Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
KALAU SAYA BERGAJI LEBIH RM 5,000, APA HAK SAYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG KERJA DI MALAYSIA? - Jom Tanya Peguam
Skip to content

KALAU SAYA BERGAJI LEBIH RM 5,000, APA HAK SAYA DI BAWAH UNDANG-UNDANG KERJA DI MALAYSIA?

Susulan penulisan saya bertajuk Fakta Tentang Undang-Undang Kerja Di Malaysia tempoh hari, antara soalan yang banyak ditanya kepada saya baik di Facebook, Twitter ataupun laman web Jom Tanya Peguam adalah berkenaan point nombor 3 iaitu hak pekerja bergaji RM 5,000 ke atas.

Sesiapa yang terlepas artikel sebelum ni, boleh baca di bawah:

APA PILIHAN YANG ADA BAGI PEKERJA BERGAJI RM 5,000 KE ATAS?

Baik, begini.

Kita sudah tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 sahaja dan juga pekerja manual.

Kalau pekerja manual tiada had gaji. RM 2,000 ke, RM 7,000 ke, tetap dilindungi bawah Akta Kerja 1955.

Sebab dia orang termasuk dalam definisi ‘pekerja’ dalam Seksyen 2 Akta Kerja 1955

Manakala Seksyen 69B Akta Kerja 1955 membolehkan pekerja bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 membuat tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) namun terhad kepada tuntutan gaji dan bayaran tunai SAHAJA.

Makna kata, pekerja bergaji RM 2,000 hingga RM 5,000 tak boleh buat aduan ke JTK berkenaan isu jam bekerja atau faedah penamatan.

Pekerja yang bergaji lebih RM 5,000 pula memang tak dilindungi bawah Akta Kerja 1955. Jadi, kalau ada apa-apa isu tunggakan gaji contohnya, tak boleh buat aduan ke JTK tetapi perlulah melalui SAMAN DI MAHKAMAH SIVIL.

Setakat ni okay ye?

KALAU KENA BUANG KERJA, MACAM MANA?

Untuk jawab soalan ini, kita kena faham dulu fungsi JTK. Supaya dapatkan bezakan dengan JPP.

Di JTK, contoh aduan yang boleh dibuat adalah:

– majikan tak patuhi upah minimum

– potongan gaji tidak mengikut undang-undang

– bayaran gaji lewat

– tiada cuti/elaun bersalin

– tiada bayaran faedah penamatan

Ini semua di JTK ya.

Jika mana-mana pekerja ditamatkan perkhidmatan atau dipecat dan dia rasa pemecatan tersebut tidak dilakukan secara adil, pekerja tersebut boleh buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Di JPP ataupun jika kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, TIADA had minimum atau maksimum gaji ditetapkan.

MANA-MANA PEKERJA SWASTA boleh membuat aduan ke JPP. Tiada masalah.

ASALKAN kes tu adalah kes pembuangan kerja secara tidak adil [unfair dismissal].

Saya harap semua lebih jelas tentang perkara ini.

Semoga bermanfaat.  

(Visited 14,906 times, 3 visits today)
4.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
86 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
SUMATHI A/P THANGAVELOO
SUMATHI A/P THANGAVELOO
3 years ago

Gaji lebih RM2K boleh claim ot tak? kerja sebagai supervisor

sam chan
sam chan
3 years ago

Adakah Gaji RM 4400 bekerja 6 tahun di berhenti kerja sebab syarikat tutup kerana masaalah kewangangan layak dapat faedah penamatan kerja ??

Al-Hafiz
Al-Hafiz
3 years ago

Salam Tuan

Saya bergaji Rm5200, dalam kontrak menyatakan yang saya tidak perlu berkerja melebihi waktu pejabat. Jika ada keperluan bekerja untuk hujung minggu atau pada luar waktu perniagaan adakah saya boleh claim ot

Saiful b
Saiful b
11 months ago

Pekerja yang bergaji melebihi RM 4,000 sebulan (kecuali pekerja manual) tidak layak mendapat bayaran kerja lebih masa, bayaran kerja pada hari rehat, bayaran kerja pada hari kelepasan am dan faedah penamatan.

Soalan saya
1), gaji rm 4000 itu adalah gaji pokok atau telah campur elaun tetap sekali ?

