Skip to content

PROSEDUR DI MAHKAMAH PERUSAHAAN

Contoh situasi:

Juwita telah dibuang kerja oleh majikan beliau. Tidak berpuas hati dengan pembuangan kerja tersebut, Juwita ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan beliau. Apa yang Juwita perlu buat?

1) Aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam masa 60 hari.

Langkah pertama ini sangat penting. Juwita perlulah membuat representasi ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam masa 60 hari dari tarikh pembuangan kerja.

Tempoh 60 hari ini mestilah dipatuhi, tidak boleh lebih walau sehari pun.Representasi dibuat menggunakan borang P1. Boleh dapat di laman web JPP.

2) Proses Runding Damai

Apabila aduan sudah dibuat, pegawai JPP akan menetapkan tarikh bagi suatu proses Runding Damai. Dalam proses ini, sekiranya pihak majikan tidak bersetuju untuk mengambil Juwita bekerja semula dan tiada sebarang jumlah penyelesaian diberikan, kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Sebelum pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang paling baru, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu dan barulah ke Mahkamah Perusahaan. Selepas pindaan, JPP akan rujuk terus kes ke Mahkamah Perusahaan.

Boleh baca artikal tentang pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di sini

3) Kes dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan

Juwita akan dimaklumkan bahawa kes beliau telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan. Kemudian, Mahkamah Perusahaan juga akan memaklumkan kepada Juwita untuk hadir ke Mahkamah Perusahaan. Juwita akan dibekalkan dengan beberapa jenis borang.

Biasanya individu akan dimaklumkan melalui emel sebab lebih cepat berbanding pos. Oleh itu, pastikan emel yang diberikan semasa membuat representasi adalah emel yang anda selalu guna.

4) Prosiding di Mahkamah Perusahaan

Semasa Sebutan kes pertama, Juwita perlu memaklumkan kepada Mahkamah Perusahaan sekiranya beliau ingin melantik peguam bagi mewakili beliau. Sekiranya Juwita lantik peguam, borang A dan borang B yang telah diberikan perlu difailkan oleh peguam.

Pihak Juwita juga diberikan masa lebih kurang 2 minggu hingga sebulan bagi memfailkan Penyata Kes.

Sekarang, untuk sebutan kes pertama, sudah tidak perlu datang ke Mahkamah Perusahaan lagi sebaliknya sebutan kes akan dijalankan secara dalam talian sahaja. Pekerja yang membuat tuntutan akan menerima emel dari Mahkamah Perusahaan berserta link untuk sebutan kes pertama secara dalam talian tersebut.

Biasanya dalam sebutan kes pertama, mahkamah akan tetapkan terus tarikh-tarikh bagi pemfailan Pernyataan Kes, Pernyataan Jawapan, Rejoinder, Ikatan Dokumen dan tarikh bicara.

Oleh itu, secara ringkasnya, begini:-Penyata Kes (pihak Pekerja) -> Penyata Jawapan (pihak Majikan) -> Rejoinder (pihak Pekerja)

Semasa Sebutan kes, mana-mana pihak boleh mengusulkan supaya proses Mediasi dijalankan terlebih dahulu. Sekiranya masih tiada sebarang persetujuan, barulah Mahkamah Perusahaan akan menetapkan tarikh Bicara.

5) Perbicaraan Kes

Sama seperti prosedur kes sivil, sebelum Bicara, pihak-pihak perlulah memfailkan dokumen-dokumen yang akan digunakan semasa perbicaraan.

Senarai dokumen adalah seperti berikut:

– Ikatan Dokumen

– Penyataan Saksi

Semasa perbicaraan, kedua-dua pihak akan memanggil saksi masing-masing. Dalam prosedur Mahkamah Perusahaan, kebiasaannya pihak Majikan yang akan memulakan perbicaraan dahulu dengan memanggil saksi mereka kecuali jika kes melibatkan pembuangan kerja secara konstruktif ataupun pemberhentian kerja secara paksaan.

Perbicaraan biasanya akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada bilangan saksi dan hari bicara tidak semestinya berterusan kerana bergantung kepada jadual Mahkamah.

6) Hujahan Bertulis dan Award

Selepas perbicaraan selesai, Mahkamah Perusahaan akan mengarahkan pihak-pihak memfailkan Hujahan Utama masing-masing dan jika perlu, Hujahan Balas pula.

Apabila kesemua Hujahan telah difailkan, Juwita sekarang hanya perlu menunggu Mahkamah Perusahaan mengeluarkan Award yang akan memutuskan sama ada pembuangan kerja dibuat secara munasabah atau tidak.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MELANTIK PEGUAM?

Langkah (1) hingga (3) tidak memerlukan anda untuk melantik peguam. Malah, semasa Runding Damai, pekerja tidak dibenarkan diwakili oleh peguam dan begitu juga majikan. Namun, ini tidak menghalang anda untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam.

Kebanyakan orang akan melantik peguam semasa kes sudah pun di peringkat Langkah (4) iaitu selepas Sebutan Kes pertama. Walau bagaimanapun, masa yang lebih baik adalah sebelum Langkah (4) iaitu apabila menerima makluman untuk menghadiri Sebutan Kes pertama secara dalam talian. Jika dah lantik awal, anda sudah tak perlu hadiri sebutan kes tu, peguam yang akan hadir bagi pihak anda.

Semoga bermanfaat.

*Watak di atas hanyalah rekaan semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana individu.

(Visited 8,938 times, 1 visits today)
4 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
76 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Rahimah
Rahimah
1 year ago

Salam Tuan,

Ada ke akta yang menyatakan syarikat tidak boleh memberhentikan pekerja semasa pekerja sakit.

Terima kasih

trackback

[…] Artikel tentang prosedur untuk mencabar pembuangan kerja secara tidak adil boleh dilayari di sini […]

Hafidzy Husin
Hafidzy Husin
3 years ago

Salam Tuan. Kalau kes sudah melepasi 60 hari, bagaimana cara untuk memanjangkan tuntutan ke atas bekas majikan?

Afendi
Afendi
3 years ago

Assalamualaikum…

Tuan, Apa akan berlaku jika terlepas tarikh pemfailan Pernyataan Kes?

Ahmad
Ahmad
3 years ago

Assalamualaikum Tuan

Masa sebutan kes tu, pekerja diwakili JPP atau tiada wakil, sebab lawyer belum ada time tu kan

Nurul
Nurul
3 years ago

Salam Tuan

Seperti saya tidak berkemampuan untuk lantikan peguam tapi telah fail kan kes ke mahkahmah pengusahaan bagi menuntut keadilan dan penjelasan dari pihak syarikat.

apa perlu atau perkara utama yang perlu saya lakukan bagi mewakili diri sendiri dalam kes pembuangan pekerja.

Nurul
Nurul
3 years ago

Assalamualaikum Tuan. Terima kasih atas perkongsian ini, amat bermanfaat untuk saya jadikan sebagai bahan rujukan pembelajaran di musim pandemik ini.

Saya mempunyai soalan berkenaan sebutan pertama yang kini dijalankan di atas talian. Persoalannya, adakah ia dijalankan di atas talian oleh kerana situasi pandemik yang kita lalui sekarang atau cara ini akan berkekalan sehingga bila-bila?

Amir Adnan
3 years ago

Assalamualaikum Tuan. Saya dapat surat menyatakan kes sy dirujuk keMahkamah Perusahaan. Adakah saya akan dipanggil untuk naik mahkamah atau daya hanya tunggu keputusan sekarang ni? Dan ikut anggaran tuan berapa lama biasanya masa diambil untuk saya terima berita seterusnya? Bantuan tuan amat sy hargai.

danial
danial
3 years ago

Asalamualaikum Tuan Nas, saya pelajar semester pertama ISM Syariah Undang-Undang. Saya ada sedikit pertanyaan berkenaan Prosiding Mahkamah Perusahaan. Dalam sebuah carian yang telah saya buat, saya telah dinyatakan bahawa Mahkamah Tinggi akan dirujuk. Berikut saya lampiran step yang saya jumpa.a

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Perusahaan

Menteri Sumber Manusia

Diadukan kpada – Jabatan Perhubungan Perusahaan

Pertelingkahan Majikan dengan Pekerja.

