Skip to content

NAK KUTIP HUTANG? INI CARANYA.

Contoh situasi:

Pada 2 tahun yang lepas, Faizal ada meminjamkan duit sebanyak RM 4,500 kepada Saiful yang memerlukan duit bagi memulakan perniagaan. Saiful berjanji kepada Faizal bahawa duit tersebut akan dibayar dalam masa 6 bulan. Namun, sehingga sekarang, Saiful masih belum bayar balik hutang sebanyak RM 4,500 tersebut kepada Faizal. Apa yang Faizal boleh lakukan untuk menuntut kembali hutang sebanyak RM 4,500 daripada Saiful?

Sebelum itu, apakah contoh-contoh kes yang boleh dibawa dalam Saman Tuntutan Kecil?

– Kes Hutang

– Kes tunggakan sewa

– Kes tuntutan gantirugi barang rosak

– Kes tunggakan gaji yang tak dibayar

– Kes tuntutan perkhidmatan/kerja-kerja yang dah dibuat tetapi tak dibayar

Ingat ya, yang penting jumlahnya tidak boleh melebihi RM 5,000. Kalau lebih, kena bawa ke mahkamah sivil biasa.

PROSEDUR SAMAN TUNTUTAN KECIL

1. Pergi ke Mahkamah Majistret terdekat dan terus ke Bahagian Tuntutan Kecil.

Ambil borang 198 iaitu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan. Borang ini percuma sahaja.

Lengkapkan Borang 198 seperti berikut:

– Isi nama Plaintif (orang yang buat tuntutan), nombor kad pengenalan dan alamat.

– Isi nama Defendan dan alamat terakhir Defendan yang diketahui.

– Isi jumlah tuntutan dengan tepat (tak boleh lebih RM 5,000)

– Nyatakan tarikh bila dan cerita bagaimana tuntutan boleh bermula

– Tandatangan Borang 198

– Failkan 4 salinan Borang 198 di Kaunter tersebut (RM 20)

– Setelah dicop, akan ada tarikh untuk Pendengaran.

2. Buat serahan Borang 198 kepada Defendan.

Cara serahan ada 2 iaitu:

– Serahan tangan (sendiri ataupun boleh upah runner, Lalamove etc.)

– Pos berdaftar (simpan resit pengeposan sebagai bukti serahan)

3. Kehadiran Defendan

Selepas dah buat serahan kepada Defendan sama ada serahan tangan atau pos berdaftar, tunggu 14 hari untuk tengok sama ada Defendan akan jawab atau tidak Borang 198 tersebut.

Berikut adalah contoh keadaan yang mungkin terjadi:

a) Defendan terima Borang 198 dan pertikaikan Tuntutan Plaintif:

– Defendan perlu failkan Borang 199 iaitu Pernyataan Pembelaan dalam masa 14 hari dari tarikh serahan Borang 198 dan serahkan Borang 199 kepada Plaintif.

b) Defendan terima Borang 198 tapi tak failkan Borang 199 dalam masa 14 hari dari tarikh serahan:

– Plaintif boleh failkan Borang 201 iaitu Penghakiman Ingkar Pembelaan untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos (biasanya RM100)

c) Defendan terima Borang 198 dan failkan Borang 199 tapi gagal hadir semasa Pendengaran:

– Plaintif boleh failkan Borang 202 iaitu Penghakiman untuk dapatkan tuntutan terhadap Defendan termasuk kos.

d) Defendan terima Borang 198 dan mengaku kepada tuntutan Plaintif:

– Plaintif boleh terus failkan Borang 204 untuk dapatkan tuntutan jika Defendan mengaku dan tak pertikaikan tuntutan Plaintif.

e) Defendan terima Borang 198, hadir ke Pendengaran dan kedua-dua Plaintif dan Defendan setuju untuk selesaikan tanpa masuk Pendengaran:

– Plaintif boleh failkan Borang 206 iaitu Penghakiman Persetujuan dengan syarat masing-masing yang dipersetujui

4. Pendengaran di hadapan Majistret.

Jika dalam keadaan (a) di atas iaitu Defendan failkan Pembelaan dan hadir ke Mahkamah untuk Pendengaran, maka Plaintif perlu bersedia dan bawa dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntutan. Contoh kalau kes hutang boleh bawa salinan resit dan ‘screenshot’ whatsapp yang menunjukkan memang ada hutang dan sebagainya.

5. Failkan penghakiman di Mahkamah Majistret.

Dalam Pendengaran, kalau Plaintif berjaya buktikan tuntutan dan Majistret benarkan tuntutan terhadap Defendan, Plaintif boleh failkan Borang 207 iaitu Penghakiman selepas Perbicaraan di Mahkamah dengan bayaran RM20 dan perintahkan Defendan untuk bayar jumlah tuntutan termasuk kos.

Macam mana kalau selepas dapat Penghakiman pun, Saiful masih taknak bayar kepada Faizal?

Kalau Saiful/Defendan masih gagal bayar jumlah penghakiman, Plaintif boleh failkan Borang 208 untuk arahkan Defendan (Penghutang Penghakiman) untuk hadir ke mahkamah supaya pelaksanaan penghakiman boleh dijalankan.

Untuk pengetahuan anda, dalam Saman Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam melainkan pihak-pihak yang terlibat adalah sebuah syarikat ataupun badan berkanun.

Walaupun tidak boleh diwakili peguam tetapi pihak-pihak masih boleh mendapatkan konsultasi daripada mana-mana peguam sebelum memulakan kes.

Semoga bermanfaat.

*Watak di atas hanyalah rekaan semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana individu.

(Visited 30,588 times, 2 visits today)
130 Thoughts on NAK KUTIP HUTANG? INI CARANYA.
    Aiman Zainal Abidin
    5 Apr 2021
     3:45pm

    salam . tuan , hanya nak bertanya ya . andai , saya dan kawan beli kereta , tapi atas nama dia ,(nama kereta nama dia) akan tetapi deposit roadtax bulanan saya yang bayar . dan owner skrg telah ambil kereta dia balik . walhal pada mula nya kami berbincang utk kereta itu cuma nama sahaja nama dia . apakah saya ada hak untuk tuntut duit bulanan atau deposit atau roadtax yang selama ni saya bayar ? kerana cara dia mengambil kereta pun tidak memberitahu saya yang beliau mahu ambil kereta tersebut . petanyaan saya , adakah saya berhak untuk tuntut hak duit saya ?

    0
    0
    Nur Khairul Azizi
    2 Aug 2021
     3:35pm

    Assalamualaikum, sekadar bertanya, apa akan jadi seterusnya setelah plaintif submit fail borang 208? Sebab contoh penceritaan tu masih belum selesai selepas submit fail borang 208. Mohon pencerahan. Terima kasih

    0
    0
    Nona
    26 Aug 2021
     2:53pm

    Assalammualaikum tuan
    ok tuan,apa yang akan jadi sekiranya pihak defendan tidak hadir pun ke mahkamah untuk perintah kehakiman?seterusnya apa yang akan berlaku?
    Mohon pencerahan tuan.
    Sebab Saya mahukan penjelasan sehingga ke step yang paling akhir

    0
    0
    Rosiah bt din
    29 Sep 2021
     10:57am

    Assalamualaikum Tuan.
    Bagaimana proses utk tuntut duit sekiranya jumlah melebihi 5k. Mohon pencerahan Tuan. Terima ksih.

    0
    0
      muhamad idris bin husin
      16 May 2022
       10:00am

      assalamualaikum.saya juga ingin dapatkan pencerahan jika hutang melebihi 5,000.tkasih

      0
      0
    Mohd afrizal bin mohd asri
    4 Oct 2021
     8:35pm

    Salam tuan. Kalau kes kemalangan dengan penunggang yang tiada insurans kenderaan dan kos repair kenderaan saya tanggung sendiri. Boleh ke bawa ke kes tuntutan gantirugi barang rosak.. senang je jawapan yang langgar sy,dia suruh sy report polis n denda RM300 je nanti.. sedangkan saya akan kerugian RM1.3k untuk kos baiki kenderaan. jika saya claim insurans sendiri akan Kerugian RM900 untuk belian insurans seterusnya dan terpaksa menunggu lama untuk claim insurans. Tak adil kalau undang2 hanya kenakan RM300 saja sebagai saman kepada pesalah sedangkan sy terpaksa membeli insurans dan kos baiki kenderaan lg. Apa boleh sy buat ye untuk tegakkan keadilan pada saya

    0
    0
    Khairussallam
    5 Oct 2021
     7:15am

    Assalamualaikum saya ada melabur dalam satu syarikat dan apabila tempoh matang pemulangan modal telah sampai tempoh. Syarikat gagal membayar balik modal pelaburan saya. Saya ingin bertanya apa yang perlu dilakukan bagi situasi saya ini?

    0
    0
    BAHARUDDIN BIN AHMAD
    5 Oct 2021
     2:06pm

    Assalammualaikum..mohon encik/puan boleh jawap kan untuk saya.saya pernah buat pinjaman peribadi dengan koperasi kowamas berhad..dan bayaran balik menggunakan biro angkasa.pada awal ogos tahun ini.saya sudah membuat bayaran penuh kepada pihak koperasi kowamas.surat full settlement yang ditulis disitu bayaran ada sehingga 31 ogos 2021.jadi pada tarikh gaji bulan 8 masih lagi terdapat pemotongan itu perkara biasa.sebab memang ambil masa untuk berhentikan pemotongan.saya sudah beritahu pada pihak kowamas tentang pemotongan bulan 8.pihak kowamas mengatakan potongan bulan 8 akan dipulang kan semula pada saya bila biro angkasa pulang pada kowamasa.bila saya tanya kowamas.jawapan masih sama masih dalam proses.dan akan hubungi saya untuk pengesahan no akaun.tapi sehingga harini saya masih belum dapat apa-apa dari pihak kowmasa.bila saya email.mereka masih bagi jawapan yang sama.apa yang perlu saya buat jumlah tak banyak.tapi itu hak saya.sebab saya dh buat bayaran penuh.mohon penjelasan encik/puan apa yang patut saya buat..terima kasih saya ucapan..

    0
    0
      ina
      22 Mar 2022
       3:16pm

      Saya pernah hadapi pihak koperasi yg liat nk refund balik ni, so apa yg sy buat setiap kali sy email tuntutan saya akan cc jugak email kepada suruhanjaya koperasi. mmg byk kali ulang proses ni smpi saya dpt surat dari pihak koperasi minta hentikan email saya kepada skm dgn janji akn refund balik secara ansuran. Saya scan surat tersebut dan email semula kepada koperasi dan salinan masih kepada SKM sebulan sebelum refund dibuat.
      (kes saya koperasi bagi tempoh setahun dari tarikh surat utk mulakan refund).

      Sehingga hari ini saya dah dapat few refund dan still saya akan ulang proses yang sama kalau berlaku lagi lewat refund. Nampak mcm kejam tapi kalau dah ribu riban refund tak mampu nk diam jugak dalam keadaan sekarang.

