Kalau esok barang daripada J&T sampai, jatuh talak!

Apa nak buat kalau suami warning macam ni? Dan apa nak buat kalau dah ter’order’ barang malam sebelumnya? Kalau barang tu sampai lusa macam mana? Masih jatuh talak atau tidak?

Anda familiar dengan situasi begini? Kalau bukan kerana order barang di Shoppee pun mesti ada lain-lain situasi seperti “kalau awak jumpa si fulan jatuh talak!” .

Situasi sebegini selalunya membuatkan si isteri berfikir 1000x. Apa nak buat ni. Si suami pula kadang-kadang kesal atas warning yang diberikan memandangkan ayat keramat sebegini tidak boleh ditarik balik.

Mari saya rungkaikan. Ini adalah situasi di mana anda perlu membuat PENGESAHAN LAFAZ CERAI.

Bagaimana caranya?

1.Pergi ke Pejabat Agama untuk rujuk masalah anda.

Atau

2. Anda boleh terus pergi ke Mahkamah Syariah dalam daerah anda bermastautin untuk rujuk perkara ini.

3. Failkan kes Pengesahan Lafaz Cerai di Mahkamah tersebut.

4. Kedua-dua pasangan hadir ke Mahkamah untuk sabitan lafaz tersebut pada tarikh yang ditetapkan.

Kalau suami tak bagi kerjasama lalu bagaimana?

1. Teruskan dengan kes tersebut.

2. Mohon waran tangkap sekiranya prosedur penyampaian saman telah disempurnakan tetapi suami masih enggan hadir ke Mahkamah.

3. Sekiranya suami masih tidak memberikan kerjasama atau menghilangkan diri, kemukakan saksi (sekiranya ada).

4. Pada kebiasaannya, Mahkamah akan meminta si isteri sumpah Istizhar (mengikut pertimbangan dan kebijaksanaan Yang Arif Hakim) untuk menyatakan apa yang dinyatakan adalah benar.

Oleh:

Fatihah Salahuddin,
Peguam Syarie 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *