Pengesahan lafaz cerai perlu dibuat di mahkamah sekiranya si suami menceraikan isteri di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah. Namun, pihak-pihak sama ada isteri mahupun suami perlu mengikuti prosedur mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai.
- Pihak-pihak hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan bagi pengesahan lafaz cerai.
- Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.
- Kemudian, perlu dinyatakan fakta berkaitan kronologi lafaz cerai seperti bila dilafazkan, di mana dilafazkan, bila kali pertama dilafazkan (sekiranya lebih daripada sekali lafaz cerai), apakah lafaz yang diungkapkan oleh si suami, pernah rujuk atau tidak, apakah keadaan si suami ketika melafazkan cerai (waras atau tidak), ada saksi waktu kejadian atau tidak.
- Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak, I/C saksi sekiranya ada, serta dokumen yang berkaitan seperti salinan screenshot lafaz cerai (sekiranya si suami lafazkan cerai melalui Whatsapp, FB Messanger, SMS, Telegram atau email).
- Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai di kaunter mahkamah.
- Mahkamah akan bagi notis perbicaran.
- Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).
- Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.
- Pihak-pihak perlu hadir ke mahkamah.
- Siasatan oleh Mahkamah.
- Keputusan oleh Mahkamah.
Semoga bermanfaat.
(Visited 16,156 times, 89 visits today)
In a state of anger,I stated to my wife that “I will divorce you if………….”In future tense,Is this considered sah as a statement of divorce or jatuh talak.Please advise.?
Assalam nak tanya macam mana kalau kakak saya dalam process penceraian macam mana hak penjagaan keatas anak angkat sekiranya kes belum selesai, si anak angkat berusia 14tahun adakah anak tersebut boleh membuat keputusan sendiri untuk tinggal bersama ibu atau bapa angkat? sekarang si anak tinggal bersama bapa angkat bolehkah kakak saya mendapat hak penjagaan kerana keadaan si anak yang tidak bersesuaian untuk tumbesaran si anak, terutamanya dari aspek akhlak dan jasmani. sekian terima kasih
Assalam
Utk check list ke-3.
– JIKA tidak pernah langsung lafazkan talaq, bagaimana pula situasinya?
– Adakah wajar @ dibolehkan Syarak seorang isteri sbg Plaintif telah membuat tuntutan pengesahan lafaz cerai, sedangkan ia tidak pernah dilafazkan suami?. Jika situasinya begitu, lebih tepatnya permohonan fasakh kan?
Mohon pencerahan. Tq
Assalam nak tanya macam mana kalau si isteri memaksa suami untuk bercerai,tetapi si suami terlepas cakap dalam keadaan marah jika isteri keluar baru suami akan cerai saya..adakah lafaz itu sah…sedangkan isteri dh keluar dari rumah tu…boleh bagi penerangan yg lebih jelas
Sekiranya perceraian luar mahkamah berlaku setahun yg lalu, dan pihak isteri yang memfailkan perceraian tetapi pihak suami enggan hadir ke mahkamah pada waktu itu, apakah prosedur yg harus di ikuti sekiranya pihak suami atau isteri ingin bernikah semula dengan pasangan masing2?
Maaf bertanya, sekiranya perceraian berlaku hampir 2 tahun yang lalu di luar mahkamah dan pihak isteri telah melaporkan pada pihak mahkamah cuma pada masa itu pihak suami tidak mahu hadir ke mahkamah pada saat itu utk beri kerjasama. Andai kata kedua2 pihak mahu bernikah semula dengan pasangan masing2, apakah prosedur yg harus diikuti sekarang?
Assalamualaikum
Saya telah melafazkan cerai luar mahkamah atas desakan isteri dan juga kawan lelaki isteri yang bekerja bersama di rumah saya jam 2.00 pagi.saya telah didesak oleh lelaki tersebut dan telah menghalau keluar dari rumah itu kerana rumah tu potongan gaji atas nama isteri(kuarters kakitangan kerajaan).. Selepas dari kejadian tu saya dah buat report polis.. Nak tahu, semasa hantar borang pendaftaran cerai tu, saya kena serah ke report polis tu?
Tumpang brtanya, si suami mengancam jika adiknya memberitahu isterinya suatu (rahsia) antra mereka brdua, maka si suami isteri cerai. Si adik bgitau pada si isteri. Jika bgini halnya, jatuh ke ye?
Klu kna prgi mahkamah, mcm mne nk uruskan ya? Boleh buat sgala online tak skrg ni?
