Skip to content

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUKA FIRMA GUAMAN

Penulisan ini saya buat dengan tujuan untuk menambahkan rujukan kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang berminat dan bercadang untuk membuka firma guaman sendiri nanti.

Masa saya daftarkan firma guaman sendiri tahun lepas, saya banyak bergantung kepada pertanyaan kepada rakan-rakan yang dah buka sendiri sahaja.

Maklumat secara online tentang ni masih kurang. Kalau ada pun, tak dikemaskini.

Jadi, harap penulisan ini dapat membantu sedikit sebanyak menambahkan sumber rujukan kepada yang memerlukan.

Boleh ikut langkah-langkah seperti berikut:

1. Pilih nama firma

2. Dapatkan alamat, emel dan nombor telefon firma.

Emel tiada masalah sangat.

Tapi untuk alamat, boleh pilih sama ada nak sewa pejabat sendiri ataupun guna alamat rumah.

Jadi maksudnya sekurang-kurangnya sebulan sebelum nak buka firma tu, alamat dan/atau pejabat dah kena ada la dan inilah kos pertama yang perlu dikeluarkan.

3. Tentukan tarikh rasmi untuk firma beroperasi.

4. Buat surat notifikasi pembukaan firma kepada Majlis Peguam

Dalam surat notifikasi tersebut, kita dah kena ada maklumat berikut:

– Nama firma

– Alamat, emel dan nombor telefon firma

– Tarikh cadangan untuk mula beroperasi

Surat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Majlis Peguam sama ada nama firma boleh digunakan atau tidak.

Kalau tiada masalah, Majlis Peguam akan mengisukan surat kelulusan pembukaan firma dan penggunaan nama melalui emel. Majlis Peguam akan maklumkan yang nama firma hanya akan dimasukkan dalam laman sesawang Majlis Peguam selepas kita serahkan sesalinan Professional Indemnity Insurance Policy.

Dalam emel yang sama, Majlis Peguam akan cc emel tersebut kepada Marsh Insurance untuk urusan insurans pula.

5. Buat cop rasmi firma

Lepas Majlis Peguam dah luluskan penggunaan nama firma dan alamat firma pun dah disahkan, sebaiknya buat cop rasmi firma terus sebab langkah-langkah seterusnya banyak menggunakan cop rasmi firma.

Antara cop yang boleh dibuat:

– Cop rasmi firma

– Cop nama peguam

– Cop tarikh

– Cop acknowledgement

6. Lengkapkan Proposal Form insurans dan emel ke Marsh Insurance

Marsh Insurance akan emelkan Proposal Form untuk kita isikan.

Antara maklumat yang perlu diisi adalah maklumat rakan kongsi dan nature of work firma nanti. Proposal Form ni nanti perlu dicop dengan cop rasmi firma.

Lepas dah lengkapkan, hanya perlu scan dan emelkan sahaja ke Marsh Insurance.

7. Marsh Insurance akan hantar invois insurans

8. Buat bayaran insurans kepada Marsh Insurance

Lepas dah buat bayaran, dalam beberapa hari kemudian Marsh Insurance akan isukan Polisi Insurans kepada kita.

Semua melalui emel sahaja. Mudah sahaja.

9. Kemukakan Polisi Insurans kepada Majlis Peguam

10. Majlis Peguam maklumkan nama firma akan dimasukkan dalam Direktori Majlis Peguam

11. Buka akaun bank firma

Bergantung kepada nature of work firma yang akan dibuka, nanti boleh tentukan sama ada nak buka Client’s Account atau Office Account ataupun nak buka dua-dua terus pun lagi bagus.

Dokumen yang diperlukan (Maybank):

– Practising Cerfiticate

– Surat pengesahan firma dari Majlis Peguam

(hanya emelkan sahaja ke membership@malaysianbar.org.my dan bagitahu nak surat pengesahan. Nanti kena bayar RM 20. Lepas beberapa hari Majlis Peguam akan emel).

– Surat lampiran Deed of Partnership

– Letter of Undertaking (Client’s Account)

– Surat Application Maybank2U Biz

– Salinan kad pengenalan Rakan Kongsi

– Deposit RM 1,000 (boleh keluarkan balik)

List ini mungkin tak lengkap. Pegawai bank akan bagi guide nanti.

12. Daftar e-filing

Rasanya semua firma pun dah kena daftar e-filing sekarang sama ada firma conveyancing atau litigasi sebab Surat Kuasa Wakil pun dah kena melalui e-filing.

