Ini adalah penerangan secara ringkas mengenai proses untuk menuntut hutang dari seseorang.
Proses pemungutan hutang (debt recovery) adalah satu proses untuk kita dapatkan balik hutang kita daripada individu ke, perniagaan ke mahupun syarikat apabila hutang yang kita minta enggan dibayar ataupun ada kelewatan dari segi pembayaran.
Dalam tindakan sebegini, orang yang memungut hutang dipanggil pemiutang, manakala orang yang berhutang pula dipanggil penghutang. Jelas ya?
SOALAN-SOALAN LAZIM
A. Perlu ke keluarkan Notis Tuntutan sebelum mulakan tindakan di mahkamah untuk dapatkan hutang?
Tak wajib. Tetapi, lebih bagus untuk keluarkan Notis Tuntutan kepada penghutang terlebih dahulu untuk beri mereka makluman di mana kalau mereka gagal bayar dalam masa yang ditetapkan, satu tindakan di mahkamah akan diambil.
Bagusnya ada Notis Tuntutan ni juga supaya kita boleh jadikan sebagai bukti untuk dikemukakan di mahkamah kelak.
B. Adakah terdapat jumlah terhutang minimum sebelum mulakan tindakan di mahkamah terhadap penghutang?
Tidak ada. Tidak ada jumlah hutang minimum sebelum mulakan tindakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, jumlah tuntutan yang ingin dituntut akan tentukan mahkamah mana tindakan anda akan difailkan seperti berikut:-
Jumlah Tuntutan
i) bawah RM 5,000 – Tatacara Tuntutan Kecil (untuk individu sahaja)
ii) bawah RM 100,000 – Mahkamah Majistret
iii) bawah RM 1,000,000 – Mahkamah Sesyen
iv) Atas RM 1,000.000 – Mahkamah Tinggi
C. Penghutang tidak dapat ditemui, masih boleh ke ambil tindakan undang-undang untuk dapatkan hutang?
Boleh.
Walaupun penghutang tidak dapat ditemui, tindakan undang-undang masih boleh dimulakan dan penghakiman terhadap penghutang boleh diperoleh. Penghakiman sebegini dipanggil Penghakiman Ingkar Kehadiran.
Jika Penghakiman Ingkar Kehadiran sudah diperoleh, anda boleh memohon kepada mahkamah untuk melaksanakan penghakiman tersebut.
D. Adakah terdapat had masa untuk mulakan tindakan undang-undang terhadap penghutang?
Sekiranya perkara tersebut melibatkan apa-apa kontrak dan perjanjian, tempoh masa untuk mulakan tindakan adalah 6 tahun dari tarikh kausa tindakan bermula, contohnya, tarikh hutang perlu dibayar.
Jika anda sudah berjaya dapatkan penghakiman terhadap penghutang seperti Penghakiman Ingkar Kehadiran yang disebut di atas tetapi penghutang masih gagal dan enggan untuk bayar, anda mempunyai masa selama 12 tahun dari tarikh penghakiman untuk laksanakan penghakiman tersebut terhadap penghutang.
E. Boleh ke saman penghutang tanpa melalui Bicara Penuh?
Ya, kemungkinan itu memang sentiasa ada. Contohnya, seperti yang biasa berlaku, anda sebagai pemiutang sudah failkan saman di mahkamah tetapi penghutang gagal untuk masukkan Memorandum Kehadiran untuk menjawab saman tersebut, Penghakiman inilah yang dinamakan sebagai Penghakiman Ingkar Kehadiran.
Ataupun, jika sudah failkan Kehadiran tetapi penghutang gagal untuk masukkan sebarang pembelaan terhadap tuntutan pemiutang. Penghakiman yang akan diperoleh adalah Penghakiman Ingkar Pembelaan.
Dalam beberapa kes yang mudah dan jelas (tidak ada banyak fakta yang dipertikaikan), anda boleh memohon kepada mahkamah untuk satu penghakiman terus. Mahkamah akan menentukan tuntutan berdasarkan afidavit dan bukti dokumen sahaja. Dalam keadaan ini, tidak ada Bicara Penuh dan saksi-saksi tidak perlu dipanggil untuk memberikan keterangan.
