Majikan ada hak untuk memberhentikan pekerja. Itu memang tidak dapat kita dinafikan. Tapi adakah pemberhentian kerja itu didasarkan dengan alasan yang adil dan munasabah?
Sepanjang tempoh PKP, sudah ramai daripada kalangan kita yang telah kehilangan pekerjaan mereka.
Rata-rata alasan pemberhentian kerja yang diberikan kepada pekerja, khususnya dalam keadaan sekarang ataupun pada masa-masa lain:-
a) syarikat sedang mengalami kerugian
b) Jawatan/kerja jadi ‘redundant’.
Sekali imbas, alasan-alasan di atas memang logik. Tetapi sejauh mana kebenarannya dan bagaimana untuk kita tahu alasan yang diberikan betul atau tidak?
PEKERJA DIBERHENTIKAN ATAS ALASAN SYARIKAT MENGALAMI KERUGIAN
Sekiranya anda diberhentikan kerja dan alasan yang diberikan kepada anda oleh syarikat adalah disebabkan syarikat sedang menanggung kerugian dan perlu kurangkan kos, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
1. Betul ke syarikat memang mengalami kerugian?
2. Jika betul, ada ke bukti seperti penyata akaun syarikat yang menunjukkan kerugian?
3. Pernah ke dimaklumkan sebelum ini bahawa syarikat sedang mengalami kerugian?
4. Pernah ke ada apa-apa kaedah penjimatan yang dilakukan oleh syarikat sebelum ini?
5. Adakah syarikat ada membuat pembayaran-pembayaran lain yang tidak penting?
6. Adakah elaun pengarah-pengarah (untuk syarikat besar) pada ketika itu ada dinaikkan?
7. Adakah ada bukti ada perbincangan dalam ahli lembaga syarikat tentang perlunya dilakukan pembuangan kerja sebelum ini?
8. Adakah syarikat ada mengambil pekerja baru dalam masa terdekat ini?
9. Adakah ketidakstabilan kewangan syarikat dan kemungkinan pemberhentian kerja dilakukan pernah dimaklumkan kepada pekerja-pekerja?
Jika banyak soalan-soalan di atas berakhir dengan jawapan yang negatif, mungkin anda perlu membuat laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil.
PEMBERHENTIAN KERJA ATAS ALASAN ‘REDUNDANCY’
Jika majikan anda menamatkan perkhidmatan anda atas alasan kerja anda menjadi ‘redundant’ dan anda sudah tidak diperlukan lagi, sila tanya soalan-soalan ini dalam diri anda:-
1. Apakah bukti syarikat ada melaksanakan ‘restructuring’?
2. Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda masih lagi wujud?
3. Selepas pembuangan kerja, adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda diambil alih oleh orang lain?
4. Adakah pihak syarikat pernah berbincang dan berunding dengan anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
5. Adakah syarikat mengamalkan polisi FWFO (Foreign Worker First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda?
6. Adakah syarikat mengamalkan polisi LIFO (Last In First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda ataupun syarikat ada polisi lain?
7. Adakah terdapat apa-apa VSS (Voluntary Separation Scheme) ditawarkan kepada anda sebelum ditamatkan perkhidmatan?
Satu perkara penting yang anda perlu tahu tentang ‘redundancy’ adalah, sekiranya masih ada orang yang melakukan tugas dan fungsi anda selepas anda dibuang kerja, maka ‘redundacy’ tidak berlaku.
‘Redundancy’ yang sebenar adalah tugas, tanggungjawab dan fungsi anda itu memang tidak wujud langsung dan bukannya sekadar jawatan ataupun pangkat.
Selain itu, sekiranya Majikan ingin melaksanakan pemberhentian kerja, sepatutnya Majikan perlu melengkapkan dan menyerahkan Borang PK kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi tujuan makluman.
Sudah tentu ini bukanlah satu kewajipan namun sekiranya dibuat oleh Majikan, dapat menguatkan bukti bahawa pemberhentian kerja yang dilaksanakan bukanlah sekadar satu alasan yang dibuat-buat untuk membuang pekerja.