Lafaz cerai luar mahkamah perlu kan saksi ke? Kalau tiada saksi mcm mana?
“aku lepas kau lagi” jatuh talak ?
Adakah masih boleh jika buat tuntutan lafaz cerai sekiranya tiada saksi dan tidak ingat tarikh tetapi ingat ayat yang dilafazkan. Sudah 3 kali lafaz. 2 kiasan dan 1 jelas. Saya kini sedang mengandung anak sulung bersama suami. Sijil nikah belum ada tetapi sudah membuat permohonan di mahkamah syariah.
sy dgn suami da pernah bercerai 2x
skrg suami lafaz lagi dia cerai kn sy dgn talak 1
sy nk thu jadi da jayuh talak 3 la kn?
Assalamualaikum… nak tanya jika suami awlnya lari dr rumah. 10 bln kemudian call melafazkan cerai melalui telefon tiada (dlm keadaan marah-ada cerita org tgh (perempuan) yg mnyebabkan dia marah lafaz cerai) dn kemudan lafaz cerai dihantar melalui WhatsApp. Utk pengesahan lafaz cerai di Jabatan agama saya tak dpt nak cari dia dkt mana? Nombor yg digunakan hanya utk tujuan cerai. Lps tu dia tak guna lagi.
Salam
Suami menceraikan isteri di luar mahkamah, dalam keadaan waras dan jelas, manakala isteri dalam keadaan suci. Kemudian isteri pergi ke mahkamah membuat permohonan dan laksanakan proses berkaitan.
Soalannya, semasa mahkamah bersidang bagi proses pengesahan lafaz cerai di mahkamah, adakah isteri perlu dalam keadaan suci? Jika isteri dalam keadaan haid, adakah pengesahan lafaz cerai tersebut sah dari sudut hukum dan perundangan?
Mohon pencerahan
AS~SALAM… saya ingin melafazkan cerai kepada isteri saya dgn niat yg baik.terputus hubungan dgn cara yg baik.. perlukah kami hadir ke mahkamah sekiranya melafazkan di luar mahkamah
Assalamualaikum
saya sedang tggu bicara utk pengesahan lafaz talak
30/1/2022
1-sya diceraikan suami
dgn talak 1
(Aku ceraikan kau dgn talak 1 )
(RUJUK KEMBALI )
2-sya diceraikan suami lg
dgn talak 2
(AKU CERAIKAN KAU dgn TALAK 2 )
BELUM RUJUK
TGGU BICARA MAHKAMAH
MASIH ADA HARAPAN UTK RUJUK KEMBALI
DALAM KES SYA.
TQ.
SEBAB LAFAZ DILUAR MAHKAMAH.
Berapa hari tempoh yg dikenakan pda pasangan utk mengesahkan penceraian diluar mahkamah bg mengelak didenda
jika terlafaz cerai tapi tak sempurna / ayat tgantung .
kebiasaannya yang kita dgr lafaz cerai bserta talak .
contoh ayat : “(nama pasangan) , aku ceraikan ..”
dah jatuh talak atau belum ?
mohon pencerahan .
Bagaimana jika suami tiada niat untuk lafaz cerai disebabkan pentengkaran isteri memaksa menggunakan pisau untuk mengancam suami supaya untuk melafazkan cerai,adakah lafaz yang dikeluarkan suami itu sah atau PON tidak disebabkan suami terpaksa kerana ingin meredakan keadaan takot berlaku perkara yang tak diingini ketika itu.
saya nk tnya , saya lafaz d luar mahkamah , saya berbincang dngan pasangan ingin rujuk kembali tetapi saya belum membuat penceraian d mahkamah , adakah penceraian saya sah atau tidak ?? . Dan apakah perlu lakukan sekarang ?? mohon jelaskan !!
asslamualaikum…
sedang dlm proses pengesahan lafaz cerai..selama dlm proses mnggu utk ke mahkamah (pengesahan lafaz cerai), apa yg blh & x blh berlaku diantara suami isteri trsebut?mohon pencerahan. tksh
Pentadbiran should be peka untuk memastikan Surat peringatan dapat pd penerima. Supaya tak jadi kes datang rumah malam2 buta, bawak 9 org, terhegeh2 tunjuk waran tangkap. Bila tanya kenapa dtg malam buta or lepas bertahun2 baru nak dtg rumah. semua buta tuli ckp ikut arahan mcm kena cucuk hidung. Yg datang pulak mcm nk menangkap binatang. Dah mcm takde agama. Hati2 bila korang diberi kuasa undang2 dari manusia.
