APA ITU MUTA’AH?

Hak terhadap Muta’ah adalah hak wanita selepas perceraian.

1. Ramai yang keliru dan tidak faham berkaitan Muta’ah ni. Muta’ah adalah pemberian sagu hati daripada bekas suami kepada bekas isteri sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Tujuan utama Muta’ah adalah bagi membolehkan dan memudahkan si isteri yang diceraikan untuk melangsungkan dan memulakan kehidupan baharu.

2. Selalunya kiraan Muta’ah ini diambil berdasarkan taraf sosial isteri/pasangan, sumbangan dan pengorbanan si isteri sepanjang tempoh perlahwinan.

3. Contoh: si isteri disuruh berhenti bekerja apabila berkahwin dan beranak sebab mahu menjimatkan perbelanjaan pengasuh. Atau disuruh berhenti bekerja ketika si isteri sedang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah syarikat atau organisasi bagi menguruskan rumah tangga dan membolehkan si suami fokus mencari punca pendapatan.

4. Makin besar pengorbanan dan makin lama tempoh perkahwinan, makin tinggi Muta’ah yang boleh diminta.

5. Diingatkan bahawa jumlah ini akan ditentukan di Mahkamah kelak.

Oleh:
Fatihah Salahuddin
Peguam Syarie di Tetuan Fatihah Salahuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *