Situasi:
Seorang pekerja di Syarikat YZ telah dituduh melakukan beberapa salahlaku di tempat kerja. Ali sebagai pemilik syarikat ingin mengadakan satu domestic inquiry terlebih dahulu bagi menyiasat perkara tersebut namun beliau tidak pasti proses domestic inquiry yang sebetulnya.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG BETUL BAGI MEMECAT PEKERJA ATAS KESALAHAN DISIPLIN?
Salahlaku merupakan antara punca utama seseorang pekerja itu boleh dibuang atau dipecat oleh syarikat. Pihak syarikat walau bagaimanapun perlulah berhati-hati sebelum memecat pekerja atas alasan ini kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi terlebih dahulu.
1. SURAT TUNJUK SEBAB
Jika seseorang pekerja dituduh melakukan satu salahlaku di tempat kerja, maka majikan haruslah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pekerja tersebut. Seorang pekerja yang diberikan surat tunjuk sebab biasanya akan:
a. mengaku pertuduhan yang dinyatakan dalam surat tunjuk sebab dan tidak memberikan apa-apa penjelasan; atau
b. tidak memberikan apa-apa penjelasan yang baik sebaliknya hanya meminta maaf; atau
c. menafikan setiap pertuduhan yang dikenakan dan mengemukakan beberapa penjelasan.
Sebagai pekerja, sudah pasti pilihan (c) merupakan pilihan yang terbaik. Lebih-lebih lagi apabila anda dituduh melakukan kesalahan yang anda tidak lakukan.

2. SURAT PERTUDUHAN DAN NOTIS SOAL SIASAT DALAMAN [DOMESTIC INQUIRY]
Jika majikan masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dalam surat tunjuk sebab oleh pekerja maka majikan perlulah membuat satu sesi soal siasat dalaman [domestic inquiry] bagi menentukan sama ada pekerja tersebut bersalah atau tidak.
Surat pertuduhan yang lengkap haruslah mengandungi perkara-perkara berikut:
a. Sifat salahlaku atau kesalahan yang didakwa dilakukan
b. Masa dan tarikh kesalahan didakwa dilakukan
c. Tempat kesalahan didakwa dilakukan.
Manakala, notis makluman bahawa soal siasat dalamanakan diadakan perlulah menyatakan:
a. Tarikh, masa dan tempat soal siasat akan diadakan
b. Pernyataan bahawa jika pekerja tidak hadir, soal siasat akan tetap dijalankan tanpa kehadiran pekerja tersebut
c. Pernyataan bahawa pekerja boleh membawa saksi dan/atau bukti-bukti lain untuk pembelaan dirinya
3. SOAL SIASAT DALAMAN [DOMESTIC INQUIRY]
Sebelum soal siasat dalaman boleh dijalankan, terdapat beberapa perkara yang pihak majikan perlu pastikan teratur terlebih dahulu iaitu:
a. Pelantikan pendakwa
b. Pelantikan ahli panel soal siasat dalaman
c. Pelantikan setiausaha soal siasat dalaman
Ahli panel yang dilantik bagi mendengar kes tersebut perlulah:
a. Tidak terdiri dari jabatan yang sama dengan pekerja yang dituduh
b. Tidak boleh terdiri dari rakan dan/atau ahli keluarga pekerja yang dituduh
c. Tidak dimaklumkan dengan terperinci tentang kesalahan yang dilakukan oleh pekerja yang dituduh
d. Mestilah mempunyai pangkat yang sama ataupun lebih tinggi dari pekerja yang dituduh
4. ADAKAH PEKERJA YANG DITUDUH BOLEH MELANTIK PEGUAM DALAM SOAL SIASAT DALAMAN?
Bergantung kepada polisi syarikat. Namun kebiasaannya pekerja yang dituduh tidak boleh melantik peguam untuk mewakili dirinya dalam soal siasat dalaman, hanya boleh melantik rakan sekerja yang lain ataupun jika mendaftar di bawah Union, boleh diwakili oleh Union.
Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang pekerja dari mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam bagi menghadapi prosedur soal siasat dalaman tersebut.
5. KESAN SOAL SIASAT DALAMAN YANG CACAT
Kegagalan pihak majikan untuk mengadakan soal siasat dalaman ataupun soal siasat dalaman yang sempurna tidaklah menyebabkan kes pihak majikan kalah terus.
Jika mahkamah mendapati soal siasat dalaman yang diadakan tidak sah, mahkamah sendiri yang akan menentukan sama ada pekerja tersebut telah dipecat tanpa sebab yang munasabah atau tidak.
Oleh itu, baik majikan ataupun pekerja perlulah cakna dan ambil tahu tentang prosedur soal siasat dalaman yang betul kerana kedua-duanya terlibat secara langsung dalam isu ini.
Semoga bermanfaat.
Adakah semua jenis kesalahan perlu dibuat siasatan dalaman (DI) sebelum majikan bertindak memberhentikan seseorang pekerja yang didakwa telah melakukan apa-apa kesalahan? Adakah menjadi suatu kesalahan jika majikan terus memberhentikan pekerja setelah menerima jawapan surat tunjuk sebab dari pekerja tersebut?
As salam Tn Nas,
no staf yang betul adalah 123456. sekiranya di dalam surat pertuduhan di tulis 1234566, adakah ini dikira sebagai pertuduhan yang cacat?
Sekian, terima kasih
Saya nk tanya siasatan dalaman ini adakah pihak HR kene memanggil pekerja yg dituduh untuk disoal jawab atas pertuduhan?
bagaimana jika pekerja tidak menjawab surat tunjuk sebab dan tidak hadir DI?
Adakah wajar seseorang pekerja di berikan surat amaran atas sesuatu kesalahan , walaupun pada dasarnya pekerja tersebut tidak di berikan sebarang latihan bekaitan kerja yg di lakukannya?
Pergaduhan di luar sesama pekerja boleh di kenakan show cause letter oleh pihak majikan?