Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the neve domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/jomtanya/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
BEDAH KES: PEKERJA DIBERHENTIKAN TAPI GAJI PENGARAH SYARIKAT MENINGKAT - Jom Tanya Peguam
Skip to content

BEDAH KES: PEKERJA DIBERHENTIKAN TAPI GAJI PENGARAH SYARIKAT MENINGKAT

Pada tahun 2016, seorang pekerja yang sudah berkhidmat selama 13 tahun tiba-tiba diberikan surat pemberhentian. Syarikat berikan alasan ada rombakan besar-besaran. Tapi pekerja tersebut tak puas hati dengan alasan tu.

Jadi, pekerja itu membawa kes ke Mahkamah Perusahaan untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil. Pekerja tersebut tak puas hati sebab:

1) Syarikat tak ikut prinsip LIFO

2) Tiada alasan kukuh diberikan

3) Pemberhentian dibuat dengan niat jahat

4) Pemberhentian hanyalah satu muslihat sedangkan alasan sebenarnya adalah untuk singkirkan pekerja yang ada isu lain.

Di Mahkamah Perusahaan, pekerja berjaya bukti kes pembuangan dibuat secara tidak adil dan syarikat diarahkan untuk bayar pekerja sebanyak RM 403,520. Syarikat buat permohonan Semakan Kehakiman ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan dan menyatakan bahawa pemberhentian pekerja dibuat dengan betul dan merupakan hak majikan untuk buat keputusan dalam keadaan perniagaan yang tidak memberangsangkan. Pekerja merayu ke Mahkamah Rayuan.

Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah mendapati bahawa:

1. Terdapat pekerja lain yang diberhentikan tapi diambil semula bekerja secara kontrak.

2. Syarikat masih giat mengambil pekerja asing untuk bekerja.

3. Masih ada 11 pekerja asing dan 5 pekerja tempatan yang memegang jawatan sama dengan pekerja tersebut ketika pemberhentian.

4. Syarikat gagal untuk buktikan yang pekerja kontrak yang dikekalkan ada skill yang tidak dimiliki oleh pekerja tersebut.

5. Syarikat sepatutnya ambil langkah untuk kurangkan kos operasi terlebih dahulu tapi gaji Pengarah-Pengarah Syarikat meningkat pada tahun 2016 berbanding tahun 2015.

6. Syarikat gagal untuk buktikan yang pekerja ada masalah prestasi kerja kerana tiada surat amaran pernah diberikan.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemberhentian pekerja atas alasan tenaga kerja berlebihan dibuat secara salah dan gagal dibuktikan. Rayuan pekerja dibenarkan dan syarikat diarahkan untuk bayar RM 403,520 kepada pekerja.

(Visited 774 times, 1 visits today)
5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
noraini
noraini
2 years ago

assalamualaikum tuan.. maaf saya nak bertanya.. saya telah berhenti kerja daripada syarikat lame saya 5tahun yang lalu..ketika saya berhenti kerja syarikat lame saya telah memberikan wang graduasi pada saya.. namun tahun lepas syarikat lama saya menghubungi saya kembali dan memaklumkan saya bahawa mereka telah tersilap kira amount yg sepatutnya saya terima merek terlebih bayar pada saya.. dan kemudian meminta saya untuk membayar kembali lebihan bayaran yg telah merika berikn pada saya.. soalan saya .. adakah saya boleh memilih untuk tidak membayar balik sbb wang tersebut telah lama hbs.. dan amout yg mereka minta saya byr pula banyak iaitu sbyk 10ribu lebih.. dgn kata lain saya tidak mampu untuk membayar kembali.. namun mereka slalu menghubungi saya agar saya membuat bayaran balik.. dan mereka juga mengatakan jika saya tidak bayar balik mereka akn keluarkan surat saman.. boleh tuan bantu saya perkara yang saya perlu lakukan ..

Faizal
2 years ago

assalamualaikum..saya faizal..sya ringkaskn,sya telahpun selesai kes dibwah seksyen 20 pda awal tahun lepas dan bpihak kpada sya..atas kurangnya ilmu dlam hal undang2 sya telah persetujui memorandum yg mnawar amaun yg amat x berbaloi disamping tduhan serta hukuman yg amat x wajar..untuk makluman sya sudah berkhidmat selama (7 tahun servis) dgan gaji pokok terakhir RM 3,150..Soalan sya,adakah masih ada peluang untuk buka semula kes ke high court(saman) atau ada cadangan lain untuk bawa kes ni selepas tandatangan memorandum psetujuan? mohon bantu pencerahan dan jalan buat sya dan keluarga kerana dgan sgala bukti2 yg ada dlam simpanan,sya yakin peluang untuk menang amat cerah..sya akui tentang kealpaan diri dlam isu tandatangan memorandum tersebut, cuma tetap berusaha mencari jika masih ada sinar keadilan untuk sya dan keluarga

Radhi
Radhi
2 years ago

Hi, i want to ask about certain things.
I work for this company around 2month and still under probation.
To be transparent, they said i did not perform
Their products waste but i failed to report. It’s not my fault at all.
Sales money i hold for 4days, i did bank in all of it but not on the time they wanted to.
Suddenly today, they come and ask me to do my resignation letter and quit.
They did reference check on previous company and said that my previous company feedback things about me and they force me to write my own 24h resignation letter. It’s not fair cause they should give me 1st warning letter and other team also responsible for those issues but only me who get the punishment.
Is there any chance for me to fight for my right or I don’t have any rights at all?

Mohamad
Mohamad
1 year ago

Salam pertanyaan berkenaan pembehentian kerja .majikan behenti Kan saya kat jabatan Dan jawatan sedia Ada..Dan dibagi pilihan untuk accept kerja Yang gred gaji lebih rendah Dari Yang jawatan asal Dan pampasan tidak ditawarkan …persoalan saya adakah boleh saya membuat tuntutan pampasan Jika saya tidak menerima tawaran kerja ke jabatan lain dengan gaji gred lebih rendah…harap sudi membantu..

Syauqi Mardia bin Baharudin
Syauqi Mardia bin Baharudin
1 year ago

Boleh saya dapatkan citation bagi kes ini? terima kasih.

7
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x