Situasi:
Kita tak pernah terima apa-apa surat selama ni tapi bila semak CTOS, kita tengok ada rekod kes saman sivil difailkan terhadap kita. Yang ada hanya nombor kes sahaja.
Nak lantik peguam takde bajet pulak.
Jadi macam mana kita nak tahu saman sivil tu di mahkamah mana berdasarkan nombor kes sahaja?
Okay, untuk sesiapa yang tak tahu, ini contoh nombor kes saman sivil:
WA-B52NCvC-000-08/2021
Contoh sahaja ya.
Melalui nombor kes sivil, kita sebenarnya boleh tahu beberapa perkara iaitu,:
1. Kena saman di negeri mana
2. Kena saman di mahkamah apa
3. Bila saman tu difailkan
4. Jenis dokumen pemula kes
5. Kausa tindakan secara umum
6. Anggaran jumlah tuntutan
Tapi untuk kefahaman orang awam, saya hanya fokuskan kepada 1 hingga 3 sahaja dalam penulisan ini.
Dan ingat ya, ini berkaitan saman sivil SAHAJA. Bukan kes jenayah atau saman trafik.
KENA SAMAN DI NEGERI MANA
Nak tahu kena saman di negeri mana senang je. Rujuk kod negeri iaitu 2 huruf pertama nombor kes.

Kod negeri yang digunakan oleh sistem mahkamah sebenarnya sama dengan nombor plat kenderaan di negeri masing-masing.
WA – Kuala Lumpur
BA – Selangor
CA – Pahang
AA – Perak
PA – Pulau Pinang
RA – Perlis
KA – Kedah
NA – Negeri Sembilan
MA – Melaka
JA – Johor
CA – Pahang
TA – Terengganu
DA – Kelantan
Jadi, untuk contoh nombor kes tadi rasanya dah boleh agak kan?
WA-B52NCvC-000-08/2021
Ya betul, kes difailkan di Kuala Lumpur.
KES DI MAHKAMAH APA
Untuk memulakan apa-apa tindakan sivil, kita ada 3 mahkamah iaitu:
1. Mahkamah Majistret (bawah RM 100k)
2. Mahkamah Sesyen (RM 100k – RM 1 juta)
3. Mahkamah Tinggi (RM 1 juta ke atas atau kes tanah)
Melalui nombor kes, kita boleh tahu kita disaman sivil di mahkamah apa dengan tengok bahagian kedua nombor kes. Rujuk gambar.

Kod nombor berdasarkan mahkamah:
Nombor 7 – Mahkamah Majistret
Contoh:
WA-B72NCvC
RA-A72M
BA-A73KJ
Apa-apa nombor yang start dengan 7 semua di Mahkamah Majistret.
Nombor 5 – Mahkamah Sesyen
Contoh:
WA-B52NCvC
RA-A52M
BA-A53KJ
Boleh nampak beza kan?
Nombor 2 – Mahkamah Tinggi
Contoh:
WA-22NCvC
RA-23NCvC
BA-22F
JA-24NCvC
Selain nombor 2, ada juga kes dengan nombor 3 di Mahkamah Tinggi tapi untuk kes berkaitan pusaka sahaja.
BILA KES SAMAN SIVIL DIFAILKAN
Kita juga boleh tahu bila saman sivil terhadap kita difailkan melalui nombor kes.
Penting ke?
Ya, sebab berdasarkan anggaran tarikh pemfailan, kita boleh tahu sama ada kes tu di peringkat awal ataupun sudah ada penghakiman dimasukkan.
Senang untuk kita ambil langkah seterusnya nanti.

Nombor 08 sebelum “/2021” merujuk kepada bulan difailkan.
Kalau ikut contoh di atas, maksud kes tu difailkan pada Ogos 2021.
Contoh lain:
WA-B52NCvC-000-01/2020 – Januari 2020
WA-B52NCvC-000-05/2015 – Mei 2015
WA-B52NCvC-000-12/2018 – Disember 2018
Kalau kita semak nombor kes tu masa Julai 2021 dan berdasarkan nombor kes, saman difailkan pada Jun atau Julai 2021, maksudnya kes masih di peringkat awal.
