JALAN BERLUBANG, TERLANGGAR SERPIHAN TAYAR, OBJEK ASING SEHINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN DI LEBUH RAYA, BOLEH TAK SAMAN SYARIKAT LEBUH RAYA?

JALAN BERLUBANG, TERLANGGAR SERPIHAN TAYAR, OBJEK ASING SEHINGGA MENYEBABKAN KEMALANGAN DI LEBUH RAYA, BOLEH TAK SAMAN SYARIKAT LEBUH RAYA? [BAHAGIAN 1]

Kisah tentang kemalangan jalanraya di lebuh raya disebabkan cubaan mengelak jalan berlubang, terlanggar serpihan tayar, terlanggar bendasing di atas jalanraya seperti batu, bongkah kayu, serpihan besi, papan tanda terjatuh dsb yang mana ada yang sehingga meragut nyawa bukan perkara baru.

Bahkan kes-kes ini sering kali kita dengar di berita dan akhbar tempatan.

Tapi tahukah anda, sekiranya kemalangan tersebut disebabkan oleh faktor kecuaian Syarikat Pengendali lebuh raya tersebut, mangsa mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman ke atas syarikat pengendali?

YA, JIKA ADA KECUAIAN DARI PIHAK SYARIKAT PENGENDALI LEBUH RAYA, MANGSA BOLEH SAMAN PENGENDALI LEBUH RAYA TERSEBUT.

Asasnya, pada bila anda memasuki suatu lebuh raya, dan ada kalanya perlu membayar sejumlah tol dsb, akan wujud suatu tanggungjawab secara statutori di bawah Seksyen 11 Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia 1980 [Akta 231] oleh Pengendali Lebuh Raya tersebut kepada pengguna untuk memastikan keadaan lebuhraya tersebut adalah selamat kepada pengguna sebagaimana ringkasan kedudukan yang direkodkan di dalam kes pilihan berikut: –

1. Projek Lebuhraya Usahasama Bhd v Hawa Liyana Binti Hashim [2018] MLJ 2011 – Apabila seseorang pengguna lebuhraya tersebut memasuki lebuhraya tersebut secara sah, maka pengendali jalanraya bertanggungan untuk menyelenggara dan melakukan apa jua yang munasabah untuk menjaga keselamatan pengguna.

2. LBS Travel Sdn Bhd & 1 Lagi v Nathan Muthayah & Yang Lain [2019] 8 MLJ 767 – Pengendali lebuh raya adalah bertanggungjawab untuk memastikan lebuh raya di dalam keadaan membolehkan pemanduan selamat dan ini termasuklah untuk memastikan permukaan jalanraya adalah selamat dari sebarang bahaya disebabkan kewujudan bendasing.

Oleh yang demikian, sekiranya pengguna jalanraya tersebut mengalami kemalangan di lebuhraya disebabkan oleh kecuaian pihak syarikat Pengendali lebuh raya tersebut sehingga menyebabkan kerugian harta benda dan/atau kecederaan dan/atau kehilangan nyawa, mangsa dan/atau waris mangsa berhak untuk memulakan saman di bawah tindakan sivil Tort Kecuaian di Mahkamah terhadap syarikat Pengendali lebuh raya tersebut.

Namun demikian, pihak yang menuntut ke atas Syarikat Pengendali Lebuh Raya tersebut pada setiap masa bertanggungjawab untuk memastikan tuntutannya kecuaian ke atas Syarikat Pengendali Lebuh Raya tersebut mempunyai bukti yang kukuh bagi membuktikan kewujudan suatu kecuaian.

Oleh yang demikian, pada perkongsian akan datang di BAHAGIAN 2, pihak Jom Tanya Peguam akan kongsikan isu-isu yang menyebabkan pihak mangsa gagal untuk mendapatkan tuntutan terhadap Syarikat Pengendali lebuh raya di Mahkamah dan apa sebenarnya yang mangsa perlu buat setelah kemalangan disebabkan kecuaian pihak Syarikat Pengendali berlaku.

JANGAN LUPA SHAREKAN POST INI UNTUK PERKONGSIAN ORANG AWAM DILUAR SANA.

*Penulisan ini hanyalah suatu pendapat pihak Penulis semata-mata dan tidak bersifat nasihat guaman dan/atau mengikat pihak Penulis dan Pembaca sebagai Peguam dan anakguam.
*Gambar hanyalah contoh semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

ADA SOALAN UNDANG-UNDANG YANG DAH LAMA TERPENDAM? JOM TANYA PEGUAM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *