Seperti yang kita semua sedia maklum, baru-baru ini pencarum-pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1 i-Sinar. Oleh itu, pihak Jom Tanya Peguam ingin memberikan peringatan kepada orang awam supaya sentiasa berwaspada dengan kegiatan penipuan/scammers yang tidak akan teragak-agak untuk mengambil kesempatan terhadap kelekaan dan kenaifan kita.
JENIS-JENIS SCAMMERS
Jom Tanya Peguam memilih untuk tidak membuat posting yang menunjukkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan scammer sebab itu hanya akan membantu scammer-scammer tersebut menipu dengan lebih baik dan yakin lagi. Ini akan menyebabkan orang awam makin sukar jika hendak bandingkan antara scam dan yang betul.
Oleh itu, sekiranya anda ada berhadapan dengan situasi-situasi di bawah, mohon berfikir dua tiga kali terlebih dahulu dan dapatkan nasihat/konsultansi orang yang pakar di dalam bidang tersebut sebelum membuat apa-apa keputusan yang meletakkan diri anda di dalam risiko yang merugikan.
1. SCAM PINJAMAN KEWANGAN
Modus operandi
Untuk dapatkan pinjaman yang cepat dan mudah, anda perlu depositkan jumlah wang tertentu sebelum pinjaman diluluskan. Lepas bank in duit, terus nombor tak dapat dihubungi.
2. SCAM JUAL TANAH LOT LIDI
Modus operandi
Pihak ketiga meletakkan iklan untuk menjual tanah lot lidi dengan harga yang terlalu murah dari pasaran. Meminta pihak pembeli untuk membayar deposit dan harga jualan secara terus tanpa menunjukkan apa apa dokumen mengesahkan tanah tersebut adalah milik beliau (atau diberi kuasa untuk menjual oleh pemilik).
Wang sudah dibayar, pihak yang ketiga yang menjual tersebut tidak dapat dihubungi, buat carian hartanah di Pejabat Tanah untuk kenalpasti pemilik, pemilik kata beliau tidak pernah nak jual tanah tersebut kepada siapa-siapa.
3. SCAN EMAS ETA (Estimated Time Arrival)

Modus operandi
Syarikat melalui wakalah berjumpa dengan mangsa, beri tawaran beli dan melabur, bayar RM 150k untuk emas 1 kg, emas di pegang oleh Syarikat, mangsa dijanjikan selepas 6 bulan, mangsa akan terima RM 50k dan emas fizikal 1kg tersebut. Syarikat tiba-tiba inform ada masalah dengan program, Syarikat kononnya di sekat BNM, Syarikat tutup dsb, duit pun lebur.
4. SCAM PELABURAN SAHAM
Modus operandi
Didatangi oleh individu mendakwa diri sebagai agen pelabur berpengalaman di Bursa Saham (tanpa bukti yang kukuh). Menjanjikan pulangan berlipat ganda, meminta mangsa memberikan sejumlah wang (selalunya diberi atas dasar percaya tanpa rekod). Individu tersebut kemudiannya gagal dihubungi dan tiada sebarang rekod trading berlaku.
5. SCAM PELABURAN BISNES BERKAITAN HAIWAN BELAAN
Modus operandi
Syarikat maklumkan haiwan mempunyai certificate international, meminta pelabur untuk membayar sejumlah wang untuk kos belian, kos import ke Malaysia, penjagaan dan mating oleh Syarikat. Menyatakan haiwan tersebut mampu menghasilkan anak lebih dari 12 ekor setahun dan boleh dijual dengan harga tinggi. Selepas 3 tahun, pihak Syarikat masih gagal tunjukkan sebarang bukti international certificate haiwan tersebut. Anak hasil mating? Tiada, jawapan yang diberikan, itu semua ketentuan Tuhan.
6. MACAU SCAM

Modus operandi
Mangsa akan mendapat panggilan dari individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan memberitahu mangsa ada kes polis dan perlu membayar sejumlah wang untuk selesaikan kes. Ada juga yang siap whatsapp kan gambar kononnya ada laporan polis bagi meyakinkan mangsa. Mangsa yang panik akan segera bank in kan wang tersebut.
