Skip to content

“JUAL BELI KERETA” SECARA SAMBUNG BAYAR SAH KE DISISI UNDANG-UNDANG

Si A, Pemilik (Penjual) kereta masih hutang dengan bank, nak jual harga masih tidak mampu menampung baki hutang.Manakala Si B, Pembeli pula

Si A, Pemilik (Penjual) kereta masih hutang dengan bank, nak jual harga masih tidak mampu menampung baki hutang.Manakala Si B, Pembeli pula tidak ada wang yang cukup untuk membayar deposit untuk membeli kereta baru atau idaman, atau tidak layak mendapat pinjaman bank.Akhirnya Pemilik (Penjual) tersebut cuba menjual kereta dengan cara “sambung bayar” kepada Pembeli.Modus operandinya adalah mudah: –

1. Pemilik (Penjual) dan Pembeli memasuki kontrak ringkas/atau tiada kontrak;

2. Pembeli memberikan sejumlah wang deposit kepada Pemilik (Penjual);

3. Pembeli diberikan kereta tersebut untuk digunakan;

4. Pembeli hendaklah memasukkan sejumlah wang kepada bank dimana Pemilik (Penjual) berhutang setiap bulan;

5. Selesai tempoh pembayaran bulanan, Pemilik (Penjual) berjanji akan mendapatkan geran dari pihak Bank, dan memindahkan hakmilik dari Pemilik (Penjual) kepada pihak Pembeli.

Nampak mudah dan kelihatan seperti proses yang serba serbi patuh pada undang-undang.Namun adakah sambung bayar ini sah disisi undang-undang?Jawapannya secara amnya adalah tidak sah.Ini kerana pihak Si A hendaklah mengetahui bahawa Si A pada setiap masa bukanlah seorang pemilik kepada kenderaan tersebut.

Apabila Si A masih lagi berhutang dengan pihak bank, pada kebanyakan jenis kontrak pinjaman pembelian kenderaan jenis “hirer-purchase”, pemilik yang sah ke atas kereta tersebut adalah pihak bank, manakala Si A hanyalah dianggap sebagai seorang penyewa, apabila hutang bulanan Si A pada Bank tersebut diselesaikan, maka barulah Bank akan memindahkan ketuanpuanyaan kenderaan tersebut kepada pihak Si A.

Pada masa yang sama, tindakan Si A tersebut merupakan suatu tindakan yang melanggar klausa kontrak “hire-purchase” yang kebanyakannya menyatakan seperti berikut:-“Penyewa dilarang tanpa mendapat kebenaran Bank untuk menjual, memindahmilik, menghapuskan kenderaan tersebut sama ada hakmiliknya, apa-apa kepentingan atau menyewakannya kepada pihak ketiga.

Sebarang percubaan dan/atau tindakan persetujuan oleh Penyewa tersebut yang berbuat demikian adalah dianggap melanggar undang-undang dan kontrak hire purchase ini, yang mana membolehkan pihak Bank menyita, menarik, dan/atau merampas kenderaan tersebut” Tindakan Si A ini juga adalah bertentangan dengan Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 yang mana melarang penyewa di dalam suatu kontrak sewa-beli cuba untuk melupuskan atau menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga dengan cara melanggar kontrak atau menipu pemilik (bank) yang mana jika didapati melanggar boleh dikenakan denda maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara keburukan operasi “sambung bayar” adalah :-

1. Kontrak Jual Beli secara sambung bayar (jika ada) yang dimasuki diantara Si A dan Si B tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh ditegakkan sepertimana di dalam Seksyen 24 Akta Kontrak 1950;

2. Undang-undang tidak melindungi hak Si B “pembeli” tersebut;

3. Tiada jaminan bahawa Si A, Penjual tersebut akan menyempurnakan transaksi pindahmilik apabila selesai pmbayaran dengan pihak Bank;

4. Kemungkinan isu pemilikan akan berbangkit apabila si A, Penjual kenderaan tersebut meninggal dunia dan kenderaan tersebut dituntut oleh waris si A; dan

5. Pembeli boleh sewenangnya hilangkan diri bersama kenderaan tersebut, tidak membayar ansuran kepada bank seperti dijanjikan dan tidak dapat dikesan.

Semoga bermanfaat.Terima kasih

(Visited 756 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x