F. Berapa lama proses untuk dapatkan penghakiman (tanpa Bicara Penuh) terhadap penghutang?
Anggarannya, dari pengeluaran Notis Tuntutan sehingga mendapatkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap penghutang, biasanya mengambil masa selama 3 bulan.
Jika tuntutan tersebut dibalas iaitu pembelaan difailkan oleh penghutang, proses untuk dapatkan penghakiman terus (sekiranya kes straightforward) adalah dalam anggaran 4 hingga 5 bulan.
Walau bagaimanapun, tempoh-tempoh di atas hanyalah anggaran semata-mata dan akan berubah bergantung kepada faktor-faktor lain seperti jadual mahkamah sendiri.
G. Macam mana kalau penghutang memang sudah bankrap ataupun syarikat tu sudah gulung tikar?

Anda boleh failkan Bukti Keberhutangan di Jabatan Insolvensi berkenaan hutang anda. Pemiutang bercagar seperti bank akan mendapat keutamaan ke atas pemiutang yang tidak bercagar ketika membahagikan aset-aset individu bankrap atau syarikat gulung tikar tersebut.
H. Setakat penghakiman atas kertas je buat apa, saya nak laksanakan penghakiman tu kepada penghutang. Apa cara yang ada?
Ada beberapa cara untuk melaksanakan penghakiman di negara kita. Cara yang paling berkesan adalah bergantung kepada setiap kes di mana faktor-faktor seperti kos, masa, jenis aset yang dimiliki oleh penghutang perlulah diambil kira.
– Saman Penghutang Penghakiman
– Writ Penyitaan dan Penjualan
– Writ Pemilikan dan Penjualan Harta tak Alih
– Writ Penghantaran
– Prosiding Orang Digarnis
– Perintah Gadaian
Ramai yang menganggap prosiding kebankrapan (untuk individu) dan penggulungan (untuk syarikat) sama dengan prosiding pelaksanaan yang disebut di atas tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah prosiding baru kerana kedua-duanya tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan yang berbeza.
Perkara subjek bukan lagi fokus kepada hutang tersebut tetapi kepada penghutang itu sendiri. Namun, pemiutang yang ingin menggunakan kedua-dua prosiding ini haruslah beringat kerana tidak semestinya prosiding kebankrapan dan penggulungan syarikat akan memberikan hasil yang bagus kerana kebiasannya pemiutang akan menjadi pemiutang tidak bercagar yang mana keutamaannya adalah di bawah dari pemiutang bercagar seperti bank.
Semoga bermanfaat.
[…] Sesiapa yang terlepas Bahagian 1, boleh layari guna pautan di sini. […]
assalamualaikum tuan,
Saya adalah peniaga kedai runcit. Pelanggan saya ada yang ingin membeli secara hutang. Sebulan dianggarkan tidak melebihi RM500 setiap pelanggan. Pelanggan saya yang berminat adalah seramai 100 hingga 150 orang.
Adakah wajib saya sediakan surat perjanjian berhutang antara saya dan pelanggan?
Adakah surat perjanjian itu nanti boleh diguna pakai di dalam tuntutan undang2?
Tindakkan apakah yang sesuai jika meraka melanggar perjanjian itu?
Mohon jasa baik tuan untuk memberi penjelasan jika tidak keberatan.
terima kasih.
Salam,
Sekiranya suami telah meninggal dan mempunyai hutang bank kereta/pinjaman peribadi adakah waris wajib membayar hutang tersebut?Sedangkan waris bukanlah penjamin.
Adakah pihak bank mempunyai kuasa untuk memaksa waris menandatangani dokumen untuk menjadi pengganti membayar hutang tersebut?
Assalamualaikum. Tuan, rakan sekerja saya berhutang dengan saya sebanyak RM600. Namun dia sudah berhenti kerja dari syarikat ini dah masih belum membayar hutang. Saya nak wang saya semula, adakah patut saya menuntutnya dia di bawah Tatacara Tuntutan Kecil? Dan adakah “worth it” membuat tuntutan ini dibandingkan dengan proses-proses yang perlu saya lalui and bayaran perkhidmatan untuk membuat tuntutan ini. Apakah nasihat tuan kepada saya untuk situasi seperti ini? Terima kasih.
