Perkongsian khusus kepada rakan-rakan peguam atau rakan-rakan yang masih menjalani Latihan Dalam Kamar (Chambering).
Sejak dari tahun pertama saya jadi peguam, saya bertuah kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan senior-senior yang sangat baik dan tidak kedekut ilmu.
Tapi saya sedar tak semua bernasib baik macam ni.
Cara paling mudah untuk dapatkan sampel kertas kausa sudah pasti dapatkan dari rakan-rakan ataupun peguam senior yang kita kenal.
Tapi macam mana pula kalau rakan-rakan peguam yang kita kenal tak pernah buat kertas kausa tu dan kita pula segan nak contact peguam yang lebih senior?
Oleh itu, saya harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mana-mana peguam atau Pelatih Dalam Kamar (atau mungkin juga pelajar undang-undang) yang nak buat kertas kausa tapi tak pasti nak dapatkan contoh atau sampel dari siapa.
Okay jom
1.TENTUKAN KAUSA TINDAKAN/JENIS KERTAS KAUSA

Paling penting, sudah pasti kena tentukan dulu kausa tindakan apa yang kita nak draf. Yang ni khusus untuk Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan la.
Boleh jadi juga kita nak cari sampel untuk Permohonan Semakan Kehakiman ke, Writ Pemilikan ke, Notis Permohonan Striking Out ke.
2. DAPATKAN NOMBOR KES DI CURRENT LAW JOURNAL (CLJ)
Akses CLJ dan masukkan keyword kausa tindakan ataupun jenis kertas kausa yang kita nak cari.
Kalau Lexis Nexis saya tak pasti ada tak nombor kes dalam carian kes tu sebab memang selalu guna CLJ. Kalau ada, boleh guna Lexis Nexis juga.
Dah keluar kes tu, tengok bahagian nama kes, nanti akan tertera juga nombor kes tu.

3.BELI TIKET UNTUK BUAT CARIAN FAIL
Dah dapat nombor kes, beli tiket untuk buat carian fail di:
https://ecourt.kehakiman.gov.my/help/?lang=en
Pilih kategori bawah Public Services – Purchasing of Ticket for Online File Search.

Kena masukkan dulu nombor kes yang nak dicari dan sistem akan sahkan yang nombor kes memang wujud.
Bila dah disahkan, boleh teruskan dengan carian. Pastikan kotak Jurisdiction tu sama dengan mahkamah dalam nombor kes.
Harga carian:
Mahkamah Majistret – RM 8
Mahkamah Sesyen – RM 8
Mahkamah Tinggi – RM 12
Mahkamah Rayuan – RM 30
Mahkamah Persekutuan – RM 30
4.BUAT CARIAN FAIL SECARA ONLINE
Dah dapat nombor tiket, pergi sekali lagi ke bahagian Public Services dan klik Conducting File Search Online
Masukkan nombor tiket dan nombor kes.

Nanti dia akan keluar senarai dokumen yang difailkan oleh kedua-dua pihak.
Jadi secara tak langsung kita bolehlah tengok dan tahulah format kertas kausa yang kita nak buat pertama kali tu.
Jadi, bolehlah mula drafting.
All the best!!!

Tips yang saya kongsikan di atas ni sebenarnya memang common knowledge dah untuk peguam yang biasa buat kes litigasi. No secret pun.
Tapi perkongsian ini sebenarnya saya anggap lebih kepada satu sumbangan kecil dari saya untuk menjadikan profession guaman ini lebih bearable khususnya kepada peguam-peguam muda.
Saya pun pernah jadi Legal Assistant, kerja bawah orang, jadi saya tahu perasaan overwhelming dengan timbunan kerja tu.
Workload satu hal, anxiety nak mengadap bos is a whole different matter.
Sebab tu saya suka tengok peguam memberikan bantuan dan sokongan moral kepada sesama peguam. Senior ke, junior ke.
Lebih-lebih lagi sokongan dalam situasi yang melibatkan tekanan kerja dan seumpamanya.
Ramai dalam kalangan kita yang memerlukannya.
Semoga bermanfaat dan semoga anda semua murah rezeki.