Skip to content

TERJAH SEBAB NAK SERAH SAMAN?

Sebenarnya memang prosedur undang-undang untuk serahkan Saman secara kediri kepada orang yang dituntut (Defendan).

Bila kita failkan kes di Mahkamah, Mahkamah akan keluarkan Saman untuk setiap pihak. Dan untuk pihak Defendan, ianya perlu diserahkan oleh pihak Plaintif.

1) Saman ini adalah notis kehadiran ke Mahkamah.

2) Serahan secara kediri ini maksudnya memang kena bagi Saman kepada tuan badan (Defendan). Tidak boleh dibuat secara pos, courier, whatsapp atau email. Dan Saman juga tidak boleh diterima oleh wakil Defendan, melainkan peguam yang dilantik.

Kenapa prosedur ini penting? Sebab bila Saman telah diserahkan secara sempurna, barulah kes boleh diteruskan walaupun tanpa kehadiran Defendan. Waran tangkap juga boleh dikeluarkan oleh Mahkamah sekiranya Defendan enggan bagi kerjasama hadir ke Mahkamah.

Jadi, adakah satu kesalahan terjah majlis nikah bekas suami untuk serahan Saman?

Bagi pendapat saya, tidak salah sebab ianya memang prosedur undang-undang untuk serahkan Saman secara kediri kepada orang yang dituntut mengikut keberadaan orang yang dituntut itu.

Digalakkan untuk record/ambil gambar semasa Saman diserahkan kepada Defendan sebagai bukti serahan Saman telah sempurna bagi kegunaan Mahkamah

(Visited 9 times, 1 visits today)
No Thoughts on TERJAH SEBAB NAK SERAH SAMAN?

Leave A Comment