Salam tuan,
Saya nak tanya untuk hutang kredit jual beli barang, sekiranya tarikh urusniaga adalah pada 2013. bayaran terakhir hutang dibuat pada 2017. Adakah tempoh had masa dikira dari tarikh bayaran terakhir dibuat atau tarikh urusniaga? Mohon penerangan tuan. terima kasih.
Salam Tuan. Saya dah failkan saman bankrap ke atas penghutang dan kes dah sampai insolvensi. Tp penghutang melarikan diri, x dapat dihubungi dan insolvensi kata tak boleh buat apa-apa. saya rasa teraniaya sbb dah habis berbelas ribu byr peguam dan akhirnya tak dapat balik hak saya. Pihak Insolvensi langsung tak memberikan harapan dan solusi utk settlekan hal ini dan peguam pula dah kn suspend. Mohon pendapat dan nasihat Tuan.
Salam Tuan..Masalah sya berkisar tentang pembayaraan yg masih belum dijelaskan hampir 6tahun..Pada tahun 2014 saya ada mengambil satu kontrak kerja berjumlah 248k dgn satu Maincontractor projek IDPTpengerang.johor.. Tuntuan saya hanya 78k(Final claim).Masalah yg sya hadapi related doc tiada lgi dlm simpanan..Setelah bebrp kali saya berunding hingga kini masih gagal lgi..Apakah ada cara lain yg boleh sya lakukan utk membuat tuntuan..
salam Tuan,
soalan saya ialah saya ada tunggakan bayaran loan bank. Bayaran terakhir saya ialah dalam tahun 2012. Adakah hutang saya termasuk dalam kategori hutang lapok. Baru2 ini saya mendapat wasap dari satu agensi guaman yang mengatakan saya akan diambil tindakan undang2 dan saman serta waran tangkap jika gagal hadir ke mahkamah. barang, rumah, atau apa saja akan dirampas dan dilelong. Dulu saya ialah kakitangan kerajaan tetapi saya telah diberhentikan kerja. Dan sekarang saya tidak bekerja. Saya takut dan bingung. Apakah yang perlu saya lakukan.
saya mempunyai hutang di bawah RM 100k . Akibat pendemik COVID 19 saya ke hilangan pekerjaan dan tiada pendapatan . adakah ni termasuk di dalam force majeure?
Jika ya adakah saya layak untuk membuat rayuan? dan apak langkah yang harus saya lakukan?
Assalamualaikum, kenalan saya telah menipu resit,dan saya telah terguna duit sendiri untuk bayar barang tersebut.kerugian hampir 5k.bagaimana cara untuk saya buat tuntutan.
Salam tuan, soalan saya adakah kita boleh mengambil tindakan undang undang terhadap hirer yang telah mati. Hirer telah mati and terdapat 4 bulan berturut turut default. So saya saya nak tanya bolehkah bank nak ambik tindakan undang-undang ke atas hirer tersebut sebab bank nak tarik balik kenderaan tersebut mengikut seksyen 42 akta sewa beli. Atau bank just serve notis tentang niat sahaja kepada keluarga simati.
salam Tuan,saya ingin bertanya jika penghutang tersebut hilang jejak tapi masih ada family di sini,bole ka saya hantar surat tututan hutang kepada mereka?