9/6/2022 buat pendaftaran di makamah.. suami ceraikan saya talak 3 di luar makamah.. pertama kali suami lafaz jadi perlu dptkan pengesahan penceraian.. dipanggil balik 5/7/2022
1- berapa lama proses penceraian ini
2- siapa yg perlu bayar saman
3- berapakah jumlah bayaran saman
4- saman dibayar ketika perbicaraan dgn hakim?
Assalamualaikum, kalau ayah saya sudah melafazkan talak terhadap ibu saya tetapi kami tidak melaporkan hal tersebut kepada mahkamah untuk membuat pengesahan, adakah talak tersebut masih dikira sah?
Dan kini ayah saya baru sahaja meninggal dunia, jadi apakah status sebenar ibu saya. Adakah masih isteri yang sah atau tidak?
Saya cuba cari borang ms2 di laman sesawang esyariah tp tak ada. Boleh bantu?
Salam, sy nak tanya. Kalau suami ada ucap perkataan macam ni ‘ada isteri macam tak dak isteri. Baik xpayah ada isteri’. Adakah ini salah satu dri lafaz talak?
Assalam nak bertanya kalau kata si suami mengatakan semoga ad orang lain yang dapat membahagiakan saya ap mksudnya .?? sebab kalau bagi pendapat saya ayat yang macam tu memang dia dah tak nak dekat saya ..
Bagaimana kalau saya ingin memfailkan penceraian tetapi suami belum melafazkan cerai tapi akibat penderaan mental dan perangai panas baran nya yg berkali kali telah memaki hamun saya dan ibu bapa saya di depan anak2 (tiada bukti seperti gambar tapi ada bukti whatsapp die mamaki hamun), apakah proses yg perlu saya buat utk failkan penceraian?
suami pernah berkat…setelah ank saya lahir ..bila saya sudah cium dahinya…saya lepaskan awak…adakah sudah jatuh talak
salam , nk tnyee… klo isteri yang failkan pengesahan cerai luar makamah ni . dan suami taknak hadir perbicaraan . macamane ye ? suami mesti hadir atau bicara tetap diteruskan tanpa die .
Pada prosiding pertama mahkamah, isteri tidak setuju diceraikan dan kes telah dibawak ke jawatan kuasa damai pada tarikh yang lain berikutnya tetapi Isteri 2kali tidak pergi ke mahkamah untuk jawatan kuasa damai. Di dalam surat yang diterima sebelum jawatan kuasa damai kedua berlangsung.. tertulis “sekiranya tidak hadir ke mahkamah, hakim akan meminta plaintif (suami ) untuk lafazkan talak. Adakah boleh semak terus dengan mahkamah sama ada talak telah dilafazkan atau akan ada surat yang akan dihantar ke alamat defenden (isteri) untuk pemberitahuan tentang lafaz tersebut?
Adakah alasan untuk memfailkan penceraian dengan suami kerana setiap kali berlaku pergaduhan suami sering angkat tangan diangap remeh. Kerana ‘angkat tangan’ tersebut tidak memberi kesan yang besar seperti lebam atau luka keatas isteri. Dan alasan atas ‘angkat tangan’ tersebut kerana isteri bermulut kurang ajar.
Assalam… bagaimana dengan proses pengesahan lafaz cerai yg dibuat diluar mahkamah yg sudah melebihi setahun? Lafaz cerai dibuat lebih dari sekali dan kami tidak pernah setuju untuk berpisah ..
Salam puan..bagaimana jika suami tidak pernah mahu bercerai tetapi isteri meminta penceraian..dan borang ms2 sudah diberikan..adakah akan menjadi fasakh atau tidak? Dan adakah keputusan akan dibuat pada hari itu juga?
Bagaimana jika suami tiada niat untuk lafaz cerai disebabkan pentengkaran isteri memaksa menggunakan pisau untuk mengancam suami supaya untuk melafazkan cerai,adakah lafaz yang dikeluarkan suami itu sah atau PON tidak disebabkan suami terpaksa kerana ingin meredakan keadaan takot berlaku perkara yang tak diingini ketika itu.
assalamualaikum..
sy dan isteri telah berbincang utk bercerai cara baik. walaubagaimanapun isteri sy berada di luar negara. mcm mana proses utk bercerai tu? boleh ke proses penceraian dilakukan secara maya? mohon pencerahan..