      0
      0
    Muhammad khairuddin bin omar
    8 Oct 2021
     1:39pm

    Aslkm nk tanya. Kawan saya ada pinjam viva dan perjanjian dia akan membayar Rm1000 sebulan.tp sekarang dia tak byr seperti dijanjikan dan kereta pulak rosak teruk kos baiki saja Rm5k belum kira tunggakan bayaran bulanan seperti dijanjikan…
    Bolehkah buat tuntutan ini?

    0
    0
    Ariff Adnan
    17 Oct 2021
     4:25pm

    Assalamualaikum. Nak tanya. Kwn adik ada pinjam RM 1200. Tapi bila dituntut, dia senyap dan larikan diri. Alamat rumah tak dapat dikesan. Sekarang mak dia yang berurusan, tapi masih sama. Sekadar acuh tak acuh. Bila dituntut,sentiasa beri alasan. Macam mana nak buat tuntutan ye. Harap dapat pencerahan.

    0
    0
    Adibah
    21 Oct 2021
     12:56pm

    Assalam. Saya nak tanya. Saya ada order barang iaitu besi di 1 kedai besi berjumlah hampir rm2k. Barang tak sampai pun. Hari ni bila tanya kedai, katanya 2 hari lepas lagi barang dah keluar. Dari kilang terus ke bengkel besi. Dah siap tandatangan penerima. Padahal saya tak dapat barang tu dan resit pun tak terima. Masa hari yang dikatakan hantar tu semua keluar ke rumah pelanggan buat kerja. Tiada siapa dibengkel. Apa perlu saya buat dan bagaimana caranya untuk menuntut gantirugi?

    0
    0
    AHMAD MUQRI
    12 Nov 2021
     12:08pm

    Assalamualaikum, saya nak bertanya, pada bulan julai lepas saya ade menyewa lori untuk berpindah rumah. Dapat contact daripada facebook sahaja. Otw pindah barang, lori excident dan ade beberapa barang yang rosak. Anggaran barang yang rosak rm6000. Owner cakap mahu ganti beberapa barang. tapi sampai sekarang tak ade kata putus dari owner. Bila call or whatapp tidak reply. Boleh share tak ape cara saya boleh buat untuk membuat tuntutan.

    0
    0
    Shahrul
    12 Nov 2021
     8:54pm

    Asalamualaikum tuan.kawan saya ada pinjam duit saya RM3350 2 bulan dah tuan dia tak byar pun lagi .macam mana nk buat tuntutan tuan saya semua ada nama penuh dia ngn alamat IC dia ?terima kasih tuan🙏

    0
    0
    Rosniza
    17 Nov 2021
     12:38pm

    Salam tuan..
    Sebagai penjamin,saya telah dipotong gaji secara bulanan selama 3 tahun untuk tunggakan pinjaman yg telah dibuat oleh ex officemate . Jumlah keseluruhan baki pinjaman adalah melebihi 30k dan kami seramai 5org trpaksa membayar melebihi 6k seorang . Untuk kes begini..bolehkah dibuat saman tuntutan kecil di mahkamah ?

    0
    0
    Ali
    20 Nov 2021
     9:28am

    Penghutang ada sertakan borang jadual untuk selesaikan baki hutang. Borang perjanjian tersebut telah dicop oleh pesuruhjaya sumpah. Tarikh sepatutnya selesaikan baki hutang adalah pada 1 June 2021.

    Sehingga hari ini, 19 Nov 2021, hutang tersebut masih tidak diselesaikan dengan pelbagai alasan

    Apakah tindakan yang boleh di ambil ?

    Nota : ada 2 orang penghutang. Seorang nilai dibawah RM5k. Dan seorang lagi RM15k.

    Terima kasih tuan.

    0
    0
    ELA
    7 Dec 2021
     11:50am

    Assalamualaikum Tuan

    Saya ingin bertanya bagaimana pula kalau kes ditipu dan ingin wang saya semula.
    Pada bulan lepas saya disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan mak tiri saya menyarankan untuk berubat dan dia memaklumkan perubatan tersebut berjumlah rm 3500. tetapi saya memberitahu saya ada 3000 sahaja dan saya mengikuti saranan dia dan terpaksa pajak emas. Hasil pajakan rm 3000 saya beri kepada dia untuk rawatan dan dia memberi satu nombor akaun untuk transfer ke nama syarikat tersebut untuk rawatan penyakit saya. Selang beberapa hari saya hairan tiada rawatan dilakukan dan rasa ditipu. Jadi boleh saya tuntu semula wang saya? Mohon bantu tuan.

    0
    0
    Ramli Ahmad
    12 Dec 2021
     7:34pm

    Salam tuan, kalau dia pinjam lebih 5k tapi untuk mudahkan bicara kita mintak dia bawah 5k je. boleh guna tuntutan kecil ni tak?

    0
    0
    Nur
    15 Dec 2021
     3:16pm

    Nak tanya kes sy cousin suami sy pinjam duit utk modal bisness. Kos modal RM29k yg pelaburan sy beri dan sy juga diberi kata tempoh 6 bulan akan pulang semula modal saya secara ansuran. Tapi yg isu 1 sen tak dapat bila di tanya pelbagai alasan diberi. Bkn sy saja dia berhutang tp 2 3 org jg. Sekarang peminjam sudah menghilangkan diri bersama isteri dan anak2 selepas along mencari. Bila minta tuntutan pd ibu/ayah/ adik penghutang tentang hutang mereka tak mahu bayar alasan bukan mereka yang pinjam. Kalau isu ini macam mana nak settle?