Salam tuan,
Soalan saya bolehkah kita nak ambik tindakan undang-undang kepada hirer yang dah mati which hirer dah default installment lebih dari 4bulan. Jadi bolehkah section 42 akta sewa beli dilaksanakan keatas nama hirer yang sudah mati? Mohon pencerahan tuan. Terima kasih
Salam mohon beri pandangan..syarikat A sdn bhd telah dapat kontrak 2.4 j selama 36 bulan melalui lesen syarikat B..dfan telah buat perjanjian mengatakan owner syarikat B tidak perlu mengeluarkan apa apa daripada asetbataupun modal serta pengurusan syarikat B diuruskan oleh syarikat A . Owner syarikat B hanya dapat 3% daripada income bulanan kontrak tersebut.tetapi syarikat A telah menyelewengkan duit berkenaan termasuk duit kwsp pekerja dan duit GST.owner syarikat B baru tahu bila kontrak berbaki 6 bulan dan pekerja membuat aduan di KWSP..jumlah tuntutan setakat itu sebanyak RM200K…Owner syarikat B telah membuat tuntutan bayaran kepada syarikat A dan telah melangsaikan tuntutan tersebut..namun kwsp telah mengeluarkan taksiran ketiga sejumlah RM 100K tetapi syarikat A seolah hilang dan tidak ambil tahu..owner syarikat B telah membuat surat tuntutan pembayaran dan juga pergi cari owner syarikat A dan pergi ke pejabat mereka namun tidak dilayan dan tidak membuka pintu…owner syarikat B juga telah dibankrup kan oleh pihak KWSP kerana gagal melunaskan tuntutan RM100K tersebut. Pada pandangan tuan apa yang owner syarikat B boleh buat untuk syarikat A membayar hutang tertunggak KWSP yang berjumlah rm100k tersebut.
Sekian terima kasih
Assalamualaikum tuan. Sy ada hutang personal loan ngan aeon. Disebabkan pandemic sy dh x bekerja sejak 25/12/2020. Last pembyran sy bln 3, 2021. Ada aritu sy dpt call dr mahkamah tinggi pulau pinang mengatakan sy ada kes civil disebabkan hutang ngan aeon tu. Pihak mereka ada melantik peguam dan menyatakan untuk menyita sy dan isytihar kan sy bankrupt.Tp sy x byr baru nk masuk satu tahun. Bagaimana cara untuk sy Handle pihak nie. Maksud jgn ganggu family sy sbb mereka ada mention nak buat lawatan ke rumah sy dan rumah di kampung jgk.
Assalam Tuan, saya nak bertnya blehkah saya buat saman tuntutan kecil sebanyak tiga kali ke atas penghutang yg sama sbb nilai hutang bila dikumpul hampir sebanyak 13k sbb mula2 dia pinjam 3500ribu lepastu 4500ribu dan terakhir 5ribu.Mohon penjelasan Tuan terima kasih.
Assalamualaikum tuan, sy ade membeli sebuah motor 2nd pd thn 2006 utk kegunaan abg sy. Tp abg sy tidak bayar start dri payment ke 2. Bru² ni ade wakil peguam dan kedai cal utk satlekn hutang. Kalau tidak, tindakan mahkamah akn diambil. Perlu ke sy bayar or tidak perlu. Sbb hutang sya sudah dikira sbgi hutang lapok kn.. mohon penjelasan tuan
Assalamualaikum tuan, pertayaan saya ada kerja di sebuah syarikat ni selama 9 bulan setelah saya berhenti saya mendapati syarikat tidak mencarum kwsp saya, jadi saya telah membuat aduan buruh tetapi buruh memberi respon bahawa isu kwsp diluar bidang kuasa jabatan buruh sila rujuk pada kwsp. Saya telah buat aduan kwsp dan respon kwsp syarikat minta untuk bayar ansuran . tetapi sehingga kini tiada caruman yang dibuat oleh syarikat. Jadi boleh kah saya ambil tindakkan dengan melantik peguam sivil untuk mengambil tindakkan?
Assalamualaikum tuan saya telah Membuat perjanjian dengan sebuah syarikat untuk urusan renovate rumah dalam masa 45 hari tetapi mereka ingkar sudah 1 bulan lebih terbengkalai dan saya sudah bagi notis menyiapkan rumah. Boleh tak saya melibatkan pemilik syarikat, saksi sign agreement dan pengurus syarikat yang beruusan dengan saya untuk menuntut.. Saya rasa salah seorang dalang utama iaitu pengurus sudah bankrup tetapi mempunyai harta atas nama isterinya dan bolehkah kita ambil harta itu selesai kan hutang saya yg labih rm100000k?