2) Apakah perbezaan antara pekerja manual dan pekerja bukan manual ?

mohd
mohd
3 years ago

jika gaji RM5550.00 dan bekerja pada cuti umum, adakah layak tuntut dan jika layak dituntut adakah kiraan sama seperti gaji bawah RM2000 ? dibayar 2x ? mohon penjelasan

El
El
3 years ago

Gaji melebih 2500. Adakah majikan berhak untuk memaksa bekerja selama 14jam atas dasar outlet/cafe tersebut perlu ada PIC sepanjang waktu bisness.

WO
WO
3 years ago

Jika saya adalah pekerja swasta contract (sudah confirm employment pada contract sebelum dan sudah renew contract lagi 1 tahun) bergaji RM 3000, tiada cuti bersalin diberikan. Pada tarikh jangkaan bersalin, saya boleh dikira sudah 4-5bulan bekerja dari tarikh renew contract, adakah sy mempunyai hak untuk mendapatkan cuti bersalin bergaji? Adalah terdapat di mana2 akta yang melindungi hak sy sebagai pekerja wanita?

NOOR JULIANI
NOOR JULIANI
3 years ago

Sy pekerja di BPO company (call centre), Pihak syarikat telah memotong gaji semua pekerja sebanyak 40% dr bulan May sehingga Oct 2021. Pemotongan gaji tersebut disebabkan syarikat masih lagi menunggu contract yg dijanjikan dr pihak Astro. Kami dijanjikan bulan ke bulan bahawa contract akan masuk tidak lama lg. Pd hari semalam, 8NOV21, pihak syarikat telah mengumumkan bahawa mereka akn memberi UNPAID LEAVE kepada semua staff selama 6 bulan dan notice yg diberikan sangat pendek iaitu hanya 5 hari drpd tarikh 8NOV21. Alasan yg diberikan, syarikat mempunyai masalah kewangan & cawangan di Kuala Lumpur tidak mendatangkan sebarang keuntungan sedangkan syarikat mempunyai banyak lg cawangan di serata dunia. Adakah tindakan ini sah di sisi undang2? Bolehkah pekerja demand untuk bayaran pampasan?

nickhalden
nickhalden
3 years ago

Assalamualaikum Tuan,

Ada beberapa soalan yang ingin utarakan. Situasinya, sekiranya waktu bekerja adalah seperti berikut

Isnin – Jumaat : 9 Pagi – 5.30 Petang
Sabtu : 9 Pagi – 1.00 Petang
Ahad : Cuti Rehat

Waktu bekerja :
7.5 jam / sehari bagi weekdays
4 jam bagi Sabtu

1. Pengiraan cuti tanpa gaji? Dibahagi 26 hari or 30/31 hari?

2. Time off pada hari sabtu selama 2 jam. Adakah dikira halfday?

3. Adakah pegawai dagang (bergaji rm5000) entitled untuk bayaran kerja lebih masa? Dalam kontrak tak ada klausa mengenai ini.

4. Pengiraan gaji harian untuk OT, dibahagi 26 hari or 30/31 hari?

5. Pengiraan gaji per jam (hourly rate), dibahagi 8 jam or 7.5 jam shj?

Nadia
Nadia
3 years ago

Assalamualaikum.

Saya ada pertanyaan berkaitan tuntutan gaji yang tak dibayar. Jika majikan tidak membayar gaji kepada pekerja yang bergaji melebihi RM5000 sebulan, bagaimana cara tuntutan gaji tersebut. Saya ada merujuk kepada JTK dan IR. Jawapan yang diberikan ialah saya perlu failkan kes di mahkamah sivil.

Soalan saya,

Adakah satu badan guaman yang boleh membantu pengadu membuka fail kes tanpa perlu menanggung kos guaman yang tinggi.

Tiada nama
Tiada nama
3 years ago

Assalamualaikum tuan Mohamad Nasruddin,

Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya ingin bertanya, bagaimana pula cara penyelesaian isu pekerja yang berlaku kurang ajar terhadap pengurus namun tiada apa-apa tindakan boleh dilakukan.

