Skip to content

ISTERI NUSYUZ: APA SUAMI PERLU BUAT?

Umum tahu apa itu nusyuz. Setiap pasangan diuji dengan badai rumahtangga yang berbeza. Sebagai seorang suami, apa yang anda perlu lakukan sekiranya isteri anda menunjukkan tanda-tanda nusyuz?

  1. Suami boleh menuntut isteri agar kembali taat di Mahkamah Syariah (sekiranya masih lagi boleh dididik).
  2. Suami boleh memohon perpisahan melalui tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah (sekiranya tiada harapan untuk perbaiki perkahwinan).

Mungkin anda jarang dengar suami menuntut fasakh daripada isteri tetapi perpisahan melalui cara ini adalah dibenarkan oleh Hukum Syarak. Kesannya? Jumlah talak yang dipegang oleh suami tidak berkurangan sekiranya berpisah melalui fasakh. Namun, sekiranya pasangan ingin kembali bersama, mereka bolehlah berkahwin dengan akad yang baru dan mahar yang baru.


Bagi si suami, sekiranya tiada harapan lagi untuk si isteri dididik, tuntutan fasakh adalah lebih praktikal. Ini kerana dalam perbicaraan fasakh ini, si suami hendaklah membuktikan perlakuan buruk si isteri yang membelakangkan Hukum Syarak sehingga menyebabkan perpisahan tersebut di Mahkamah.


Sekiranya si isteri telah memfailkan perceraian dan pada masa yang sama si suami ingin memfailkan fasakh, salah satu kes tersebut hendaklah ditarik balik. Sekiranya tidak, Mahkamah akan menolak salah satu kes tersebut.


Tuntutan Nusyuz juga tidak mempunyai implikasi yang besar sekiranya si isteri memfailkan permohonan perceraian dalam masa yang sama. Ini kerana sekiranya kes perceraian telah selesai sebelum kes nusyuz, kes nusyuz tersebut tiada guna lagi untuk diteruskan. Dalam kebanyakan kes, si suami selaku Plaintif akan menarik balik kes nusyuz setelah kes perceraian selesai.


Dari sudut undang-undang syariah, sekiranya si isteri disabitkan nusyuz, hak si isteri terhadap nafkah sepanjang tempoh si isteri disabitkan nusyuz oleh Mahkamah telah gugur. Namun, hak-hak si isteri selepas perceraian adalah tidak dinafikan.

(Visited 19,054 times, 60 visits today)
4.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Amirul
Amirul
1 year ago

Assalamualaikum Puan, nak tanya, isteri sya ni dlu dia beria mintak cerai, tapi saya senyap, kemudian bila kami berpindah ke rumah baru, perangai dia makin teruk, maki keturunan saya, maki saya jangan cerita lah, saya ni nasib ada tahap kesabaran.. Kemudian isteri saya ni dah berkali kali keluar rumah tanpa kebenaran, ada sekali tu, 2 hari (kalau xsalah) tak balik rumah, rupanya tidur rumah kawan dia. Saya simpan segala bukti dia maki saya dalam wassap, saya record bukti suara yang mana dia memaki saya dan keturunan saya. Saya sendiri yang minta damai dengan dia, tapi dia taknak. Saya terpikir mengenai Sabitan Nusyuz ni, bagaimana dan apakah caranya?

Suhaimi
Suhaimi
1 year ago

Assalam Pn. Nak tanya..jika isteri failkan cerai..tetapi suami pula failkan nusyuz..dan kes nusyuz pula yg selesai dulu..apa kesan terhadap permohonan cerai isteri. Minta penjelasan. Tq

Zaini
Zaini
1 year ago

Isteri nusyuf minta cerai. Tetapi suami masih mahu menyelamatkn rumahtangga dan mengelakkan isteri hanyut. Rasanya kaunseling pun isteri akn bertegas tetap mohon cerai sb dh tiada perasan terhadap suami.

MOHD Khairil Azmizan
MOHD Khairil Azmizan
1 year ago

Apa maksud hak2 isteri selepas penceraiam adalah Tak dinafikan

Muhamad syamin marzuki
Muhamad syamin marzuki
1 year ago

Isteri sya xpunya hati dgn saya dan mencintai llki yg bru ceraikan isteri nya(duda) apabila sya
tnya adakah dia masih syg sya…dia kata dia syg cuma cinta xada dlm hati..llki (duda) itu jgak baru ketahui yang dia isteri org…apa yang perlu sya buat…isteri minta dilepaskan kerana kusut sbb xdapat memilih yg benar dan tak mau didedahkan berkaitan nusyuz apa bila ditanya semasa proses pepisahan…tempoh perkhawinan kami bru 1 thun…sya mohon pencerahan

MOHD Khairil Azmizan
MOHD Khairil Azmizan
1 year ago

Maksud hak2 isteri selepas penceraiam adalah Tak dinafikan

Riduan osman
Riduan osman
1 year ago

Asalamualaikum,saya riduan dari ipoh perak,bekas isteri saya nusyus dengan saya 2 hari tak pulang kerumah mengikut teman lelaki nya,dan dia telah buka fail cerai terhadap saya dan setelah 3 bulan bercerai dia bertanya hak2 yang dia nak tuntut,sebagai isteri yg buka fail cerai dan nusyus layak kah dapat tuntutan seperti harta sepencarian dan sebagaiya,saya perlu penjelasan dari puan,setahu saya dia tak layak dapat apa2 pun,minta pencerahan puan,ni no saya 0163943374,terima kasih

8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x