Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH DI MAHKAMAH SYARIAH - Jom Tanya Peguam
Skip to content

PROSEDUR TUNTUTAN HADHANAH DI MAHKAMAH SYARIAH

Hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak boleh difailkan semasa perceraian atau selepas perceraian. Hak penjagaan kanak-kanak ini meliputi hak jagaan kekal, hak jagaan sementara, hak lawatan dan hak bermalam. Berikut adalah prosedur bagi Tuntutan Hadhanah di Mahkamah Syariah:-

  1. Pihak yang ingin menuntut (Plaintif) hendaklah memfailkan Saman (Borang MS 2) dan Pernyataan Tuntutan.
  2. Dalam Pernyataan Tuntutan perlu diceritakan fakta berkaitan perkahwinan pihak-pihak seperti bila berkahwin, berapa orang anak daripada hasil perkahwinan dan sebagainya.
  3. Kemudian, perlu dinyatakan sebab-sebab ingin menuntut hak penjagaan kanak-kanak.
  4. Lampirkan dokumen mengikut fakta yang dibentangkan seperti salinan I/C pihak-pihak, sijil nikah, sijil lahir anak,serta dokumen-dokumen yang berkaitan.
  5. Sekiranya sudah lengkap, boleh failkan Tuntutan Hadhanah di kaunter mahkamah.
  6. Mahkamah akan bagi notis Sulh.
  7. Plaintif (pihak yang memulakan tindakan) perlu menyampaikan Saman kepada Defendan (pihak yang dikenakan tindakan) secara kediri (serahan by hand).
  8. Plaintif perlu memfailkan Afidavit Penyampaian sekiranya Saman berjaya diserahkan.
  9. Pihak-pihak perlu hadir ke Majlis Sulh bagi perbincangan sekiranya boleh diselesaikan secara persetujuan bersama.
  10. Sekiranya Majlis Sulh berjaya, pihak-pihak hendaklah memastikan terma-terma yang dipersetujui direkodkan oleh Pegawai Sulh sebelum ianya diendorskan menjadi Perintah Perjanjian Persetujuan Bersama.
  11. Sekiranya Majlis Sulh tidak berjaya, Defendan perlu memfailkan Pembelaan & Tuntutan Balas bagi menjawan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
  12. Plaintif kemudiannya perlu memfailkan Pernyataan Pembelaan Terhadap Tuntutan Balas Defendan.
  13. Seterusnya, mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi pengurusan kes sebelum prosiding perbicaraan dijalankan.
  14. Setelah pliding lengkap, mahkamah akan tetapkan tarikh perbicaraan.
  15. Setelah perbicaraan selesai, mahkamah akan arahkan pihak-pihak untuk memfailkan hujahan secara bertulis.
  16. Setelah Hujahan Bertulis dan Hujhan Balasan difailkan, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh bagi keputusan.
  17. Pihak-pihak boleh dapatkan perintah bersih daripada Mahkamah setelah pembayaran dibuat.

Semoga bermanfaat.


(Visited 10,234 times, 1 visits today)
2.7 3 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
17 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Azleen
Azleen
3 years ago

Salam,, bgaimana nak dapat hak pejagaan anak,, saya dan bekas suami dah 3 tahun bercerai, masa mula bercerai saya yang jaga anak saya,, tp bila sya berkerja, bekas mentua sya yang jaga anak saya, ayah nya pula kerja jauh, dan stahun sekali baru lawat anak saya, sekarang saya dah berkahwin,, saya nak ambil balik anak saya,, adakah saya layak dapat hak penjagaan anak saya,, sebab saya tinggal di kuala lumpur,, dan anak saya di sabah,,.

Az
Az
3 years ago

Bagaimana kalau masih suami isteri, tapi isteri menyerahkan anak kepada ibunya (nenek) di kampung untuk dijaga. Suami tidak bersetuju tapi neneknya telah datang ambil anak semasa suami bekerja. Alasan isteri nenek boleh jaga anak. Suami bertegas tidak setuju kerana ibu bapa kanak2 masih ada dan sepatutnya ibubapa yang perlu jaga dan uruskan anak. Apa yg perlu dilakukan oleh suami untuk mendapatkan dan menjaga anaknya. Perlukah pergi ke mahkamah syariah atau pejabat agama? Mohon pandangan

Mn
Mn
3 years ago

Asalammualaikum Puan.

Saya tak mampu mengambil peguam atas sebab kos yg tinggi.Saya nak tanya ada tak perkhidmatan untuk membuat fail ikatan pembelaan yang lengkap untuk nafkah dan hadanah.Saya tiada masalah dalam pembayaran nafkah.Tetapi tuntutan pihak sana terlalu tinggi..

ariff
ariff
3 years ago

berapa lama masa yang diambil oleh pihak mahkamah syariah untuk memberi notis sekiranya tuntutan hak jagaan telah difailkan?