Ini kerana tiada tindakan susulan dari pihak pengurusan atasan atau perbincangan antara pihak yang terlibat. Kurang ajar di sini bermaksud pekerja mengeluarkan kata-kata yang biadap dalam situasi yang sepatutnya tidak perlu sampai ke tahap itu, sebab tidak ada tindakan menengking atau kasar dari pengurus tersebut. Hanya teguran terhadap isu kerja sahaja yang dilakukan dengan berhemah tanpa caci makian dll.

Disebabkan tiada tindakan susulan yang sepatutnya dari pihak atasan, pekerja tersebut sewenang-wenangnya melakukan seperti di atas beberapa kali tanpa risau akan akibatnya.

Harapkan jasa baik dan nasihat dari tuan
Terima kasih lagi sekali.

Ahmad najmi Ahmad Basir
Ahmad najmi Ahmad Basir
3 years ago

Salam tuan,
Sekiranya majikan swasta, menggangap pekerja wanita Yang menggunakan cuti bersalin, sebagai satu kemerosotan prestasi, adakah ini dibenarkan undang2? Mohon pencerahan. Terima kasih. Kami mencari Cara untuk membela pekerja wanita Yang ditindas.

Majikan swasta
Gaji : Rm2500

T
T
3 years ago

Slm tuan, nak minta pandangan berkaitan situasi ini:
1. Syarikat telah emailkan “retrenchment notice” kepada kami.. Notis sebulan seperti dalam LOA kami;
2. Ada division yang ditawarkan “paycut”.. Ada yg 30%, ada yg 20%. Tak selaras dan ada “perbincangan berasingan/awal” dengan HOD tertentu;
3. HR telah email pada bulan jun, menafikan “rumours” akan ada pembuangan pekerja. Ini berlaku selepas Security Commissionar serbu pejabat. Tup tup jumaat dapat email notis.
4. Hanya ditawarkan ex-gratia 1k seorang dan ak
an dibayar ansur2.
5. Syarikat juga kali terakhir membuat caruman epf pada Ogos lalu walhal dalam slip gaji kami dipotong seperti biasa.

Mohon jasa baik tuan apa langkah sebaiknya.

yati
yati
3 years ago

Mohon pandangan dan nasihat tuan untuk situasi saya. Kronologi ringkas seperti di bawah:

1. Jun 2021- HR telah menafikan “rumours” akan ada pembuangan pekerja menerusi emel. Ini berlaku selepas Security Commissioner menyerbu pejabat untuk menyiasat dakwaan berkaitan penipuan laporan audit.

2. Nov 2021 – HR memanggil HOD department tertentu memaklumkan akan membuang beberapa pekerja dalam department tersebut (department saya tidak dipanggil). Namun, ada HOD yang membantah dan berbincang dengan HR agar ditawarkan “paycut”. Ada yang 30%, ada yg 20%, tidak selaras.

3. Dis 2021 – Syarikat telah mengeluarkan notis pemotongan gaji selama 3 bulan kepada deparment tersebut. Beberapa hari kemudian, syarikat mengemelkan “retrenchment notice” kepada kami yang tidak termasuk dalam perbincangan di atas. Notis sebulan seperti dalam LOA kami dengan ditawarkan ex-gratia 1k seorang dan akan dibayar secara ansuran.

4. Syarikat juga kali terakhir membuat caruman epf pada Ogos lalu walhal dalam slip gaji kami dipotong seperti biasa.

Mohon jasa baik puan apa langkah sebaiknya.

Mohd Azhar
Mohd Azhar
3 years ago

Assalamualaikum, nak tanya jika syarikat menutup department, tapi still beroperasi dengan mengubah fokus peniagaan dan pengambil pekerja baru..apakah hak yg boleh dituntut oleh pekerja department yg ditutup itu yang diberhentikan..sebab saya salah seorang yg berhentikan walaupun sudah bekerja 14 tahun..syarikat memberhentikan sy tanpa pampasan..tapi gaji sy Rm3000 jadi memang Jabatan Tenaga kerja tidak dapat membantu saya… terima kasih..