    0
    0
    Sri Khalijawani Usna Bt Nayan @ Salleh
    20 Dec 2021
     3:43am

    Askm tuan ..Saya nak Tanya…Saya ad buat pinjaman peribadi ….masa saya buat pinjaman tersebut kawan saya ad bersama….dia meminjam duit saya …macam mana saya nak tuntut balik duit Dari kawan Saya tu …saya cuma ad penyata bank saja yg blh saya tuntut ke akaun dia …sampai sudah dia ckp ..dia x berhutang dengan saya

    0
    0
    Sek4A(a)ARJT1953
    20 Dec 2021
     11:13am

    Tuan saya nak bertanya, sebelum ni saya kerja tempat judi seseorang ni berhutang dengan saya untuk berjudi tapi sekarang saya dah tak buat kerja macam tu saya mengaku saya salah tapi saya cuba untuk kutip hutang lama tu soalan saya sekarang kalau orang yang berhutang tu buat report polis adakah saya akan didakwa di mahkamah sebab menjual judi sebab apa mesej whatsapp semua ada bukti dan bolehkah saya pula buat report polis yang dia bermain judi. Rasa tuan kalau kes macam ni boleh menang kepada pihak mana orang yang bagi hutang ataupun orang yang berhutang. Saya kalau boleh nak setel elok2 tapi dia nak ugut saya pula cakap nak report polis bukan saya takut tapi kesian kat dia la dah la kerja kerajaan beruniform pulak tu takut dia kena buang kerja pula. Mohon pencerahan terima kasih.

    0
    0
    Mohd Yakub Bin Zakaria
    31 Dec 2021
     8:27am

    Assalamualaikum Tuan, beberapa bulan lepas sy telah dicederakan oleh teman lelaki rakan saya dan menerima jahitan sebanyak 38 jahitan akibat cuba leraikan pergaduhan antara mereka.Tapi sy tidak report polis kerana si pelaku ingin bertanggungjawab membayar kos rawatan dan kerugian.Keluarga pelaku membayar bulanan rm500 bagi 4 bulan.namun selepas 2 kali bayaran,keluarga pelaku mula membuat alasan dan cuba untuk mengelak dari membayar.apakah langkah yang boleh saya ambil?

    0
    0
    Khaleeda khaleeq
    2 Jan 2022
     1:17pm

    Assalamualaikum. Penghutang larikan diri, alamat serta no telefon juga tak dapat di kesan. Bagaimana nak teruskan process tuntutan kecil?

    0
    0
    Nabila
    10 Jan 2022
     12:26am

    Salam, saya pinjamkan 15k kepada seorang kontraktor pd july- august 2021. . Sekiranya sy perlu lantik peguam, boleh saya tau anggaran kos untuk keluarkan notis saman? Dan tindakan seterusnya sekiranya dia masih tidak mahu membayar hutang.

    0
    0
    Tan
    11 Jan 2022
     5:22pm

    Salam sejahtera. Kalau ada nombor telefon dan alamat namun tidak mempunyai no ic bolehkah saman ataupun adakah cara untuk memperoleh nombor ic?

    0
    0
    Si Penghutang
    17 Jan 2022
     1:11pm

    Saya ada terima call daripada mcm2 syrkt collector, peguam untuk menuntut hutang k.kredit yg lapuk iaitu tahun 2003 lagi. Ada di antara mrk yg call saya untuk dtg serahkan surat MERAH dan untuk ambil barang2 spt perabot, tv dan lain2.
    Baru2 nie ada seorg yg saya fikir berbangsa india ( agak saya drpd percakapan dlm telefon ) perkenalkan diri sbg driver lori mahu datang serah surat MERAH dan mahu ambil barang2 di rumah ibu saya. Dan dia memberitahu ada surat untuk diambil tindakan mahkamah. Sudah bermacam2 syrkt call saya dan mcm2 surat sdh diberitahu untuk diambil tindakan. Saya tidak melayan.
    Apa pendapat tuan?

    0
    0
    Nur fadhilah
    22 Jan 2022
     8:54am

    Salam. Boleh ke buat tuntutan kecil atas syarikat pelancongan backpker. Dh bayar rm4300 nama untuk 2 orang. Tapi saya sorang yg bayarkan. Tak jadi melancong sebab covid. Setelah di mesej banyak kali baru janji nk byr 20%, tp yg dpt hanya 10% sahaja. Ada janji nk bayar tapi sampai sekarang senyap. Bila mesej hanya bluetick saja.

