Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
"MAIN KUTU” SALAH KE? - Jom Tanya Peguam
Skip to content

“MAIN KUTU” SALAH KE?

Hari ini JTP bukan hendak terangkan tentang serangga kutu (flea atau nama saintifiknya “Siphonaptera”), tapi suatu sistem tabungan duit yang kita dah biasa dengar sejak dari bangku sekolahlagi.

Ahli kutu yang setuju untuk sertai program kutu akan membuat cabutan bagi menentukan giliran penerimaan wang, sejumlah wang akan diserahkan oleh ahli kepada ketua iaitu “Ibu Kutu” untuk tempoh minggu/bulan yang dipersetujui, dan sejumlah wang terkumpul tersebut akan diserahkan kepada ahli mengikut giliran yang dipersetujui.

“Permainan Kutu” boleh jadi diantara rakan sekelas, rakan sekolah, adik beradik, ahli keluarga, rakan sepejabat sehingga kenalan atas talian. Dari jumlah sekecil 10 sen sekali serahan sehingga mencecah puluhan ribu.

Namun adakah permainan kutu ini dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, atau soalan mudahnya, salahkah main kutu ini?

Merujuk kepada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 secara spesifiknya pada Seksyen 3 Akta tersebut menyatakan:-

Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu 3. “Salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”

Jadi berdasarkan pembacaan Seksyen 3 Akta AKWP 1971 tersebut, perkataan “mana-mana orang” tersebut secara ringkasnya menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan kumpulan wang kutu adalah suatu kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 3 Akta AKWP 1971 tersebut.

Manakala lain-lain seksyen di dalam Akta AKWP 1971 tersebut memperuntukkan larangan syarikat untuk pendaftaran dan/atau menjalankan aktiviti perniagaan wang kutu.

ISU KUTU TRADISIONAL TIDAK SALAH

Pada 19.09.2018, pihak SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) telah mengeluarkan di dalam kenyataan di dalam laman web rasminya antara lain membawa maksud bahawa permainan kutu tradisional antara kenalan tanpa keuntungan bukanlah suatu kesalahan sepertimana kenyataannya seperti berikut:-

“Walau bagaimanapun, skim wang kutu tradisional yang biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan di kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu, tidak termasuk dalam Akta ini. Ini kerana skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.”

Pada masa yang sama juga, pihak SSM juga menyatakan bahawa Akta AKWP 1971 ini terpakai untuk kes-kes kutu yang melibatkan tujuan mendapatkan keuntungan seperti mana kenyataan SSM berikut:-

“SSM ingin menegaskan bahawa aktiviti wang kutu yang mendatangkan hasil yang berlipatganda berbanding sumbangan yang diberikan termasuk apa- apa pulangan tambahan selain daripada wang sumbangan asal adalah termasuk dalam aktiviti yang dilarang dan tidak terkecuali dari Akta ini.Sebenarnya, antara tujuan utama Akta ini diperkenalkan pada ketika itu adalah untuk memastikan syarikat-syarikat kumpulan wang kutu yang sedia menjalankan aktiviti berkenaan melalui proses penggulungan supaya penyelesai-penyelesai (liquidators) boleh mendapat kembali wang yang tertunggak dari peserta yang telah menerima bahagian wang kutu mereka dan membayar wang yang tertunggak kepada peserta lain yang masih belum menerima bahagian mereka supaya pembahagian yang sempurna dapat dilakukan.”

KENYATAAN SSM SELARI DENGAN KENYATAAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN PADA TAHUN 2011.