Anynomous
Anynomous
3 years ago

Salam..sy telah berhenti kerja dgn notis sebulan tp isi form unpaid leave sebulan..tetapi sekarang majikan sy ingin membuat aduan ke pejabat buruh dengan mengatakan sy berhenti tiba2 dan tidak menyerah tugas dengan baik sedangkan sy sudah memaklumkan segala kerja yg sy tinggalkan kepada officemate dan manager sy..gaji sy rm2150..sy keluar disebabkan masalah berkaitan anak majikan yg berkerja sekali..dan majikan sy pernah berkata you can fuck off sebanyak 3 kali berlainan hari..so dekat sini hari yg last sekali sy kena ayat sebegitu,sy decide utk keluar dgn mengisi surat berhenti kerja notis sebulan berserta borag cuti sebulan..akan tetapi sy dapat tahu majikan sy membayar epf sy tidak sama seperti kontrak sy..epf yg dia bayar lebih rendah dr gaji sy..dan kontrak kerja sy pun takde dekat company..so masih valid ke dia saman sy?how about epf yg dibayar tidak sama dgn kontrak yg sy sign masa peringkat awal?

SAP
SAP
2 years ago

Apa Maksud ‘Majikan gagal membayar gaji dlm tempoh 7 hari selepas hari terakhir bagi tempoh pembayaran upah’
Contoh – gaji dibayar pada 25 haribulan setiap bulan sekiranya gaji tidak dibayar,
7 hari tu bermaksud dari 25 hb atau 7 hari dikira dari akhir bulan dan bermaksud 7 hb yang akan datang.

Zita
Zita
2 years ago

Saya ingin bertanya, jika seorang pemandu yang telah mencapai gaji rm2000. adakah dia layak untuk kenaikan gaji dan dikira ot?

Nad
Nad
2 years ago

Assalamualaikum saya nak tanye staff mntk self kuarantin kerana dikatakan kontak rapat dgn pesakit covid-19. Jd majikan membenarkan dgn memberi kelonggaran BDR pada staff tersebut. Namun demikian, staff tidak mahu BDR dgn alasan self kuarantin sdgkn test kit masih belum dilakukan dan tiada surat kuarantin dr KKM. Boleh ke majikan tpksa tolak cuti tahunan atas sbb dia menolak BDR dan dlm tempoh kuarantin boleh ke majikan meminta staff menjalankan tugas dari rumah?

Saiful Zuhairy
Saiful Zuhairy
2 years ago

saya ingin bertanya…gaji RM2800 termasuk allowance perlu rujuk JTK atau JPP?

pada permulaan saya telah menghantar 1 surat perletakkan jawatan dan bernotiskan 1 bulan bermula 20/01/22, tetapi pihak HOD personally berjumpa dan berbincangan saya tentang resignation tersebut dan didalam perbincangan tersebut tidak lagi berlaku dan surat tersebut ditarik balik justeru pihak HOD bersejutu saya bekerja seperti biasa. meeting tersebut berlaku pada 28/01/2022 masih sempat dan penarikan surat tersebut pun bukan last minit..

tetapi harini 11/02/2022 HR mengarahkan saya untuk leave the company this 19/02/2022. sedangkan perkara ini pihak HOD telah bersetuju..

adakah saya perlu buat laporan ?

oris
oris
2 years ago

saya bergaji melebihi rm5000. saya tidak mempunyai kenaikan gaji selama lebih dari 5 tahun. ada apa apa yang saya boleh lakukan untuk menuntut kenaikan gaji dari segi undang undang. Terima kasih.

GHADAFFI
GHADAFFI
2 years ago

Salam
Sy bergaji rm 5000 keatas. waktu berkerja sy yang tertulis didalam kontrak tawarn adalah 9am-5.30pm dan sabtu & ahad adalah hari rehat.

jika sy disuruh utk bekerja pada hari sabtu & ahad tanpa notice bertulis adakah sy dilindungi oleh akta jika ya akta mana yang boleh sy refer.

terima kasih

lisa
lisa
2 years ago

salam tuan. saya ingin mendapatkan penjelasan. baru baru ini saya telah di kenakan tindakan gantung tugas di sebabkan kesalahan yang di lakukan secara tidak sengaja. Urusan pergantungan tugas di buat oleh CEO and Ketua HR tanpa melalui perbincangan dengan ketua jabatan saya. Mengenai kesalahan tersebut, saya telah mengakui kesalahan yang telah saya lakukan dan berjanji utk tidak mengulanginya memandangkan kesalahan tersebut tidak di sengajakan atas sebab bagi melancarkan urusan operasi syarikat.