Hutang asalnya 59k tetapi saya ingin menuntut lebih kerana kami mengalami kerugian membayar sewa rumah, tekanan perasaan, saya seorang wanita yng mengurus kedua-dua ibu bapa tua, kerja harian saya terganggu, pelajaran master saya juga tidak boleh ditumpukan.. Bolehkan saya meminta lebih dari nilai sepatutnya iaitu 59k tetapi saya inginkan 100000k
Salam Tuan, Mohon nasihat tuan. Saya ada 2 kawan yang telah meminjam duit saya. Seorang telah pinjam dari tahun 2015 dan masih berbaki RM700. Saya telah cuba berhubungi beliau namun tiada balas jawapan. Seorang lagi melarikan diri setelah beri tempoh 2 bulan untuk pulang kan RM150. Awalnya saya telah berikan RM500 dan menyatakan untuk hanya pulang kan RM150 saja namun dia mendiam diri setelah berkali dan pelbagai cara saya hubungi untuk minta hutang. Saya telah viralkan dia baru dia message saya namun tetap tak mahu pulangkan duit pada waktu saya sudah tetap kan. Saya sudah nyatakan untuk pulang kembali amaun RM500 sebab saya tidak percaya dengan kata2 dia untuk meniaga. Adakah saya perlu buat report polis dulu untuk kes kedua? Boleh kah saya buat tuntutan kecil untuk amaun tersebut? Kes pertama tu saya hanya ada number telefon saja. Alamat semua tak ada. Macam mana ye?
Boleh bgy no tak encik senang nk berurusan
Assalamualaikum tuan, saya ada kenalan yg meminjam duit berjumlah rm300 dripada saya dan setelah 2 tahun saya cuba meminta dia membayar hutang tersebut dgn baik tetapi dia enggan membayar, berbaloi ke saya nak bawak kes ni ke mahkamah ? Apa cadangan tuan ? Saya takde kenalan yg arif tentang akta2 hutang ni saya harap tuan dpt membantu soalan saya.
Assalamualaikum tuan. Mengenai tuntutan hutang di Mahkamah Majistret, adakah segala kos2 tersebut akan ditanggung oleh penghutang?
Bagaimana pula dengan kos guaman bagi pemiutang dari awal Notis Tuntutan hingga ke akhir proses?
Salam than, saya pernah buat pinjaman dengan syarikat yang berkesen pada tahun 2007. Disini saya berhenti buat bayaran selepas 3 bayaran atas sebab saya tidak diberi salinan perjanjian dan kad ATM diambil. Seterusnya saya muflis pass 2008 Dan mula bayar dengan pejabat insulvasi sehingga 2021 dimana saya disahkan tidak muflis.
Soalan saya bolehka pihak peminjam tuntut
Kembali tunggakan Wang hutang .
Bolehka saya gunakan akta had masa merujuk kes uni.
Salam sejahtera Tuan, boleh Tuan bagi anggaran kos peguam untuk menuntut hutang RM60ribu daripada individu? Hutang sesama ‘kawan’ yang telah berlanjutan selama 7 tahun. Setiap bulan/hutang saya tagih hutang, penghutang acknowledge jumlah hutang secara lisan di mesej, jadi masih boleh tuntut hutang kan? Hanya sesetengah bukti transfer kepada penghutang sahaja ada. Terima kasih.
Assalamualikum tuan, Saudara saya berhutang dgan saya lebih dari RM 40,000 utk renovate rumah dia. bukti transaksi juga ada. Dia berjanji utk kembalikan kan duit itu setelah mendapat pulangan dari “investment” pada bulan akan dtg. Rupa² nya dia ditipu dan tidak dpt pulangan dari investment tersebut. Saya diperlakukan seperti pengemis meminta semula duit saya sudah 2 tahun tapi masih berdegil utk melunaskan hutang saya. ada peluang tak utk mendapatkan semula duit itu?
Salam Tuan, boleh ke sebuah Law atau Legal Firm menghantar SMS mengatakan akuan bank seseorang akan disekat ? Terima kasih tuan.
Assalamualikum tuan: apa ka yang harus saya lakukan jika situasi yang saya hadapi sekarang.. saya bekerja sebagai kuli dengan satu majikan . Majikan saya tidak membayar saya upah. dan tempat saya kerja tidak memiliki KWSP SOCSO. apa tindakan yang sesuai saya kena ambil dengan majikan saya itu ?
