Skip to content

APA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?

Dalam sistem tanah di negara kita, pendaftaran pemilikan adalah segala-galanya. Sebab itu sebagai pemilik sesebuah hartanah, kita kena sentiasa ada geran asal dalam milikan. Kalau nak jual rumah tapi Geran asal hilang, proses jual beli tak boleh nak diteruskan.

Jadi, apa perlu kita buat jika Geran asal hilang?

1. Buat Laporan Polis Dengan Segera

Maklumat yang perlu ada dalam laporan polis:

– Nama penuh pemilik

– Nombor Kad Pengenalan

– Maklumat Geran

– Alamat Hartanah

– Bila hilang

2. Buat Akuan Sumpah

Akuan sumpah perlu dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh pemilik. Kalau pemilik ramai, semua pemili kena buat akuan sumpah bersama.

Akuan Sumpah dibuat bagi tujuan untuk dapatkan semula Geran baru di Pejabat Tanah.

3. Buat Permohonan Untuk Dapatkan Geran Baru Di Pejabat Tanah

Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

– Laporan Polis asal

– Surat akuan bersumpah asal oleh pemilik

– Salinan kad pengenalan pemilik yang diakui sah

– Carian persendirian hartanah

– Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu

– Bayaran permohonan

Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi Borang Permohonan untuk dapatkan Geran baru. Semua dokumen di atas akan dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan.

Carian persendirian hartanah boleh dibuat pada masa yang sama ketika isi dan hantar Borang Permohonan sebab Carian Persendirian boleh dapat segera. Jadi, tak perlulah berulang alik ke Pejabat Tanah. Harga Carian Persendirian RM 30 kalau di Selangor.

Ada sesetengah Pejabat Tanah mungkin minta Carian Rasmi dan bukannya Carian Persendirian. Jadi, dalam situasi macam ni, kena buat Carian Rasmi. Carian Rasmi biasanya takkan dapat pada hari yang sama sebab pegawai kena tandatangan dan harga mahal sedikit dari Carian Persendirian iaitu RM 50 (Selangor).

Bayaran permohonan juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Kalau di Selangor, bayaran seperti berikut:

Geran hilang: RM 430 – RM 440

Geran rosak: RM 120 – RM 130

Geran hancur: RM 10

4. Siasatan Oleh Pejabat Tanah

Selepas Borang Permohonan diserahkan bersama-sama dokumen yang lengkap, dalam masa beberapa minggu (atau bulan) kemudian, pemilik akan dipanggil oleh Pejabat Tanah untuk menghadiri siasatan berkenaan permohonan tersebut.

Pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Jadi, pastikan alamat surat menyurat yang diletakkan adalah alamat terkini.

Semasa siasatan, pemilik perlu menjawab beberapa soalan yang akan ditanya oleh pegawai.

5. Kutipan Geran Baru di Pejabat Tanah

Selepas selesai siasatan di Pejabat Tanah, langkah terakhir hanyalah untuk Pejabat Tanah memproses dan membuat Geran baru bagi hartanah tersebut.

Proses ini biasanya mengambil masa berbulan juga. Boleh dapatkan kepastian dari pegawai ketika siasatan dijalankan.

Jika Geran baru sudah siap, pemilik sekali lagi akan dihubungi oleh Pejabat Tanah, biasanya melalui surat, untuk datang dan ambil Geran baru tersebut sendiri.

Geran tersebut mestilah diambil sendiri oleh pemilik. Jika nak hantar wakil, kena buat surat wakil kuasa untuk orang lain ambilkan.

Lepas dapat Geran baru, sebaiknya buat terus salinan photostat manakala Geran asal simpanlah di tempat yang selamat.

Semoga bermanfaat.

P/S:

Sekiranya kita beli hartanah guna pinjaman bank, Geran asal akan dipegang oleh pihak bank sehinggalah kita habis bayar hutang. Salinan sahaja yang akan ada dengan kita. Jadi, dalam situasi ini, jangan pula kita buat permohonan Geran hilang. Tak pasal-pasal kena maki dengan Pejabat Tanah satgi.


Kalau nak baca perkongsian undang-undang lain, follow fb page Jom Tanya Peguam sekarang.

Kalau ada soalan undang-undang, join dan post soalan di group fb Soal Jawab Masalah Guaman (SJMG) di sini:

https://www.facebook.com/groups/996300914443310/

Atau subscribe channel Telegram Jom Tanya Peguam di sini:

https://t.me/jomtanyapeguam

(Visited 17,306 times, 1 visits today)
17 Thoughts on APA NAK BUAT KALAU GERAN TANAH HILANG?
    siti aishah mohamad
    24 Aug 2022
     10:03pm

    Assalamualaikum.
    sya nk tya kalo gran copy hilang bagaimana?

    0
    0
    vicky
    19 Apr 2023
     10:28am

    harta atas nama bapa, bapa dah meniggal .. info yang kita tahu cuma ada harta atas nama bapa.. document tak ada.. macam mana nak check status?

    0
    0
    Bahari b aman
    18 Jul 2023
     10:39am

    Slm utk semua
    Mohon pencerahan, geran tanah dipegang oleh saudara yg duduk di spore (nitizen)sy dan adik beradik nk bicara kuasa, tanah tu milik arwah ibu beliau, sy dimklumkn geran ada di pej PTG utk buat tukar nama, boleh kee? Sy rasa curiga sblm nii geran tersbt duduk peti besi, kaviet

    0
    0
    Zaleha
    16 Aug 2023
     11:38am

    Salam nk tanya, kalau syarikat perumahan negara yg hilangkan geran asal kita bagaimana pula..masa mohon rumah mesra rakyat mmg syarikat perumahan neg yg simpan..boleh tak kita saman diorg

    0
    0
    Nur Zakiah
    18 Aug 2023
     4:13pm

    Assalamualaikum, nak tanya betul ke salinan surat akuan sumpah atau salinan wasiat kena di setemkan & dicop (mati setem) di LHDN ? Dan Carian persendirian atau Carian rasmi kena buat dulu ye Carian di pejabat tanah sebelum isi borang permohonan ?

    0
    0
    Mohd Zaki Yaacob
    20 Aug 2023
     9:54pm

    Klau geran hilang tak tahu kat mana, geran negeri kelantan

    0
    0
    chacha
    30 Aug 2023
     10:10pm

    saya nak tnya ayah saya adalah penama tunggal atas geran..tp p.cik sya pegang geran tanah tu.. nama dia cuma geran tempek.. ayah saya nk gna utk apa2 pun dia xbg ayah saya pegang geran tu.. bileh ke sya mohon geran baru di pej tanah..sbb p mtk ..elok2 pun xmau bg jgk

    0
    0
    Ismail Bin Ondin
    26 Feb 2024
     10:56am

    Tuan bagaimana dapatkan geran yang hilang bila ada penama yang telah meninggal dunia

    0
    0

Leave A Comment