya, 0124828286 ini no saya.
Salam. Bank cimb dh saman saya pd 2010 hutang kredit kad rm10k. Lepas tu saya kdg byr kdg x. Berlarutan sampai 2023. Kdg byr kdg x byr. Cimb dh jual utang saya pd aiqon collection. Aiqon selalu call sruh settle tpj saya masih x ckup duit. Adakah aiqon bileh saman saya lagi selepas cimb saman saya dulu pd 2010? Adakah saya dlm situasi bahaya?
Salam Tuan, Nak tanya saya ada dapat message macam ne, jumlah loan adalah 12k namun tuntutan saman adalah 54k adakah ini betul? Permohonan Dalam Kamar Mahkamah Tinggi Malaya dibawah Saman Pemula No WA-21NCC-165-30/2023 Defendan: Amaun Tuntutan : RM54000 Ingkar Pengurusan Hutang melalui Plaintif i ) Adalah dengan ini permohonan ingkar pengurusan hutang telah selesai diproses , notis prosiding tindakan sita dan lelongan dan panggilan mahkamah akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam bertarikhkan pada 30 MAY 2023. Penampalan Notis akan dilakukan ke atas alamat berdaftar . Kes telah selesai didaftarkan,Mahkamah telah memberi tempoh sehingga 05 JUN 2023 untuk melakukan rujukan / perbincangan / semula dengan Plaintif
Salam, nak tanya tentang bagaimana dan apakah boleh buat jika perkhidmatan kredit komuniti swasta potong banyak daripada gaji? Perbincangan pun mereka tidak dengar
Assalamualaikum…. Sy penjamin kepada peminjam… Peminjam tidak membayar hutang beliau dari 2014 hingga kini.. pihak bank akan turunkna saman sivil kepada sy jika tidak berjaya melunaskan hutang… Peminjam pula tidak mampu untuk membayar. Jika saya selesaikan hutang bank tersebut dan ingin menuntut bayaran semula daripada peminjam… Bagaimanakah caranya untuk memastikan peminjam akan membayar hutang tersebut pada sy tanpa gagal?
Salam tuan saya nk tanya suami saya ada hutang dgn beberapa org jumlah pinjaman sbnrnya 177k tapi mereka kenakn bunga smpai 290k sedangkan mereka bkn ahlong patut tak suami saya byr yg total 290k tu.mereka juga lantik peguam utk pastikan suami saya byr..minta cadangan tuan.
Salam , kalau mcm orang (sepupu) tu berhutang loan (nama iphone under sye) dgn sye dan tknk bayar , & dia juga minta saya bayar balik jumlah yg dia dh bayar selamani . Loan tu loan iphone , sedangkan dia(sepupu) yg pakai selamani , tpi dia bekeras meminta bayaran balik sebanyak mana yg dia bayar selamani . Dan bru dia pulangkan phone tu pde saya . Tpi iphone tu masih berbaki 1tahun lg bayaran , berjumlah lg dlm RM4k mcmtu . Bleh ke saya buat laporan / lantik peguam ?
Hutang dengan Singer bawah 5k ada kah saman sivil atau pun waran wss untuk sita
salam tuan bagaimana jika telco ada hubungi tuntut hutang lebih dari sepuluh tahun dan saya tidak pernah ada no telefon bersama telco tersebut? adakah masih valid tuntutan tersebut atau sekadar scammer penuntut hutang dengan ,mmeperoleh maklumat peribadi saya