Jika anda merasakan banyak soalan-soalan di atas perlukan penjelasan daripada majikan anda, maka sebaiknya laporan ke JPP untuk pembuangan kerja secara tidak adil dibuat.
Artikel tentang prosedur untuk mencabar pembuangan kerja secara tidak adil boleh dilayari di sini
Semoga bermanfaat.
Assalam tuan… Nak tanya adakah jenayah komersial boleh diadukan ke mahkamah industri?
Assalamualaikum ,,,maaf nak bertanya majikan yang berdaftar dengan SSM tapi berniaga pisang goreng tepi jalan boleh tak tidak membuat sebarang penolakan EPF ke atas perkerja diambilnya….mohon penjelasan
Assalamualaikum, Jika ingin berhenti kerja tanpa sign apa apa kontrak. Boleh ke majikan, memaksa untuk bayar balik kos medical check up, kelas kelas yang telah ditanggung oleh syarikat ?
Assalamualaikum tuan, bagaimana saluran perlu dibuat bagi penamatan perkhidmatan untuk pegawai percubaan yang telah melalui proses pengesahan jawatan selama 3 tahun tetapi ditamatkan atas dasar peribadi di satu badan berkanun?
saya telah bekerja di syarikat A selama lebih 10 tahun. tak pernah dapat warning letter pun!
hujung tahun lepas kami (1 team) telah “ditawarkan secara paksa oleh Managing Director syarikat A untuk berkhidmat di syarikat B (diuruskan oleh anak beliau). Dengan alasan syarikat A akan ditutup/dikecilkan operasinya, walhal prestasi kewangan adalah sangat besar (penjualan COVID test kit)
gaji: kekal
jobscope: sama
benefit: sedikit dikurangkan – tiada lagi food allowance jika outstation.
pengurusan: tidak adil
contoh 1: pernah pekerja lain diarah bekerja luar kawasan, dipaksa balik pada hari (malam) yang sama kerana tiada kebenaran bermalam. dan dipaksa masuk office pada keesokan hari. (Kuala Lumpur – Kuantan membaiki alatan makmal hospital)
contoh 2: warning letter atas alasan bodoh
soalan: bolehkan saya menuntut VSS dari syarikat A – terasa macam dipaksa berhenti.
Lepastu macam slowly bagi tekanan utk saya tender surat resign.
Assalamualaikum tuan,
Jika diberhentikan kerja atas kesalahan salah laku yang mana salah laku nya tidak jelas dan tidak mempunyai sebarang bukti. Surat pemberhentian kerja juga ditandatangani secara paksa (ada record video) boleh kah pekerja tersebut membuat laporan polis?. Tq
Assalamualaikum,
Company saya bekerja terbahagi kepada dua department international & domestic. Saya dan rakan2 bekerja di bawah department international. Baru2 ini company memberitahu sektor international akan ditutup ( notice 1 month)(prestasi kewangan tidak menganggu operasi) dan memberitahu kepada kami semua bahawa kami akan diberikan kerja di bahagian domestic dgn privilege yg sama. Tetapi pemberitahuan semua hanyalah melalui lisan dan tiada apa2 agreement di beri.
Saya dan rakan yang lain telah ditawarkan untuk bekerja tetapi job grade telah diturun kan tapi gaji masih seperti biasa. Apabila di tanya berkenaan dengan kerja yang ditawarkan mereka tidak boleh memberikan maklumat yg details. Tiada black & white cuma perbincangan melalui lisan.
Sebagai seorang pekerja saya merasakan mereka telah mepergadaikan masa depan saya & rakan. Apakah nasihat dan cadangan untuk kes seperti ini.
As salam tuan,
Situasi :
Ali telah didapati bersalah kerana melakukan jenayah dibawah seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, dibaca bersama seksyen 34 , Kanun Keseksaan. Ali setelah merayu didenda RM2,000.00 oleh pihak mahkamah.
Seterusnya, Ali telah diberi Notis Tunjuk Sebab oleh majikannya. Ali dituduh melanggar Perjanjian Bersama (CA).