Nadiah saleh93
Nadiah saleh93
3 years ago

assalammulaikum,sy nk brtnya ..sy dh bercerai dgn ex dkt 3thn.hak jagaan ank sblm ini dan tetap dri phak mkhmah adalah sy,beliau hnya dpt brmlm pda hjng mnggu,lps brpisah hmpir sthn,sy dpt position kerja di luar negeri..sibuk brkerja kesana sni dan xdpt mnjga ank dan hnya dpt jmpa smnggu skli.spkat suara tnpa hitam pth.klurga sy serahkn kpda ex utk mnjganya.dan kmi pon dlm msa yg sma brglir2..skrg sy dh brkhwin dan nk mngambil ank sy smla.akn ttpi,jangkaan sy silap.brbagai mslh yg sy hdpi dgn apa yg sy nakkan ..xblh vc,xblh on call xblh jmpa.ats sbb ahlong kcau dpa.masyaallah sy xpnjm ahlong dna bkn sy yg pnjam.sy ada rport mngtakan bkn sy.nma sy org gna.akn tetapi tdk diendahkn ..mohon bntu sy puan

Ahmad
Ahmad
3 years ago

Assalammualaikum.
Saya telah bercerai selama 3 tahun. Hasil perkahwinan yang lepas, kami dikurnian seorang anak perempuan yang kini berusia 9 tahun. Hak penjagaan diperoleh oleh bekas isteri. Saya telah dinafikan hak lawatan/hak bermalam seperti yang telah termaktub dalam perjanjian yang telah dipersersetujui kedua belah pihak. Bekas isteri berbuat demikian atas sebab dendam kerana saya telah mendirikan rumahtangga yang baru. Sudah dua bulan saya LANGSUNG TIDAK DAPAT menghubungi anak saya. Saya tidak tahu keadaan anak saya.
Boleh ajarkan prosedur untuk buka fail kes ingkar hak lawatan oleh bekas isteri. Terima kasih

Rf
Rf
3 years ago

Berapa lama selalu proses tuntutan Hadhanah Ni selesai .. klau Salah Satu pihak tidak memberikan kerjasama ..

auni munifah
auni munifah
3 years ago

salam nak tanya..sy ada anak umur 2 tahun dan 2 bulan. hubungan sy suami isteri kadang2 sudah tidak pesefahaman. kadang2 sy da give up tpi sy selalu diugut kalau jadi ap2 sy takan dapat anak2..sy bertahan sbb sy takut hilang anak sy. sedangkan semua urusan anak sy yg siapakn. tido malam pon susu sy yg buat..suami hanya beli keperluan anak2 je..itu je alasan kuat dia dia bole ambil anak2 sebab dia yang beli smuanya…sy nak tnya untuk kes sy, betulke si ayah lebih kuat dapat hak penjagaan?

Syahzeri
Syahzeri
2 years ago

Saya ingin bertanya. Saya dan bekas isteri mempunyai perintah mahkamah dimana saya ada hak lawatan dan bermalam dan isteri hak penjagaan. Baru baru ini bekas isteri berkahwin lain dan menukar mastautin ke negeri lain yg jauh dari tempat negeri asal bekas isteri dan saya. Apa tindakan yg boleh saya lakukan?

Raja hazwan bin raja kamarulzaman
Raja hazwan bin raja kamarulzaman
2 years ago

Assalamualaikum..bagaimana kalau exwife tinggalkan anak dirumah ibu bapanya dikelantan tapi bekerja dikl?semasa dikl bkn fokus bekerja tapi bercinta pula..kadang2 2 3 hari tidak call anak..layakkah saya menuntut hak penjagaan anak?

Nur
Nur
2 years ago

Assalamualaikum wbt. Biasanya berapa lamakah tempoh untuk tuntutan hadhanah? Dalam kes saya, bekas suami juga telah menghantar tuntutan yang sama ke Biro bantuan guaman. Terima kasih.

elll
elll
1 year ago

salam . sy nak tnya bagi pihak kakak sy . dia ada anak 2 org . sorg umur 4tahun sorg lagi umur 1 thun 5bulan . anak sekarang ada dgn ayah dia sorg dgn kakak saya sorg . suami dia hndk ambk semua anak . blh ke hak penjagaan anak jatuh pada suami die ??sdgkan ank masih di bawah umur . semasa perbicaraan sulh kedua pihak tidak bersetuju . mcm mana ya jika hendak buat hak penjagaan anak tu dapat pada kakak sy . terima kasih🙂

Last edited 1 year ago by elll
Rita binti Darmansah
Rita binti Darmansah
3 years ago

Apakah terlerai hak penjagaan anak yg telah diberikan mahkamah pada bkas isteri apa bila bekas isteri telah berkahwin baru..?

17
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x