Abu Noor bin Abu Samah
Abu Noor bin Abu Samah
3 years ago

Assalamualaikum, TN, saya bertanya bagi pehak anak saya, dalam tempoh percubaan ditempat kerja ank saya memberi maklumat salahlaku pekerja tak memakai MASK pd majikan .Pada keesokan harinya perkara ini dah jadi kemarahan pada semua pekerja disitu, dan membuat andaian anak saya SPY dan sebagai nya.
Bermula dari saat Itu dia telah dipulaukan dan berbagai sindiran di terima .Ini menyebabkan prestasi nya, tekanan (stress) tak fokus kerja.
Apa yg dibuat semua tak kena dimata ketua nya. Anak saya juga telah di tamatkan perkhidmatan pd 11/08/21

Pada 13/08/21 dia menerima Surat dipanggil semula bertugas dlm masa 7hari .Dia menjawab Surat Itu dgn hasrat dan memberitahu majikan Jika sekiranya dia menerima semula Minta ditukarkan kebahagian lain.
Surat Itu tidak dibalas Olih majikan dan menganggap kalau dalam masa 7hari ank saya tak datang bekerja majikan membuat Kesimpulan anak saya tak berminat lagi.

Pertanyaan saya adakah patut ank saya diperlakukan sebegitu sedangkan dia pemberi maklumat dengan Niat yang baik Sewajarnya dia DILINDUNGI kerana sebelum ni majikan pernah didenda Diatas kesilapan yg sama
Minta Pencerahan.

Terima kasih,

Gazer Mobin
Gazer Mobin
3 years ago

Salam tuan bagaimana saya nak fail kan kes kepada majikan saya,saya dah diberhentikan kerja pada 1 Julai 2021 tetapi Majikan saya tidak kemukakan borang PK kepada jabatan tenaga kerja, adakah saya layak fail kan tuntutan.

Farhan
Farhan
3 years ago

Salam tuan. Jika kontrak sy ditamatkan lebih awal drpd sepatutnya, adakah mahkamah bole memberi award baki jumlah gaji dlm kontrak? Kontrak 2018-2023, ditamatkan pada 2020. Ada baki 3 tahun. Dan didalam kontrak disebut layak dibayar pampasan gaji sehingga tarikh tamat kontrak. Tkasih

EZZY
EZZY
3 years ago

Tuan, sekiranya pekerja itu bukan dibwh akta kerja, beliau seorang executive atau pengurus, bolehkah dia menggunakan khidmat MTUC? Sbb mereka juga mungkin tidak berkemampuan menggunakan khidmat peguam.

alina
alina
2 years ago

salam tuan . saya alina dan salah sorang majikan disebuah syarikat swasta . staff kami telah membuat aduan di JPP atas sebab ketidakpuas hatian beliau kepada syarikat . kami telah diarahkan oleh pihak mahkamah untuk menghadiri secara maya. perlu ke pihak syarikat melantik mana2 peguam pada peringkat pertama nie atau pihak syarikat boleh mewakili sendiri tanpa peguam ?

wawa
wawa
2 years ago

Assalamualaikum Tuan, berkenaan dengan employee yang terlewat buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dalam masa 60 hari, mcamana nak filekan kes di mahkamah sivil dan apa provision yang boleh diguna pakai untuk filekan kes di mahkamah sivil ya?

terima kasih tuan.

Mohamad
Mohamad
2 years ago

Salam tuan, sy ingin bertanya..sy telah dibuang kerja pd sept 2020 dan telah melalui proses runding damai tapi gagal. Jpp telah memaklumkn kpd sy yg kes sy akan dibawa ke putrajaya utk proses seterusnya akan tetapi sehingga kini tiada sebarang emel atau surat yg saya terima. Adakah sy perlu followup mereka atau menunggu shj penerimaan surat dri mahkamah perusahaan? Terima kasih.

Ismail
Ismail
2 years ago

Assalamualaikum,

Saya adalah pekerja kontrak dimana kontrak saya tidak disambung sedangkan rakan2 saya disambung atau ditetapkan.saya bukan ditamatkan kontrak tetapi kontrak saya tidak disambung seperti rakan2 yang lain. Saya merasakan bahawa penilaian adalah tidak adil terhadap saya kerana di segi pemarkahan saya antara yang paling baik. Adakah kes ini boleh dirujuk ?

Ranu
Ranu
2 years ago

I’m been admitted to the hospital due to slip disc on last October 21. My Inpatient MC is till 20th Feb ‘22. Suddenly the management terminate me under the reason of ‘Redundancy’(only myself) with 2 months of compensation paid. I feel it’s an unfair dismissal and discrimination towards me.The management can terminate an employee during the MC period with the reason of sudden redundancy ? Kindly enlighten. Thanks

Muhammad Azizi Mahat
Muhammad Azizi Mahat
2 years ago

Salam Nas, saya Azizi nak tanya tentang proses mediasi di Mahkamah Perusahaan. What can we expect from mediation tu nanti ya.

Othman bin Abdul aziz
Othman bin Abdul aziz
2 years ago

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh tuan, kes anak saya sudah difailkan tapi hakim suruh buat perbincangan dengan majikan diluar namun pihak majikan tak mau bayar apa pon dan anak saya tanpa loyer membuat ketetapan kes diteruskan, pihak hakim suruh mencari loyer jadi macamana tu tuan…..

Azhan
Azhan
2 years ago

Salam tuan.

Isteri saya dibuang kerja dan jabatan perusahaan memaklumkan kes perlu dibawa ke mahkamah perusahaan. Saya sedang mencari peguam. Mohon bantuan sekiranya ada contact peguam yang boleh mengendalikan kes isteri saya. Terima kasih

Fina
Fina
2 years ago

Asslm tuan… baru2 ini saya telah dilanggar belakang kereta…individu tsebut merayu utk tidak buat laporan polis dan bjanji akan bayar ganti rugi dan telah pon mgaku salah. Setelah beberapa hari individu tsebut xmahu mnanggung jumlah kerugian kereta saya dan menyalahkan saya pula. Apa patut saya buat?

Azlan
Azlan
2 years ago

Assalamualaikum tuan,
Bagaimanakah cara nak buat hujuhan bertulis tersebut?

siti zubaidah
siti zubaidah
2 years ago

as salam tuan, saya ada kes eSebutan, soalan saya adalah:

1) apakah persediaan yg perlu saya lakukan?
2) apakah prosedur yg akan berlaku semasa eSebutan? adakah saya perlu cerita balik apa yg berlaku pd saya seperti rundingan?
3) apakaj borang atau dokumen yg perlu saya sediakan?

Ariff
Ariff
2 years ago

Salam Tuan,

Saya telah menjalani proses perundingan dengan pihak perusahaan, e-mention serta mendapat kenyataan balas daripada pihak majikan. Saya dibuang secara tidak munasabah iaitu :
1. Tidak sampai 24 jam ( 12 jam shj )
2. Tidak membuat perbincangan
3. Tidak melakukan LIFO
4. Kenyataan dalam surat perberhentian adalah ‘redundant’ tetapi pihak majikan memberi kenyataan menyeleweng iaitu ‘financial standing company’ pada rundingan pertama dengan pihak perusahaan.

Saya bekerja selama 10 tahun hingga tarikh diberhentikan dan orang bawahan saya ( 4 tahun bekerja ) dalam division yang sama masih lagi berkerja – tidak melakukan LIFO

Semasa waktu pembuangan, pihak majikan telah mengubah suai pejabat dan ia menelan belanja anggaran kos 1juta ++ – financial standing company?

Merujuk kepada kenyataan balas. majkan menidakkan bukti2 yang saya sertakan berdasarkan jawatan saya di dalam syarikat.

Bukti2 tersebut merujuk kepada 9 tahun jawatan saya dan juga posisi jawatan saya dalam ‘organization chart’ syarikat yang telah diperakui oleh pihak atasan majikan tersebut.

Boleh bagi penjelasan apa lagi yang boleh diutarakan semasa waktu perbicaraan untuk mengukuhkan dan memenangi kes ini.

Terima kasih

Ibrahim
Ibrahim
2 years ago

Assalam… saya ingin lantik tuan jadi peguam….. boleh?….. saya mungkin akan dibuang atau saya berbenti sebelum tarikh DI saya….

Nkh
Nkh
2 years ago

Salam tuan nas,

Adakah boleh seorang eksekutif syarikat membuat tuntutan terhadap majikan atas sebab seperti berikut:
1.telah ditamatkan perkhidmatan sebab syarikat tutup dan majikan telah menjual
2.kes tlh dirujuk di JTK tapi masih gagal
3.majikan maklum tidak mahu bayar pampasan utk jawatan eksekutif dan supervisor
4.majikan hanya mahu bayar faedah pampasan utk 5 tahun bekerja sahaja sedangkan majoriti pekerja tlh bekerja lebih 20 tahun
5. Di mana kami perlu buat tuntutan jika gagal di JTK
6.berapakah caj guaman yang dikenakan,adakah caj dikenakan atas setiap orang atau secara pukal utk semua orang (buat tuntutan secara berkumpulan)
Harap dapat pencerahan dari Tuan Nas

Terima kasih.

Jegathis
Jegathis
2 years ago

Salam Tuan,
Kes sy Constative dismissals yang di makamah perusahan berjalan Di peringkat akhir
Sekarang..
Saya telah bayar RM5000 pada peguam sy .
Perjanjian pda peguam bayaran RM 5k utk jalan kes mula hingga tamat . Jika kes menang akan peguam ambil 20% dari jumlah Wang Yg menang itu..
Jika kalah tiada pulangan Wang RM5000 yg dibayar peguam itu serta tiada apa2 yg sy dapat.
Kes saya Kini Di peringkat akhir yg mana akan tamat dlm bulan Mei , peguam sy pula minta bayaran RM 1500 lagi yg mana tiada dalam perjanjian awal kami..
Kata peguam bayaran RM1500 itu bagi bayaran buat script dan CD bagi hakim tengok dan baca.
Ia mudahkan lagi peguam tahu kes kita , kata peguam.
1. Disini Tuan sy nak tanya, adakah menyediakan script ni yg tidak tahu Oleh peguam sy dri awal???
2. Adakah bayaran itu termasuk dlm bayaran awal sy.
3. Adakah bayaran itu menjadi bayaran Khas yg perlu dibayar Oleh client..??
4.Adakah kes segelintir kes macam saya yg perlu ada Script Bagi hakim ???
Penerangan dan maklumat balas Tuan sangat dihargai , sekian terima kasih

Ika
Ika
2 years ago

Salam tuan,dalam kes saya tuntut pampasan kerana syarikat tutup operasi,document apa yg saya perlu bawa utk mengukuhkn bukti syarikat/majikan tidak bankrupcy selain surat ssm,my insolvensi?? Dan dari sumber mana lg saya boleh dptkn bukti

Muthu
Muthu
2 years ago

Kalau di berhentikan kerja sebelum contract tamat , Bolehkah tuntut bagi gaji nya .

ARMAN LAILI
ARMAN LAILI
1 year ago

KES DIBUANG KERJA KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN TINDAKAN MAJIKAN KERANA DIBERI CUTI TANPA GAJI SELAMA SETAHUN. MAJIKAN TIDAK MEMBAYAR PAMPASAN, BOLEHKAH KITA TUNTUT DI MAKAHMAH PERUSAHAAN

Dan
Dan
1 year ago

Salam Tuan, mahkamah sudah memberikan award pembuangan adalah tidak munasabah dan majikan perlu membayar pampasan. Jika majikan tersebut melanggar arahan dan tidak membayar atau melambatkan bayaran dari tempoh arahan mahkamah, apa tindakan majikan tersebut akan terima?

