Skip to content

APA NAK KENA BUAT KALAU KENA SAMAN DENGAN JPJ ATAU POLIS?

Contoh situasi:

Shahrul biasa pergi kerja dengan motosikalnya. Bulan lepas, roadtax motosikal Shahrul dah tamat tempoh tapi dia tak sempat nak pergi perbaharui roadtax sebab sibuk. Jadi, pagi tu, Shahrul naik motosikal dia macam biasa untuk pergi kerja.

Tiba-tiba, sebelum exit nak masuk lebuhraya, ada sekatan jalan raya oleh JPJ. Shahrul jadi kaget. Bila pegawai JPJ minta dia tunjukkan roadtax, Shahrul cakap roadtax tertinggal, dengan harapan dapat lepas. Tapi pegawai JPJ tu semak terus dalam sistem dan bagitahu yang roadtax motosikal Shahrul dah tamat tempoh lebih sebulan. Terus Shahrul dapat surat cinta pagi tu dari abam JPJ.

Pegawai JPJ bagitahu, kesalahan bawa kenderaan tanpa roadtax dan insurans tak boleh dikompaun, memang kena naik mahkamah depan Majistret. Pegawai tu maklumkan kepada Shahrul yang dia kena pergi ke mahkamah pada 8 Jun nanti, lagi 2 bulan. Dengar je kena pergi naik mahkamah, Shahrul jadi gelisah sebab dia tak tahu apa prosedur di mahkamah nanti dan apa perlu dibuat.

Dalam situasi ini, berikut adalah prosedur yang akan dilalui oleh Shahrul di Mahkamah Majistret:-

1. Hadir ke mahkamah yang telah dimaklumkan pada tarikh yang ditetapkan dalam resit saman JPJ/Polis. Ingat ya, penting untuk simpan resit saman yang JPJ/Polis bagi masa kena saman tu sebab dalam saman tu sudah tertulis mahkamah mana dan tarikh kena pergi mahkamah. Dokumen yang perlu di bawa:-

a. Kad pengenalan

b. Resit saman

2. Datang awal dan perlu berada di mahkamah sebelum jam 9.00 pagi. Dah sampai di mahkamah, pergi ke kaunter pendaftaran dan daftarkan diri di situ. Kenapa pentingnya untuk datang awal adalah sebab pendaftaran untuk kes saman JPJ/Trafik ni hanya pukul 8-9 pagi sahaja. Jadi kalau terlambat dan tak sempat daftar, kita akan dianggap tak hadir dan perlu pergi ke pejabat JPJ pula untuk ambil tarikh baru. Lagi lambat nanti untuk perkara ni selesai.

3. Semasa pendaftaran, bila nombor dipanggil, staff di kaunter pendaftaran akan minta IC dan resit saman. IC dengan resit saman tu akan dipegang dan diserahkan kepada pegawai JPJ dan staff di kaunter pendaftaran akan maklumkan kes akan dijalankan di bilik mahkamah yang mana.

4. Lepas tu, boleh pergi ke tempat bilik mahkamah tu dan tunggu di situ. Biasanya kes trafik ni setiap hari memang ramai jadi boleh tahulah kat mana bilik mahkamah tu bila tengok ramai orang tengah di tunggu tempat yang sama.

5. Pegawai JPJ akan datang panggil nama setiap seorang di ruangan menunggu tu. Maksudnya, kena tunggu giliran sebab ramai sangat jadi tak boleh masuk semua. Dia akan panggil sikit-sikit. Biasa dalam 10 orang dalam satu masa.

6. Pegawai JPJ akan minta kita tunggu di depan pintu bilik mahkamah dengan 9 orang lain. Bila dia suruh masuk, baru boleh masuk.

7. Dalam bilik mahkamah depan Majistret tu nanti, semua yang dipanggil akan berbaris depan Majistret. Kemudian, nama individu akan dipanggil dan kesalahan setiap individu akan dibacakan.

8. Bila nama kita dah disebut, kena jawab “Ya saya”. Kita akan ditanya sama ada mengaku bersalah atau tak. Lebih kurang macam kes jenayah la. Biasa kes trafik ni memang semua akan mengaku kecuali kalau kita rasa betul-betul tak bersalah, boleh mohon untuk dibicarakan.

9. Kalau kita mengaku bersalah, tugas kita sekarang adalah merayu kepada Majistret supaya hukuman ataupun denda dikurangkan. Masa rayuan ni, jangan sekadar cakap contohnya “Saya merayu denda dikurangkan.”Tak boleh cakap macam ni. Kita kena beritahu Majistret kenapa kita merayu untuk pengurangan denda. Jadi, kena beritahu sebab. Contohnya:

a. Ini kesalahan pertama

b. Masih belajar lagi dan tak bekerja

c. Banyak tanggungan keluarga

Ini contoh sahajalah. Bergantung kepada situasi masing-masing.

10. Lepas kita dah nyatakan rayuan, tuan Majistret akan maklumkan jumlah denda. Nanti jangan lupa ucapkan terima kasih kepada tuan Majistret sebab dah kurangkan jumlah denda.

