Skip to content

PEKERJA DAN MAJIKAN WAJIB TAHU: PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN

Dalam dunia pekerjaan, kita sebolehnya nak elakkan dari dikenakan tindakan disiplin, betul tak?

Cumanya kadang – kadang kita kena bukan sebab ada kesalahan yang kita buat puan, tapi sebab – sebab lain. Yang tahu je tahu.

Penulisan kali ini saya akan terangkan mengenai prosedur tindakan disiplin untuk pekerja swasta.

1. SURAT TUNJUK SEBAB

Jika majikan mendapat aduan telah berlaku satu salahlaku oleh pekerja, maka langkah pertama yang perlu diambil oleh majikan adalah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pekerja tersebut.

Majikan kena ingat, surat tunjuk sebab ini penting dan perlu disediakan dengan sebaiknya.

Surat tunjuk sebab perlulah memperincikan tuduhan yang dikenakan terhadap pekerja.

Majikan juga perlu bagi tempoh masa yang munasabah untuk pekerja menjawab surat tunjuk sebab.

2. GANTUNG TUGAS PEKERJA

Majikan ada pilihan sekiranya ingin menggantung tugas pekerja atau tidak. Boleh tengok berdasarkan jenis pertuduhan yang dikenakan.

Sekiranya majikan nak gantung tugas pekerja, dibenarkan selama 14 hari dengan separuh gaji.

Jika penggantungan tugas perlu disambung, pekerja perlu dibayar gaji penuh bagi tempoh sambungan itu.

[Seksyen 14(2) Akta Kerja 1955]

3. PEKERJA JAWAB SURAT TUNJUK SEBAB

Ini penting untuk pekerja.

Surat tunjuk sebab perlulah dijawab dalam masa yang ditetapkan dan dengan terperinci. Kalau tak jawab langsung, majikan boleh terus kenakan hukuman termasuk buang kerja.

Sekiranya jawab tetapi tiada penjelasan dan mengaku kesalahan, majikan juga boleh terus kenakan hukuman termasuk buang kerja.

Sebaiknya dapatkan nasihat guaman untuk mendraf surat jawapan.

4. MAJIKAN MENILAI JAWAPAN PEKERJA

Jika pekerja tak jawab surat tunjuk sebab, majikan boleh kenakan tindakan disiplin terhadap pekerja.

Jika majikan menerima penjelasan pekerja, maka tiada hukuman akan dikenakan terhadap pekerja.

Tetapi jika majikan masih tidak berpuas hati dengan penjelasan pekerja, majikan ada 2 pilihan:

1) terus kenakan hukuman kepada pekerja

2) buat soal siasat dalaman (domestic inquiry)

5. NOTIS SOAL SIASAT DALAMAN DAN SURAT PERTUDUHAN

Kalau majikan nak buat soal siasat dalaman, kena keluarkan notis soal siasat dalaman atau surat pertuduhan dulu.

Surat pertuduhan yang lengkap kena ada:

a. Sifat salahlaku atau kesalahan yang didakwa dilakukan

b. Masa dan tarikh kesalahan didakwa dilakukan

c. Tempat kesalahan didakwa dilakukan.

Notis makluman soal siasat dalaman pula kena nyatakan:

a. Tarikh, masa dan tempat soal siasat akan diadakan

b. Jika pekerja tidak hadir, soal siasat akan tetap dijalankan tanpa kehadiran pekerja tersebut

c. Pekerja boleh membawa saksi dan bukti untuk bela dirinya

6. SESI SOAL SIASAT DALAMAN

Sebelum soal siasat dalaman boleh dijalankan, majikan perlu pastikan perkara di bawah teratur iaitu:

a. Pelantikan pendakwa

b. Pelantikan ahli panel soal siasat dalaman

c. Pelantikan setiausaha soal siasat dalaman

Ahli panel yang dilantik bagi mendengar kes tersebut perlulah:

a. Tidak terdiri dari jabatan yang sama dengan pekerja yang dituduh;

b. Tidak boleh terdiri dari rakan dan/atau ahli keluarga pekerja yang dituduh

c. Tidak dimaklumkan dengan terperinci tentang kesalahan yang dilakukan oleh pekerja yang dituduh

d. Mestilah mempunyai pangkat yang sama ataupun lebih tinggi dari pekerja yang dituduh

7. KEPUTUSAN

Panel – panel soal siasat dalaman akan sediakan laporan dan jika pekerja didapati bersalah, memberikan cadangan hukuman yang wajar diambil ke atas pekerja.

