Pertamanya, saya mengalu-alukan pindaan berkenaan cuti bersalin kepada 98 hari ini. Tempoh 98 hari ini sebenarnya selaras dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh International Labour Organization (ILO).
Tapi saya percaya penambahbaikan perlu dibuat untuk melawan peningkatan diskriminasi terhadap pekerja wanita nanti.
Ini cadangan-cadangan dari saya:
๐. ๐๐๐ฒ๐๐ซ๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฎ๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฅ๐ข๐ง ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ ๐๐ข๐ญ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง (๐ฌ๐๐ฉ๐๐ง๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐ ๐๐ญ๐๐ฎ ๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง)
Untuk bagi CUTI BERSALIN selama 98 hari tu, saya percaya majikan tiada masalah sangat. Yang menjadi masalah sudah tentu ELAUN BERSALIN.
Sebelum itu, faedah Cuti Bersalin dan Elaun Bersalin adalah 2 perkara yang berbeza ya. Nanti saya terangkan dalam posting yang lebih khusus.
Kita kena faham, dalam tempoh 98 hari ini, majikan perlu bayar elaun bersalin (macam gaji biasa) selama 98 hari cuti bersalin itu kepada pekerja. Ada majikan yang mungkin perlu ambil pekerja lain sementara untuk ganti pekerja yang cuti bersalin. Maksudnya, ada majikan kena tanggung 2 bayaran gaji dalam 1 bulan.
Untuk kurangkan beban kepada majikan, Kerajaan wajar menanggung sekurang-kurangnya sebahagian daripada bayaran elaun bersalin tersebut.
Sebagai contoh, mesti ramai pernah dengar yang di UK, cuti bersalin berbayar diorang boleh sampai setahun.
Nak tahu tak? Cuti bersalin berbayar tu sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan UK. Kalau ikut statistik, Kerajaan Uk membelanjakan sebanyak 2.7 billion British paun bagi bayaran cuti bersalin untuk tahun 2021/22.
Kalau di Australia pula, bayaran cuti bersalin ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Pekerja perlu lepas syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Australia dulu, baru layak untuk dapat faedah cuti bersalin berbayar. Kalau lepas, kerajaan Australia akan maklumkan kepada majikan untuk bayar dan majikan boleh claim balik dari kerajaan.Kalau mampu, barulah majikan boleh tawarkan faedah tambahan kepada pekerja guna duit sendiri.
Kalau di negara jiran kita Singapura, cuti bersalin berbayar selama 112 hari, juga ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Tapi ada kelainan sikit contohnya, untuk kelahiran pertama dan kedua, tempoh cuti bersalin 8 minggu yang pertama ditanggung oleh majikan dulu dan 8 minggu kemudiannya akan dibayar semula oleh kerajaan kepada majikan. Untuk kelahiran ketiga dan seterusnya, kerajaan akan bayar semula kepada majikan bagi tempoh penuh 112 hari.
Sekiranya elaun bersalin selama 98 hari ini ditanggung antara majikan dengan kerajaan, sudah pasti ini akan kurangkan beban kepada majikan. Dan majikan juga sudah tidak ada alasan untuk taknak ambil pekerja wanita. Ini boleh kurangkan diskriminasi yang akan berlaku.
Tapi sudah tentulah, sekiranya elaun cuti bersalin ini ditanggung oleh Kerajaan, Kerajaan akan memerlukan perbelanjaan tambahan dan ini bermakna, cukai tambahan kepada rakyat.
Bagi saya, untuk situasi Malaysia sekarang, tidak semestinya pihak Kerajaan perlu tanggung sepenuhnya atau separuh pun tapi sekurang-kurangnya 38 hari terakhir pun sudah cukup. Buat masa sekarang.
๐. ๐๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ง ๐ข๐ง๐ฌ๐๐ง๐ญ๐ข๐ ๐ญ๐ฎ๐ง๐๐ข/๐ฉ๐จ๐ญ๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐๐ข ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฃ๐ข๐ค๐๐ง ๐ซ๐๐ฆ๐๐ข ๐ฉ๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐ฐ๐๐ง๐ข๐ญ๐
Pihak Kerajaan boleh memperkenalkan satu insentif yang memberikan pulangan kepada majikan yang mengambil ramai pekerja wanita sama ada dalam bentuk tunai atau potongan cukai.
Syarat kelayakan boleh tetapkan threshold peratusan pekerja wanita dalam sesebuah syarikat atau jumlah gaji bulanan bagi semua pekerja wanita ataupun kriteria-kriteria lain yang lebih sesuai.
Untuk isu ini, saya percaya memang perlukan campur tangan daripada pihak Kerajaan. Kalau tak, yang menjadi mangsa nanti akhirnya pekerja wanita juga sebab majikan akan elakkan untuk ambil wanita yang berkahwin atau bakal berkahwin.
Nanti masa interview, confirm soalan โAwak bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekatโ akan ditanya dengan lebih kerap kepada mereka yang mencari kerja dan ini akan letakkan mereka dalam situasi yang sukar.
Tapi kalau pihak Kerajaan turut sama menanggung beban bagi menjayakan pindaan ini, sudah tidak ada alasan lagi untuk para majikan menolak cuti bersalin selama 98 hari ini. Yang kekal menentang, akan menjadi yang terasing.
Akhir sekali, saya ingin menggesa kepada pekerja wanita untuk buat laporan atau ambil tindakan sekiranya diskriminasi seumpama ini terjadi kepada anda.
Tindakan yang diambil oleh anda pada hari ini akan membantu wanita lain di kemudian hari.
Untuk next posting, saya akan komen berkenaan pindaan-pindaan penting dalam Akta Kerja 1955 yang akan berkuatkuasa 1 Januari nanti.
Idea bernas dari tn
Assalamualaikum sy nk tny soalan kalau pekerja part time boleh tak dapat cuti bersalin berbayar