Malangnya, setelah surat penjelasan telah di buat, pihak HR telah mengeluarkan surat gantung dan apabila saya bertanya kepada wakil HR, berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini, berdasarkan situasi saya, selalunya apa tindakan selanjutnya.. mereka menyatakan selalunya bila berlaku kes seperti ini, ianya akan di dapati bersalah dan pilihan yang saya ada hanya dua iaitu dismissed or downgrade. saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan memandangkan saya mempunyai komitmen lain yang perlu dan sekiranya downgrade akan menjejaskan komitmen saya.

berdasarkan situasi di atas, saya ingin bertanya sekiranya saya bleh mengambil tindakan ke atas majikan memandangkan surat gantung tersebut tidak menyatakan secara terperinci mengenai kesalahan saya sehingga mengakibatkan tindakan tersebut di kenakan.

Wawa
Wawa
2 years ago

Boleh kah sesebuah syarikat memotong gaji tetap perkerja sekiranyer perkerja memohon untuk tukar dari satu cawangan lain ke satu cawangan lain / apa hak perkerja ( ada apa 2 undang2 yg saya perlu tahu tentang gaji tetap )

Hazimah
Hazimah
2 years ago

Salam. Bolehkah pekerja yg bergaji >rm2k tapi dalam tempoh percubaan diberhentikan and then nak buat tuntutan faedah penamatan kepada majikan? Tq

sham
sham
2 years ago

As salam tuan,Saya mahu bertanya kalau basic 2.4 kiraan bayar OT ikut rate 2.0 bukan 2.4 alasan nya sebab basic sudah besar,Jadi disini apakah betul atau tidak jawapan nya? Apa kah ade klausa macam ni ?
Contoh basic/9/26 x 1.5 so dapat lah tau berapa kan sejam tapi die tak ikut basic sebenar ,Die hanya ikut rate basic 2k sahaja.Harap tuan dapat balas trima kasih

Najib Naim
Najib Naim
2 years ago

Saya bergaji basic RM6000.00. Saya berhenti kerja 31.03.2022 dengan notis dan notis diterima pihak syarikat lama (keluar dengan sendiri, bukan diberhentikan). Pada 08.04.2022 saya menerima berita dari pihak HR bahawa gaji terakhir saya tidak akan diberikan disebabkan ada kes kehilangan wang di pejabat tersebut. Segala handover mengenai wang tersebut termasuk kunci peti di mana wang tersebut disimpankan bukan di bawah tanggungjawab saya, dan adalah tanggungjawab pihak admin di bawah saya. Bukti handover listing dari admin lama ke admin baru juga menunjukkan kunci diberikan kepada admin baru. Surat laporan polis juga saya telah lakukan. Pejabat buruh tidak boleh buat siasatan sebab gaji melebihi RM5000 dan sarankan saya teros ke mahkamah tuntutan kecil. Bagaimana saya harus teruskan dan apa yang boleh saya tuntut selain gaji, saya punya loan sudah double dan interest telah melonjak dan saya sangat tertekan dengan hanya ad RM50 dalam poket saya sekarang.

Khai
Khai
2 years ago

Salam tuan..saya mau bertanya tentang kelewatan pembayaran gaji oleh majikan atas alasan masalah kewangan/progress claim projek tak masuk lagi..adakah dengan beralasan demikian menghalalkan kelewatan membayar gaji pekerja?perkara ini dah beberapa kali terjadi sehinggakan tertunggak sebulan gaji,kadang2 gaji di bayar basic sahaja tidak termasuk mileage/outstation claim dan imbursement bil (bil perbelanjaan site)..adakalanya pabila pekerja menghadapi masalah kewangan dek kelewatan gaji,pekerja di paksa untuk turun bekerja walhal gaji suda bertunggak sebulan dan hampir memasuki bulan kedua..lebih teruk sekiranya pekerja melawan,tindakan memulaukan atau lebih teruk surat amaran dikeluarkan..benda ni berlaku dari tahun lalu sehinggalah sekarang ni..apa saya perlu buat?saya bergaji 2000 ke atas..sekiranya saya tak laporkan hal ini,tiada siapa yg berani bersuara dan majikan seperti naik kepala melewatkan gaji pekerja tanpa sebarang notis dan permohonan maaf..untuk pengetahuan,ramai kalangan kami dah resign dan saya alan menyusul..hrp tuan dpt membalas dan memberi pendapat..terima kasih saya dahulukan..