Dalam situasi ini, sebaiknya terus hubungi mahkamah berkenaan atau dapatkan khidmat nasihat guaman sebab ada tempoh masa untuk masukkan kehadiran.
Kalau kita tak hadir, penghakiman boleh dimasukkan terhadap kita. Kalah macam tu je.
Tapi kalau kita semak masa Julai 2021 dan kes difailkan tahun 2018 atau 2020 contohnya, maka kemungkinan tinggi penghakiman telah dimasukkan terhadap kita. Kena dapatkan khidmat nasihat guaman juga untuk tindakan seterusnya.
KESIMPULAN
Ulang kaji sikit.
Jadi, berdasarkan contoh nombor kes WA-B52NCvC-000-08/2021, kita boleh tahu yang kes ini difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2021.
Oleh itu, begitulah caranya untuk kita kenalpasti dan dapatkan maklumat asas mengenai saman sivil terhadap kita supaya tindakan boleh diambil dengan segera iaitu hubungi mahkamah untuk masukkan kehadiran dan seterusnya membela diri.
Semoga bermanfaat
Join dan subscribe group telegram Jom Tanya Peguam di sini
Assalamualaikum tuan. Sy ade membeli sebuah motosikal pada tahun 2006 utk kegunaan abg sy tp motosikal tersebut atas nama saya, abg sy tidak membayar bulanan dikedai tersebut. Baru² ni ade wakil peguam menghubungi sy mengatakan sy perlu menjelaskan hutang tersebut sebanyak 3k. Kalau sy tidak menjelaskn hutang tersebut, tindakan mahkamah akan diambil. Adakah hutang sya dikira sebagai hutang lapok.? Jika sy tidak membayar adakah nama sy akn menjd citos/black list.. blh ke sy tidak membayar. Adakah sy akan diambil tindakan. Sbb hampir 15thn sudah berlalu kes ni. Mohon pencerahan tuan
Salam saya dikenakan notis tuntutan saman atas
Tunggakan perbankan Ruj:WSS/72384 sy baca diatas tidak mewakili negeri dimana saman dikeluarkan.Boleh beri pencerahan ini saman wujud atau Dari scammer sbb terlalu byk nombor tidak ujung Di truecaller masuk
Salam ,nak Tanya
NOTIS TUNTUTAN SAMAN (RUJ:WB-64452-10/7255) TELAH DIDAFTARKAN -PEMBEKUAN AKAUN-AKAUN BANK DAN PERINTAH PENGHAKIMAN (GARNISHING ODER) AKAN DIDAFTARKAN Number yang telah didaftarkan boleh check dimana?
Selamat petang..boleh saya tahu adakah no kes ini wujud WA-NCC-39-12/2023
Saya nak tanya . Saya berkerja sebagai manager di sebuah syarikat . Document yang saya tandatangan adalah sebagai “kontrak bebas” dimana gaji saya di bayar mengikut sales dan seratus peratus komisyen . Jadi dalam agreement saya semua nya telah stated jumlah gaji yang syarikat perlu bayar apabila saya capai kpi yang ditetapkan . Syarikat tersebut beroperasi sebagai syarikat service sector tetapi berkaitan dngan investment . Jadi , setiap client yang telah mendaftar under saya , setiap transaksi yang client buat , baru saya dibayar komisyen . Tapi , ade berlaku satu kejadian di mana , seorang client telah pun melanggan product syarikat tersebut , dan telah melalukan beberapa transaksi . Tetapi sebelum beliau memulakan perdagangan , beliau memutuskan untuk membuat hitam putih diantara saya dan seorang lagi staff yang akan jaga acc beliau . Saya hanya tandatngan sebagai saksi antara mereka berdua sahaja . Antara client dan penjaga acc . Di sini , jelas bahawa saya telah melanggar sop syarikat . Jadi , client tersebut mahu syarikat untuk bayar ganti rugi kerugiab duitnya kerana ia berkaitan dengan saya yang berkerja di syarikat tersebut . Sepatutnyaa client tersebut mahu memanjangkan kes ini ke mahkamah . Tetapi , syarikat tersebut mahu tutup kes , dan bayar segala kerugian tersebut . Apabila paid day , saya diberitahu bahawa mereka terpaksa potong gaji saya dan bayar client tersebut . Tetapi , dalam perjanjian sebagai staff , tidak ada apa apa yang tertulis , jika client mengalami kerugian , mereka harus potong gaji staff . Sya sepatutnya dibayar sejumlah RM17,000.00 tetapi apabila dihitung semua ya . Mereka hanya bayar saya RM700.00 sahaj . Dan kes dngan client telah pun tutup . Syarikat sekarang sedang diperiksa oleh Suruhanja Sekurity Malaysia . Mereka mahu tutup kes client tersebut dan membayar semua ganti rugi kepada clients . Jadi ape tindakan yang saya perlu ambil . Kerana perjanjian staff sya hanya sebagai “kontrak bebas” . Dan saya tidak boleh melalukan laporan selanjutnya ke pejabat buruh . Sya mahu tuntut gaji sya yang mereka tidak bayar .