Setelah melalui proses Siasatan Dalaman syarikat, Ali didapati BERSALAH dan di hukum BUANG KERJA TANPA NOTIS SERTA-MERTA. Walaupun sudah melalui Lembaga Rayuan, syarikat masih mengekalkan hukuman tersebut.
Adakah Ali berpeluang mencabar kes ini di Mahkamah Perusahaan kerana pihak syarikat tidak mempertimbangkan segala rayuan yang telah dikemukakan oleh Ali?
Terima kasih
Salam . Saya dh kerja 2 tahun , awal bulan 12 haritu sy hanta notis sebulan , tapi majikan kata surat saya salah , dan majikan buat keputusan untuk saya last pada hari yg sama saya hanta surat . Alasan dia sbb takda contract baru , sedangkan saya dh permanent staff , apa yang patut sy buat ?
Assalamualaikum tuan, saya tidak berhentikan kerja. Tapi diberhentikan gaji pada Feb 2022.
Atas alasan tidak cukup dos vaksin.
Adakah ini wajar?
Surat memberhentikan kerja tiada, Berhenti gaji sahaja yang ada tanpa sebarang notis awal.
Saya tidak mahu tanda tangan surat itu, kemudian baru nak mula buat kaunseling.
Gaji telah disekat, selepas itu baru nak buat step sepatutnya.
Apa yang perlu sayaa buat?
Asalamualaikum tuan, Kes saya masih Bekerja dengan Syarikat sama tapi bila kenaikan gaji RM1500 majikan buat pengurangan tenaga kerja. saya salah satu kena tempias dari syarikat ini dengan cara halus memindah kerja bukan dalam bidang saya dan bukan jawatan saya yang selama ni saya pegang. Boleh kah saya buat aduan tersebut?? Mohon pencerahan tuan Terima kasih
hai salam sejahtera.
abang saya bekerja di sektor kerajaan sudah 20 tahun. Abang saya di berhentikan kerja serta merta di sebab kan alasan abang saya selalu tidak masuk kerja. abang saya sudah beberapa kali membuat surat rayuan tapi di tolak.. tidak di nafikan abang saya memang selalu tidak masuk kerja sebab ayah saya selalu di masukkan ke hospital tiada orang nak jaga dia hospital ayah kena stroke.abang saya kerja kesihatan.. perlukah abang saya cari peguam untuk kes ni.. di sebabkn dia dia di berhentikan tanpa surah amaran tanpa surat apa apa terus surat berhentikan kerja .mohon pencerahan tuan
Saya Nak bertanya .Saya menerima surat pemberhentian kerja atas alasan kehadiran tidak memuaskan padahal Saya tidak pernah sekali menerima surat Amran 1,2,3 .bolehkah pihak majikan berbuat begitu . ??? .Saluran mana Saya Nak buat aduan ???
Saya tengok pekerja lain jauh lebih teruk dari saya ðŸ˜ðŸ˜ . Saya cuma bnyk UPL kerana anak² tidak sihat .
As salam.. maaf menggangu, saya nk tanya mengenai pembuangan kerja saya. Saya telah bekerja selama hampir 20 tahun sebagai kerani dgn gj basic rm2500 dh dibuang kje pada 30/6 dgn alasan tidak diperlulan & dibagi saguhati sebanyak 10k. Saya telah membuat aduan di jpp & pihak jpp ada but rundingan damai ngan company. Mslh skrg company telah mengeluarkan offer letter utk kje di caw lain iaitu di klang pd 1/9 & perlu memulangkan kembali 10k saguhati yg tersebut sedangkan saya di johor. Saya tau tu hanya alasan saje memandangkan telah ramai kerani dibklang. Lg smggu sekiranya tiada balasan saya kpd pihak jpp samaada bersetuju pergi ke klang atau menarik diri atau terus ke mahkamah. Adakah saya perlu redha & tarik diri dr hal ini & terima saja 10k yg tersebut? Terima kasih tuan..