MANH
MANH
2 years ago

Assalamualaikum,

Tuan,

Sy sedang bekerja dengan sebuah Syarikat Koperasi. Baru-baru ini, syarikat sy telah membuat pelarasan gaji pekerja yang akan bermula Mei 2022 nanti. Pelarasan yang dibuat mengikut tangga gaji dan “grade” kerajaan. Gaji permulaan staff sekongan dari RM1200 ke RM1700, Executive RM1600 ke RM1980, Begitu juga pengurus unit minimum naik ke RM3200, dan pihak atasan dengan kenaikan gaji yg lebih tinggi lagi. Terdapat juga elaun tambahan yg diberikan iaitu “elaun” Koperasi sebanyak RM150. Tetapi elaun tersebut boleh ditarik semula sekiranya berlaku masalah kewangan syarikat di masa hadapan.

Masalah yang dihadapi sekarang adalah ketidakadilan kenaikan tersebut pada pekerja lama. Kerana kenaikan yang diberikan adalah setara tidak kira pekerja tersebut telah bekerja lama atau baru. Pekerja baru seperti pekerja sokongan telah mendapat kenaikan gaji yg ketara sehingga RM500 kenaikan tidak termasuk elaun koperasi lagi. Begitu juga bagi exec & pengurus yg baru. Sedangkan pekerja lama ada yg tidak merasai langsung kenaikan tersebut kerana gaji sediada telah mencapai tahap gaji minimum kenaikan yg diberikan. Mereka hanya menerima tambahan elaun koperasi sahaja iaitu sebanyak RM150.

Apakah patut perkara ini perlu diadukan? Kerana terdapat ramai pekerja lama yang merasa perkara tersebut tidak adil. Bagi mereka, mungkin ini adalah salah satu taktik pihak atasan untuk membuat pekerja lama berhenti kerja. Adakah perkara ‘tidak adil’ boleh diadukan pada pejabat buruh? Sekiranya ‘YA’ adakah tindakan mengupah peguam ini wajar bagi mempertahankan staf yang lama berkhidmat utk bersuara?

Mohon pandangan tuan mengenai perkara tersebut.

Terima kasih.

che wan
che wan
2 years ago

salam tuan,sy nak tanya soalan..sy dapat tawaran kerja pada 3/4/22.sy terima tawaran tu.dan sy masuk kerja.pada 22/4/22 sy bg surat berhenti kerja 1 bln notis kepada majikan kerana dapat kerja baru.lepas sy bg notis majikan nk transfer sy ke site lain luar kawasan dlm tempoh notis 1 bulan sy bg tu.sy cakap sy tak mahu pergi sbab sy dh nk berhenti.jadi majikan suruh sy buat surat berhenti dlm tempoh 24jam.jd sy buat surat bg notis 24 jam.majikan pun terima.majikan nak bayar gaji separuh sahaja.apa perlu sy buat?

aina
aina
2 years ago

Salam. Kalau saya kerja shift 12 jam dan gaji 2k>, betulkah saya tidak dapat untuk claim OT duit manakla sekrang saya hanya dapat claim cuti. Bila saya tanya hr, alasannya akta 1955 gaji tidak boleh lebih 2k. Adakah kerja yang melibatkan physical shaja yg boleh claim kalau gaji lebih dari 2k?

nuar
nuar
2 years ago

salam.
kalau gaji saya rm2300.00 sebulan,pembayaran ot mengikut rate atau pun pembayaran lansam. D dlm kontrak tiada dinyatakan kiraan ot.

hanafi
hanafi
2 years ago

salam tuan.. saya nk tnya.. saya dah mnang di mahkamah buruh… skarang dia bawak ke mahkamah sivil.. tpi hakim ckp pjabat buruh buat silap mluluskan itu?? blh bgi cdagan x tuan

Fariq
Fariq
2 years ago

Assalamualaikum. Gaji basic RM 2500, notis berhenti sepatutnya 1 bulan, tapi saya telah beri notis berhenti 2 minggu awal. Tarikh akhir kerja 9/9, HR tutup buku pada 24/9. Masalahnya sekarang, sehingga kini, (14/10) gaji bulan 9 masih belum dapat (alasan majikan ada penolakan kerana ada beberapa isu yang tidak selesai) dan saya juga telah tandatangan 1 surat mengatakan persetujuan untuk penolakan gaji. Boleh minta pendapat tuan apa yang perlu dilakukan.