Salam en..
saya nak bertanya tentang kes saya dan 2 orang kawan sedang hadapi.
PENGENALAN
saya dan 2 org Kwan berkerja di sebuah koperasi..setiap 2 tahun akan ada buat mesyuarat agung untuk pelantikan pengerusi baru..keputusan mesyuarat telah ditetapkan dan pengerusi baru telah dilantik..setelah pengurusan baru ambil alih bermacam2 salah guna kuasa serta penyelewengan kewangan..disebabkan tu kami pekerja lama sgt tidak setuju dgn ape yg pengurusan baru buat..di sebabkan kami nampak segala kemungkaran yg berlaku seramai lebih 7 8 org staf dipaksa berhenti dan berhentikan 24jam termasuk manager tanpa sebab.. hanya tinggal saya dan beberapa org lgi masih berkerja..
KES PENGNIAYAAN SAYA DAN 2 ORANG RAKAN YANG DIRANCANG OLEH PIHAK KOPERASI SUPAYA KAMI BERHENTI KERJA(SAIKO PEKERJA)
semasa masih berkerja saya dan beberapa kawan sekerja telah diarah hari minggu untuk kemas stor dan membuang semua besi2..setelah kami selesai kemas stor dan buang semua besi2 keesokan hari pihak pengurusan menyuruh amik balik semua besi2 yang telah dibuang…disebabkan di saiko saya tewas telah berhenti kerja 24jam kerana terasa dipermainkan…selang beberapa jam hari yang sama selepas saya berhenti pihak koperasi telah buat agenda dan memberitahu staff lain supaya jangan ambil besi kembali..disitu nampak 1 permainan saiko terhadap saya supaya saya berhenti..pihak company telah membuat report palsu mengatakan saya dan beberapa staff pecah bangunan sedangkan arahan dri pihak koperasi dan hari kejadian kemas stor pihak pengerusi dan manager baru ada disitu membuka kunci bangunan tempat kami berkerja..saya dan 2 orang staff telah dipanggil pihak berkuasa dan setelah beri keterangan serta bagi bukti2 mengatakan kami telah diarahkan..setelah itu kami pun ditahan 4 hari 3malam…rekod tumbprint kehadiran berkerja dan buku log kenderaan company yg digunakan semasa kemas stor telah dihapuskan pihak koperasi..saya dan rakan telah dituduh di mahkamah kerana pecah amanah dan nilai besi2 buruk dianggarkan 10k dan sgt tidak masuk akal sedangkan nilai barang hanya 3 4ratus…
Setelah keluar lokap kami telah membuat laporan SPRM atas penyelewengan dan salah guna kuasa mereka..bukti2 dan transaksi kewangan telah di serahkan pada SPRM dan sedang disiasat..disebabkan telah jadi kes SPRM pihak pengerusi koperasi telah ditekan pihak ahli lembaga koperasi dan mereka telah letak jawatan dan digantikan pengurusan lama…
Pertanyaan saya bolehkah saya buat saman sivil terhadap individu tanpa saman pihak koperasi..kerana pihak koperasi sekarang MMG tahu kami dianiaya dan sentiasa berkerja sama dengan kami dan menafikan segala tuduhan terhadap kami…
Aslkm