    0
    0
    noorliza baharudin
    26 Jan 2022
     12:38pm

    Assalamualaikum tuan…saya ingin bertanya…saya sbg kontraktor telah memberi pekhidmatan menyiapkan 4 buah tandas,1 table top,pembaikan atap bocor,salur air, tangki air dan beberapa kerja² kecil seperti pemasangan pili paip dsb. Di akhir nya pihak tuan rumah enggan MEMBAYAR baki upah kerja yg telah disiapkan…baki upah ini adalah gaji sya sbg pengarah syarikat yg menguruskan 2 org pekerja saya menyiapkan kerja² pembinaan ini…dgn alasan baki upah itu tiada dlm perjanjian asal…mmg pada asalnya persetujuan utk memulakan kerja adalah menyiapkan 4 buah tandas sahaja ..tetapi pihak tuan rumah yg meminta utk kerja² tambahan itu dilakukan…utk makluman pihak tuan rumah meminta utk pekerja dibayar gaji hari bg mengurangkan kos pembinaan atas alasan dia telah ditipu oleh kontraktor sebelumnya..pihak tuan rumah juga mempertikaikan baki upah itu tidak wajar dibayar kerana hanya 2 org pekerja sahaja yg bekerja dan patut dibayar…sedangkan pekerja itu adalah pekerja syarikat saya dan saya berhak menuntut gaji saya kerana menguruskan pembelian barang² binaan dan pekerja² saya…berikutan drpd permintaan tuan rumah utk membayar gaji hari sepatutnya dia berfikiran waras sbg bos yg menguruskan pekerja perlu dibayar gaji juga bukan bekerja secara percuma kerana jika mengikut kpd perkiraan upah kerja secara borong kosnya sudah termasuk segala kos…saya cuba utk mendapatkan hak saya…pd pandangan tuan adakah kes ni bleh dpt diselesaikan dan berpihak kepada saya?…sekian terima kasih

    0
    0
    Norshahana
    27 Jan 2022
     1:27pm

    Asalamualaikum,

    Sy ingin bertanya bagaimana untuk saya menuntut hutang berjumlah hampir 35k? Aadakah ianya dalam kategori tuntutan kecil?

    0
    0
    Miza
    31 Jan 2022
     1:30am

    Assalamualaikum tuan… maaf sy ingin dapatkan penjelasan dan jalan penyelesaian … sebelum perceraian sisuami ada buat pinjaman menggunakkan nama si isteri .. sekarang si suami enggan dan tidak mengendahkan tentang hutang berkenaan . Nama bekas si isteri telah di senarai hitam . Boleh tuan berikan pendapat apa perlu si isteri kena buat.
    Terima kasih

    0
    0
    Syafiqah
    8 Feb 2022
     12:15pm

    Assalam, maaf sy nk tanye berkenaan tuntutan kecil. Saya ada baca sy boleh buat tuntutan kecil sekiranya hutang dibawah RM 5k. Tapi tidak dinyatakan bukti apa yang perlu saya bawa untuk isi borang tuntutan tersebut. Sekarang bila sy pergi ke mahkamah untuk mengambil borang, kerani disini memberitahu bahawa saya tidak boleh mengisi borang kerana tidak cukup bukti. Adakah ada cara lain untuk saya menuntut hutang daripada sipenghutang tersebut sekiranya saya tiada surat perjanjian hutang yang bercop dan setem yg sah?

    0
    0
    rsydn
    14 Feb 2022
     3:03am

    assalamualaikum nak tanya, boleh ke mintak hutang walaupun tiada surat hitam putih mengatakan kita beri dia pinjam duit kita? terima kasih

    0
    0
    suhairah
    18 Feb 2022
     7:34am

    Salam . nak tanya . Kawan saya ada hutang duit dalam rm3.6k tapi tak bayar balik setiap bulan macam yang dijanjikan boleh saya buat report polis dulu sebelum proceed tuntutan kecil nie ?

    0
    0
    Yolanda
    21 Feb 2022
     10:56pm

    Salam, sy nak tanya. Sy ada buat perkhidmatan service baikpulih sofa. Tp ada pelanggan yg dh ambil sofa dan tidak membuat pembayaran sebanyak rm400. Sy sudah banyak kali minta pelangan buat bayaran tapi macam2 alasan di berikan. Apa perlu di buat ya tuan? Bolehkah sy buat tuntuan?

    0
    0
    Gwen
    11 Mar 2022
     1:41am

    Salam tuan penghutang telah behutang kepada saya selama 1 tahun dan enggan membayar hutang apakah saya dapat menuntut wang saya sebanyak 56k dan telah berjanji memulangkan sebanyak 86k .. kindly advise thanks

    0
    0
    Si Geram
    14 Mar 2022
     1:43am

    Assalamualaikum, saya nak bertanya. Saya pernah berurusan untuk jual beli tanah pada tahun 2017 dan telah membuat surat perjanjian dan telah membayar wang pendahuluan RM3,000.00 kepada penjual. Mengikut dalam surat perjanjian, wang pendahuluan akan dipulangkan semula apabila pembeli tidak jadi membeli tanah dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat perjanjian itu ditandatangani. Sehingga kini, saya tidak menerima walau sesen pun wang yang dijanjikan oleh penjual. Bolehkah saya teruskan tuntutan ini dan adakah surat perjanjian itu boleh dijadikan keterangan di mahkamah?

    0
    0
    ummi
    15 Mar 2022
     11:18am

    assalammualaikum. saya dah refer mahkamah majistret untuk isi borang tapi pihak kaunter maklumkan, saya wajib kena letak ic penuh defendan diborang tersebut baru boleh proses tuntutan itu. betul ke ? sebab berdasarkan borang yang diberikan, hanya suruh isi nama dan alamat defendan sahaja .

    0
    0
    ummi
    16 Mar 2022
     10:49am

    assalammualaikum. saya dah pergi ke mahkamah majistret untuk buat tuntutan. Berdasarkan borang yang diberikan, saya sebagai plaintif hanya perlu isi nama dan alamat terakhir defendan tetapi pihak kaunter memaklumkan no kad pengenalan defendan wajib diisi di borang tuntutan tersebut. betul ke ? sekiranya ya, boleh kah saya pergi ke balai polis untuk buat report untuk proceed kes ini ? kerana pihak defendan enggan berikan kerjasama ..

    0
    0
    zia
    20 Mar 2022
     6:38pm

    Assalammualaikum tuan,jika kawan menggunakan nama kita untuk pinjam di syarikat pinjaman wang berlesen,boleh ke kita buat tuntutan sivil ni?kerana tiap bulan susah btl nk mintak dia byar.

