Skip to content

MACAM MANA NAK LANTIK PEGUAM?

Mungkin ramai di antara kita akan terfikir, takkan tu pun tak tahu? Bagi saya sendiri, tak pelik pun jika ada yang tak tahu sebab situasi yang memerlukan khidmat guaman ini bukanlah dilalui oleh setiap orang pada setiap masa.

Jadi, bagi meraikan soalan-soalan dari orang awam berkenaan ini, saya rasa ada baiknya jika saya terangkan secara ringkas berkenaan proses pelantikan peguam untuk apa-apa urusan guaman.

Tapi ingat ya, penulisan ini bukan mewakili semua peguam tapi secara umum sahaja.

1. Apa contoh situasi atau kes yang memerlukan peguam?

Secara asasnya, bidang guaman terbahagi kepada 3 atau 4 cabang besar iaitu:

a. Sivil

b. Jenayah

c. Hartanah/Korporat

d. Syariah

Contoh kes di bawah tindakan sivil:

– saman fitnah

– tuntutan hutang

– tuntutan harta pusaka

– pembuangan kerja secara tidak adil

– perlanggaran kontrak

Contoh jenis kes di bawah bidang jenayah:

– Dituduh dan didakwa di mahkamah atas apa-apa kesalahan jenayah

– Ditangkap oleh pihak polis

– Dipanggil oleh pihak polis untuk memberikan keterangan

Contoh jenis kes di bawah bidang hartanah:

– Jual beli rumah atau tanah

– Hutang bank sudah selesai ke atas hartanah

– Sewaan hartanah

– Pindahmilik atas balasan kasih sayang

– Refinance

Contoh jenis kes di bawah bidang Syariah:

– Prosedur perceraian

– Tuntutan nafkah

– Hak penjagaan anak

– Pengesahan hibah

– Tuntutan harta sepencarian

2. Macam mana nak cari peguam?

Ada beberapa cara iaitu:

a. Peguam itu adalah ahli keluarga/saudara mara/kenalan

Yang ini paling senang la kot. Yang dicari sudah didepan mata dan sekurang-kurangnya korang dah kenal siapa.

b. Layari direktori laman sesawang Majlis Peguam

Kalau ikutkan, yang inilah paling rasmi. Boleh cari mana-mana peguam atau firma berdasarkan lokasi dan nama mereka di sini:

https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/

c. Google dan media sosial

Nak senang, korang boleh search peguam apa atau peguam di mana di Google.Nanti akan keluar la senarai mana-mana peguam tu.

Ataupun boleh juga manfaatkan media sosial yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, Tiktok dan Youtube. Lagi-lagi sekarang sudah ramai peguam yang berkongsi penulisan-penulisan undang-undang di media sosial, jadi senang kita nak cari.

3. Ada prosedur ke nak lantik peguam?

Takde la prosedur sangat pun sebenarnya dan takde ‘hard and fast rule’ pun pasal ni. Sebab setiap peguam tu mungkin lain-lain caranya.

Tapi untuk sesiapa yang memang tak tahu, saya bagi cadangan macam ni:

a. Boleh layari direktori Majlis Peguam dan pilih firma guaman. Di situ, memang dah ada maklumat lengkap berkenaan firma guaman iaitu alamat, nombor telefon dan emel.

b. Boleh hubungi firma guaman tersebut melalui telefon dan bagitahu nak dapatkan nasihat guaman dari peguam berkenaan masalah anda.

c. Boleh ceritakan secara ringkas berkenaan masalah dan tanya sama ada firma guaman tersebut memang kendalikan kes dalam bidang tersebut.

d. Kalau jawapan ya, minta untuk tetapkan janji temu dengan peguam di firma tersebut.

e. Nak walk-in terus ke firma guaman pun boleh sebenarnya cuma takut peguam yang kita nak jumpa tu takde di pejabat masa tu.

4. Boleh ke nak hubungi peguam yang kita kenal di media sosial?

Boleh cuba tapi seperti yang saya dah jelaskan di atas, bergantung kepada penerimaan peguam itu sendiri.

Ada peguam dia okay je kalau ada orang pm di facebook atau dm di twitter. Ada peguam tak prefer macam tu.

Jadi, sebagai langkah selamat, kalau nak hubungi juga peguam tersebut melalui media sosial, pm sahaja tapi saya bagi 2 cadangan:

a. Perkenalkan diri dan tanya macam mana nak hubungi untuk dapatkan khidmat/nasihat guaman. Sebab ada peguam mungkin dia akan reply di situ sahaja, ataupun mungkin dia akan minta kita contact melalui telefon. Boleh jadi juga kita kena pergi ke pejabat dia dan sebagainya. Jadi, nak senang, kita tanya terus siap-siap.

b. Perkenalkan diri dan bagitahu terus secara ringkas apa masalah guaman yang dihadapi dan bagitahu nak dapatkan nasihat. Boleh follow juga step di atas.

Kalau boleh elakkan dari bagi salam sahaja pastu senyap. Kalau nak tanya, better tanya je terus soalan. Orang nak jawab pun senang.

Kalau langkah-langkah di atas tak berjaya, boleh lah cuba langkah di Soalan 3 yang lebih konvensional.

5. Ada kos ke kalau kita nak minta nasihat guaman sahaja?

Kebiasaannya dan sepatutnya ada. Berapa jumlahnya kena tanya peguam itu sendiri.

Sekali lagi saya tekankan, saya buat perkongsian ini bukannya mewakili semua peguam di Malaysia tapi sekadar secara umum sahaja dengan tujuan untuk bantu mereka yang ada urusan guaman tapi tak pasti caranya.

Walaupun namanya peguam tapi situasi setiap mereka adalah berbeza. Ada peguam yang kerja dengan orang, ada peguam yang buka firma sendiri. Ada yang buat sesetengah kes sahaja, ada yang buat semua kes. Semua lain-lain.

Yang dah tahu dan pernah lantik peguam, baguslah. Kita nak bantu mana yang tak tahu.

Akhir kata, sesiapa yang sedang ada masalah guaman, saya doakan semoga urusan anda semua dipermudahkan.

(Visited 11,081 times, 1 visits today)
4.2 6 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
26 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
radzlina binti arubin
2 years ago

salam tuan… boleh ka saya meminta pandangan atau nasihat…saya lina.. situasi saya begini pada 2015 saya telah membuat pinjaman berjumlah 10k akan tetapi saya telah d berhentikan kerja dan gagal membayar hutang tersebut… dan beberapa hari ini makamah ada menghubungi saya tetapi tidak terangkat…saya ingin bertanya apa kah kesan saya tidak hadir kemakamah? dan sekiranya saya hadir adakah saya di tangkap dan d penjara kerana tidak membayar hutang…untuk upah peguam sgt la sya tidak mampu… mgkin dgn bantuan nasihat tuan dpt la membantu situasi saya ini. adakah saya boleh merayu untuk membayar ansuran pinjaman saya..bantuala saya

moga email dr saya ini tuan dpt la bagi saya nasihat. terma kasih tuan….

MAHATHIR
MAHATHIR
2 years ago

As salam tuan Nas,mohon pencerahan :

Ali ditangkap Oleh Polis kerana menyeludup mercun (kuantiti sikit) oleh Polis.

Lalu, Ali didakwa di mahkamah. Ali mengaku bersalah & didenda oleh mahkamah sebanyak RM2ribu

Seterusnya, Ali juga telah dibuang kerja oleh majikan kerana Majikan menuduh Ali menjatuhkan imej Syarikat atas perbuatannya itu.

Ali merayu, tetapi syarikat kekal dengan hukuman buang kerja.

Soalan :

Adakah Ali masih ada peluang untuk mencabar keputusan majikannya di mahkamah perusahaan dengan alasan syarikat tidak bersungguh-sungguh mempertimbangkan rayuannya?

Sekian, terima kasih

Fatah Yah Abd Manaf
Fatah Yah Abd Manaf
2 years ago

Assalam Tuan, kakak saya telah membeli kereta menggunakan nama saya 20 tahun dahulu, dan saya terlupa untuk menukar hakmiliknya. Apa yang terjadi sekarang anak kakak saya yang memandu kereta tersebut telah mendapat saman sebanyak 300 dr DBKl di atas kesalahan parkir. Antaranya 90 saman adalah surat perintah mahkamah. Bolehkah saya upah peguam menukar kesalahan yang tidak dibuat saya kepada dia. Saya agak tertekan dengan saman-saman yang tidak dilakukan oleh saya dan nampaknya dia kurang bertangggungjawab dengan 0apa yang dibuatnya. Dan juga apakah mahal untuk mengupah peguam dlm kes ini?

MUHAMMAD IMRAN BIN MOHAMAD BAKERI
MUHAMMAD IMRAN BIN MOHAMAD BAKERI
2 years ago

Assalamualaikum tuan. Boleh sy dapatkan sdikit nasihat atau pandangan. Pd tahun 2014 sy mnuntut di sebuah kolej dan pd masa itu course sy tidak mendapat tajaan penuh utk pinjaman, namun pd semester kedua 2 gagal selesaikan yuran sebanyak rm2700, pd awal semester 3 sy berhenti. Akhirnya pihak kolej menuntut hutang dgn jumlah rm6400, jd bolehkah sy dapat kn pendapat dan pandagan tuan ? Terima kasih tuan

Aisah Abdullah
Aisah Abdullah
2 years ago

Salam tuan.. Boleh saya dapatkan sedikit nasihat dan pandangan. Boleh ke kita nak saman orang kerana menggunakan nama kita buat pinjaman Bank? Suami saya telah di isytiharkan muflis kerana bekas mertua menggunakan namanya untuk pinjaman syarikat, rumah dan kereta tanpa pengetahuannya. Akibatnya suami saya terpaksa menanggung hutang tersebut dan pihak di sebelah tidak mahu bayar. Saya buntu saya fikir untuk lantik peguam untuk saman pihak sana tetapi saya tidak tahu bagaimana. Sila bantu saya. Terima kasih.

