Skip to content

“KALAU KITA JUMPA HARTA KARUN, BUKAN KITA DAPAT PUN, SEBAB KERAJAAN KATA DIA PUNYA”, BETUL KE?

1. PERSOALAN

Ini statement yang selalu kita dengar dikalangan masyarakat, tapi betul ke kita tak dapat kalau kita yang jumpa?

2. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

Tahukah anda bahawa di Malaysia, perkara berkaitan isu Harta Karun ada diperuntukkan dan diselia di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

3. TAKRIFAN “HARTA KARUN”

Di dalam Seksyen 2 Akta tersebut menakrifkan “Harta Karun” seperti berikut: -““harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;”

4. CONTOH

Sebagai contoh, sedang anda mengorek bahagian tanah anda untuk membuat perigi, anda secara tidak sengaja menjumpai satu bekas besi yang penuh dengan syiling petak atau straits dollar (straits settlement), tidak ketahui pemiliknya, maka ianya di anggap sebagai harta karun.

Sama juga situasinya, sekiranya anda dengan sengaja menggunakan alat “metal detector” bagi tujuan mencari “objek berharga” di persisiran pantai, kaki bukit, tepian sungai yang mana anda berjaya menjumpai barang kemas dsb, ia juga dianggap sebagai harta karun.

5. APA ANDA PERLU BUAT SEKIRANYA ANDA JUMPA HARTA KARUN?

Di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, secara spesifik di bawah Seksyen 74 (1), sekiranya anda menjumpai harta karun, anda bertanggungan untuk memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak Pegawai Daerah atau Pesuruhjaya Warisan.

6. BILA NAK KENA MAKLUM?

Di dalam Seksyen 74 (1) secara jelas menyatakan “dengan serta merta”

7. APA YANG BERLAKU SETERUSNYA?

Pegawai Daerah hendaklah menjalankan suatu siasatan tentang fakta penuh penemuan “Harta Karun” tersebut sepertimana yang dinyatakn di dalam Seksyen 75 dan kemudiannya membenarkan suatu tempoh munasabah untuk pemilik sebenar atau pihak-pihak yang merasakan berhak ke atas pemilikhakkan harta karun tersebut membuat tuntutan melalui permohonan di Mahkamah. (deklarasi pemilikan sebagai contoh)

Sekiranya tiada tuntutan dilakukan dan/atau dituntut dimahkamah tetapi ditolak dan/atau pemilik sebenar Harta Karun tersebut tidak dapat dikenalpasti dan/atau tidak dapat ditemui maka Pegawai Daerah di bawah Seksyen 77 (1) boleh mengistiharkan harta karun tersebut sebagai tiada pemunya.

8. JADI SIAPA YANG AKAN AMBIL HARTA KARUN TERSEBUT?

Sekiranya Harta Karun tersebut telah diistiharkan tiada pemunya, maka kata-kata orang-orang dahulu adalah BENAR iaitu “KALAU KITA JUMPA HARTA KARUN, BUKAN KITA DAPAT PUN, SEBAB KERAJAAN KATA DIA PUNYA”Ini sepertimana peruntukkan di bawah Seksyen 78 Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang memperuntukkan seperti berikut:-

“78. Apabila harta karun terletak hak pada Kerajaan Negeri Apabila suatu pengisytiharan telah dibuat berkenaan dengan mana-mana harta karun di bawah seksyen 77, harta karun itu hendaklah terletak hak pada dan menjadi kepunyaan Kerajaan Negeri.”

9. GANJARAN UNTUK PENEMU HARTA KARUN TERSEBUT

Tertakluk kepada budi bicara Kerajaan Negeri, pihak Kerajaan Negeri boleh memberikan hadiah melalui pembayaran kepada individu yang menjumpai harta karun tersebut dengan jumlah yang mana Kerajaan Negeri merasakan patut dan sesuai sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 79.

10. KESALAHAN SEKIRANYA ANDA SENGAJA TIDAK MEMAKLUMKAN PENEMUAN HARTA KARUN

Di bawah Seksyen 81, memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jika anda sengaja tidak memaklumkan penemuan harta karun tersebut, dan apabila disabitkan, anda boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Semoga memberi manfaat kepada anda semua walaupun sedikit.

SOALAN UNTUK ANDA

KALAU ANDA SECARA TIDAK SENGAJA MENJUMPAI SATU PETI EMAS LAMA (HARTA KARUN) PENUH DENGAN SYILING EMAS, BARANG PERHIASAN, BATU DAN LOGAM BERHARGA BERJUMLAH 2 JUTA RINGGIT? APA ANDA AKAN LAKUKAN DAN BERAPAKAH JUMLAH PAMPASAN YANG ANDA RASA BERBALOI?KONGSIKAN PENDAPAT DAN PENGALAMAN ANDA DIKOMEN

(Visited 2,696 times, 1 visits today)
3 2 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Hiahaj
Hiahaj
1 year ago

Kalau jumpa harta karun berjuta, saya rela buat senyap. Sebab denda hanya rm50k atau penjara tak lebih 5 tahun. Sangat berbaloi walaupun masuk penjara. Dengan duit berjuta macam2 boleh buat, lari luar negara pun ok.

muhammad rezwan
muhammad rezwan
1 year ago

berapa pampasan yang akan kita dapat kalau harta yang kita jumpa bernilai juta,an ringgit ?

Dis
Dis
1 year ago

Pembahagian sama rata 50% untuk kerajaan dan 50% untuk orang yang menjumpaiy harta karun…baru adil

3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x