Setelah mendapat penilaian dan cadangan dari panel, terpulang kepada majikan untuk mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian.

Keputusan perlulah diberikan secara bertulis kepada pekerja.

[Sedikit peringatan]

Soal siasat dalaman tak wajib dilaksanakan oleh majikan.

Kalau pekerja kena buang tanpa melalui soal siasat dalaman, tak menjadikan pembuangan kerja tersebut terus dibatalkan.

Mahkamah Perusahaan ada bidangkuasa untuk dengar semula kes dari awal.

Harapnya penulisan di atas sedikit sebanyak dapat memberikan pencerahan kepada pembaca tentang prosedur tindakan disiplin.

Jadi, apa lagi yang korang nak tahu pasal undang – undang kerja?

p/s:

Penulisan di atas adalah untuk pekerja swasta.

Untuk prosedur tindakan tatateritb bagi PENJAWAT AWAM, boleh rujuk artikel ini.

(Visited 1,727 times, 8 visits today)
4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
8 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd Rajali
Mohd Rajali
2 months ago

Hak bercuti, adakah majikan berhak membatalkan / mengurangkan permohonan cuti pekerja atas alasan mengurangkan kos syarikat

Nab
Nab
2 months ago

Salam. Bolehkah majikan beri cuti tanpa gaji tanpa memaklumkan kepada pekerja. Dan bila di tanya dikatakan ada masalah attitude dan behaviour.
Bila ditanya attitude yang bagaimana. Tidak dibalas.

PUNITHAN A/L MURUTHY
PUNITHAN A/L MURUTHY
1 month ago

Encik saya kerja sebagai security.hari rabu lepas saya Dan rakan kerja saya selesih faham Dan dia tumbuk saya.tapi saya tak pukul dia.saya buat laporan polis Dan serakan report TU kat majikan saya.majikan saya buat DOMESTIC INQUIRY hantar ke HQ di IPOH.SAYA DAN RAKAN KERJA SUSPEND KERJA SAMPAI TERIMA KEPUTUSAN DARI HQ DI IPOH SANA.TAPI SAYA TAK PUKUL DIA.DISEBABKAN DIA TUMBUK SAYA MATA SEBELAH KANAN SAYA PUN BENGKAK.DAH 6HARI SAMPAI HARI NI.ADEKAH MAJIKAN SAYA PATUT BAYAR GAJI SAYA tempoh yang mereka suspend saya encik.

Ysrin
Ysrin
1 month ago

assalam..saya kurang jelas berkenaan gantung kerja dgn gaji separuh dan tanpa gaji.

Ada 2 situasi saya.
1-harini sya di beri surat ‘Penggantungan Kerja’ oleh majikan utk siasatan kehilangan wang tunai jualan pd 7aug.majikan beri 2 pilihan masa sya dipnggil pd 17aug ;

1.sya tulis surat notis utk berhenti sendiri 24jam dgn alasan sendiri @
2.teruskan siasatan.
Keduanya pun perlu sya utk gantikan duit itu dan sya ttap hilang kerja.kedai lengkap cctv dan saya telah minta utk jlnkn siasatan dan x mengaku atas pertuduhan.
majikan serahkn surat n secara lisan memberitau PENGGANTUNGAN KERJA TANPA GAJI bermula 22aug hgga 4 sept.
Adakah benar cara itu?

2.Setelah itu sya diberi surat tunjuk sebb krn tidak hadir pd 20 & 21(ahad/isn) saya perlu rujuk ke bhg bertanggungjwp pd waktu hari bekerja(isnin)utk tindakan yg sya perlu ambil.pd hari sabtu majikan bertnyakn surat berenti sya.kebiasaan sya n staf lain lakukan dari mula join utk maklumkn majikan soal cuti,sakit atau hal lain hnyalah mlalui watsap yg tidak prnh dia jwp “boleh/tidak,/ok/knp/bila atau sebarang respon.Sblm itu,pd 19hbsya telah maklumkn melalui watsap akan ketidakhadiran saya 2 hari itu,dia baca n tiada respon.
Bantuan & penerangan dri pihak Tuan amat sya hargai n didahului dgn ucapn trimakasih .
wassalam

16926915522874221079502148240877.jpg
8
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x