Fazlan
Fazlan
2 years ago

Saya sudah dapat gaji basic rm1500 serta elaun rm230,tapi kerja lebih masa sebanyak 101jam tidak dibayar majikan.Apa yang saya perlu buat?

ila
ila
2 years ago

Gaji sy RM4000 . Adakah sy langsung tidak layak untuk mendapat cuti umum? sepanjang sy bekerja setahun, sy diarahkan bekerja dan tidak pernah mendapat bayaran tambahan/double atau pun cuti ganti apabila bekerja pada hari cuti umum.

Shila
Shila
2 years ago

Apa yang sy boleh tuntun jika perlu kerja sms off day dan rest day jika gaji saya rm4500

Dev
Dev
1 year ago

Hi.. saya gaji 7000.. kerja 11jam sehari.. seminggu 70jam tolak rehat..tapi majikan tidak mahu buat 45jam.. katanya itu adalah untuk orang yang ada OT je.. saya gaji mati.. so perlu buat 11jam.. tak payah ikut.. sesiapa beh tolong terangkan.

Wasilah
Wasilah
1 year ago

Tuan, utk pekerja bergaji >5000 tidak layak utk apa2 tuntutan ot, faedah penamatan dsgb, tetapi bagaimana pula dgn notis berhenti, masih perlu ke ikot kontrak, cth: 2bulan notis? Dan maksud gaji 5000 tu adakah termasuk basic & elaun?

Lila
Lila
1 year ago

Jika gaji sy lebih dr rm4k..x layak tuk byaran gji bekerja pd waktu itu..namun adakah sy berhak mendapat cuti ganti bg 5 cuti umum yg wajib cthnya hari merdeka?

SUPARTIZA BINTI ABDULLAH
SUPARTIZA BINTI ABDULLAH
1 year ago

Saya pekerja dlm bidang pasaraya dengan jawatan penolong pengurus cawangan dan bergaji rm2830.00.saya tidak dibenarkan kerja lebih masa dan tidak dibayar bila kerja pada hari cuti umum tetapi diarah untuk menganti kepada cuti di lain hari untuk cuti umum tersebutlah dengan alasan gaji saya tidak layak untuk 2 perkara tersebut.bolehkh syarikat bertindak sedemikian?

Lagus
Lagus
1 year ago

Saya nak tahu, Jika saya di paksa Oleh majikan untuk tanda tangan borong menerima dihentikan kerja, Jika tidak capai KPI yang tidak ukur mampuan pencapian atau tidak, Jika tidak capai atasan juga tak pernah berbincang apa masalah dengan terus megeluarkan warning later.
Oleh demikian saya tidak menandatangani apa apa borang sebab tidak adil, akhir majikan offer bayar pampasan ikut contract saya, akhirnya saya resign, adakah saya masih boleh mendakwa majikan tersebut dengan ada supporting suara record ?

ila
ila
1 year ago

assalam..sy nak tnya betul ke pekerja yang bergaji rm5000 keatas tidak dapat menuntut double pay jika bekerja pada public holiday yang ditetapkan dalam 11 hari wajib(yang dipilih oleh company bersama tarikh wajib lain)? apakah yang boleh staff terbabit dapat jika tidak dapat double pay? adakah replacement leave sehari?