Terima kasih
Asalamualaikum tuan, saya pernah berhutang pada sebuah syarikat pinjaman wang berlesen pada tahun 2005 dan sudah selesai membayarnya, selepas 17 tahun iaitu 13/04/22 saya mendapat panggilan dari wakil syarikat itu mengatakan saya masih berhutang dan hutang itu bernilai rm3, 600. Mereka meminta resit pembayaran sebagai bukti jika saya sudah habis bayar. Semua resit itu saya tidak simpan memandangkan perkara itu dari 2005 lagi. Pada 18/04/22 saya membayar rm500 tetapi wakil itu memberikan resit yang tidak sempurna (resit tersebut tidak dinyatakan “perkara” dan tiada no rujukkan) . Saya meminta mereka untuk menhangtar email sebagai bukti yang mengatakan saya masih berhutang dan saya meminta agar resit pembayaran saya dinyatakan dibahagian perkara “PEMBAYARAN PINJAMAN PERIBADI” tetapi mereka enggan dan menyuruh saya datang sendiri ke syarikat itu. Untuk makluman tuan jarak syarikat itu ke tempat tinggal saya sekarang adalah 500KM. Apakah yang perlu saya lakukan. Terima kasih atas jawapan tuan.
salam tuan..
saya nak tanya, suami saya ada bg duit kat kawan dia utk 1 pelaburan, dan ada surat suruhanjaya sumpah lah kan antara depa dua, tp surat biasa lah mengatakan suami saya ada buat bisnes bersama tp tak menyatakan jumlah berapa. tapi ada transaction duit ke akaun dia lah sebanyak 100k, selama setahun duit pelaburan dibayar tp sejak 2 3 bulan nih dia tak bayar sbb dia dah salahgunakan duit pelaburan tuh utk diri sendiri, dgn kehidupan mewah tp bila suami minta dia bayar balik duit yg dilabur tuh dia kata tak ada duit .. saya ada update pasai di media sosial pasal hutang , dan dia mengamuk pada suami saya dan dia kata dia nk saman suami saya tapi tak pasti saman atas apa , sbb di media sosial saya tak sebut nama dia. suami mmg nk saman bawak ke mahkamah tp nak bagi masa utk dia settle tapi dia marah dgn status di media sosial saya dia cakap dia nak saman suami saya, dia menang dia tak bayar duit suami saya, kalau suami menang dia akan bayar duit suami saya .. jadi adakah dia boleh saman suami saya utk dia tak bayar hutang tuh? apa pendapat tuan utk kes ni?
Asalammualaikum, ceritanya mcmni.. tunang saya pegang duit kawin saya dan berjanji untuk berkahwin. tapi pada bulan 3 dia telah kawin dengan orang lain. duit yg saya telah beri sebanyak RM6450.. apabila saya hendak tuntut semula dia beri bermacam alasan. macam mana cara untuk saya tuntut semula duit saya? boleh ke saya saman dia atas kerugian masa dan tenaga saya untuk dia selama ni.
Assalamualaikum
Sy nk Tanya
Kalau kwn kita pinjam duit kita
Dan sudah buat perjanjian hitam putih mengenai bayaran bulan selame 8 bulan
Pada awalnya, pembayaran smooth
Tetapi hujung2 bila nak habits bayar,
Dia buat perangai xnak bayar
Sudah beri beberapa tempoh untuk selesaikan
Tetapi dia Masih enggan bayar
Apa tindakan Sy seterusnya?
Saya nak tnya..kalau dh bankrup personal loan..ada hutang kerata masih ada..sbb kereta bercagar..surat yang mcam mana mdi kuarkan untuk bagi kepada pihak bank untuk peyambungan bayaran..tolong bg pandangan….tak tahu surat macam mana bank nak..sbb mdi dh buat surat untuk penyambungan byar..tpi bank kata buka surat tu..