    0
    0
    Lee Lai Yan
    30 Mar 2022
     9:28am

    Boleh tanya pasal aku pinjam bagi kawan Rm3000 utk dia sampai 10bulan pun tak dapat balik. Dia tinggal raub pahang, saya tinggal Kampar, Perak. Tak ada ic number hanya alamat, phone number sahaja. Macam ni boleh saya pergi dekat Kampar mahkamah process tak …tak ada transport pergi jauh sgt Pahang.

    0
    0
    Ann
    4 Apr 2022
     7:16pm

    Tapi kalau sampai ke sudah penghutang tu tak muncul diri, dan jawab borang then akhirnya kesudahannya apa ya?

    0
    0
    Rouy
    11 Apr 2022
     8:51pm

    Salam tuan. Bolehkah tuntutan kecil dibuat lebih satu kali kepada seseorang penghutang. Contoh kalau penghutang ada hutang 10k. Boleh kah tuntutan kecil 5k dibuat 2 kali kepada penghutang tersebut.

    Terima Kasih.

    0
    0
    RASIDI HUSSIN
    18 Apr 2022
     8:48am

    assalamualaikum tuan,
    Penghutang adalah seorang Muflis,meminjam duit daripada saya RM5,000 atas alasan tak cukup duit utk bayar deposit kereta..kereta pula dibeli atas nama orang lain.Wang pinjaman yang saya salurkan atas nama dan akaun anak beliau.Boleh tak saya mengambil apa2 tindakan dan cara untuk menuntut balik wang RM5,000 saya tersebut.

    0
    0
    Mira
    27 Apr 2022
     11:48am

    Assalammulaikum tuan,saya nak tanya boleh tak buat tuntutan kecil bagi kawan yang tidak membayar hutang oerabot tapi diambil atas nama saya. Saya sendiri sudah berulang kali ingatkan dia untuk membayar tapi senyap.kemudian owner kedai ada mesej dan telefon untuk suruh datang kedai namun tidak datang. Hutang keseluruhan rm2900.bagaimana saya nak tu tuntut ya

    0
    0
    nor syafiqa
    28 Apr 2022
     6:42pm

    Assalamualaikum tuan, saya nak tanya, jadi adakah proses filing borang berkali kali tu perlu diteruskan sehingga defenden bayar hutang? tidak ada kah jalan untuk membuat dia bayar secara paksa atau tuntut di akaun bank defenden ke?

    0
    0
    Cik Libra
    29 Apr 2022
     11:28am

    Salam tuan,

    Saya ada memberi seorang kenalan hutang dari masa ke masa dan dia berjanji untuk membayar semula nanti. Baru-baru ni saya pinjamkan lagi kerana dia mahu baiki bumbung rumahnya bocor. Hutang2 tersebut jika dihitung sudah melebihi rm5k tetapi saya hanya ingin dapatkan rm5k semula.
    Saya ada no kad pengenalan, alamat tempat dia bekerja dan no tel. Saya juga ada penyata bank menunjukkan wang ditransfer ke akaun kenalan ni. Cuma sejarah perbualan dalam wasap tidak dapat dipulihkan kerana tel saya rosak.
    Adakah saya boleh membuat tuntutan supaya dia membayar kembali selepas dia seperti menghilangkan diri kerana saya telah diblock di wasap dan telegram sehingga tidak boleh menghubunginya.
    Semoga tuan dapat menjawab persoalan saya.
    Terima kasih.

    0
    0
    azrul izman Shadan
    21 May 2022
     1:54am

    Assalamualaikum tuan. Kalau penghutang berada di kuching sarawak boleh kah kes daftar di selangor. Memang perlukan no ic n alamat dia kah? Sebab yg saya ada hanya nama penuh, no telefon dan no akaun bank dia sahaja selain dari bukti bahawa dia ada berhutang dengan saya sebanyak rm5000

    0
    0
    Krishna Devi
    15 Jun 2022
     10:46pm

    Hello Ryan Saya ingin buat pertanyaan mengenai hutang….Saya ada Bagi Duit RM25,600 pada tahu February 2016 kepada seorang kawan rapat untuk melabur dalam saham selepas beliau dapat untung Dan ajak Saya melabur……pada mula Saya takut tapi selepas beliau nenyakinkan Saya pun melabur Dan Saya dapat untung selama Empat bulan…..lepas itu Dia berhenti melabur kerana dia kata ada risiko tunggu jika melabur lama Dan dia pegang Duit yg saya Bagi melabur…..pada tahun December 2016 Saya jatuh sakit Dan ambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan…..jadi Masa itu kawan data pegan Duit Saya Dan belum melabur lagi untuk Kali kedua Dan Saya tidak bekerja Dan Simpanan kurang jadi Saya beritahu dia kalau dia nak melabur Dan dapat sedikit untung pun ok sebab Saya perlukan Duit ….Dan pada tahun jun 2017 dia melabur lagi dan Kali ini dia suruh adik saudara dia yg juga broker saham untuk melabur Duit kami……dalam Dua bulan Saya dapat keuntungan sedikit selepas itu says tidak menerima keuntungan lagi……setiap Masa Saya Tanya kawan data dia selalu kata kena tunggu sebab saham naik turun sehinggalah pada tahun 2019 Saya jumpa jawab Saya Dan baru dia cerita bahawa Duit pelaburan Saya sudah lebur Dan berjanji akan membayar balik Wang yg saya labur……tetapi sehingga kini kawan Saya hanya bayar RM500 pada tahun 2020 selepas berapa Kali Saya meminta balik Wang saya…..selepas itu sehinggalah Hari ini Saya hantar pesanan tapi dia selalu kata akan bayar tapi tidak menepati janji……Dia seorang ahli perniagaan Dan mempunyai asset tapi tidak ada hati untuk bayar balik……Soalan pertama – boleh ke saya tuntut hutang Saya balik drpd dia Dan Saya tidak ada bukti Hitam putih drp dia. Soalan kedua jika hantar surat tuntutan (LOD) Dan selepas 6 bulan boleh ke saman kepadanya…..
    Harap tuan dapat menjawab Dan tolong Saya menyelesaikan masalah ini. Terima kasih

