Skip to content

PUTUS TUNANG: SIAPA NAK BAYAR GANTI RUGI?

Biasa dengar pasangan yang sudah bertunang tetapi bila hampir waktu perkahwinan salah seorang minta putus tunang?

Ilustrasi Kes

Ahmad telah bertunang dengan Aminah pada bulan 13 Februari 2019. Kedua-dua belah keluarga telah bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan pada 13 Mei 2019. Persiapan perkahwinan telah dibuat bersama. Dewan perkahwinan, catering, jurugambar dan lain-lain persiapan telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak yang mana kebanyakan perbelanjaan telah dikeluarkan oleh Ahmad.

Seminggu sebelum tarikh perkahwinan, Aminah telah menyedari bahawa beliau sebenarnya masih belum bersedia untuk memberikan komitmen terhadap perkahwinan yang bakal berlangsung. Kemudian, Aminah memaklumkan ingin memutuskan ikatan pertunangannya kepada Ahmad dan keluarganya. Ahmad terkedu dan dalam masa yang sama rasa terkilan kerana majlis perkahwinan yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.

Rentetan rasa kekecewaannya, Ahmad merasa tidak adil kerana kebanyakan perbelanjaan deposit perkahwinan tersebut telah dibayar olehnya. Persoalannya, bolehkah Ahmad menuntut ganti rugi perbelanjaan persediaan majlis perkahwinannya di Mahkamah?

Seksyen 15. Pertunangan [Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984] [AKTA 303]

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Berdasarkan peruntukan Seksyen 15 Akta 303, Ahmad boleh membawa perkara tersebut ke Mahkamah Syariah bagi menuntut ganti rugi perbelanjaan perkahwinan yang telah dibayar olehnya. Tambahan lagi, membatalkan perkahwinan seminggu sebelum tarikh majlis boleh mendatangkan aib kepada keluarga Ahmad.

Fatihah Salahuddin

Fatihah Salahuddin adalah Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin.

(Visited 280 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Muhammad Nur Asyraf
Muhammad Nur Asyraf
9 months ago

Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik…saya nak tanya…saya bertunang pada 2018 dan kemudian saya putuskan tunang pada awal 2019…dalam ikatan pertunangan itu tiada ikat kontrak hidup atau mati dan tak pula ditetapkan tarikh perkahwinan…terpulang empunya tuan badan bila bersedia kahwin terus…saya putuskan tunang hanya melalui WhatsApp…berkaitan ngan kes saya ni adakah saya perlu membayar ganti rugi mengikut kos pertunangan penyediaan tempat dan hantaran pertunangan itu??..sekiranya saya enggan membayar ganti rugi apa tindakan yang akan diambil terhadap saya..terima kasih

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x