Alleyreey
Alleyreey
1 year ago

Apakah memang benar jika seorang yang tengah trainning maneger yang bergaji RM3500 sebulan tidak layak atau tidak dibayar OT dan akan membayar INCOME TAX PCB..dan saya tidak menerima letter job sebagai under trainning maneger posision dari compeny saya dan saya diminta untuk bekerja selama 9 jam dalam satu hari dan cuti 4 kali sebulan

Irzal
Irzal
1 year ago

Majikan sekarang memilih utk memberi kotrak for service kepada pekerja dgn matlamat utk mengelakkan obligasi terhadap pekerja.tindakan ini membunuh masa depan pekerja dengan menidakkan hak untuk perkembangan kerjaya, kwsp dan perkeso. Trend ini amat membimbangkan terutamanya di sektor perkhidmataan teknikal dan kontraktor syarikat minyak dan gas di malaysia. Bagaimana saya boleh memohon pihak JTK atau mahkamah utk menentukan taraf kontrak berdasarkan binding point yg melayakan saya dilihat sebagai pekerja bukan kontraktor atau freelance

Last edited 1 year ago by Irzal
AA 8788
AA 8788
1 year ago

Assalamualaikum Tuan,

Saya bergaji lebih RM4000 bekerja untuk BPO. Utk pengetahuan pihak tuan, sebelum ini sy telah ditamatkn kontrak akibat projek tutup namun begitu sy terus diarahkan sain offer letter baru utk projek lain tetapi isi kandungan sama.

FYI, pada ketika sain offer letter sejak projek pertama, sy sain berdasarkn benefits diberikn majikan di mana sy dibayar OT kerana bkerja pd PH Malaysia walaupn sy observe country’s market.

Kini majikan telah memberitahu saya tak layak dpt OT tersebut dan mereka akan menukar employee handbook utk perbetulkan benefits yg sy dpt smenjak sebelum ini dgn hanya observe 5 cuti wajib Malaysia (bayar jika bekerja), manakala baki 6 hari dia menolak utk bayar kerana mereka masukkan 6 hari tersebut di dalam cuti negara yg sy di assign (memang x bekerja).

mereka juga kata mereka boleh replace cuti 6 hari itu ikut mana² nak diletakkan tanpa declare apakah cuti umum 6 hari tersebut instead of bayar kami seperti dahulu mereka practice. Mereka mengubah maksud terma dan syarat dalam kontrak pekerjaan untuk kesesuaian mereka.

1) Adakah boleh majikan tolak utk bayar OT sedangkan ketika sain, employee handbook membenarkn pekerja dibayar masa bekerja cuti umum walaupun gaji atas RM4000?

2) Majikan mengatakan mereka boleh menukar handbook dgn membuang benefits pembayaran OT. Adakah kami perlu mengikut handbook yang akan dipinda atau kami masih boleh benefits Yg sama ketika sain kontrak dgn majikan?

Mohon tuan boleh membantu.

Terima kasih.

Ridzuan bin saleh
Ridzuan bin saleh
1 year ago

saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan kerja secara perjanjian kontrak. saya bekerja secara kontarak yang di ikat selama setahun dengan PO yang berharga RM144.000/ setahun iaitu di mana jatuh harga RM12.000 sebulan oleh syarikat pihak ketiga..akan tetapi saya merasa tidak berpuasa hati kerana , pihak syarikat yang membayar gaji saya ini membuat pemotongan sebanyak 33.4% dari harga asal untuk1 tahun (48,000) , dan Saya hanya di beri gaji RM8000/bulan.di sini saya terasa kurang berpuas hati.sy pernah mengajukan hal ini akan tetapi dia menyatakan ia amat sukar dengan alasan susah nak mendapat kelulusan semula dengan atasan, sedangkan harga PO 144.000 tersebut adalah atas persetujuan dr syarikat yang membuat PO ni kerana atas kelayakan saya dan mutu kerja saya.

Zam
Zam
10 months ago

Saya bergaji 4050.00 kenapa tidak boleh dibenarkan ot cam mana kerja2 saya yg melibatkan field site kerja lebih dr 9 jam sehari

Sam Chan
Sam Chan
3 years ago

Saya bekerja di kilang Percetakan sebagai Machine Operator selama 6 Tahun dan gaji saya RM 4400 , Syarikat saya akan Tutup Perniagaan bulan ini 1/10/21 dan saya telah menerima Notis Pemberhentian Kerja pada 1/8/21 , Adakah saya boleh menerima Pampasan Pembehentian Kerja ( Faedah Penamatan )

86
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x