    0
    0
      Muhammad Mukhlis
      4 Aug 2023
       2:59am

      Mahal tk nak melantik peguam utk kes nilai mcm ni.

      0
      0
    Muhamad Mursalim Bin Ibrahim
    20 Jun 2022
     7:50pm

    Assalamualaikum tuan.. Penghutang berhutang rm10,000 dgn saya sudah hampir 6tahun berlanjutan tanpa bayar sesen pun kerana janji atas janji kosong.. Bagaimana nak setelkan?
    Sebab pernah buat laporan polis, penghutang berjanji bayar dalam tempoh 2bulan namun temberang juga bersaksikan pegawai polis..

    Disebabkan ada hubungan saudara, saya masih bersabar tapi sekarang sudah hilang sabar kerana penghutang terus lost Contact lari dari saya..
    Harap dapat membantu, Terima kasih tuan

    0
    0
    Alwani
    2 Jul 2022
     10:56pm

    Assalamualaikum nak tanya kalau saya tiada alamat si penghutang tapi ada nama penuh dia saja boleh ke ?

    0
    0
    Meliana
    6 Jul 2022
     11:28am

    Assalamualaikum.. Kalau saya ada di luar Malaysia, bagaimana menguruskan saman kecil ini? Untuk mendapatkan borang dan pelaporan apakah bisa online? Terima kasih.

    0
    0
    Cikko
    10 Jul 2022
     1:48am

    Salam tuan,

    Nak bertanya. Kalau warga asing UNCHR yg berhutang & telah bayar setengah & tinggal lagi rm4000 tetapi berbagai alasan, boleh ke buat tuntutan? Ceritanya, saya ada me minta dia untuk buat repair rumah tetapi dia telah tingal kan kerja separuh Jalan walaupun dah ambil bayaran lebih. Saya dah buat repot polis & io beritahu yang kes ni kena pergi mahkamah & io tersebut telah minta warga asing tersebut utk buat bayaran secara ansuran. Total 10k & dia telah bayar 6k..yg pelik io tu mcm lebih menyokong warga asing tersebut kerana beliau tidak bagi nombor telefon beliau kpd saya tetapi warga asing tersebut ada nombor telefon io tersebut & chat whatsapp. Mohon pandangan tuan

    0
    0
    Sha
    27 Jul 2022
     9:55pm

    Kalau hutang 5.5k.tapi saya letak 4.9k je sebab nak guna tuntutan kecil.boleh ker?

    0
    0
    Mahdini
    16 Aug 2022
     5:35pm

    Assalamualaikum.saya ingin bertanya sedikit pertanyaan kepada pihak tuan.
    Cerita nya begini , pada bulan lepas motorsikal sy telah dilanggar oleh seseorang,Jadi dia berjanji untuk membayar kerosakan tersebut pada 14 Ogos lepas.Tetapi sehingga sekarang tiada respon dr pihaknya.Motorsikal tersebut telah dibaik pulih sepenuhnya oleh bengkel.Tetapi pihak bengkel tersebut enggan melepaskan motorsikal saya sehingga pembayaran dibuat oleh yg melanggar tersebut..
    Jadi boleh kah saya ke mahkamah utk menuntut beliau utk mmbayar kos pembaikan tersebut . Apakah yg perlu lakukan?

    0
    0
    IBRAHIM MAT
    18 Aug 2022
     2:10am

    Sy mengaku sy ade hutang cth rm 1040 ingin selesai secara baik tapi suda kes suda naik mahkamah

    0
    0
    AJI BENG
    13 Sep 2022
     1:49am

    Tuan bagaimana sekiranya saya ingin menuntut hutang yang melebihi 5ribu keatas? dan boleh kah saya menuntut lebih daripada jumlah yg dipinjam/hutang itu?

    contoh: kerana penghutang gagal melunaskan hutang seperti yang dijanjikan sebanyak 40ribu saya menanggung hutang bank dan mengakibatkan record pembayaran pinjaman pada bank buruk dan menjejaskan perniagaan saya?

    0
    0
    Syafinah
    14 Oct 2022
     10:02pm

    Hi tuan, saya ada soalan, saya cuma tahu daerah tempat tinggal si penghutang sahaja. Bolehkah tuntutan ini diterima?

