Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
MACAM MANA NAK BUAT E-FILING CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2020 - Jom Tanya Peguam
Skip to content

MACAM MANA NAK BUAT E-FILING CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2020

Jika masih ada yang belum tahu, 1 Mac 2021 adalah tarikh mulanya tempoh pengisytiharan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020.

APA ITU E-FILING?

E-filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik. E-filing ini boleh diakses melalui laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu https://ez.hasil.gov.my/CI/.

Borang manual masih tetap boleh digunakan namun kaedah e-filing adalah lebih cepat, mudah dan selamat.

Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan 2020 dan Tahun Taksiran 2020 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT,MT, TF dan TP bermula 1 Mac ini.

TARIKH AKHIR UNTUK MENGHANTAR BORANG CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2020

Tarikh akhir mengemukakan Borang BE 2021 (individu yang tidak menjalankan perniagaan) adalah pada 30 April 2021.

Tetapi jika anda menggunakan e-Filing e-BE 2021 perlu dihantar selewat-lewatnya pada 15 Mei 2021.

BAGAIMANA PROSES E-FILING?

Secara ringkasnya, sistem e-Filing boleh diisi oleh anda yang pernah berdaftar ataupun pertama kali menggunakannya.

i) Bagi Pembayar Cukai yang TELAH mendaftar :

  1. Lawati laman web ezHASIL (https://ez.hasil.gov.my) atau klik ikon e-Hasil di laman web utama LHDNM (http://www.hasil.gov.my)
  2. Log masuk laman web ezHASiL. Masukkan No. Pengenalan dan Kata Laluan.
  3. Pilih Perkhidmatan -> e-Filing -> e-Borang. Pilih e-borang yang dikehendaki.
  4. Tandatangan menggunakan Sijil Digital dan hantar secara dalam talian.
  5. Cetak pengesahan penerimaan e-Borang.

ii) Bagi Pembayar Cukai pertama kali:

Bagi pembayar cukai mendaftar masuk buat kali pertama, mereka perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu.

Cara mendapatkan no pin adalah seperti berikut:

  1. Permohonan No. PIN Individu boleh didapati melalui cawangan LHDNM yang berdekatan.
  2. Permohonan nombor PIN e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui Cawangan LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) ATAU
  3. Sila klik pautan Borang Maklum Balas untuk permohonan secara dalam talian.
    https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/

Perlu disertakan:
i. Borang CP55B yang lengkap diisi.
ii. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
iii. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat – Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat.
iv. Salinan kad pengenalan/pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

SENARAI PELEPASAN CUKAI BAGI TAHUN TAKSIRAN 2020

Berikut adalah pelepasan cukai yang boleh dituntut dalam cukai taksiran tahun 2020 untuk rujukan anda:

E-FILING 2020: CARA MENGISI BORANG E-BE 2021

Berikut adalah panduan mengisi Borang e-BE oleh #FriendsofHASiL terutama buat yang pertama kali mengisi.

Bagi yang pernah mengisi, mungkin terdapat beberapa perkara baru yang dilabel β€œNEW” menunjukkan item pindaan / baharu bagi e-BE 2020 berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Kredit infografik: Friends of HASiL

Semoga bermanfaat buat semua.

(Visited 411 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x