7. SCAM PEMINDAHAN WANG OLEH PEGAWAI BANK
Modus operandi
Mangsa mendapat panggilan dari individu yang menyamar sebagai pegawai bank. Mereka akan meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan dan kemudian nombor kad bank anda dan akhirnya nombor CVC. Sedar-sedar duit dalam bank dah habis licin.
8. LOVE SCAM
Modus operandi
Mangsa akan dipikat sehingga jatuh cinta menggunakan akaun profil palsu sama ada melalui emel, facebook, twitter ataupun media social lain. Sepanjang tempoh perkenalan, mereka tidak akan bertemu dan perhubungan hanya melalui perbualan telefon. Selepas jatuh cinta, si pelaku akan mula menagih simpati dari mangsa dan meminta pelbagai pertolongan daripada mangsa khususnya pertolongan kewangan. Mangsa akan diperdaya untuk memasukkan wang ke dalam akaun pelaku. Apabila duit sudah masuk, pelaku akan terus menghilangkan diri.
9. SCAM PEWARIS HARTA/DUIT DARI PIHAK LUAR
Modus operandi
Anda akan menerima emel yang menyatakan anda adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada sorang individu luar Negara yang tidak dikenali. Biasanya dari Afrika. Emel itu juga akan menyatakan bahawa beliau kini menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran sekali gus akan mendapatkan pertolongan dari mengsa untuk selesaikan urusan beliau terlebih dahulu sebelum habuan yang lumayan dijanjikan. Mangsa biasanya terpedaya kerana tawaran lumayan yang dijanjikan serta modus operandi meraih simpati si pelaku.
10. SCAM SMS CABUTAN BERTUAH
Modus operandi
Mangsa akan menerima SMS yang menyatakan telah memenangi peraduan cabutan bertuah dari luar negara. Mangsa perlu berhubung dengan satu individu dengan segera untuk keterangan lanjut. Kemudian, mangsa akan diarahkan untuk memasukkan wang tunai ke dalam akaun pelaku kononnya sebagai wang cagaran. Si pelaku memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan kemudian akan terus hilangkan diri.
11. SCAM PENGUMPUL SYILING LAMA
Modus operandi
Mangsa akan dihubungi sama ada melalui emel ataupun message di media social di mana pelaku menyatakan bahawa beliau seorang pengumpul duit syiling lama. Pelaku akan membuat tawaran harga untuk membeli duit lama dari mangsa dengan harga yang tinggi. Apabila mangsa setuju, pelaku akan meminta no akaun dan berjanji akan memindahkan wang menerusi bank transfer. Kemudian, dalam 1 hingga 2 hari, mangsa akan dihubungi dan dimaklumkan kononnya pemindahan wang ada masalah dan perlu membayar ‘processing fee’ yang tak pernah cukup untuk melepaskan wang tersebut.
SILA AMBIL MAKLUM, bahawa contoh-contoh di atas hanyalah bertindak sebagai contoh semata-mata berdasarkan pengalaman dan kenyataan yang diberikan oleh anakguam dan diolah tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.
Sekali lagi, pihak kami menegaskan, bahawa sekiranya senario di atas berlaku, sila dapatkan nasihat daripada pihak yang pakar dalam bidang tersebut.Jika ada yang pernah berhadapan dengan jenis penipuan yang lain, digalakkan untuk berkongsi di bawah supaya senarai ini bertambah dan lebih ramai yang peka terhadap isu yang semakin menjadi-jadi ini.
Semoga bermanfaat, dari kami untuk anda.
GOOD SHARING 🙂
Asalam ab .dlm kes macau scam klau kldai akn dh di tngkap tapi pndakwaraya kata x kes n kldai akn di lpaskan .boleh ke kita buat rayuan semakan kep. Pndakwaraya tu
Salam sejahtera, Sama nak tanya jikalau Syarikat peminjam Wang Yang mendakwa bahawa mereka under kerajaan, adakah benar saya masih perlu membayar sejumlah Wang untuk markah skoring supaya proses pinjaman dapat diluluskan?