Pada tahun 2011, pada sidang Parlimen ke-12, Penggal ke-4, Mesyuarat ke-2 bertarikh 14.06.2011 semasa perbahasan pindaan peruntukan hukuman Seksyen 3 Akta AKWP 1971, Dato Seri Ismail Sabri Bin Yaakob didalam menjawab persoalan ahli parlimen yang risau akan orang-orang kampung yang mungkin didakwa di bawah Akta AKWP 1971 kerana menjalankan aktiviti “kutu tradisional” secara ringkasnya seperti berikut:-

a. Untuk isu definisi dsb, ianya akan ditentukan sendiri di peringkat Mahkamah kelak.

b. Namun berdasarkan bacaan pada perkataan “perniagaan” di dalam Seksyen 3, ia secara jelas menunjukkan kesalahan menjalankan aktiviti kutu ini adalah salah jika ianya membabitkan keuntungan kepada penganjur dan ada unsur unsur komisen dsb.

c. Sekiranya tiada unsur game of trading dsb maka, ia tidak dianggap sebagai kutu yang tertakluk pada AKWP 1971.

d. Datuk Seri Ismail Sabri di dalam penutupan ucapan menyatakan bahawa sekiranya kutu tersebut tidak melibatkan keuntungan, beliau yakin tiada tindakan yang akan dikenakan.

KESIMPULAN

Bagi menjawab persoalan awal di atas, permainam kutu ini sebenarnya salah di bawah AKWP 1971 sekiranya modus operandi sistem kutu tersebut membabitkan keuntungan, komisen, faedah, perjanjian pelaburan dsb.Manakala, merujuk kepada the intention of the law maker pada sidang Parlimen tersebut, secara jelas menjelaskan bahawa permainan kutu tradisional (tidak melibatkan keuntungan tetapi sekadar, kumpul dan serah semula jumlah simpanan ikut giliran), maka ianya bukan suatu kesalahan di bawah AKWP 1971 ini.

Nota ringkas: Pihak JTP menyarankan sekiranya ada antara pembaca JTP yang bermain kutu secara tradisional, dan membabitkan jumlah yang besar, buatlah satu perjanjian antara pihak supaya sekiranya Anak kutu culas membayar, atau ibu kutu melarikan wang terkumpul, suatu tindakan undang-undang dapat dilakukan dengan lebih mudah.Semoga bermanfaat.

*Penyataan JTP di dalam penulisan ini hanyalah suatu pendapat JTP semata-mata dan tidak mengikat pihak-pihak atau bertindak sebagai nasihat antara Peguam dan anakguam. LIKE, SHARE DAN KOMEN PENDAPAT ANDA.

(Visited 4,386 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Ayu
Ayu
3 years ago

Kalau kutu barangan, kita bagi barang dan anak kutu serah duit, boleh ke?

Kalau anak kutu enggan bayar setelah dapat barangan, boleh ke mak kutu buat laporan polis?