11. Dah keluar dari bilik mahkamah, terus pergi ke kaunter pendaftaran untuk jana bil. Jumlah denda perlu dibayar pada hari yang sama. Dah bayar, baru IC akan dipulangkan kepada kita.

12. Untuk tunggu bil dijanakan, tak perlu ambil nombor baru. Tunggu sahaja di kaunter pendaftaran sampai nama dipanggil. Perlu tunggu lama sikit masa ni.

13. Bila nama dipanggil, staff kaunter tu akan serahkan kepada kita bil yang ada kod. Cara pembayaran ada 2 iaitu:

a. Bayar secara tunai di mesin CDM yang disediakan. Biasa kalau bayar di CDM kena beratur panjang sebab ramai orang.

b. Bayar guna kad debit di kaunter bayaran. Ini lebih senang dan cepat. Beratur pun tak panjang.

14. Bila dah bayar, pastikan ambil resit bayaran dan bawa ke kaunter pendaftaran.

15. Bila dah tunjukkan resit, staff di kaunter pendaftaran akan ambil salinan dan pulangkan balik IC kita.

16. Bila IC dah dipulangkan, selesailah urusan kita pada hari tersebut iaitu membayar denda untuk saman JPJ/Trafik. Untuk rekod, sebaiknya simpan resit bayaran tu.

Semoga bermanfaat.

* Watak di atas hanyalah rekaan semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana individu.

(Visited 28,269 times, 1 visits today)
31 Thoughts on APA NAK KENA BUAT KALAU KENA SAMAN DENGAN JPJ ATAU POLIS?
    Hadzizie
    27 Aug 2021
     11:17am

    Jika kita telah dipanggil ke mahkamah atas kesalahan tersebut, adakah itu dikira sebagai rekod jenayah?

    Dan adakah ianya akan menjejaskan pesalah dalam penerimaan dia untuk bekerja dalam kerajaan?

    0
    0
    Zalizan Zailani
    24 Dec 2021
     11:07pm

    Kalau kenderaan nama org lain .. kita kena bawak owner kenderaan sekali ke .. sebab skrg saya tak tahu dekat mana owner kenderaan asal berada

    0
    0
    Shah
    25 Dec 2021
     12:09pm

    As’salam encik, kalau saman yg dh lama, mcm mna nk bayar ye, sebab tarikh dipanggil ke mahkamah dh lama lepas, and boleh ke orang lain yang gantikan utk pergi bayar saman tu,

    0
    0
    Lala
    6 Jan 2022
     2:42am

    Dapat saman trafik, nak terus bayar di kaunter balai polis trafik, perlu tak ke mahkamah lagi?

    0
    0
    Farhan
    11 Jan 2022
     11:34am

    Bolehkah kita membayar saman pada hari saman dikeluarkan?

    0
    0
    Fatimah
    14 Mar 2022
     10:56pm

    Nak tanya, saya dapat saman jpj, kena pergi mahkamah. Masalahnya selepas terlepas pandang tarikh kena naik mahkmah. Jadi tak datang pada tarikh yg ditetapkan.
    Boleh ke minta tarikh lain

    0
    0
    yisuf
    7 Sep 2022
     5:16pm

    kalau surat saman hilang apa perlu saya buat ya…surat saman mahkamah

    0
    0
    Alif
    9 Sep 2022
     12:15am

    Berapa lama tempoh nama akan di clearkan ya?

    0
    0
    Naqi
    14 Jan 2023
     12:54pm

    Klau tarikh yg dikenakan tidak boleh datang bagaimana tuan ?

    0
    0
    Alieyka
    15 Jan 2023
     3:09pm

    Boleh ke pasang lawyer utk cepat kan kes saman mahkamah atas kesalahan tiada insuran dan roadtax..

    0
    0
    myra
    27 Mar 2023
     11:18am

    Selalu kalau lewat renew roadtax dikompoun berapa?

    0
    0
    Lanz
    5 Jul 2023
     10:50am

    Kenderaan kena bawak pergi jpj macam mana??

    0
    0
    Aqil
    23 Jul 2023
     3:31pm

    Salam tuan, agak agak berapa lama seluruh proses pendakwaan ni? sbb saya nak plan untuk aktiviti haritu jadi nak budget timing. terima kasih.

    0
    0
    Hamidah binti Mahadi
    27 Jul 2023
     12:28pm

    Kalau kita lmbt DTG ni lupa tarikh hb boleh ke mintak tarikh baru ..

    0
    0
    asas
    12 Aug 2023
     8:38pm

    adakah sy hadir seorang diri sahaja atau perlu hadir bersama wakil syarikat atas saman kenderaan syarikat

    0
    0
    Syairan
    30 Nov 2023
     3:06am

    Assalam tuan. Kalau saman trafik naik mahkamah ni, akan jejaskan ke rekod peribadi kita?, dan akan susahkan ke kita untuk apply kerja kerajaan?. Mohon pencerahan tuan dan maklum balas yang secepatnya, saya amat memerlukan jawapan….

    0
    0

Leave A Comment