Shahrul Murad bi mashudi

Salam. Saya ditangkap kes narkotik bulan 12 2021, Dah 4 kali saya naik mahkamah. Saya tak mengaku. Bulan 3 ni saya naik lagi tapi Tuan Hakim suruh saya cari peguam untuk bela diri. Bayar denda RM2500. Minta pendapat apa sepatutnya

Mohd fadzli
Mohd fadzli
2 years ago

Assalamualaikum nak tanya berkenaan tuntutan kelewatan serahan pemilikan rumah..sudah hantar borang tuntutan pada pemaju tetapi disebabkan pemaju memohon kelepasan dari kerajaan melalui MCO sebagai pembeli rumah terasa tiada pembelaan..pemaju memberi alasan mco sebab kelewatan siapkan rumah dan hanya lulus kelepasan utk 100++ hari sedangkan saya menuntut utk kelewatan 300++ hari..pemaju nak memohon mco 2 dan seterusnya baru sekarang selepas tuntutan dibuat.malahan sebelum tuntutan dibuat satu surat mco pun pemaju tak beri kepada saya.

Ida
Ida
2 years ago

Assalammualaikum
Tuan,mohon pencerahan & bantuan daripada tuan..Saya ada membuat pinjaman dengan pihak bank pada tahun 2015, tetapi kerana kegagalan saya untuk membayar secara ansuran baru berlaku pada 4bulan sebelum harini,pihak pejabat guaman ingin menghantar notis perintah mahkamah..Apakah yang saya perlu lakukan untuk teruskan pembayaran secara ansuran tersebut?

Kayriff
Kayriff
2 years ago

Saya inginkan pencerahan pasal hak seorang pekerja, kalau kita dapat cuti sakit dari seorang doktor pakar di hospital tetapi majikan macam tak puas hati dan nak kita datang ke pejabat untuk bekerja. Apa perlu di buat? Dan adakah majikan ada hak untuk memeriksa Telefon Bimbit MySejahtera kita sebagai pekerja untuk mengetahui ke mana kita pergi dalam tempoh cuti sakit kita.

mohamad kamal
mohamad kamal
1 year ago

Tuan, sya bekerja dh 7 thun. dan sya mohon kje ke jepun. apabila sya blik, sya diikat ( bon ) oleh majikan selama 5 tahun. skrg berbaki lagi setahun lebih. tpi sya ingin berhenti skrg krn masalah depressi dan anxiety, tambahan lgi sya sakit saraf tgn. krn kje berat. sya ingin bertukar ke kje yg lbih baik.

1) utk pengetahuan Tuan, sblum sya tandatangan perjanjian bon itu, sya tk expect kje sya akn jdi lebih berat.

2)sya dh hampir2 utk tarik diri ketika itu

jika sya berenti sya akn dikenakan saman sebanyak RM 200K. Tuan, bolehkah sya lepas hukuman ini, atau bolehkah sya mohon utk dikurgkan saman atau byr secara ansuran? ada tak peguam yg boleh bantu saya?

Lai
Lai
1 year ago

Salam tuan, nak tanya Seksyen 420 kes penipuan total rm1500, kalau mengaku salah jatuh hukum masuk penjara or buka saman or kena cari lawyer

Mada
Mada
1 year ago

Kenapa peguam bapak sy kerek? Sy waris ayah sy, dan ada beberapa persoalan nk tnya. Tp peguam tu cemuh sy dgn ckp sy ni banyak tanya dan sibuk urusan bapak sy.

Sawiah bte kassim
Sawiah bte kassim
1 year ago

Jual beli rumah

Mohd syafrin
Mohd syafrin
6 months ago

Salam tuan,soalan sy : jika berlaku kesilapan dari pihak bank dan mencurigakan,,adakah kite boleh menyaman pihak bank??soalan ini sbb ada kena mengena dgn sy skrg,di mana sy tidak pernah membuat loan bank,tetapi nama sy di gunakan sebagai peminjam dlm 1 company..mohon bantuan

Saufiq bin azizan
Saufiq bin azizan
4 months ago

As,salam tuan ,saya saufiq bin azizan ,saya nak tanya boleh kah saya upah peguam untuk kes harta sepencarian,cerita nya mcm ,,ni ,mak saya di kg sudah berapa kali dihalau dipulau oleh ibu mertua ,dimana anaknya iaitu arwah ayah saya ,dan kami telah membina rumah kecil dan dimana skrg selepas ayah dah meninggal hampir 20thn ,mak saya menambahbaik rumah yg memakan belanja yg banyak ,soalan nya kalau mak saya dihalau oleh mertua ,boleh kah kami upah peguam untuk tuntut hak rumah tersebut ,malah kakak saya pun ada membina sebuah rumah disebelah rumah mak saya ,atas izin ibu mertua mak saya ,iaitu tok saya,sekian terima kasih

Puteri Balqis & Co
10 months ago

Salam tuan, adakah tuan salah seorang peguam sivil?

26
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x