Saya ingin bertanya, sebelum saya membuat lesen ssm, saya telah memaklumkan kepada rakyat kongsi saya.. sekiranya saya di jadikan rakan kongsi.. segala bantuan spt BSH/BKC/ BPR saya tak akan mendapat lagi bantuan. Dan dorg akur perkara2 tersebut. Slps ssm di daftar.. berlaku perselisihan faham antara funder dengan agent tuk menyewa bangunan. Tiba2 rakan kongsi Dan funder membatalkan segala perniagaan tersebut. Dan saya akur jika tak mahu meneruskan, saya minta nama saya di keluarkan.. setelah berapa lama.. mereka spt menganiaya saya dengan mengabaikan permintaan saya tuk mengeluarkan nama saya Dr ssm tersebut. Saya rsa sangat2 teraniaya..memandangkan saya telah meletak jawatan Dan jga bantuan yg kerajaan bagi tersebut.. saya tidak dot menerima nya atas Alasan saya ada nama di ssm.. boleh kah saya bawa perkara ini ke mahkamah sivil? Bantu saya Tuan.
Selamat tengah hari saya nak tanya klau nombor ruj wss/k ni dari mana ya
Saya buat konsultansi untuk membantu angota tentera membuat pinjaman dgn koperasi luar. Anggota tersebut telah bersetuju sblmnya untuk membayar upah dan kerja2 yg saya lakukan sehingga dia dapat loan tersebut. Dia juga ada membuat akuan sumpah dengan suruhanjaya sumoah menyatakan akan bayar upah saya. Setelah semuanya selesai, dia lari dan senyap sahaja. Upah konsultansi tersebut sebanyak rm6000. Apakah ada cara dari sudut undang2 untuk saya mendapatkan upah tersebut?
Jika kena call sahaja dan di beritahu sudah ada saman atas nama kita tetapi tidak ada surat saman sampai sama pihak yang telah di saman.macam mana tu ya..adakah saman dan waran tangkap tetap proseed?
Assalamualaikum Tuan,
Saya telah memberikan pinjaman RM30,000.00 kepada satu syarikat untuk menjalankan Perniagaan.
Perjanjian pihak menerima biaya berjanji untuk membayar RM4,000.000 setiap bulan sehingga berjaya menjelaskan keseluruhan Jumlah Pinjamanan RM30,000.00,
Namun yang demikian Pihak Menerima Biaya baru sahaja menjelaskan RM2,000.000 sepanjang tempoh 5 bulan.
jadi saya bercadang untuk mengambil tindakan undang- undang terhadap penerima biaya.
atas jasa baik tuan apakah yang saya perlu lakukan
Assalamualaikum. Saya nak tanya macamana nak tahu kita ada saman dari mahkamah.bolih kita cek x
Hi, saya ada soalan nak tanya.
1. Motor masih dalam loan dan kena tarik selepas 2 tahun pembayaran. Creditor call dan demand pembayaran penuh dilakukan selepas 3 tahun dari tarikh penarikan. Dan pembayaran penuh dilakukan, adakah motor akan dapat semula atau tidak?
2. Amaun yang creditor declare dalam ctos report berbeza dengan amaun yang dia kemukakan semasa proses pembayaran penuh hendak dilakukan. Adakah perkara ini normal?
Hai boleh tolong check tak nombor saman ni dari pihak mana? Nak tau je nombor kes WA-21NCC-165-10/2022
salam tuan boleh tolong check kn x no saman WC-60104665/18 ni legit atau scam?
Nak tau sama ada nombor saman sivil di mahkamah wujud atau tidak.
WA27523/11-23
Hai…bole tolong check x..no ni wujud ka atau scam..WA-D73M-217-02/2024
Assalamualaikum.. Boleh tuan check no saman.. Nak tahu betul or scamm
WSS/23685447