Assalamualaikum wbt tuan. Saya nak bertanya, adakah boleh sekiranya tuntutan hutang itu difailkan sekiranya penghutang meminjam wang dari pemiutang dalam mata wang asing selain malaysia ringgit? Sekiranya tuntutan boleh difailkan, bagaimanakah kadar pertukaran wang asing itu patut dilandaskan, adakah berlandaskan kadar semasa atau berdasarkan pada tarikh pinjaman berlaku? Terima kasih tuan.
assalamualaikum tuan
soalan saya , saya telah membeli satu barangan elektrik dari satu syarikat berjumlah rm4099. dan saya perlu mengaktifkan voucer sebanyak rm1000 jika hendak mendapat VIP member.seterusnya lagi saya perlu mencukupkan rm6887 untuk selama 2tahun untuk mendapatkan diskaun jika saya hendak membeli lagi. pada yang sama baru saya sedar bahawa resit tersebut tidak mempunyai cop syarikat.ia cuma hanyalah tandangan pihak penjual.didalam perjanjian tersebut saya perlu menggunakan barangan tersebut selama 90hari untuk testimoni.jika saya berminat saya boleh terus membayar bulanan dan jika saya tidak berminat saya boleh memulangkan semula pada pihak syarikat.untuk mendapat semula wang tersebut ia adalah matang diantara 7-20hari bekerja seperti yg dinyatakan oleh pihak penjual(verbal) .akan tetapi saya sudah masuk 6bulan saya tidak mendapat apa2 dari pihak syarikat.syarikat pula saya tidak pasti dimana hq nya dan nimbor telefon yang sebetulnya.apabila saya berkali kali call penjual yg menjual pada saya ia tidak respon dan cuma mengatakan hal tersebut dalam proses.soalan saya boleh ke tidak kita membuat tuntutan atau saman ke atas syarikat yang tidak bertanggungjwab atas pembayaran ke atas pelanggan?
saya dah buntu untuk cari penyelesaian
Salam tuan. Sy nk tnye.. sybad hutang dengn parkson crdt.. (barangn eletrik) sy sudah tidak berkerja sejak covid , dan sehingga kini.. sy skg dalam keadaan kurang sihat sudah hmpir setahun lebih.. mcm mne yee sy nk buat. pihak sana ckp akan keluarkn surat mahkamah…
Salam Tuan, Prosiding Orang Digarnis boleh dimohon kepada penghutang xkira amount yg dihutang ka ? Atau apa procedure yg diperlukan jika Prosiding Orang Digarnis dibuat ? Mohon pencerahan dari Tuan. Tq
Debt collector company still boleh buat tuntutan terhadap hutang lapuk yang dibeli dari banks?
Aslam tuan . Saya kehilangan 15k di wedding planner nama syrikat Ali grand hall pelbagai cara buat tpi pihak sana tetap taknk jelaskan bayarn saya atau teruskan majlis saya . Sehingga kini beliau bankrup ..apakah yg harus saya buat? Beri penerangan tuan..
Boleh tak encik jelaskan tentang Tatacara Tuntutan Kecil (untuk individu sahaja) tu lebih detail bagaimana kita perlu ambil tindakan?
boleh ke jabatan insolvensi call saya,
Selamat pagi tuan,
Saya ingin dapatkan pendapat mengenai hutang tdak dijelaskan untuk pembelian rumah.
S&P rumah berharga 200k, penjualan melalui agent.
i) Namun tanpa sebarang makluman, agent menjual dengan 180K
ii)kelulusan pembeli 150K,
iii)arrangement agent dan pembeli tanpa pengetahuan saya baki dijelaskan secara tunai vi) saya meminta agar harga jualan rumah seperti mana S&P, pembeli bersetuju,
v)nama kedua pembeli menigal dunia sebelum melunaskan baki
vii) agent membeli rumah tersebut dan berjanji untuk melulaskan baki 50k (perjanjian dibuat bersama pembeli pertama, saya tidak masuk campur)
Namun sampai kehari ini saya belum dapat sebarang bayaran.
bagimana cara untuk saya membuat tuntutan tersebut.
Terima kasih.