Boleh rujuk Guide di bawah:

Dokumen yang diperlukan:

–  Letter of Authorization

– Salinan IC

– Isi Borang Trustgate

– RM 200

13. Daftar agensi-agensi lain yang berkaitan

Bergantung kepada saiz firma yang dibuka dan nature of work, boleh buat pendaftaran dengan mana-mana agensi yang berkaitan contohnya:

– KWSP (kalau ada ada staf)

– Perkeso

– Sistem STAMPS LHDN

– Pejabat-Pejabat Tanah

Sama-samalah kita saling membantu dan berbuat baik antara satu sama yang lain supaya sekurang-kurangnya tiadalah dunia guaman ini hanya sekadar tinggal hitam putih sahaja, biarlah ada warna-warna sikit.  

Akhir kata, saya ucapkan selamat maju jaya dan semoga sukses selalu kepada semua rakan yang berada dalam bidang ini!

Semoga bermanfaat.

(Visited 7,750 times, 1 visits today)
39 Thoughts on LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUKA FIRMA GUAMAN
    Azra Azman
    29 Apr 2021
     10:21pm

    Terima kasih atas tulisan ini. Sangat-sangat membantu dan saya doakan Tuan sentiasa maju dan berjaya. InshaALLAH.

    0
    0
    Nizam Amin
    24 May 2021
     1:21pm

    Salam Tuan,
    How about opening a branch of an establish firm.
    Kindly advice.

    Jzkk.

    0
    0
    Thogai Letchumy
    27 Jun 2021
     11:30pm

    Hi Mr.Nasruddin,
    Thank you for the guidance. Its very helpful. Wish you lot more success.

    0
    0
    ain
    6 Jul 2021
     10:36am

    salam tuan,
    boleh tak nk dapatkan contoh Letter of Undertaking (Client’s Account) utk bkk akaun tu

    0
    0
    Mohd Hafidz
    29 Aug 2021
     12:11am

    Salam tuan, saya nak tahu kos untuk insurans anggaran berapa ya?

    0
    0
    ROSZITA MAULAD MASRAN
    7 Sep 2021
     3:24pm

    Assalamualaikum tuan.

    Nama syarikat yang didaftarkan wajib ada & co atau bebas?

    0
    0
    Fariha
    29 Sep 2021
     5:31pm

    Terima kasih atas entri ini. Sangat membantu saya walaupun saya masih di fasa awal

    0
    0
    Muzakkir
    8 Oct 2021
     9:50am

    Tuan, wajibkah sesebuah legal firm tersebut berdaftar bawah SSM? Dan kenapa kalau wajib/tak wajib?

    0
    0
    Farah
    18 Oct 2021
     8:41pm

    Salam, at least berapa kos permulaan utk set-up legal firm (sole-proprietor)?

    0
    0
    Singket
    31 Oct 2021
     12:41pm

    Salam, I nak tanya macam mana nak tukar firma dari partnership ke sole proprietor ye?

    0
    0
    Saidatul
    18 Nov 2021
     9:06am

    Salam terima kasih atas perkongsian Tuan, sgt bermanfaat, minta pandangan tuan untuk memikih nama firma guaman, & co. Associate, partnership dan sebagainya, yg mana bertepatan dgn sole proprietor

    0
    0
    Cik As
    27 Jan 2022
     12:36pm

    Terima kasih tuan. Pencerahan yang sangat jelas dan bermanfaat.

    0
    0
    MiloHarley
    17 Feb 2022
     2:25pm

    thank you so much for this impressive site me and my class loved this content and perceptivity

    0
    0
    Aiman Arif
    8 Apr 2022
     7:46pm

    Salam Tuan, untuk pendaftaran alamat kalau gunakan alamat PO box boleh tak sebab kalau nak guna alamat rumah nanti risua timbul isu privacy.

    0
    0
    Randy
    11 Jul 2023
     1:07pm

    Salam tuan. Kalau bukak firm untuk sole proprietor memang wajib register dgn lhdn jugak ke?

    0
    0
    Roy
    17 Jul 2023
     12:41pm

    Salam tuan, nak tanya. Macamana proses nak mohon continue practice lepas dah cease practice beberapa tahun. terima kasih.

    0
    0
    syuha
    28 Aug 2023
     3:28pm

    terima kasih Tuan. Sangat sangat membantu. semoga dimurahkan rezeki

    0
    0
    Nafiah
    9 Oct 2023
     2:00am

    Assalamualaikum. Kalau kita buka firm sole prop, adakah wajib daftar perkeso?

    0
    0
    qari
    10 Oct 2023
     4:47pm

    salam tuan , bagaimana proses nak apply jadi panel bank ? sebab berminat nak buat loan

    0
    0
    S.MALARVILI
    15 May 2024
     9:56am

    Hi Tuan,Good morning can i get letter to add on partnership into our firm.Thank you

    0
    0

Leave A Comment