“KONTRAK BERTULIS TIADA TUAN, CONVERSATION WHATSAPP ADALAH, BOLEH GUNA KE?”
Kerap kali saya saya berhadapan dengan individu-individu yang bertanyakan soalan ini kepada saya.
Sebagai contoh:-
“Tuan, kawan saya, B pada tahun 2015 datang kepada saya (A) dan nak pinjam 100K, disebabkan B adalah kawan baik saya, apa jua kuturuti demi persahabatan nan abadi, maka saya setuju untuk berikan wang tersebut tanpa sebarang hitam putih. B berjanji akan pulangkan wang tersebut dalam tempoh 3 tahun. Tapi sehingga kini (2019), B tidak pulangkan wang saya. Sudah beberapa kali saya Whatsapp B untuk tuntut wang tersebut, tapi B cuma balas yang dia tahu dia hutang saya (A), tapi beliau selalu saja berikan pelbagai alasan.”
“sejak dari bulan lepas B telah block saya (A) di Whatsapp, FB dan Instagram sedangkan dahulu dia kata dia suka saya, eh maksud saya kawan baik bersama”
Jadi kalau saya nak tuntut semula wang 100k tersebut boleh ke?
“Kontrak bertulis tiada tuan, conversation Whatsapp adalah, boleh guna ke?”
A. Untuk pemahaman secara santai dan ringkas kepada masyarakat awam, sesuatu bukti dan/atau pembuktian di mahkamah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jika isunya adalah sama ada representasi dan perbualan secara mulut atau applikasi whatsapp di antara A dan B boleh membentuk satu kontrak pinjaman, jawapannya adalah YA BOLEH.
B. Kedudukan ini telah banyak direkodkan, digunapakai dan dirujuk di dalam pelbagai kes, sebagai contoh;-
i. Poon Weng San & Anor v Chandran Narunan & Anor [2019] 1 LNS 621;
ii. Gary Teh Chin Yeong V. Kwong Yan Loy & Anor [2019] 5 CLJ 329:
iii. Shamsudin bin Mohd Yusof v Suhaila Binti Sulaiman [2017]; MLJU 2236;
dan Mok Yii Chek v Sovo Sdn Bhd [2015] 1 LNS 448
C. Dimana antara lain menjelaskan bahawa perbualan Whatsapp yang mana membina suatu perjanjian atau menunjukkan adanya komitmen bagi memenuhi satu perjanjian adalah boleh dianggap dan perjanjian yang sah di bawah Akta Kontrak 1950.
D. Pada masa yang sama juga, perbualan Whatsapp (melalui screenshot) juga telah diputuskan dan direkodkan di dalam beberapa kes bahawa ia boleh digunapakai dan dianggap sebagai bukti yang jatuh di dalam makna dan/atau tafsiran “dokumen” di bawah Akta Keterangan 1950 atau secara spesifiknya Seksyen 3 (a), (b), (c) dan (d).
E. NAMUN DEMIKIAN, masih terdapat beberapa elemen-elemen dan kriteria yang perlu seseorang Peguam lihat sebelum mengemukakan suatu perbualan whatsapp tersebut sebagai bukti di Mahkamah seperti mana yang ditetapkan di dalam Kes Mok Yii Chek iaitu:-
Kes sivil:
1. Screenshot Whatsapp tersebut mestilah bertepatan dan selari dengan ketetapan yang dinyatakan di dalam Akta Keterangan 1950.
2. Pihak yang ingin menggunapakai screenshot sesuatu perbualan whatsapp tersebut hendaklah membuktikan dan/atau menerangkan kepada Mahkamah bahawa perbualan yang dirujuk tersebut adalah bersangkutan dan berkaitan, sama ada wujudnya fakta di dalam isu kes, sebagai contoh, kes A dan B adalah isu kontrak pinjaman, jadi dalam perbualan yang dirujuk hendaklah ada kaitan dengan isu setuju pinjam dan setuju bayar dll, atau tentang fakta yang tidak ada, atau apa sahaja yang relevan dengan kes. (Whatsapp pasal pinjaman je lah, kalau whatsapp tangkap cintan A dan B tak perlulah)
Kes Jenayah:
1. Rujuk Kes Hanafi Mat Hassan v PP [2006] 3 CLJ 269 dan juga Seksyen 90A(7) Akta Keterangan 1950.
(saya yakin dan percaya bahawa saya tidak perlu menerangkan dengan terlalu jauh tentang perkara di atas memandangkan tulisan ini hanyalah sekadar memberi pemahaman asas sahaja semata-mata kepada masyarakat awam.)
G. Oleh yang, demikian, jika soalan asasnya adalah boleh kah sesuatu whatsapp digunakan sebagai bukti kepada wujudnya suatu cerita yang sahih atau adanya kontrak yang sah atau apa jua tuntutan di sisi undang-undang, jawapannya asasnya juga adalah YA, TETAPI TERTAKLUK KEPADA KETETAPAN PERUNDANGAN YANG ADA.
H. Di dalam dunia yang serba moden dan kebanyakkannya menggunapakai applikasi whatsapp bagi tujuan perhubungan dan rekod perbualan, Mahkamah kini lebih terbuka di dalam menerima bukti-bukti daripada perbualan whatsapp yang dicetak dan dikemukakan di dalam Mahkamah. Tidak hanya tertumpu sebagai bukti perjanjian , ia juga banyak digunakan bagi menunjukkan wujudnya perkongsian perniagaan, kontrak pelaburan, wujudnya penyebaran fitnah kepada pihak ketiga dll.
Nota:
Screenshot = Tangkap Layar
Pada penulisan yang seterusnya yang bertajuk, :
“KALAU WHATSAPP BOLEH GUNA SEBAGAI BUKTI, SAYA NAK KENA SCREENSHOT YANG MANA? CUKUP KE SEKADAR SCREENSHOT BAHAGIAN MESEJ SAHAJA?”.
Masih di dalam topik Whatsapp sebagai bukti di Mahkamah, saya akan buat kupasan ringkas (beserta gambar dan tutorial), apa yang perlu di screenshot, apa yang perlu dicetak, dan cara savekan perbualan di dalam email dan sebagainya.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan urusan baik kita semua.
“Di dalam membantu, tiada lain yang diminta melainkan redha Allah yang satu”
Saya telah bersetuju untuk join program melalui whatsapp. Persetujuan hanya dibuat melalui wsap. Lepas beberapa hari saya telah dapat tawaran kerja yang lebih bagus dan saya fikir untuk terima tawaran tersebut. Soalan saya adakah pihak program tersebut boleh caj saya atas sebab keluar dri program awal ? Tanpa sign hitam putih