    0
    0
    Ida
    19 Oct 2022
     5:50pm

    Assalamualaikum tuan..2 tahun lepas sy ada membeli sebuah telefon bimbit utk kawan sy dgn perjanjian bayaran sebanyak rm200 sebulan kepada saya..tetapi separuh jalan dia tak mau bayar dan juga tak mahu pulangkan telefon tersebut..bolehkan sy tuntut atau bolehkan sy buat laporan polis sbb bil fon tersebut sekali imei atas nama saya

    0
    0
    Boboy81
    29 Nov 2022
     5:01am

    salam Tuan,
    saya ingin bertanya sedikit bagaimana jika hutang lama ketika tahun 2003,
    kerna ia lama menghilang diri sekian lama hingga sekarang ini ia baru muncul kerna ia memikir saya akan lupa dengan apa yg ia hutang pada saya.
    dan baru2 ini saya meminta ia dengan cara call ia untuk ia datang ke rumah saya bincang elok2 untuk ia selesaikan hutang dan seperti biasa ia terus hilangkan diri walaupun sudah call banyak kali dan msj tetap juga tiada respon.
    boleh Tuan jelaskan adakah saya boleh tuntut kembali kerna sekarang saya benar2 memerlukan.

    0
    0
    Insan teraniaya
    7 Dec 2022
     7:35am

    Assalammualaikum.. saya telah diperdayakan oleh kawan sendiri. Dia menipu sy, Dan sehingga saya terpedaya membuat loan peribadi Dan bbrp loan.. pada bulan 11, sy tersedar dia tlh menipu sy setelah sy pergi ke rumah dia brjmp ahli keluarganya. Selama dia tipu sy, dia mengatakan loan2 berkenaan tlh diselesaikan. Resit2 transaksi sy ada Simpan, transaksi tersebut di transfer kebanyakan ke akaun family dia. Mohon pencerahan bagaimana utk sy buat langkah seterusnya.. adakah perlu report polis dahulu. Tuntutan lbh kurang 180k. Mohon maklum balas pihan Tuan peguam.. terima kasih

    0
    0
    ABDUL RASHID BIN ROSLAN
    3 Feb 2023
     12:04am

    Abg sy pjm 800 kte pjm 2 3 hri jer byr blik. Dh 10 bln blalu Dr tempoh dia pjm. Sy sllu tnya bila gaji trs byr htg Dan dia cuma bgi Alsn BLM gaji jer. 1 sen pn die BLM byr. Skrg dia tak srh contact die lagi Dan dia bagitau nnti dia TAHU bila NK byr htg Tu. Apa PTT sy buat tuan? Sy cuma TDK mahu Tertipu atau teraniaya oleh Abg sendiri.

    0
    0
    koji
    18 Feb 2023
     11:27am

    salam tuan, boleh tanya, kalau pelanggan tu dia salah transfer nombor akaun ke atas nama yg sepatutnya tapi dalam masa sama dia tidak mau bertanggungjawab ke atas kesilapan tersebut, apa tindakan yg sewajarnya patut sy ambil

    0
    0
    Wanie
    24 Feb 2023
     2:06am

    Assalamualaikum Tuan, boleh ke saya buat saman tuntutan kecil ni sekiranya hutang dari 7 tahun lepas..si penghutang pernah janji nak bayar ansur..namun sehingga baru2 ni pun xde respon n wasap saya terus dia block, bukti seperti r3sit bank in masih ada..

    0
    0
    Osman
    20 Mar 2023
     12:33pm

    Salam,nak tnya saya ada bagi rm18,000 dekat tukang rumah,tapi buat kerja sekerat jalan..jadi saya cuma nak tuntut rm5,000 saja dari tukang,boleh saya tau caranya

    0
    0
    ahmad ridzuan
    23 Mar 2023
     11:05am

    tuan nak tanye, macam saya dah follow cara tuan tulis ni..dan dah masuk makamah pun..last sekali makamah keluar perintah suruh penghutang bayar semua hutang ( form no.202)
    tapi issu nye sekarang.. penghutang buat tak tau je dengan perintah makamah tu.. dia taknak bayar.. lepastu bila tanye balik kat makamah, makamah suruh saya call/ ketuk pintu rumah banyak kali sampai dia bayar. sedih pulak rasa.. sebab dia penghutang buat macam takda apa2 salah.. apa perlu saya buat selanjutnya? jika penghutang terus buat tak tahu.

    0
    0
    Iqa
    6 Apr 2023
     9:44pm

    Salam tuan.. bole ke buat saman tuntutan kecil pada bekas penyewa kerana bil api tertunggak rm600 walaupun tiada surat perjanjian?

    0
    0
    Aiya
    18 Apr 2023
     5:58pm

    Salam. Saya ada beli barang dari Personal Shopper (scammer). Bayaran dibuat atas nama syarikat. Tapi sampai sudah barang tidak dihantar dan seller dah tak respond, telefon tidak angkat. Saya hanya ada maklumat nombor akaun
    nombor telefon dengan nama bisnesnya sahaja. Tiada alamat. Bagaimana cara untuk tuntut semula wang yang telah dibayar (bawah RM5k)? Adakah caranya?

    0
    0
    Syafiq
    25 May 2023
     10:39am

    Salam sejahtera tuan, kalau saya tidak mempunyai alamat rumah si penghutang, bolehkah saya hantar ke alamat tempat kerja?

    0
    0
    Liza
    24 Jul 2023
     9:44pm

    Jika defendan adalah bersatus bankrup bagaimana? Boleh ke bawa kes ke mahkamah juga? Jika tdk bgaimana cara nk tuntut hutang tersebut?

    0
    0
    Kupin
    14 Sep 2023
     5:48am

    Assalamualaikum tuan, nk tanya kalau saya x de alamat si penghutang tu tetapi saya ada bukti ss ws dgn transfer bank dgn dia tulis dia akan bayar hutang jika sudah mencapai 3k tapi sampai skrg dia masih x bayar2 lagi. Adakah saya boleh membuat tuntutan kecil di mahkamah tersebut?

    0
    0

Leave A Comment