MOHAMED RESZUWAN BIN LIAQUAT ALI
MOHAMED RESZUWAN BIN LIAQUAT ALI
2 years ago

KRONOLOGI KES KUTU .
SAYA MOHAMED RESZUWAN TELAH MENYEWA SEBUAH KIOSK HOTLINK.PERNIAGAAN KIOSK TERSEBUT DAFTAR DI ATAS ISTERI SAYA YANG BERNAMA RAJHANA BINTI OTHMAN .TERMINAL MERU RAYA DI MILIKI OLEH PIHAK PERAK TRANSIT.SAYA MENJALANKAN PERNIAGAAN TOPUP TALIPON .SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN PENYEWAAN PREMIS KIOSK SAYA PERLU MENYERAHKAN DOKUMEN2 SEPERTI K/P DAN JUGA SSM DAN BELBAGAI KEPADA PEKERJA ADMIN DI PERAK TRANSIT TUJUAN URUSAN PEJABAT SAHAJA. SAYA MENSYAKI ADMIN TELAH SALAH GUNA KUASA MEMBERIKAN DOKUMEN2 SSM PENGENALAN DIRI KEPADA PIHAK KETIGA UNTUK TUJUAN VIRAL DI SOSIAL MEDIA.
MULA2 SAYA MENGENALI SI ADMIN INI MELALUI KAWAN SAYA ENCIK.AROLDASS SELAKU PEMILIK BAS.DARI SITU EN.AROLDASS MEMPERKENALKAN UNTUK TUJUAN BERMAIN KUTU. PADA MASA SAYA MENYERTAI GROUP KUTU INI SAYA INGAT GROUP INI ADALAH GROUP TRADISIONAL TETAPI SEMAKIN LAMA SAYA MENGETAHUI IBU KUTU ADMIN TERMINAL MERU RAYA MEMPUNYAI SEBANYAK 200 HINGGA 300 KUTU DALAM SEBULAN DAN MEMPUNYAI RAKAN KONGSI .
LAMA-KELAMAHAN KUTU INI MULA TIMBUL MASALAH APABILA SATU PER SATU PEMAIN KUTU HILANGKAN DIRI TANPA SEBAB. OLEH SEBAB ITU SAYA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENARIK DIRI DARI TERUS MAIN KUTU INI PADA 27/02/2022
SEJAK KEJADIAN ITU PADA 28/02/2022 ADMIN KUTU DAN RAKAN KONGSI DIA TERUS MENDESAK ,MEMBERI TEKANAN DAN BELBAGAI TOHMAHAN ,MENGUGUT SECARA KEKERASAN DALAM WEB ‘JOM TANYA PEGUAM’WALHAL SAYA TIDAK PERNAH MEBUAT KESALAHAN JENAYAH ATAU MELARIKAN DIRI CUMA MENARIK DIRI SAHAJA.JIKA INI KUTU TRADISIONAL (SIFAT KASIH SAYANG) TETAPI KUTU INI MEMBERI TEKANAN HEBAT PADA DIRI SAYA DAN KELUARGA .BUKAN DENGAN KEKERASAN ATAU PENGHINAAN.AKIBAT DARIPADA TEKANAN SAYA MENGALAMI MASALAH KEMURUNGAN.
SAYA TIDAK BERPUAS HATI ADALAH KERANA BELIAU TELAH MEMBABITKAN ISTERI SAYA DALAM PERKARA INI WALHAL BELIAU TIDAK TAHU MENAHU DAN TIDAK TAHU LANGSUNG .DARI SITU 3 LAPORAN POLIS TELAH BUAT DAN 4 LAPORAN KEPADA SKMM SESIATAN MASIH DIJALANKAN .INI MERUPAKAN SATU PENGANIAYAAN FITNAH DAN SALAH GUNA KUASA. TERMASUK GAMBAR2 SAYA DAN ISTERI DAN JUGA SEMUA DOKUMEN2 (SSM) TELAH DISEBAR ATAU DIVIRALKAN DI SOCIAL MEDIA DAN JUGA UGUTAN2 MELALUI WHATSAPP. SAYA JUGA TELAH MEMBAYAR SEBANYAK LEBIH KURANG RM7000 YANG DIPEGANG OLEH IBU KUTU. GROUP KUTU TELAH BUAT TUDUHAN KEATAS SAYA DENGAN BELBAGAI HINAAN YANG BERUNSUR FITNAH.CARA PENYELASAIAN BOLEH DIRUJUK MEREKA PERLU BERURUSAN TERUS DENGAN IBU PEJABAT POLIS CENTRAL IPOH .SEKIAN TERIMA KASIH

Shalom
1 year ago

Saya join kutu barang sebagai anak kutu ejen amway. Philips smart iron. Saya tahu skim ni dalam kategori di bawah AKWP1971 sebab mendatangkan keuntungan pada ejen tapi saya join sebab bahasa mudahnya, beli barang secara ansuran. Tiada pihak teraniaya dan semua peserta bersetuju dengan T&C dan sertai secara rela hati. Apakah masih dikira bersalah? Tengkiyu.

nur azalina
nur azalina
2 years ago

bagaimana kita nak report orang yang menganjurkan kutu ni?

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x