Sebelum tu, kita kena tahu siapa pekerja part-time?
Untuk dikelaskan sebagai pekerja part-time, pekerja tu kena kerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.
Contoh:
Dalam syarikat Y, pekerja biasa kerja 8 jam. Manakala Ali sebagai pekerja part-time dalam syarikat Y, waktu kerja biasa dia adalah antara 3 – 5 jam sahaja (lebih kurang).

1. Selain Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 juga terpakai kepada pekerja part-time.
2. Pekerja part-time boleh dapat bayaran OT kalau dia kerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa.
Kita ikut contoh Ali dalam syarikat Y tadi.
Kalau Ali kena kerja extra 2 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 7 jam. Extra 2 jam tu akan dibayar sama dengan gaji sejam biasa dia.
Tapi kalau dia kena kerja extra 5 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 10 jam, lebih dari 8 jam waktu kerja pekerja biasa. Extra 2 jam tu Ali akan dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam biasa dia.
[Peraturan 5(1)]
3. Pekerja part-time berhak untuk dapat minimum 7 hari cuti umum berbayar.
[Peraturan 6(1)]
4. Cuti Tahunan (Annual Leave).
a) Kerja lebih setahun tapi kurang 2 tahun: 6 hari
b) Kerja lebih 2 tahun: 8 hari
c) Kerja lebih 5 tahun: 11 hari
[Peraturan 7(1)]
5. Jika pekerja part-time diberhentikan, majikan wajib bayar cuti tahunan yang masih belum digunakan, kecuali jika pekerja dipecat sebab salah laku.
[Peraturan 7(4)]
6. Cuti Sakit berbayar.
a) Kerja kurang dari 2 tahun: 10 hari
b) Kerja lebih dari 2 tahun tapi kurang 5 tahun: 13 hari
c) Kerja lebih 5 tahun: 15
[Peraturan 8(1)]
7. Jika pekerja part-time kena kerja pada Hari Rehat, dia mesti dibayar gaji sebanyak 2 hari untuk hari tersebut.
[Peraturan 9(2)]
8. Seperti pekerja tetap, pekerja part-time juga tidak boleh diberhentikan oleh majikan tanpa alasan yang kukuh.
9. Jika diberhentikan secara tidak adil, pekerja part-time juga berhak untuk buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes pembuangan kerja tidak adil.
10.Jika majikan gagal patuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan didapati bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.
Salam, jikalau saya bekerja sebagai pekerja sambilan dan perlu bekerja dari jam 10am-7pm dari isnin hingga jumaat, adakah ia masih dikira sebagai pekerja sambilan ataupun sudah melebihi waktu kerja yang sepatutnya dikerjakan oleh pekerja sambilan? Untuk full time di kedai tersebut adalah 10am-10pm
Terima kasih tuan atas info
Salam. Sekiranya saya ingin berhenti dan letak notis 1 minggu boleh ke? Kemudian, majikan meminta saya untuk mencari pekerja pengganti sekiranya saya ingin berhenti. Adakah itu merupakan tanggungjawab saya untuk mencari pengganti pekerja?
Salam. Pekerja part time tetap akan dapat gaji 2kali ganda sekiranya bekerja pada public holiday? Sekiranya syarikat tersebut tidak mahu bayar 2 kali ganda pada cuti umum, adakah salah syarikat tersebut?
Salam. Saya ingin bertanya, kebiasaanya gaji pekerja separa masa dibayar sebaik sahaja tamat kontrak atau dibayar pada tarikh pekerja sepenuh masa mendapat gaji?
Anak saya bekerja dia kedai membuat kek/biskut secara part time..waktu bekerja bermulà 800am-1000pm. Waktu rehat 1200pm-100pm &600pm-700pm. Dengan bayaran rm60sehari. Adakah ianya berbaloi?
Anak saya bekerja part time, gaji sepatutnya dapat pada 7/5/2022.. tapi gaji dia tak dapat disebabkan ada kesilapan dari pihak HR.. gajinya akan dibayar pada 7/6/2022 hr bagi tau.. apa tindakan yg boleh saya buat atas kelewatan bayaran gaji ini.. tq
Ditempat saya kerja,
Supervisor selalu push untuk buat kerja non stop,dengan masa makan tidak menentu,mereka macam gunakan partime
Saya pekerja part time dah nak masuk 3 bulan dekat kilang. Kalau saya nak berhenti kena ada notis ke atau kita boleh berhenti 24jam. Mohon pencerahan.
salam cik..gaji saya x dibayar untuk mggu ni sbb saya x buat notis bhnti keje…ap prlu sya buat cik?😓lgi pn sya dh bg thu yg s
ya keje prttime ntuk smggu je
Saya bekerja di dua tempat iaitu di hotel dan Cafe (lokasi berlainan). Kedua-dua tempat kerja ini adalah dimiliki oleh majikan yang sama. Dan saya diberikan Duty roster untuk membuat kerja di kedua-dua tempat tersebut. Soalan saya: Kerja di hotel ada dinyatakan dalam offer letter, namun untuk cafe tidak dinyatakan. Majikan saya memberitahu kerja di cafe dikira sebagai kerja part time (sedangkan kerja bermula jam 4ptg sehingga 1pagi).
Kenapa part time, bukan overtime? Ia adalah arahan majikan kerana ditugaskan ikut Duty Roster? Minta pencerahan.