Skip to content

STIGMA MASYARAKAT TERHADAP ISU HADHANAH (HAK JAGAAN ANAK), NUSYUZ DAN FASAKH

Biasa tak dengar “betul ke kalau perempuan kahwin lain boleh hilang kelayakan Hadhanah?”, “Perempuan yang disabitkan Nusyuz tak boleh tuntut apa-apa ke?”, “Eh, Kau dah mohon Fasakh kat Mahkamah mana layak nak tuntut apa-apa daripada bekas suami kau”.

1. Hadhanah (Hak Jagaan Anak)

– Tiada peruntukan yang menyatakan wanita yang telah berpisah dan ingin berkahwin lain boleh hilang kelayakan hadhanah. Seksyen 83 Akta 303 menyatakan wanita yang berkahwin lain hanya boleh hilang kelayakan hadhanah sekiranya kebajikan anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya terabai dalam perkahwinannya yang baru.
– Selagi kebajikan anak-anak tersebut terjaga, tiada masalah wanita tersebut nak kahwin baru berapa kali pun setelah berpisah.

2. Nusyuz

– Wanita yang disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah berhak untuk menuntut muta’ah, hadhanah, nafkah tertunggak (sebelum disabitkan nusyuz), hutang dalam perkahwinan,nafkah anak dan harta sepencarian. Seorang wanita yang disabitkan Nusyuz oleh Mahkamah hanya kehilangan hak terhadap nafkah ke atas dirinya sahaja.

3. Fasakh

– Wanita yang memohon perpisahan melalui Fasakh di Mahkamah mempunyai hak terhadap nafkah eddah, nafkah tertunggak, hutang dalam perkahwinan, muta’ah, harta sepencarian dan nafkah anak.

Semoga bermanfaat.

(Visited 346 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Mawar
Mawar
2 years ago

Salam Puan. Saya ingin mengetahui hak penjagaan anak untuk ibu. Kisahnya begini, si isteri pernah terkantoi dgn suami kerana bermesej2 dgn lelaki lain yg berkenalan di game.tetapi tak pernah berjumpa hanya sekadar suka2 hilang kan bosan dirumah krn suami sentiasa tak ada di rumah.lepas kerja lepak, main kad judi.sejak kejadian tu, suami rampas hp isteri dan mula lah kejadian maki makian,sepak terajang.dan isteri telah berubah seratus peratus jd isteri yg sealim2 nya.xpernah tggl solat,khatam quran. (Sebelum ni jarang solat krn suami juga tidak solat). selepas 7 bulan kejadian adegan maki makian dan sepak terajang masih berterusan walaupun isteri tidak melakukan apa2.dan isteri sudah tak tahan lagi krn tersiksa dan derita seperti tak ada kebahagiaan dan peluang. maka isteri ingin tuntut cerai.tetapi jika bercerai suami akan tuntut nak penjagaan anak krn mak dia ada duit byk utk dpt kan hak penjagaan anak dan isteri x layak jaga sbb x bekerja. boleh saya tahu proses dan hak tuntutan penjagaan anak macma mana utk isteri yg pernah melakukan kesalahan dan xbekerja?

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x