Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
GANTI RUGI PERTUNANGAN - Jom Tanya Peguam
Skip to content

GANTI RUGI PERTUNANGAN

GANTI RUGI PERTUNANGAN

Sekiranya anda menghadapi situasi begini, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil? Bagaimana dengan kerugian bagi persiapan perkahwinan yang telah siap 100%?

Jawapan:

  1. Sebagai pihak yang terkilan, anda boleh memfailkan ganti rugi pertunangan di Mahkamah Syariah.
  2. Nilaikan kerugian yang telah ditanggung seperti perbelanjaan katering, tempahan dewan, jurugambar, perbelanjaan hantaran dan kos-kos yang berkaitan. Adalah penting untuk simpan setiap rekod transaksi pembayaran dan perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan.

Tuntutan ganti rugi pertunangan ini diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarg Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Dan di bawah peruntukan Enakmen Keluarga Islam negeri-negeri.

Seksyen 15. Pertunangan.

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syara’, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

(Visited 69 times, 1 visits today)
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x