Pekerja Kilang
Pekerja Kilang
1 year ago

Salam tuan.
Sekiranya saya ingin membatalkan aduan semasa di Jabatan Tenaga Kerja dan kemudian tukar kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh tak?

Hari tu saya ada buat aduan di JTK mengenai tuntutan gaji notis kerana diberhentikan tanpa notis mencukupi selama 2 bulan dan tuntutan faedah penamatan kerja kerana diberhentikan. Saya cuba berunding dengan majikan untuk tidak memecat saya tetapi majikan tetap juga mahu pecat.

A). Untuk tuntutan gaji notis pihak majikan tidak mahu bayar kerana selama tempoh cuti hospitalisi; gaji saya telah dibayar oleh PERKESO. Kemudian majikan memberitahu saya tidak boleh menuntut gaji notis kerana selama 3 bulan saya hospitalisasi majikan juga ada membayar gaji saya seperti biasa sebagai bayaran gaji ganti (indemnity) untuk notis penamatan perkhidmatan yang tidak mencukupi 2 bulan tersebut.

B).Untuk tuntutan faedah penamatan majikan tidak mahu memberikan pampasan kerana pemecahan kontrak iaitu masalah salah laku; tidak datang bekerja selama 48 jam tanpa memberi tahu majikan. Tetapi pada 48jam tersebut saya tidak dapat hadir bekerja kerana telah mengalami kemalangan dan tidak sedarkan diri sehinggalah hari ke tiga dan mengenai kehadiran kerja; rakan setugas dan penyelia tempat saya bekerja ada memaklumkan kepada jabatan HR melalui wasap pada 6jam pertama tetapi pihak majikan mengatakan mereka tidak ada menerima apa-apa maklum balas dari HR. Kerana ke tidak hadiran tersebut saya telah dibuang kerja dan pihak majikan menjelaskan mereka berhak memberhentikan saya tanpa faedah penamatan kerana saya tidak layak di atas masalah salah laku.

Selepas saya selidik pemberhentian tersebut agak tidak adil kerana sebab yang tidak munasabah iaitu di atas masalah salah laku tetapi saya tidak pun melakukan perkara tersebut. Oleh itu, saya ingin saman majikan di atas sebab penamatan yang tidak adil melalui JPP.

Sekiranya majikan meminta untuk membuktikan ketidak hadiran kerja.
Saya ada menyimpan screenshot wasap rakan sekerja dan penyelia bahawa mereka ada memaklumkan kepada HR yang saya tidak dapat hadir bekerja sebagai bukti pada 6 jam pertama untuk 48Jam tersebut.

Azham
Azham
1 year ago

Salam tuan..saya membuat tuntutan constructive dismissal..atas dasar hilang kepercayaan pihak syarikat..saya dikenakan gantung kerja selama dua minggu dan tidak dibayar..selepas siasatan dalaman saya juga diturunkan pangkat..akan berlaku rundingan damai tp saya tidak mahu bekerja disana lg disebabkan hilang kepercayaan dan ada unsur bullying..

Azwa
Azwa
9 months ago

Maaf bertanya. Penguam yang di lantik Oleh pekerja adakah harus di bayar oleh pekerja itu sendiri? Jika benar dibayar berapa anggaran utk melantik seorang penguam?

Reza
Reza
7 months ago

Assalamualaikum tuan. Saya telah failkan laporan di JPP dan telah melalui proses representasi, namun tiada penyelesaian dapat dicapai melalui proses rundingan tersebut. Pada 26/12/2023 pihak JPP telah memaklumkan bahawa laporan akan dibuat berdasar keterangan yang telah diambil dan akan dipanjangkan ke Ibu Pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di Putrajaya bagi proses seterusnya iaitu rujukan ke Mahkamah Perusahaan untuk satu keputusan yang adil. Walau bagaimanapun, sehingga kini, 21/2/2024 masih tiada sebarang maklum balas mengenai status kes saya. Sehubungan itu, saya ingin tahu berapa lama masa yang diambil untuk kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan? Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.

76
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x