Salam tuan,
Nk Tanya,bgaimana sekiranya saya Masih mempunyai tunggakan kereta namun kereta tersebut telah kemalangan Dan rosak sepenuhnya.saya pernah membuat tuntutan insurans namun tuntutan tersebut hanya dapat membayar RM 10K Dr jumlah tunggakan kereta tersebut.sejak kemalangan pada tahun 2018 hingga kin,saya Masih gagal untuk menyambung bayaran tunggakan tersebut. Apakah Pihak kedai kereta tersebut dapat mengambil apa2 tindakan terhadap saya?
Salam..kawan saya ade hutang rm150 ..n then saya tagih hutang saya..dye block saya bukan dye sahaja satu family dye..hutang sebanyak tu boleh saya pergi ke mahkamah..n berbaloi ke ..tq
Salam,
Client saya mempunyai RM100,000 invoice yang masih belum dijelaskan, sudah 5 bulan dari date invoice tersebut. Pihak company saya sudah menghantar beberapa email peringatan tetapi masih lagi tiada jawapan, adakah saya perlu membuat Letter of Demands?
Assalamulaikum Tuan, boleh ke pihak bank meminta isteri penghutang untuk membayar balik hutang suami. Tetapo dalam perjanjian hutang tak de nama isteri. Suami ambil hutang sebelum kahwin. Terima kasih menoleh keburut undang undang Malaysia, boleh pihak bank meminta isteri si pemiutang bayar hutang suami dia?
as salam tuan, sy kehilangan pekerjaan yg mjadikan tiada kemampuan utk mbayar hutang kad kredit. sy membuat rayuan pd pihak bank utk membayar ikot kemampuan yg sememangnye kurang dr min payment. Namun pihak bank demand utk full payment & ugut utk tindakan undang2 jika gagal. sy bayar jugak sikit2 ikut kemampuan sbb masih x bekerja. Tahun ni lg sekali sy buat rayuan namun masih belum ade reply. Bolehkan sy dikenakan tindakan undang2…sy risau sbb ada 1 kereta loan atas nama sy masa bekerja yg dbayar oleh suami…itulah kereta utk pegi kerja…bantu sy tuan mohon penjelasan @ cara utk handle masalah ini…tq
Assalamualaikum..Adik saya kena pukau dan telah berhabis hampir 300k tidak termasuk hutang dengan bank. Kami telah dapat info suspect seorg perempuan thailand yang dah berkeluarga dan menetap di Malaysia termasuk perbualan whatsapp. Saya ingin menggunakan tuntutan sivil sebagai cara/ikhtiar untuk dapatkan kembali atau setidak-tidaknya menggunakan tuntutan mahkamah tersebut sebagai salah satu cara untuk halang suspect hubungi adik saya.
Soalan saya bolehkah saya membuat tuntutan mahkamah tersebut tanpa menggunakan peguam?. kami sekeluarga sudah tidak ada apa-apa lagi dari segi kewangan untuk lantik peguam
Salam Tuan,saya nak tanya saya sudah mr jual restaurant saya dengan hargaRM60k sudah 1 tahun,tapi mereka belum bayar,saya bawa ke lowyer dan saman dia,keputusannya dia akan bayar Rm500 /sebulan dan lowyer cakap mahkamah dah luluskan. Saya suspect lowyer saya tidak bepihak dengan saya Karena saya dengan dia pakai lowyer saya juga Untuk kes dia yang lain.saya tidak ada dimalaysia saat kes saya dan dia jalan.apa yang patut saya buat?
Salam Tuan, pd tahun 2022 start berhutang dgn moneylender 3k , sebulan perlu byr 804 utk 6 bln..pd tahun 2022 sy cuma mampu byr 2 bulan shja, dan balance sejak 2022 tertunggak shingga 2023 sya byr semula dua bulan juga… namun tahun ini dtg surat tuntutan yg mengatakan sya cuma tlh mbayar hutang tsebut pada tahun 2022, selama sy byr 2023 mereka x update dlm sistem mereka sedangkan sy telahpun memberi kepada mereka bukti pembayaran pd tahun 2023 dan skrg mereka menuntut sbyk 22500 dan sy buntu, dan mereka menegaskan agar sy membayar sejumlah tersebut sebelum hujung bln ini… apa kh yg perlu sya buat?